You are on page 1of 11

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

1.0

PENDAHULUAN
Local Agenda 21 (LA21) merupakan salah satu program yang diputuskan
dalam

sidang

kemuncak

UNCED

(United

Nations

Commission

on

Environment and Development) pada tahun 1992, atau juga dikenali sebagai
Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil. Salah satu aspek penting yang
dibincangkan adalah mewujudkan pembangunan yang seimbang, atau
sustainable development, di peringkat tempatan. Persetujuan ini memerlukan
Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendedahkan kepada masyarkat setempat
dan pihak swasta terhadap isu pembangunan seimbang (ICLEI, 1997).
Pembangunan mampan merupakan salah satu agenda utama dunia amnya,
dan kerajaan Malaysia khususnya, semenjak tahun 1990-an. Konsep
pembangunan

mampan

mementingkan

kesejahteraan

rakyat

yang

bergantung kepada kemakmuran ekonomi, dan pembentukan insan yang


hasratnya adalah keharmonian hidup bermasyarakat; serta penglibatan awam
dalam proses perancangan dan pembangunan. Malaysia menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam melaksanakan prinsip-prinsip pembangunan
mampan

dalam

pentadbiran,

proses

perancangan,

penguatkuasaan,

serta

pelaksanaan

memberi

pembangunan,

kepentingan

kepada

penglibatan dan penyertaan masyarakat setempat dalam proses membuat


keputusan. Bagi menjayakan agenda di atas, penglibatan menyeluruh
masyarakat yang terdiri daripada agensi kerajaan, masyarakat setempat, dan
pihak swasta amatlah diperlukan. Penglibatan secara menyeluruh oleh semua

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN


pihak mampu mencapai kewujudan Local Agenda 21 (selepas ini dikenali
sebagai LA21).
Jika dilihat dari aspek pelaksanaan, LA21 di Malaysia telah dimulai pada
tahun 2000 (Osman, Rashid & Ahmad, 2008). Empat buah Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) telah dipilih sebagai perintis bagi memulakan program yang
mempunyai agenda besar ini. PBT yang terlibat ialah Majlis Perbandaran
Petaling

Jaya

(MPPJ),

Majlis

PerbandaraN

Kuantan

(MPK),

Majlis

Perbandaran Miri (MPM) dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Kempat-empat


PBT yang

terpilih diberikan tanggungjawab

besar bagi memastikan

pelaksanaan program LA21 di Malaysia mampu memenuhi kehendak dan


tujuan penubuhannya. Kejayaan keempat-empat PBT ini akan dijadikan tanda
aras dan rujukan bagi PBT lain di Malaysia (KPKT, 2002). Bagi
merealisasikan pelaksanaan LA21, PBT yang terpilih perlu terlebih dahulu
membentuk jawatankuasa. Jawatankuasa yang dibentuk adalah mengikut isu
setempat. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh pihak masyarakat
sendiri yang secara sukarela menyertai program LA21. Jawatankuasa yang
terbentuk bertanggungjawab merancang program-program yang bersesuaian
dan perlu memikirkan strategi untuk menarik minat masyarakat setempat
untuk melibatkan diri dan menjayakan program yang dirancang. Di antara
contoh jawatankuasa yang dibentuk oleh PBT perintis ini ialah Jawatankuasa
Alam Sekitar, Jawatankuasa Kemiskinan, Jawatankuasa, Sosial, serta
Jawatakankuasa Lalulintas dan Perumahan. Pelaksanaan LA21 telah
dijadikan dasar kerajaan dan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT), semua PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di Malaysia telah
diarah mewujudkan Jawatankuasa LA21 di peringkat PBT masing-masing
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN


mulai tahun 2004. Keperluan mewujudkan jawatankuasa LA21 adalah
bertujuan untuk membolehkan aspirasi kerajaan, melalui pelaksanaan
program LA21, dapat disemarakkan di seluruh negara. Namun, persoalan
utama yang wujud ialah, sehingga kini, masih terdapat PBT yang dilihat gagal
menyahut arahan dan cabaran KPKT, di mana wujudnya kelewatan di
kalangan PBT untuk mewujudkan jawatankuasa LA21 dan merancang secara
menyeluruh pelan tindakan program LA21 di PBT masing-masing.

1.2 Objektif kajian


Tujuan penulisan laporan ini adalah untuk mengenalpasti peranan PBT dalam
pelaksanaan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mapan.

2.0

METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN


Metodologi/kaedah kajian ialah kaedah bagaimana kita mendapatkan
maklumat untuk mencapai sesuatu matlamat kajian atas penulisan ini. Untuk
menghasilkan kertas kerja ini, saya telah memilih pendekatan kualitatif
melalui kaedah temubual sebagai metod kaedah pertanyaan dan berbincang
dengan rakan-rakan sekuliah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
penulisan kertas kerja ini. Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah
digunakan sebagai panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperoleh
daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian
untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-topik tugasan ini. Dalam
mengkaji aspek-aspek tersebut, perhatian dan penelitian akan difokuskan
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN


kepada peranan PBT dalam pelaksanaan Local Agenda 21 ke arah
pembangunan mapan.

2.0

PENGENALAN
Pihak berkuasa tempatan
Konsep Pembangunan Mapan
Pembangunan mapan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan
pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan
pada masa depan. Pembangunan bandar yang mapan harus dijalankan
dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber,
pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas
bandar dan kawasan sekelilingnya. (White & Whitney, 1992). Pembangunan
bandar yang mapan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan
manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan
masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut
adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi,
peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya
peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity
sector) menjadi penting. (David Drakakis-Smith, 1995).

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

Tujuan PM:
1. Pemuliharaan Sumber
Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang
dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan
sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber
semulajadi. resolusi isu global. Pemuliharaan merangkumi penggantian
sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada
faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
2. Pembangunan Fizikal
Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam
semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling
memanfaatkan.
Membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan
tersebut. Meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan
dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN


tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan
mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan
pekerjaan.
3. Kualiti Alam Sekitar
Mengelakkan

pencemaran

alam,

melindungi

kapasiti

ekosistem

dan

mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau


menjejaskan kualiti kehidupan. Mengurangkan atau mengubah proses
pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia.
Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.
4. Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara
golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat
mengurangkan ketidaksamaan sosial. Mengurangkan pembaziran tenaga
manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di
sesuatu kawasan.
5. Penyertaan Politik
Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

5.0

PERBINCANGAN
5.1

LOCAL AGENDA 21 KE ARAH PEMBANGUNAN MAPAN

Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di
bawah kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada
Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada
3hb hingga 14hb Jun 1992. Agenda 21 ialah suatu program tindakan
pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke21. Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil
kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang
kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam
Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam
Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses
perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21"

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN


masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat
tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan

5.1

PRINSIP-PRINSIP LA21

Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai


objektif ke arah pembangunan mampan iaitu:1. Penyertaan Dan Ketelusan
Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa
tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21.
Maklumat tentang program LA21 dan pembangunan mampan mestilah
sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.
2. Usahasama
Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak
berkepentingan di semua peringkat program LA21.
3. Kebertanggungjawaban
Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada
keputusan dan tindakan yang diambil.
4. Pendekatan Menyeluruh
Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan
cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.
5. Peka Kepada Keupayaan
Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam
dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN


6. Kesaksamaan
Memastikan

bahawa

semua

lapisan

masyarakat

tempatan,

tanpa

membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar


belakang, diwakili dalam program LA21.
7. Mementingkan Masa Hadapan
Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi
masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21.
8. Hasil Yang Nyata
Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat
dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

5.3 Peranan PBT dalam LA21


PBT merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
program pembangunan mampan menerusi LA21. Oleh yang demikian PBT
perlu tahu isu berbangkit di kawasan pentadbirannya dan seterusnya dapat
menarik minat masyarakat setempat dan pihak swasta bersama-sama
menangani segala isu dan permasalahan seperti masalah kesihatan dan
sosial di kawasan tersebut. Maka, pengetahuan yang mendalam mengenai
kaedah dan mekanisme pelaksanaan Program LA21 perlu wujud di kalangan
PBT tersebut agar Program LA21 dapat direalisasikan secara berkesan.
Hasil daripada kajian ini dapat menunjukkan sama ada peranan dan aktiviti
yang dilaksanakan oleh PBT mampu mencapai objektif pembangunan
mampan bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat setempat. PBT
berperanan untuk membina, memproses dan mewujudkan polisi dan
peraturan alam sekitar tempatan dan membantu melaksanakan polisi alam
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN


sekitar di peringkat separa kebangsaan dan kebangsaan. Memandangkan
PBT adalah peringkat kerajaan yang terdekat dengan orang ramai, maka
mereka memainkan peranan yang penting dalam mendidik, mengerakkan dan
memaklumkan kepada orang awam untuk menggalakkan pembangunan
mampan.
Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti mana
dibawah iaitu:i.

Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama

ii.

Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan


sepersetujuan (consensus)

iii.

Melibatkan masyarakat tempatan

iv.

Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang


berkepentingan untuk menguruskan proses ini

v.

Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu

vi.

Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan


projek

vii.

Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan

viii.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan

pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan

Antara Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan


kerjasama antara PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan
kawasan persekitaran yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya
kerjasama antara masyarakat dan PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga
akan lebih teratur dan peka kepada keperluan tempatan. Disamping itu juga,
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

10

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN


sokongan dan penglibatan masyarakat akan dapat dipertingkatkan dan
seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat, sektor swasta dan MBJB dapat
diselaraskan.

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888

11

You might also like