You are on page 1of 3

Ekonomi Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Jump to navigationJump to search

Super Pit di Kalgoorlie, lombong dedah emas yang terbesar di Australia.

Australia mempunyai ekonomi campuran gaya barat yang kaya, dengan KDNK per


kapita yang lebih tinggi sedikit daripada United Kingdom, Jerman dan Perancis dari
segi pariti kuasa beli. Negara ini ditempatkan ketiga dalam Indeks Pembangunan
Manusia 2005 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan keenam dalam indeks
kualiti hidup sedunia 2005 oleh The Economist. Pada tahun-tahun kebelakangan ini,
ekonomi Australia telah mudah pulih ketika menghadapi kemerosotan ekonomi
sejagat. Kenaikan keluaran di dalam ekonomi dalam negara berupaya mengimbangi
kemerosotan sejagat, dan keyakinan perniagaan dan pengguna masih tegap. Isu-isu
terkini yang membimbangkan sesetengah ahli ekonomi adalah defisit akaun
semasa yang tinggi serta tahap-tahap hutang asing bersih yang dipinjam oleh sektor
swasta.
Pada dekad 1980-an, pentadbiran Hawke memulakan proses pembaharuan ekonomi
melalui pengapungan dolar Australia pada tahun 1983, serta pembatalan kawal selia
sistem kewangan.[1] Sejak tahun 1996, kerajaan Howard telah meneruskan proses
pembaharuan mikroekonomi, termasuk pembatalan kawal selia separa pasaran
buruh dan penswastaan perniagaan-perniagaan milik kerajaan, khususnya
industri telekomunikasi.[2] Pembaharuan sistem cukai tak langsung yang cukup besar
dilaksanakan pada Julai 2000, dengan pengenalan 10% Cukai Barangan and
Perkhidmatan yang dapat mengurangkan sedikit pergantungan kepada cukai
pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan syarikat yang masih mencirikan
sistem cukai Australia.
Ekonomi Australia tidak pernah mengalami kemelesetan sejak awal dekad 1990-an.
Pada Julai 2006, kadar pengangguran adalah 4.8%, dengan 10,223,300 orang
bekerja.[3] Sektor perkhidmatan dalam ekonomi, termasuk pelancongan, pendidikan,
dan perkhidmatan kewangan, terdiri daripada 69% KDNK. [4] Pertanian dan sumber
alam terdiri daripada 3% dan 5% KDNK tetapi merupakan antara sebab prestasi
eksport Australia yang kukuh. Pasaran-pasaran eksport Australia yang terbesar
termasuk Jepun, China, Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan New Zealand.[5]
Secara tradisi, ketiadaan industri pengeluaran berorientasi eksport telah dianggap
sebagai suatu kelemahan utama ekonomi Australia. Baru-baru ini, kenaikan harga-
harga komoditi eksport Australia dan pertumbuhan pelancongan telah
mengurangkan kritikan itu pada setakat tertentu. Walau bagaimanapun, Australia
telah mencapai defisit akaun semasa yang ketiga terbesar di dunia secara mutlak
(melebihi 7% KDNK secara perbandingan). Ini telah dianggap menyusahkan oleh
sesetengah ahli ekonomi, terutamanya kerana perkembangan ini berbetulan dengan
harga tinggi untuk barang-barang eksport Australia serta kadar faedah yang rendah
yang mengekalkan kos bayar balik hutang asing pada tahap yang begitu rendah. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]
1. ^ Macfarlane, I. J. (1998). Dasar Kewangan Australia pada Suku Tahun Terakhir Abad Ke-
20. Buletin Bank Rizak Australia, Oktober
2. ^ Parham, D. (2002). Reformasi mikroekonomi dan pemulihan pertumbuhan daya pengeluaran dan
taraf hidup. Persidangan Ahli-ahli Ekonomi, Adelaide, 1 Oktober
3. ^ Biro Statistik Australia. Tenaga Buruh Australia. Cat#6202
4. ^ Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan (2003). Memajukan Kepentingan Negara, Lampiran 1
5. ^ Biro Statistik Australia. Buku Tahunan Australia 2005
6. ^ Colebach, T. Kami dalam peluncuran panjang dan licin ke bencana, 2 Mac 2005, The Age
 p

 b

 s

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)[hide]

Afrika Selatan • Albania • Amerika
Syarikat • Angola • Antigua dan Barbuda • Arab Saudi • Argentina • Armenia • Australia • Bahrain • Bangladesh • 
Barbados • Bekas Republik Macedonia Yugoslavia (FYROM) •
Belanda (untuk Kemaharajaan di Eropah dan Antilles
Belanda) • Belize • Benin • Bolivia • Botswana • Brazil • Brunei Darussalam • Burkina Faso • Burundi • Cameroon • 
Chad • Chile • Colombia • Costa Rica • Cote d'Ivoire • Croatia • Cuba • Djibouti • Dominica • Ecuador • El Salvado
r • Emiriah Arab Bersatu • Fiji • Filipina • Gabon • Gambia • Georgia • Ghana • Grenada • Guatemala • Guinea • G
uinea Bissau • Guyana • Haiti • Honduras • Hong Kong, China • Iceland • India • Indonesia • Israel • Jamaica • Jep
un • Jordan • Kanada • Kemboja • Kenya • Kepulauan Solomon • Komuniti Eropah1 • Korea, Selatan • Kuwait • Kyr
gyztan • Lesotho • Liechtenstein • Macao, China • Madagascar • Maghribi • Malawi • Malaysia • Maldives • Mali • 
Mauritania • Mauritius • Mesir • Mexico • Moldova • Mongolia • Mozambique • Myanmar • Namibia • Nepal • New Z
ealand • Nicaragua • Niger • Nigeria • Norway • Oman • Pakistan • Panama • Papua New Guinea • Paraguay • Per
u • Republik Afrika Tengah • Republik Demokratik Congo • Congo • Republik Dominika • China • Qatar • Rwanda 
• Santa Kitts dan Nevis • Santa Lucia • Santa Vincent & Grenadines • Senegal • Sierra Leone • Singapura • Sri La
nka • Suriname • Swaziland • Switzerland • Tanzania • Thailand • Togo • Trinidad dan Tobago • Tunisia • Turki • U
ganda • Uruguay • Venezuela • Vietnam • Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen, dan Matsu • Za
mbia • Zimbabwe
1
 Kesemua 27 ahli negara Kesatuan Eropah juga merupakan ahli-ahli WTO pada diri sendiri:
Austria • Belgium • Bulgaria • Cyprus • Denmark • Estonia • Finland • Greece • Hungary • Ireland • Itali • Jerman • 
Latvia • Lithuania • Luxembourg • Malta • Perancis • Poland • Portugal • Republik
Czech • Romania • Sepanyol • Slovakia • Slovenia • Sweden • United Kingdom

SYDNEY: Defisit belanjawan Australia akan meningkat kepada 7.2 peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun fiskal ini dan dalam 12 bulan
sehingga Jun 2021.

Ia susulan penyusutan pendapatan dan perbelanjaan meningkat berikutan


penutupan ekonomi yang dicetuskan penularan virus, kata Deloitte Access
Economics.

"Belanjawan berdepan tekanan mengejutkan," kata Chris Richardson, Rakan


Deloitte, dalam satu laporan yang dikeluarkan pada Isnin.
"Lebih sedikit pekerja dan pendapatan yang lebih rendah bermakna cukai peribadi
mendapat kesan terbesar berbanding unjuran rasmi," katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA

 Kadar pengangguran Australia cecah 10.8 peratus


 Belanjawan 2020 dijangka disemak semula - OCBC
 Tender terbuka kompetitif, belanjawan asas-sifar beri kesan positif - Guan Eng
 Paras tinggi hutang negara dijangka berterusan - Moody's

Berkait dengan Tinjauan Ekonomi dan Fiskal Pertengahan Tahun yang dikeluarkan
pada Disember, pendapatan dijangkakan akan menyusut sebanyak enam peratus
pada 2019-20, dan kemudian 16 peratus pada 2020-21.

Keuntungan akan terjejas, bermaksud cukai korporat akan jatuh daripada unjuran
rasmi.

Kerajaan dan bank pusat melaksanakan pakej fiskal-monetari bernilai 16.4 peratus
daripada KDNK untuk membantu isi rumah dan syarikat dalam mendepani krisis.

Pihak berkuasa merancang untuk membuka semula ekonomi yang lumpuh


menjelang Julai dan menyasarkan mengembalikan 850,000 orang kepada pekerjaan,
kerana kejayaan mereka dalam meratakan graf jangkitan baharu COVID-19
membolehkan pelonggaran sekatan pergerakan.

"Walaupun dengan kejayaan luar biasa yang dicapai Australia dalam memerangi
virus itu, masalah lama dalam ekonomi adalah bahawa pengangguran turun lebih
perlahan berbanding ia meningkat," kata Richardson.

"Jadi negara (Australia) akan mulai pulih dengan pengangguran yang tinggi, sektor
swasta takut, dan harga eksport utama lemah," beliau memberi amaran.

"Justeru, pemulihan Australia akan sangat bergantung pada sejauh mana kerajaan -
Persekutuan dan Negeri - mengubah dasar mereka daripada pecut virus dan menuju
maraton pemulihan," katanya. – Bloomberg

BH ONLINE-Isnin, 14 Disember 2020, 5:08pm

You might also like