You are on page 1of 1

Pertubuhan bukan kerajaan non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang

ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan manamana kerajaan. Terdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalam
pembangunan di Malaysia. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau kepentingan
tersendiri dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mempengaruhi kerajaan yang bersifat
neutral dalam membentuk sesuatu dasar Dari aspek teoritikalnya, kewujudan dan aktivisme badan
bukan kerajaan dapat dikenalpasti dalam kerangka masyarakat sivil . Ciri-ciri utama masyarakat sivil
adalah kewujudan badan bukan kerajaan sebagai aktor utama dalam memainkan peranannya untuk
menciptakan ruang yang seluas-luasnya dalam berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan
kerajaan. Ruang komunikasi ini berkaitan dengan masalah-masalah kemasyarakatan yang dilakukan
secara bebas dan berdikari dari campur tangan mana-mana pihak. Sedangkan, ditinjau secara
konseptual, badan bukan kerajaan adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi
menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan pihak kerajaan. Banyak juga badan bukan kerajaan
ditubuhkan bagi membantu pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, bahkan sesetengahnya pula diwujudkan
sendiri oleh kerajaan atas sebab pelbagai kepentingan politik, pentadbiran dan pelaksanaan dasar
kerajaan. Namun ada juga badan bukan kerajaan yang diasaskan atas tujuan mencabar kelemahankelemahan kerajaan atau menawarkan ideologi alternatif. Badan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa
Inggeris sebagai non-governmental organization . Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang
dibentuk berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak
menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dan tidak membawa
agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. Apa yang penting bagi sesebuah badan
bukan kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongan-golongan tertentu yang tidak memiliki
perwakilan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam sistem politik negara. Tambahan,
kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan kerajaan, menyediakan
fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi. Kajian mengenai penyertaan politik di
negara ini masih berfokus kepada struktur parti politik, kesatuan sekerja dan

You might also like