You are on page 1of 1

PUDING ROTI SOS KASTARD

=======================
PUDING ROTI
15 keping roti Gardenia
800ml susu segar / fresh milk
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter atau marjerin (dicairkan)
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
Chocolate chips atau kismis
CARA-CARANYA :
1. Carikkan roti dan rendamkan di dalam susu segar / fresh milk selama 15 minit.
2. Masukkan gula, butter atau marjerin, telur dan esen vanilla. Kacau sebati bersama roti yang
direndam tadi.
3. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan chocolate chips atau kismis.
4. Bakar selama 20 -30 minit pada suhu 150 darjah.
5. Biarkan puding roti sejuk sebelum dipotong.
SOS KASTARD
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1. Masak susu cair, esen vanilla, gula dan tepung kastard di atas api sederhana.
2. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding roti semasa menghidang.
SELAMAT MENCUBA & Tag rakan-rakan jika anda sukakannya.

You might also like