You are on page 1of 3

MENGUASAI PENGIRAAN YANG MELIBATKAN KONSEP

KEMOLARAN
A. Pengiraan kepekatan dalam gdm-3 atau moldm-3
Tips
(I) Kepekatan larutan dalam gdm-3 =

(ii) Kepekatan larutan dalam moldm-3 =

1.

Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan yang berikut dalam gdam -3.


a. 4 g zink klorida dilarut dalam air untuk menghasilkan 100 cm 3 larutan.
b. 25 g kalium nitrat dilarut dalam air untuk menghasilkan 500 cm 3 larutan.
c. Berapakah jisim natrium sulfat yang terkandung dalam 500 cm 3 larutan yang kepekatannya 25 gdm3
?

2. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan yang berikut dalam moldm -3.


a. 0.3 mol litium sulfat dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 100 cm 3 larutan .
b. 1 mol natrium klorida dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 800 cm 3 .
c. Suatu larutan asid sulfurik cair mengandungi kepekatan 2 moldm -3 . Berapakah bilangan mol aisd
sulfurik cair yang terdapat dalam 20 cm3 larutan itu.
3. Hitungkan (i) bilangan mol bagi setiap bahan yang digunakan, kemudian
(ii) carikan kemolaran bagi setiap larutan yang disediakan.
a. 5.85 g natrium klorida dilarutkan dalam 200 cm 3 air suling.
b. 33.2 g kalium iodida dilarutkan dalam 500 cm 3 air suling.
c. 2.7g kuprum(II) klorida dilarutkan dalam 250 cm 3 air suling.
d. 99.3 g plumbum(II) nitrat dilarutkan dalam 400 cm 3 air suling.
Jawapan : 1. (a) 40 gdm-3 (b) 50 gdm-3 (c) 12.5 g ,
2. (a) 3 moldm-3 (b) 1.25 moldm-3 (ci) 0.04 mol .
3. (a) 0.1 mol, 0.5moldm-3 (b) 0.2 mol, 0.4 moldm-3
(c) 0.02 mol, 0.08 moldm-3 (d) 0.3 mol, 0.75 moldm-3
B. Pertukaran unit "gdm-3 " kepada unit "moldm-3 " dan sebaliknya.

Tips
Kepekatan dalam moldm-3

gdm-3

kepekatan dalam

4. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan berikut dalam moldm -3.


a. Larutan magnesium klorida yang mempunyai kepekatan 9.5 gdm -3.
b. Larutan kalium iodida yang mempunyai kepekatan 33.2 gdm -3.
5. Hitungkan kepekatan, dalam moldm-3 , bagi satu larutan yang mengandungi 37 g magnesium nitrat
dalam 1 dm3 larutan.
[J.A.R. : N = 14, O = 16, Mg = 24]
6. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan berikut dalam gdm -3.
a. 0.1 moldam-3 larutan natrium sulfat.
b. 2 moldm-3 larutan aluminium nitrat. ,
7. Apakah kepekatan, dalam gdm-3, bagi larutan kuprum(II) nitrat 1.5 M ? ,
[ J.A.R. : N = 14, O = 16, Cu = 64 ]
Jawapan : 4 (a) 0.1 moldm-3 (b) 0.2 moldm-3, 5. 0.25 M
6.(a) 14.2 gdm-3 (b) 426 gdm-3, 7. 282 gdm-3

C. Menghitung bilangan mol bahan larutan jika diberikan kemolaran larutan tersebut.
Tips
Bilangan mol bahan larutan yang terdapat dalam V cm 3 M moldm3
suatu larutan ialah
mol.

8. Hitungkan bilangan mol ferum(II) sulfat yang terdapat dalam 80 cm 3 larutan ferum(II) sulfat yang
kepekatannya 0.2 moldm-3.
9. Berapa mol natrium nitrat yang terkandung dalam 25 cm 3 larutan natrium nitrat 0.5 moldm-3 ?
10. Diberi 200 cm3. larutan kalium iodida 2 moldm-3 mengandungi x mol kalium iodida. Cari nilai x.
11. Berapakah jisim barium hidroksida, Ba(OH)2, yang dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 50
cm3 larutan berair mempunyai kepekatan 0.1 M ?
12. X g plumbum(II) nitrat telah dilarutkan dalam 500 cm 3 air suling untuk menghasilkan suatu larutan yang
mempunyai kepekatan 0.6 moldm-3. Cari nilai X.
13. 53 g natrium karbonat telah dilarut dalam air untuk menghasil suatu larutan 0.25 moldm -3. Hitungkan
isipadu larutan natrium karbaonat yang telah disediakan.
Jawapan : 8. 0.016 mol, 9. 0.0125 mol, 10. 0.4 mol
11. 0.885g, 12. 99.3g, 13. 2000 cm3 ,
B. Pencairan suatu bahan

Tips
Jika suatu larutan V1 cm3 M1 moldm-3 dicairkan dengan air
supaya terhasilnya larutan V2 cm3 M2moldm-3 , maka
M1V1 = M2V2

14. 10 cm3 larutan kalium bromida 1 M dicairkan dengan air suling untuk menjadikan 50 cm 3 larutan.
Apakah kepekatan larutan kalium bromida selepas dicairkan ?
15. Air suling telah ditambahkan kepada 80 cm 3 larutan natrium karbonat 0.4 M.Berapakah isipadu larutan
natrium karbonat cair yang telah disediakan jika kepekatan larutan yang terbentuk ialah 0.1 M ?
16. 150 cm3 larutan zink sulfat telah dicairkan dengan air suling untuk menghasilkan 450 cm 3 larutan zink
sulfat 0.6 moldm-3. Apakah kepekatan asal larutan zink sulfat ?
17. 20 cm3 larutan argentum nitrat 0.1 M dicairkan dengan air untuk menghasilkan larutan argentum nitrat
0.02 M. Berapakah isipadu air yang telah ditambahkan ?
18. 25 cm3 asid nitrik cair 2 moldm-3 dicairkan dengan air suling sehingga menjadi 250 cm 3 larutan. Apakah
kepekatan asid nitrik yang terhasil ?
19. Jika 200 cm3 larutan kalium hidroksida yang kepekatannya 2.8gdm -3 dicairkan sehingga 500cm3.
Apakah kemolaran larutan yang terbentuk ?

Jawapan : 14. 0.2 M, 15. 320 cm3, 16. 1.8 M, 17. 80 cm3 , 18. 0.2 M 19. 0.02 M ,

E. Tindak balas peneutralan


Tips
Katakan A ialah suatu asid dan B ialah suatu alkali. ,
kedua-dua bahan itu bertindak balas mengikut persamaan berikut ,
aA(ak) + bB(ak) --------> Hasil
Jika V1 cm3 M1 moldm-3 larutan A meneutralkan V2 cm3 M2 moldm-3 larutan B,
maka ,

20. 15.0 cm3 larutan kalium hidroksida 1 M memerlukan 10 cm 3 asid nitrik cair untuk peneutralan lengkap.
Hitungkan kemolaran asid nitrik cair yang digunakan.
21. Hitungkan isipadu asid sulfurik cair 0.5 moldm-3 yang diperlukan untuk meneutralkan barium hidroksida
0.2 moldm3.
22. 0.2 M asid hidroklorik cair ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam sebuah bikar kecil yang
mengandungi 40 cm3 0.5 moldm-3 larutan natrium hiodroksida dan 10 cm3 air. Berapakah jumlah isipadu
larutan dalam bikar kecil itu supaya larutan menjadi setakat neutral sahaja ?
23. Suatu larutan asid hidroklorik 7.3 gdm-3 memerlukan 10.0 cm3 larutan kalium hidroksida 0.1 moldm3
untuk peneutralan lengkap. Hitungkan isipadu asid hidroklorik yang telah digunakan.
24. 30.0 cm3 larutan natrium hidroksida 4 gdm-3 memerlukan 15.0 cm3 asid sulfurik cair untuk peneutralan
lengkap. Hitungkan kepekatan asid sulfurik cair yang telah digunakan dalam moldm -3.
Jawapan : 20. 1.5 M, 21. 20 cm3, 22. 150 cm3, 23. 5 cm3, 24. 0.1 M

You might also like