You are on page 1of 3

TAJUK KARANGAN: BUDAYA LEPAK

FOKUS KARANGAN: KESAN-KESAN NEGATIF


FORMAT KARANGAN: CERAMAH / SYARAHAN

KARANGAN CONTOH GRED A+

1.0 CONTOH KATA ALU-ALUAN


[Ayat Format] Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Mula Tuan Pengeusi Majlis, Yang Berusaha Tuan
Pengetua, Encik Daim bin Ahmad Azizul, guru-guru, serta para pelajar yang saya hormati sekalian.
[Ayat Format] Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana mempertemukan
kami dalam majlis ini serta ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi
saya peluang untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. [Ayat Format] Tajuk ceramah saya pada pagi
yang mula ini ialah Budaya Lepak Tidak Mendatangkan Sebarang Faedah.

2.0 CONTOH PENDAHULUAN


[Ayat Rangsangan] Dewasa ini, (bukan Maracapada / Mutakhir ini) isu budaya lepak tak lekang di bibir
masyarakat kita. [Ayat Huraian] Kita sering melihat golongan pelajar berpelesiran dan melepak di gedung
beli-belah, di kaki lima kedai, di tepi jalan, dan sebagainya sama ada pulang dari sekolah, ponteng
sekolah, selepas kegiatan kokurikulum atau selepas kelas tuisyen. Menurut kenyataan yang dikeluarkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran, lebih daripada 500 orang pelajar dilaporkan membolos (=ponteng
sekolah) dan melepak di pusat-pusat beli-belah saban hari. [Ayat Huraian] Senario ini bukan sahaja
menyebabkan ibu bapa seperti cacing kepanasan bahkan mencemaskan pihak kerajaan kerana
menjejaskan masa depan generasi muda dan negara. [Ayat Arahan] Hal ini tidak harus dipandang enteng
kerana gejala lepak mendatangkan dampak (=impak/kesan) negatif kepada remaja, masyarakat, dan
negara.

3.0 CONTOH PERENGAN ISI DEDUKTIF


Hadirin yang saya hormati,
[Ayat Topik] Gejala lepak dalam kalangan remaja, tidak dapat dinafikan, membazirkan masa mereka.
[Ayat Pengembangan: Huraian + Contoh] Mengapa tidak? Ada yang menjadi kutu embun, yakni melepak
sehingga kokok ayam pertama berkumandang. Mereka langsung tidak mengacuhkan kepentingan masa;
langsung tidak menghargai waktu; dan langsung tidak menghayati masa itu emas. Mereka berlagak
seolah-olah tidak ada kerja rumah yang perlu dibereskan ataupun tiada ulang kaji pelajaran secara
konsisten yang perlu dilakukan demi menempuh ujian bulanan ataupun ujian semester. Apabila

ketinggalan dalam pelajaran, mereka menudingkan jari ke arah pihak sekolah seolah-olah pihak sekolah
mengabaikan tanggungjawab. Mereka merungut bahawa sistem pelajaran kita terlalu berorientasikan
peperiksaan sehingga mendesak Kementerian Pelajaran memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR.
[Ayat Penyimpul] Pendek kata, budaya lepak bukan sahaja membuang masa bahkan menjejaskan
pelajaran remaja.

4.0 CONTOH PERENGAN ISI INDUKTIF


Hadirin yang saya muliakan,
[Ayat Pengembangan: Huraian + Contoh] Akhir-akhir ini, masalah sosial yang membabitkan pelajar
ataupun remaja kian berleluasa dalam mayarakat kita. Kes-kes pembuangan bayi, pencabulan maruah
anak gadis, pergaulan bebas, perlakuan samseng, dan sebagainya sering dipaparkan dalam media cetak
mahupun media elektronik dewasa ini. Kata orang tua-tua, Kalau tak ada angin, masakan pokok
bergoyang. Bagi saya, masalah sosial yang kian menjadi-jadi ini berkait rapat dengan gejala lepak kerana
kemelut sosial berpokok pangkal daripada pengaruh rakan sebaya yang berkelakuan liar dan bobrok
akhlak. Kata-kata seorang pakar motivasi yang tersohor, Dato Dr. Fadzilah Kamsah, masih segar dalam
minda saya. Katanya, jika kita berjinak-jinak dengan si penjual minyak wangi, maka harumlah badan kita;
jika kita berjinak-jinak dengan si tukang besi, maka percikan api akan mengena badan kita. Kata-kata
beliau itu memang berpijak di bumi nyata. Gejala mat rempit ataupun samseng jalanan memang bertitik
tolak daripada pergaulan secara beramai-ramai. Mereka bukan sahaja terbabit dalam perlumbaan haram
bahkan terjermurus dalam kemungkaran, seperti penagihan dadah, perjudian, dan pelacuran. [Ayat Topik]
Dengan erti kata lain, gejala lepak menjadi pokok pangkal masalah sosial yang serius di negara kita.

5.0 CONTOH PERENGAN ISI DEDUKTIF-INDUKTIF


Hadirin yang saya muliakan,
[Ayat Topik] Selain kemelut sosial, gejala lepak mencemari imej negara di mata dunia. [Ayat
Pengembangan: Huraian + Contoh] Melepak secara beramai-ramai di tempat tumpuan orang ramai,
seperti di kompleks beli-belah, bukan sahaja memberikan suatu pandangan yang negatif bahkan mencolok
mata orang yang memandang. Para pelancong asing, misalnya, akan beranggapan bahawa generasi muda
kita seperti sampah masyarakat dan tidak bertamadun. Hal ini demikian kerana gelagat remaja yang
melepak, merokok, menghidu gam, berpelesiran, bergelandangan, berfoya-foya, mengganggu
ketenteraman awam, mengadang laluan, bermain gitar, menconteng, melaku musnah dan sebagainya
dalam khalayak ramai sudah pasti akan mencemari imej negara kita. Dalam usaha mereaslisaikan
Wawasan 2020 dan Konsep 1Malaysia, generasi muda kita berkelakuan kurang ajar ataupun biadab.
Implikasinya, sektor pelancongan kita sudah tentu menerima tempiasnya. Ingat, alaf ini zaman siber!
Apa-apa yang dirakamkan dengan alat perakam video, kamera digital ataupun telefon bimbit dapat
dimuat naik dalam alam siber sama ada melalui Youtube ataupun melalui Facebook. [Ayat Topik] Dengan
kata-kata lain, bukan sekadar imej negara akan tercemar bahkan industri pelancongan akan terjejas garagara budaya lepak.

6.0 CONTOH PERENGAN INTIHA


Hadirin yang saya kasihi,
[Ayat Kesimpulan] Sebelum saya menutup tirai, saya ingin menegaskan bahawa gejala lepak
menggelapkan hari muka generasi muda, mengganggu gugat keharmonian masyarakat, dan
menghancurkan kemakmuran negara. [Ayat Cadangan] Selaku remaja yang berhemah, kita sewajarya
mengetahui tanggungjawab kita kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa serta negara.
Manfaatkanlah masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang sihat seperti membaca, beriadah,
berekreasi dan melancong, beribadat, beramal dan bukannya dengan aktiviti-aktiviti yang mengundang
musibah, terutamanya lepak, ponteng sekolah, menghidu gam, dan sebagainya. Janganlah menjadi hamba
kepada hawa nafsu kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dan, usalah terhantuk baru tengadah! Jadilah
generasi yang berhemah, berwawasan, berpelajaran, bertanggungjawab, dan berpatriotik. [Ayat Harapan]
Dengan ini, akan lahirlah modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta pelapis pemimpin
negara yang berwibawa dan berterampilan sekali gus kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara maju di persada antarabangsa.
[Ayat Format] Sekian, terima kasih.

You might also like