You are on page 1of 3

Karangan Fakta : Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai
aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang
hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala
sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu,
kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa
dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi
ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan
yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan
belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin
diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah
untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi
peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan
dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh
berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak
sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan
kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Karangan Fakta : Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat ______________________. Dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau
kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan
gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang.
Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat _____________________________. Ada
pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa
dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi
ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan
yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan
belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita
dapat________________________________. Disiplin sangat penting untuk mencapai
kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan
perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan __________________________________. Setiap
persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.
Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak
sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan
kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

You might also like