You are on page 1of 24

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM BAHASA ARAB

ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan
2.0 Definisi
2.1 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
5
2.2 Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM)
7
2.3 Pengajaran Bahasa Arab
16
3.0 Tahap Penggunaan BBM dalam Pengajaran Bahasa Arab
4.0 Implikasi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
5.0 Kekangan Pelaksanaan BBM
6.0 Cadangan Mengatasi Masalah
7.0 Kesimpulan
BIBLIOGRAFI

1
4

17
20
22
23
25
27

1.0 Pendahuluan

Dewasa ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan


beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh graduan
supaya dapat bersaing dalam pasaran kerjaya. Kemahiran
tersebut dinamakan Kemahiran Insaniah yang diterapkan ke
dalam subjek dan juga aktiviti kokurikulum. Kemahiran
tersebut ialah komunikasi, pemikiran kritis dan kreatif,
kepimpinan,

kerja

berpasukan,

pembelajaran

sepanjang

hayat, etika, keusahawanan dan kemasyarakatan. Tujuan di


sebalik perkara di atas ialah bagi menyediakan graduan yang
dapat memenuhi keperluan semasa di peringkat kebangsaan
mahupun antarabangsa. Secara amnya, graduan hendaklah
memiliki

ilmu

pengetahuan

yang

tinggi,

mempunyai

kemahiran yang baik dalam berkomunikasi, kemasyarakatan,


kepimpinan, kerja berpasukan, berfikiran kritis dan kreatif,
semangat pembelajaran sepanjang hayat, beretika dan mahir
dalam merebut peluang pekerjaan dan keusahawanan.
Bagi pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah pula, keperluan
semasa perlu dilihat bagi membina hala tuju pendidikan yang dapat
menyesuaikan dengan keperluan di universiti. Hasrat universiti akan tercapai
dengan adanya calon yang memasuki memenuhi keperluan universiti.

Berdasarkan keperluan di peringkat universiti, boleh disimpulkan keperluan


tersebut hendaklah dibina di peringkat sekolah lagi. Bagi mencapai hasrat di
atas, pengajaran bahasa Arab diperingkat sekolah hendaklah melihat semula
hala tuju dalam usaha memperkasakan pendidikan yang boleh memenuhi
keperluan semasa. Pemerkasaan tersebut boleh dibuat dalam proses
pembelajaran yang terdiri daripada kurikulum, P&P, pelajar, guru,
pentadbiran dan prasarana. Hasil gabungan perkara-perkara di atas, sekolah
dapat melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Kurikulum perlu dilihat supaya dapat membekalkan pelajar
dengan ilmu pengetahuan tinggi dan keperluan semasa. P&P perlu mengikut
keperluan semasa bagi menjamin objektif pendidikan tercapai. Pelajar perlu
mempunyai motivasi, strategi dan daya saing yang tinggi. Guru perlu
berkompetensi tinggi. Pengurusan perlu kepada kreatif dan inovasi.
Kemudahan prasarana yang kondusif perlu bagi menjamin kelancaran proses
P&P. Di samping itu aktiviti kokurikulum perlu bagi membina shahsiah dan
jati diri pelajar terutama dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Arab.
Hasil dari pada gabungan keperluan di atas, proses pendidikan dapat berjalan
dengan lancar dan melahirkan pelajar yang memenuhi kemahiran yang
dibincangkan dan dapat berinteraksi di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa khususnya berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik.

2.0 Definisi

Untuk menguasai sesuatu bahasa, setiap pelajar bahasa perlu menguasai


kemahiran berbahasa dan sub-sub kemahirannya (Oxford, 1990). Kemahiran
berbahasa mempunyai empat komponen, iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Antara keempat-empat komponen ini
kemahiran pertama yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah kemahiran
mendengar (Sola- h al-cArabi - , 1981; al Madku - r,1983). Tetapi
sebaliknya, kemahiran mendengar kurang diberi tumpuan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Weiten dan Lloyd (1994) latihan
kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang kurang diberi
perhatian dalam latihan kemahiran komunikasi, sedangkan seseorang itu
menggunakan masa jauh lebih banyak untuk mendengar berbanding bertutur.
Manakala dalam konteks pengajaran bahasa Arab, kemahiran
mendengar juga kurang diberi penekanan. Mengikut Ishak Rejab (1992), Ab.
Rahim (1993), Syed Omar (1997), Dahab (1997), Nik (2005) pengajaran
bahasa Arab di Malaysia masih lagi banyak menggunakan Kaedah Nahu dan
Terjemah. Antara kelemahan kaedah ini ialah ia lebih menekankan kemahiran
membaca dan penguasaan nahu bahasa Arab, dan mengabaikan kemahiran
mendengar dan bertutur (Hama - dah, 1987). Pendapat ini selari dengan
dapatan kajian oleh Maimun (1997) yang menunjukkan Kaedah Nahu dan
Terjemah hanya memahirkan pelajar-pelajar dalam dua kemahiran sahaja,
iaitu kemahiran membaca dan menulis.
Sementara itu, teknik pengajaran berdasarkan Kaedah Nahu dan
Terjemah ialah teknik kuliah. Mengikut Rashidi Azizan dan Abd. Razak
Habib (1995) teknik kuliah tidak memerlukan peralatan tambahan untuk
mengajar. Malahan teknik kuliah ini tidak memerlukan persediaan yang rapi,
terutama peralatan teknologi pendidikan sebagai Alat Bantu Mengajar
(ABM). Ini kerana para guru hanya perlu masuk ke kelas dan menghuraikan
sahaja fakta pengajaran dengan terperinci.

Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan


penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar
( Jamaludin & Zaidatun, 2003). Justeru guru perlu memilih teknik pengajaran
yang baik dan sesuai untuk menyampai isi pengetahuan atau melatih
kemahiran, kerana teknik yang baik dan sesuai boleh menjadi pemangkin
kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar.
2.1 Bahan Bantu Mengajar
Bahan pembelajaran merangkumi pelbagai bahan yang digunakan
dalam pembelajaran seperti glosari, buku latihan, bahan bantu mengajar
seperti gambar, objek hidup atau mati, model atau spesimen, radio, poster,
gambar rajah, patung, carta atau peta dan kad-kad perkataan serta alat bantu
mengajar.
Dalam pembelajaran bahasa, penggunaan pelbagai bahan adalah
penting dan ia tidak terhad kepada penggunaan buku teks semata-mata
(Chang, Wu, & Ku, 2005; Dornyei, 2001; Gilmore, 2007; Schuetze, 2008),
apatah lagi dalam pembelajaran bahasa asing yang tidak disokong oleh
persekitaran sepertimana bahasa pertama dan kedua (Aleixo, 2003).
Antara bentuk bahan pembelajaran ialah buku teks yang bermaksud
bahan bercetak, menurut sukatan tertentu bagi sesuatu mata pelajaran dan
untuk masa tertentu (Abdullah,1996). Ia merupakan satu bahan penting dalam
pembelajaran kerana ia menjimatkan masa dan tenaga para guru selain dapat
menyeragamkan pembelajaran serta aktiviti. Walaupun begitu, beberapa
orang sarjana berpendapat bahawa buku teks hanyalah satu cara untuk
mencapai matlamat pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran tidak perlu terhad
kepada kandungan yang terdapat dalam buku teks sahaja. Malah, Dornyei
(2001) menyatakan bahawa penggunaan buku teks yang paling baik
sekalipun tidak akan dapat memenuhi kehendak dan matlamat setiap pelajar.

Oleh itu, buku teks perlu dikaitkan dengan pengalaman seharian dan latar
belakang pelajar.
Hill dan Tomlinson (2007) menekankan penggunaan bahan-bahan
hidup seperti guru kelas lain, pelajar-pelajar daripada tahap yang lebih tinggi,
ataupun pakar luar yang dipanggil untuk memberikan ucapan dalam bidang
yang dikuasainya serta tidak terikat dengan bahan pembelajaran rasmi di
dalam kelas sahaja. Hill dan Tomlinson (2007) juga menyatakan bahawa
selalu sahaja pelajar diperdengarkan dengan monolog atau percakapan
seseorang mengenai hobi dan pekerjaannya, sedangkan dalam kehidupan
sebenar, jarang sekali pelajar mempunyai peluang atau berhadapan dengan
keadaan seseorang yang bercakap mengenai hal peribadi. Oleh itu, input
kemahiran lisan perlu menunjukkan aspek-aspek yang menjadi topik
perbualan seharian penutur asal bahasa tersebut.
2.2 Jenis Bahan Bantu Mengajar
Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang
terdiri daripada pelbagai jenis iaitu :
- BBM bukan elektronik
- BBM elektronik
- Bahan- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar
Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1. Papan tulis atau papan hitam
* Bahan asas dalam pengajaran
*Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar
2.Buku teks
*Dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang
*Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan

latihan
3.Papan Pamer
*Dikenali sebagai papan buletin
*Sumber pangajaran yang produktif
*Dapat memperkenalakan idea baru, memberi maklumat, memberi
kefahaman, memperkayakan
perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya
kreativiti, membentuk sikap
dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.
4.Fail tegak dan bahan bacaan
*Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
*Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin,
poster, carta,
peta, gambar skrip dan sebagainya.
*Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail
*Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca
rujukan dalam pusat
sumber sekolah atau bilik darjah
5.Gambar
*Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar
ataupun jika bahan
sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
6.Kad imbasan atau kad cantuman
*Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata.
*Memperkenalkan perkataan-perkataan baru
*Sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat rendah

7.Carta
*Susunan maklumat yang sistematik
*Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota
ringkas, rangkai kata,
simbol dan lukisan.
*Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah :
a.Carta flip/selak
b.Carta pusing
c.Carta aliran
d.Carta graf
e.Carta pai
f.Carta tunggal
8.Grafik
*Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau
lebih keterangan
visual.
*Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya.
9.Papan pengajaran
*Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25
orang pelajar.
*Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai
daya komunikatif
dan dapat memotivasikan pelajar.
*Jenis papan pengajaran
a.Papan buletin
b.Papan kenyataan
c.Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel

d.Papan putih
e.Papan magnet
f.Papan selit
g.Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa
h.Papan poket
i.Papan sorong tarik
10.Model
*Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar
*Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana
sesuatu itu berfungsi
*Jenis model
a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan
sebenar
b.Model potongan-keratan
c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu
*Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam
atau plaster of Paris
11.Boneka
*Berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
*Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog
*Diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman
12.Diorama
*Rekabentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan
dalam satu susunan
kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam

persembahan tiga
dimensi
Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik

1.Overhead projektor (OHP )


*Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
*Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu
maklumat yang dimuatkan
ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)
2.Trasparensi
*Kebaikan menggunakan trasparensi:
a.Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan
menarik perhatian
b.Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu
disediakan awal
c.Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik
d.Trasparensi juga bersih berbanding papan kapur
*Cara penyediaan trasparensi
i-Kaedah tetingkap
ii-Kaedah singkapan
iii-Kaedah tindihan
iv-kaedah pusing
v-kaedah urutan
vi-kaedah tampalan
3.Pita slaid ( Filem slaid )
*Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi

positif berukuran
kecil
*Sangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam
pengajaran Biologi
*Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri slaid.
*Dapat menarik perhatian pelajar
*Dapat menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam
kelas
*Isi kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan
berulang kali, diubah
dan ditambah.
4.Radio
*Untuk pengajaran bahasa
*Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh
digunakan.
5.Televisyen dan VCR
*Dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan
dengar
*Dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang
lebih berkesan
6.Filem tayangan /Filem jalur
*Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui
deria penglihatan dan
pendengaran
*Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk
dokumentari

7.Komputer
*Boleh diprogramkan untuk mengajar
*Dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai
bahan pengajaran.
*Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog,
kuiz, ujian dan
sebagainya.
Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam
sekitar
*Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan
projek pameran.
*Dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana
melibatkan
pelajar-pelajar secara langsung.
*Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga
dimensi
*Realia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:
i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya
iii-tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
iv-benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.
*Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secara
nyata dan semulajadi

2.3 Pengajaran Bahasa Arab


Pengajaran adalah menampilkan atau membantu seseorang untuk belajar
bagaimana melakukan sesuatu, memberikan instruksi, membimbing dalam
studi sesuatu, memberikan dengan pengetahuan, menyebabkan untuk
mengetahui atau memahami (Brown, 2000:7). Menurut Rahil Mahyuddin,
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan
kognitif yaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek.
Bahasa arab adalah bahasa yang di gunakan secara luas di bumi
ini. Bahasa arab merupakan bahasa utama dari 22 negara, dan merupakan
bahasa peribadatan dalam agama islam karna merupakan bahasa yang di
pakai oleh Al-Quran

sesungguhnya kami telah menjadikan Al-Quran dalam bahasa arab,


supaya kalian bisa memahaminya(QS. Az Zukhruf:3)

3.0 Tahap Penggunaan BBM dalam Pengajaran Bahasa Arab


Penggunaan bahan pembelajaran juga perlu mengambil kira faktor
kebolehan pelajar. Apatah lagi sekiranya di dalam satu kelas terdapat pelajar

yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Menurut Cajkler dan


Addelman (2000), pelajar yang lebih
berkebolehan perlu diberikan bahan yang lebih bersifat kendiri supaya
mereka boleh berdikari seperti penggunaan kamus, membina ayat dan
sebagainya. Ini kerana mereka akan merasa bosan sekiranya pengajaran
terlalu perlahan. Manakala pelajar yang menghadapi masalah pula akan
ketinggalan sekiranya pengajaran terlalu laju. Oleh itu, mereka
mencadangkan penggunaan stimuli yang berbeza terhadap kelompok pelajar
yang
berbeza walaupun hasilnya nanti berbeza-beza. Dari segi pembentukan bahan
pembelajaran, Dat (2007) mencadangkan penggunaan sumber pembelajaran
daripada kehidupan sebenar bahasa sasaran itu digunakan. Bahan-bahan
seharian seperti radio, filem, rancangan televisyen juga boleh merapatkan
jurang perbezaan pertuturan dengan penutur asal. Ia juga ditentukan oleh isi
kandungan, fungsi dan makna yang akan mengekalkan minat pelajar dan
berbentuk sebuah teks atau wacana yang menggunakan bahasa dalam
keadaan sebenar.
Tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam bahasa arab
menunjukkan kekerapan penggunaan bahan pembelajaran berdasarkan buku
teks digunakan secara meluas berbanding kamus, buku latihan dan gambar.
Manakala majoriti pelajar menyatakan bahawa OHP dan LCD hanya sesekali
digunakan dalam pembelajaran. Penggunaan komputer juga didapati tidak
memuaskan selari dengan kekerapan penggunaan Internet dan makmal
bahasa yang juga rendah. Kadar penggunaan kad imbasan dan radio juga
tidak memuaskan. Ini menunjukkan bahawa buku teks sahaja digunakan
secara kerap dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah. Manakala
penggunaan bahan-bahan lain adalah tidak menggalakkan, buku teks didapati
digunakan secara meluas di samping kamus, buku latihan serta gambar.
Namun, sebahagian besar guru menyatakan bahawa OHP tidak kerap
digunakan dalam pembelajaran. Manakala lebih daripada satu perlima
menyatakan bahawa LCD tidak pernah digunakan. Sebahagian besar guru

juga menggunakan komputer pada kadar kekerapan yang rendah apabila yang
menggunakannya pada tahap biasa dan amat biasa selari dengan penggunaan
Internet dan makmal bahasa. Selain itu, kadar penggunaan kad imbasan dan
radio juga tidak memuaskan.
Buku teks digunakan secara meluas dalam pembelajaran bahasa Arab
di sekolah, selari dengan dapatan Taha-Thomure (2008) yang meneliti
pengajaran bahasa Arab di dunia Arab. Ia disokong oleh temu beberapa
kajian yang mendapati pengajaran guru adalah terikat dengan kandungan
buku teks. Pembelajaran yang berasaskan kandungan buku teks mempunyai
beberapa kelemahan. Pertamanya, ia tidak mempunyai unsur autentik yang
mewakili realiti sebenar penggunaan bahasa (Gilmore, 2007), keduanya, ia
menggalakkan penggunaan bentuk formal bahasa semata-mata (Morris,
2005) yang memberi kesan negatif kepada penggunaan strategi kognitif yang
tinggi (Artino, 2008) seperti strategi pemikiran kritis. Ketiganya, pelajar
terkongkong dengan kandungan buku teks semata-mata dan tidak terbuka
kepada perkembangan semasa (Taha-Thomure, 2008).
Kamus dan buku latihan tidak digunakan secara meluas. Keadaan ini
berlaku mungkin disebabkan oleh faktor penggunaan kamus yang banyak
berlaku di dalam kelas
sahaja menyebabkan guru berpendapat penggunaan bahan ini dalam kalangan
pelajar adalah lebih tinggi. Manakala bagi pihak pelajar pula, pendapat
mereka bukan sahaja terbatas di dalam kelas tetapi juga di luar kelas. Oleh
itu, penggunaannya di luar kelas mungkin lebih rendah jika dibandingkan
dengan penggunaannya di dalam kelas. Penggunaan kamus yang rendah
dalam kalangan pelajar disebabkan oleh beberapa faktor.
Hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang mempunyai inisiatif sendiri
membeli kamus. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya,
penggunaan kamus yang tidak diwajibkan kepada para pelajar. Keduanya,
sebahagian guru pula didapati tidak mementingkan penggunaan kamus
kerana mereka berpendapat ia tidak perlu dalam pembelajaran bahasa Arab
peringkat asas. Sikap sesetengah guru ini mungkin menyebabkan pelajar

tidak merasakan kepentingan penggunaan bahan tersebut, selari dengan


pandangan Guilloteaux dan Dornyei (2008) yang melihat aspek pengaruh
guru terhadap motivasi pelajar. Ketiganya, bentuk pembelajaran yang
berpusatkan guru. Apabila para pelajar menghadapi masalah dalam
memahami teks, mereka dapat merujuk terus kepada para guru ataupun
bertanya kepada rakan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam
pembelajaran bahasa Arab. Oleh itu, kewujudan kamus didapati tidak berapa
dipentingkan terutama sekali dalam keadaan pembelajaran yang
berorientasikan buku teks.

4.0 Implikasi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar


Ramai di kalangan guru menggunakan komputer dalam pengajaran
Bahasa Arab terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Dalam hal ini, untuk
mendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran
berbantukan komputer (PBK). Dari segi kemahiran menggunakan perisian
komputer yang berkaitan dengan pembelajaran, kebanyakan guru tidak
menguasainya
dengan
baik.
Contohnya
dalam
penguasaanauthorware dan toolbook, mereka
menyatakan
tidak
menguasainya dengan baik Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan
multimedia dalam pengajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat
menambahkan minat pelajar terhadap pelajaran. Terdapat pendapat yang
mengatakan bahawa pelajar yang lebih berminat dalam pengajaran apabila
guru menggunakan komputer di dalam
Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu
lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan

yang lebih kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan
internet di dalam pengajaran. Selain menggunakan bahan berbantukan
komputer penggunaan kad imbasan, gambar, carta-carta dan papan kuiz atau
OHP turut membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di mana
proses pengajaran berjalan lancer dengan melibatkan pelbagai aktiviti yang
menarik dan sesuai dengan tahap kognitif dan bilangan murid dalam kelas.
Semua faktor untuk mendapatkan keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru merancang,
menyusun dan menjalankan aktiviti dalam kelas.

5.0 Kekangan Pelaksanaan BBM

Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi


oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran bahasa. Masih
terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran
berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi
masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu
diberikan dalam menyediakan bahan. Pelajar juga kurang berminat
menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Arab. Komputer yang
digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan
teknologi
Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan
komputer yang tidak cekap di sekolah Masalah bilik komputer juga sering
mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat
guru yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan
oleh kumpulan pelajar lain Minat mengajar menggunakan komputer tidak
menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian Pihak pentadbir
sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka
memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.

6.0 Cadangan Mengatasi Masalah


Isu penggunaan BBM dalam pengajaran bukanlah perkara baru dalam
dunia pendidikan kini. Ianya seolah telah menjadi satu rutin yang perlu
dipertimbangkan penggunaannya dalam kelas kerana sifatnya yang
membantu dalam mencapai objektif pengajaran. Justeru, guru perlu bijak

memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk untuk diselaraskan


dengan BBM yang digunakan. Walaupun pelbagai kaedah pengajaran
terancang telah ditekankan kepada semua lepasan guru untuk diterapkan
semasa pengajaran namun terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa
unsur penting dalam aspek pengajaran KBSR tidak diikuti dan dilaksanakan
sepenuhnya dalam bilik darjah. Menurut Abd Rahman (2000), pelbagai alat
teknologi pendidikan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah di Malaysia. Penggunaan multimedia moden seperti video
klip, YouTube dan powerpoint beranimasi boleh meningkatkan kualiti
pembelajaran disamping meningkatkan motivasi pelajar. Antara contoh laman
web
yang
mempunyai
laman
pendidikan
bahasa
arab
seperti http://www.sabah.edu.my/, http://www.myarabquran.com/, http://wanr
usli.net/, http://www.madinaharabic.com/, http://maalhijrah.blogspot.com/, ht
tp://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/ dan banyak lagi. Bagi laman
youtube pula terdapat banyak pilihan mengajar menggunakan video seperti
link
berikut www.youtube.com/watch?
v=98YBS2tdpdU danwww.youtube.com/watch?v=Dm3ggo4hlYw.
Justeru, guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam
pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah chalk and
talk dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan
motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan
masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang
mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran
yang lebih bermakna.

Terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah penggunaan


BBM yang terlalu minimum dalam kelas, Antaranya ialah mewujudkan
jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dengan Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD), menyediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan


teknologi komputer terkini. Mewujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk
pembelajaran. Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat
dorongan daripada pentadbir. Memberikan lebih dorongan kepada pelajar
agar meminati komputer. Semua guru Bahasa Arab perlu diberikan
pendedahan aplikasi komputer.

7.0 Kesimpulan
Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah
dari semasa ke semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan
Pembangunan. Justeru guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi
pendidikan, termasuk teknologi sistem audio demi penambahbaikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi
pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta
pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan
penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar.
Di samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio
dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta
dapat mengelak pelajar daripada cepat merasa bosan.
Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan
komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat
memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat
pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Tiga

komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan


komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru
pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan
pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum
kepada pelajar.
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa daripada
sepuluh BBM yang disenaraikan, hanya bahan bercetak sahaja yang
mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru.
Penggunaan BBM yang lain seperti poster/carta, perisian komputer dan LCD
projektor pula adalah pada tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan
peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar
foto dan papan gulung pula adalah rendah.
Bahasa Arab mempunyai kepentingannya dalam walaupun demikian,
aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan
kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran
berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa
Arab dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan,
penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan
internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan
keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

BIBLIOGFAFI

Ghazali

Yusri

&

Pembelajaran

rakan-rakan,
Dalam

Kursus

(2012) Penggunaan
Bahasa

Arab,

Bahan
Universiti

Kebangsaan Malaysia.
Nik Muhammad Rahimi Bin Nik Mohd Yusoff & Kamaruzaman
Bin Abd Ghani, (2008),
Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan Hubungannya dengan
Pencapaian

Kemahiran

Mendengar

Bahasa

Arab,

Jurnal

teknologi, Universiti Teknologi Malaysia

Profesor Madya Dr. Rosni bin Samah, (2012) Isu Pembelajaran

Bahasa Arab,
Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Rahimi Bin Md. Saad & Zawawi Bin Ismail, Pengajaran dan Pembelajaran Bahas
Web,Universiti Malaya
http://www.forsanplus.com/
http://www.ipgktarpengajiansosial.com/

http://ms.wikipedia.org/

LAMPIRAN
CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA ARAB

You might also like