You are on page 1of 6

http://mhdamin2011.blogspot.com/2012/09/edu-3106-implikasi-kepelbagaiansosio.

html
EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO
Pengenalan.
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai
budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita
berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan
merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan
kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota
masyarakat.
Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
bagi Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum
bumiputera dimana 14.50 juta orang adalah kaum melayu manakala 3.15 juta
orang adalah kaum bumiputera bukan melayu seperti kadazan, dayak,iban,
dusun dan lain-lain lagi. Kaum Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan
kaum india seramai 1.95 juta orang dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang.
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan
kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya
pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi
cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian
sosio-budaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang
mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.
Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya
menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu
masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan
akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan
mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang
diredhai Allah SWT.
Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai
pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta
permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan
elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka
wujudlah Rukun Negara. Rukun Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk
mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa
berdarah 13 Mei 1963 yang mampu mengugat kemerdekaan negara pada masa
itu. Pada era yang makin mencabar ini, perpaduan turut menjadi isu yang hangat
setelah pemimpin-pemimpin kaum mula membangkitkan isu-isu sensitif dan
mencabar hak keistimewaan Kaum Bumiputera yang sedia termaktub di dalam
Perlembagaan Malaysia. Oleh hal demikian, satu pendekatan perlu di ambil bagi
mengelakkan perpecahan kaum dan peristiwa berdarah berulang kembali.

Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan perpaduan
sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd
Razak melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan
kaum di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan
beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap
rakyat Malaysia.
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting
yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyatMalaysia. Ia bukan satu dasar
baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini,
sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia
ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah
mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara
Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan
membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia
diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan
masyarakat. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Definisi sosiobudaya
Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya,
terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan
dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/
budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang
merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau
akal) secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi dan akal manusia.
Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua dua perkataan ini dicantumkan (budaya)
membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan
jiwa.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat


ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam
laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosiobudaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah
amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir
dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai
bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup

masyarakat tersebut.
Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan
pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur struktur
kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang
membentuk ciri ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini
dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu
konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain lain
kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja
dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi
skop yang lebih besar.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses


pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri
kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di
peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah.
Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini
akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan
negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia
di mana penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam
konsep 1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah.
1. Guru.
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang
sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru
perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya
daripada pelbagai kelas sosial dan kaum.
Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan
cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala
menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun
jenis bangsa seseorang.
Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada
kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua
murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan
kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak
berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan
yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan
interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka
yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka,

hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu


pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya
dan fahaman murid-murid.
Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya
mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai
contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya
mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal
demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar
segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon
dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati
dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada
guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin
tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa
dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan
nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia.
Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysiayang
bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar
murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru
dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau
mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid.
Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai
dengan semua agama,nilai dan kepercayaan mereka.
Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan
bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di
dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.
2. Murid.
Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid
mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan
persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di
dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza
daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman
mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina
agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.
Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas
ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun
dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran
berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan
dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara
satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid
mencapai kematangan sosial.

Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam


kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran
antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti
belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang
sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan
antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan
tuntutan agama.
Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal
demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses
sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap
percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk
menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat
kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak
langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.
Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah
didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku
sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu
peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di
bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.
3. Sekolah
Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh
diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang
terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum,
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah
dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.
Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam
masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa
mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar
sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada
meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat
dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan
tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP)
adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi
memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang,
agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh
menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi
mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan


murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing
antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang
seragam.
Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak
peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi
yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan
semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu
dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk
menghadapi masyarakat di masa akan datang.
4. Kurikulum Tersirat
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi
objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan.
Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang
disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah.
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di
kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai
kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah
sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah.
Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku
baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara
warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa
juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara
tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid
Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai
konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada halhal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas
mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada
pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu
memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat
sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan
kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.
DIkirimkan oleh Cikgu Min Pada Saturday, September 15, 2012

You might also like