You are on page 1of 12

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 4 SESI 2012/2013


KRM 3043 : ASAS PENGURUSAN DATA

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

NO TELEFON

PUAN ASMA BINTI SHUIB

D20112054209

012-5634804

PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI 01


NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH
TARIKH SERAH:

Matapelajaran statistik telah dimasukkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah(KBSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu statistik ini perlu di ajar di
peringkat kanak-kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan
awal bagaimana untuk mengumpul,memproses dan menganalisis data.Pengurusan data
adalah memainkan peranan yang sangat penting kerana kemahiran matematik ini juga
dapat digunakan dalam sains dan hidupan seharian.Pengurusan data adalah satu daripada
tajuk yang menarik dalam kurikulum matematik sekolah.Oleh itu,murid perlu belajar
konsep dan proses yang berkaitan dengan pengurusan data melalui penglibatan aktif
daripada situasi pelbagai.Terdapat empat tajuk yang terdapat dalam pengurusan data iaitu
pengumpulan dan pengurusan data,perwakilan data,sukatan kecenderungan memusat dan
sukatan serakan.Namun pelajar sering menghadapi miskonsepsi di dalam tajuk-tajuk
ini.Miskonsepsi yang wujud akan menjadi halangan untuk melangkah ke tajuk yang
seterusnya.Jadi,langkah-langkah mengatasi perlu diambil supaya murid tidak mengulangi
kesilapan yang sama.
Pengumpulan dan pengurusan data.Dalam tajuk ini,murid akan belajar
bagaimana data dikumpulkan dan diuruskan dengan kaedah yang bersesuaian.Setelah
mengenali pembolehubah dan jenis-jenis data,murid akan mempelajari bagaimana
hendak mengumpulkan data mengikut taburan-taburan tertentu.Miskonsepsi yang wujud
dalam tajuk ini ialah murid-murid tidak tahu bagaimana untuk dapatkan selang kelas
yang pertama.Ini kerana kefahaman murid-murid, setiap selang kelas perlu dimulakan
dengan 0.Contoh: Murid diberi jadual yang berkaitan dengan berat murid-murid dalam
kelas 3B.

29 25 18 21 23 19 22
32 28 16 30 27 15 35
26 13 31 22 17 26 38

Berdasarkan jadual di atas,murid kemungkinan akan memberi jawapan 0 15 bagi selang


kelas.
Cara mengatasinya ialah dengan mengadakan aktiviti kumpulan.Setiap kumpulan akan
diberi jadual data yang berlainan.Murid dikehendaki mencari data minimum dan data
maksimum untuk menentukan selang kelas.Guru perlu memberi penjelasan tentang data
minimum dan data maksimum serta menggalakkan murid membuat banyak latih tubi bagi
meningkatkan kefahaman mereka.Contoh:

29 25 18 21 23 19 22
32 28 16 30 27 40 35
26 13 31 22 17 26 38
32 24 36 31 37 37 29

Data minimum = 13
Data maksimum = 41
Selang kelas = 10 - 20
Miskonsepsi seterusnya berlaku apabila ada murid memasukkan satu data ke
dalam lebih daripada satu selang kelas.Contohnya,10 20, 20 30 dan
seterusnya.Apabila di ambil data 20,ke dalam selang kelas manakah 20 akan dimasukkan.
Jadi guru haruslah membantu murid dengan memaparkan beberapa jadual.Di sini murid
diingatkan berhati-hati ketika membentuk sesuatu kelas supaya data dapat dimasukkan
dalam satu kelas sahaja.Saiz untuk semua kelas mestilah sama supaya ia memudahkan
kita untuk memaparkan data dalam bentuk graf.
Kelas

Gundal

Bilangan murid

10 20

////

21 30

//// //// /

11

31 40

//// ///

8
3

41 - 50

Perwakilan data. Terdapat 4 peringkat dalam perwakilan data iaitu


mengemukakan soalan,pengumpulan data,analisis data dan keputusan interpretasi. Datadata yang dikumpulkan terbahagi kepada dua jenis iaitu data diskrit dan data selanjar dan
ia

boleh

disusun

samada

dengan

menggunakan

kaedah

jadual,senarai

dan

penggundal.Data-data yang diperolehi boleh dipersembahkan secara visual sama ada


dengan menggunakan pictogram,carta palang,carta pai,histogram,poligan kekerapan atau
graf garisan mengikut kesesuaian.Dalam mempelajari tajuk ini,terdapat miskonsepsi yang
sering dilakukan oleh murid.Pertama,murid-murid salah untuk menginterpretasikan
pictogram.Biasanya di dalam pictogram data ditunjukkan dengan menggunakan symbol
atau gambar.Jika murid tidak berhati-hati,kemungkinan akan berlaku kesilapan mentafsir
maklumat kerana ada sebilangan symbol atau gambar diwakili sebahagian (pecahan)
bilangan item.Contohnya:

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini ialah meminta
murid menyenaraikan bulan-bulan dalam setahun.Kemudian murid diminta menyatakan
bulan kelahiran mereka di dalam jadual yang disediakan.Setiap murid diberikan pelekat
bergambar.Murid diminta melekatkannya mengikut bulan kelahiran mereka di dalam
jadual.Contohnya:

Bulan

Bilangan
Guru

menerangkan

bahawa setiap pelekat


Januari

mewakili

orang

murid.Seterusnya guru

Februari

menyoal

murid

.Berapakah pelekat yang diperlukan untuk seorang murid. Guru memberi bimbingan kepada
murid dan menerangkan langkah yang perlu diingati semasa melukis pictogram.
a)
b)
c)
d)
e)

Pastikan semua pictogram mempunyai tajuk dan kekunci.


Pilih gambar atau symbol yang mudah untuk dilukis.
Tuliskan dengan jelas perwakilan symbol yang digunakan.
Bilang bilangan symbol yang diperlukan untuk setiap data
Gunakan keras graf untuk melukis pictogram agar symbol yang dilukiskan dengan
kemas dan sekata.

Miskonsepsi seterusnya ialah carta pai yang mengelirukan.Terdapat murid yang tidak
melukis dengan betul menyebabkan maklumat yang hendak disampaikan tidak jelas.Ini
kerana dengan menggunakan pengetahuan tentang carta pai,kita dapat menafsir suatu
carta pai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.Antara aktiviti yang boleh
dijalankan ialah menyediakan satu jadual seperti berikut:

Hasil sebuah ladang dalam tahun 2000.


Hasil
Kobis

Kuantiti
( ton metric )
2100
5

Sayur manis
Tembikai
Teh
Kacang soya
Jagung

720
360
1500
540
180

Berdasarkan jadual di atas,guru membimbing murid melukis carta pai mengikut


langkah-langkah berikut:
1. Lukis bulatan

2. Tentukan saiz sudut sector


Jumlah hasil = 2100 + 720 + 360 + 1500 + 540 + 180 = 5400 ton metric
Saiz sudut sector bagi :
Kobis = (2100/5400) x 360
= 140
Sayur manis = (720/5400) x 360
= 48
Tembikai
= (360/5400) x 360
= 24
Teh
= (1500/5400) x 360
= 100
Kacang soya = (540/5400) x 360
= 36
Jagung
= (180/5400) x 360
= 12
3. Bahagikan bulatan mengikut saiz sudut sector

4. Labelkan sector-sektor itu

Sukatan kecenderungan memusat.Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat


iaitu min,mod dan median.Min adalah purata satu kumpulan data.Min dikira dengan
menjumlahkan semua nombor dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut.Ia juga
menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan perbandingan.Min juga berguna semasa
mengira sisihan piawai dan skor sisihan.Mod pula ialah skor yang mempunyai kekerapan yang
paling tinggi dalam satu taburan.Manakala median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan
mmenaik atau menurun.Antara miskonsepsi yang sering berlaku ialah murid-murid tidak
menghafal rumus dan maksud min,mod dan medium.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
memperkenalkan pendekatan altenatif seperti yang disyorkan oleh Cai et al (1995) iaitu dengan
membenarkan pelajar untuk membina pemahaman kontekstual mengenai konsep sukatan
kecenderungan memusat sebelum menggunakan algoritma biasa.
Contoh :
Dalam satu ujian Matematik,skor untuk 10 oarang pelajar adalah : 35, 42, 55, 67,75, 88, 90, 94,
96 dan 98. Kira min bagi 10 morang murid tersebut.

Miskonsepsi seterusnya ialah murid tidak tahu untuk memilih sukatan kecenderungan yang
paling sesuai untuk konteks masalah.Pelajar tidak menggunakan setiap ciri matematik untuk
membuat keputusan mereka.Murid lebih cenderung untuk memilih min kerana lebih mudah
berbanding median.Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini ialah
mengaitkan satu set data yang terdapat dalam kehidupan seharian pelajar.Guru juga perlu
memperkenalkan konsep sukatan kecenderungan memusat dengan memberi contoh penggunaan
min,seperti kos barangan harian,kehadiran sekolah,atau gred pencapaian subjek.Bahan maujud
seperti kismis boleh digunakan sebagai konteks untuk bekerja dan berfikir tentang konsep
kecenderungan memusat.
Sukatan serakan.Dalam sukatan serakan set data yang tersebar luas akan mempunyai
nilai sukatan serakan yang lebih besar berbanding dengan set data yang berkumpul.Julat
bermaksud perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam sesuatu set data.Julat juga
mempunyai perbezaan antara titik tengah kelas tertinggi dengan titik tengah kelas
terendah.Sisihan piawai pula menunjukkan sejauh mana nilai-nilai dalam suatu set data
terkumpul sekitar nilai min set data berkenaan.Kuartil-kuartil bermaksud satu set data yang telah
disusun sama ada dalam tertib menaik atau menurun.Miskonsepsi yang biasa terjadi dikalangan
murid ialah murid mengganggap julat boleh digunakan dengan tepat bagi menentukan serakan
bagi mana-mana satu set data.Sebenarnya, nilai julat tidak memberi gambaran yang tepat
mengenai sebaran data itu.
9

Contoh : Perhatikan bagaimana skor-skor berikut disusun dalam taburan kekerapan dengan julat
kelas sebanyak 5.
.
33
22
14
32
27
31
17

12
16
34
24
20
22
29

64
48
22
27
33
16
13

52
26
19
30
14
36
18

72
37
40
23
27
27
44

51
21
24
31
20
92
12

13
32
22
19
29
82
28

7
6
15
24
23
5

Miskonsepsi terhadap sukatan serakan berdasarkan kuartil dan persentil juga sering
berlaku di kalangan murid.Mereka mengganggap julat sesuai digunakan sebagai ukuran serakan
jika min digunakan sebagai ukuran memusat.Ini kerana jika min digunakan sebagai ukuran
memusat,maka ukuran serakan yang sesuai adalah sisihan piawai.Julat diantara kuartil sesuai
digunakan selagi ukuran serakan hanya apabila median digunakan sebagai ukuran memusat.
Contoh: Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian sains. Cuba kirakan
sisihan piawai.

10

Rumusan
Sebagai seorang guru,kita haruslah peka terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu
kemahiran.Sebaik sahaja mendapati pelajar melakukan kesilapan,tugas guru ialah mencari sebab
dan cara untuk mengatasi supaya dapat membetulkan kesilapan mereka.Aktiviti pengumpul data

dan analisis data sangat penting untuk digunakan dalam semua aspek kehidupan seharian.Kita
perlu mengumpul pelbagai data setiap hari,memadan dan menyusun.Seterusnya apabila
seseorang itu bijak menyelesaukan masalah,mereka dapat menyusun maklumat terlebih dahulu
dan membuat kesimpulan serta dapat membuat jangkaan mengenai situasi masa hadapan.Banyak
pengalaman akan menjadikannya seorang yang lebih fleksibel.

11

BIBLIOGRAFI

1. Rosinah Edimin(2011), Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons


Sdn.Bhd.
2. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli Ab.Ghani
(2012), Modul Asas Pengurusan Data. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
3. Statistik Asas (2012). Diperolehi pada Oktober 3, 2013 daripada
http://www.amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/Statistik%20Asas.pdf
4. Perbincangan Statistik (2012). Diperolehi pada Oktober 5, 2013 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Statistik
5. Sukatan Kecenderungan memusat (2012). Diperolehi pada Oktober 5, 2013 daripada
http://pkukmweb.ukm.my/tangang/stab2003/Bab3/chapter3.htm

12

You might also like