You are on page 1of 2

5.

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Untuk menguasai kemahiran membaca, banyak pendekatan dan kaedah yang boleh
dilaksanakan. Dua pendekatan yang sering dilaksanakan adalah kaedah bottom-up dan
kaedah top-down.

5.5.1 Kaedah bottom-up


Dalam membaca, kaedah bottom-up memberi penekanan kepada penguasaan
asas membaca sebelum membaca pada peringkat yang lebih tinggi. Ini bererti
murid-murid akan diajari atau diperkenalkan kepada elemen yang paling kecil
atau asas dalam bahasa iaitu mempelajari bunyi dan abjad untuk menguasai
kemahiran fonologi. Ini diikuti dengan perkataan, pembinaan ayat, membaca teks
atau petikan dan seterusnya memproses teks untuk kefahaman.
Kaedah ini memberi tumpuan khusus bahawa pengajaran dan pembelajaran
bahasa perlu berbentuk sequential atau menurut turutan. Murid-murid perlu
mahir dalam mendekod sebelum kemahiran kefahaman. Oleh itu, kaedah fonik,
kaedah abjad dan kaedah suku kata menjadi asas utama untuk murid belajar
membaca menurut kaedah ini.

Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Bottom-up


Kefahaman
Membaca teks
Membina ayat
Perkataan
Abjad
Bunyi

5.5.2 Kaedah top-down


Kaedah top-down juga dikenali sebagai kaedah pemprosesan maklumat. Ia
memerlukan murid-murid memproses teks pada peringkat tinggi terlebih dahulu.
Ini dikuti dengan memberi tumpuan kepada struktur teks / petikan, proses
pembinaan ayat dan perkataan. Contohnya meramal maksud perkataan
daripada petikan yang dibaca.

Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menghubungkaitkan


pengetahuan sedia ada / prior knowledge dengan apa yang diajari oleh guru.
Pendapat , pengetahuan dan pengalaman murid memainkan peranan penting
dalam pelaksanaan pendekatan ini. Melalui kaedah ini memberi peluang yang
luas untuk murid memberikan pendapat atau fikiran mereka . Soalan-soalan
yang dikemukakan juga merangkumi aras aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian selain daripada pengetahuan dan kefahaman.

Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Top-down


Kefahaman
Membaca teks
Membina ayat
Perkataan
Abjad
Bunyi

Kedua-dua kaedah membaca yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan


kelemahan tersendiri. Ini disebabkan

tidak semua murid boleh membaca

menggunakan sesuatu kaedah. Sebagai contoh murid-murid disleksia lebih


sesuai mempelajari kemahiran membaca dengan kaedah fonik. Manakala muridmurid autistik lebih sesuai dengan kaedah seluruh bukannya kaedah fonik
ataupun kaedah suku kata. Dengan keperluan yang pelbagai, adalah wajar untuk
guru mentaksir keupayaan membaca dengan cara yang pelbagai juga. Apa yang
mustahak adalah murid boleh membaca sebaik mungkin.
Walau bagaimanapun, kelemahan murid dalam membaca bukan sahaja terletak
kepada diri murid-murid berkenaan. Faktor guru juga boleh menyebabkan murid
lemah dalam membaca. Kepekaan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah
membaca amat penting. Ini disebabkan tidak semua murid dapat menguasai
kemahiran membaca dengan menggunakan satu kaedah yang sama khususnya
murid-murid berkeperluan khas.

You might also like