You are on page 1of 2

Teori kepimpinan McGregor

Konsep teori kepimpinan ini menggandungi dua teori iaitu teori X dan
teori Y yang diperkenalkan oleh Douglas McGregor dalam bukunya yang
bertajuk The Human Side of Enterprise. Teori ini menerangkan dua
keadaan yang bertentangan dengan sifat manusia. Berdasarkan teori X,
pemimpin-pemimpin yang berkesan ialah mereka yang bersifat autokratik.
Mereka membuat keputusan tanpa melibatkan orang bawahan dan tiada
proses delegasi kuasa. Pendekatan carrot and stick digunakan dalam
teori ini yang bermaksud pemimpin perlu menekankan kepada pemusatan
terhadap tugas semata-mata dan tidak perlu memberi tumpuan memberi
kepada aspek-aspek kemanusiaan dalam organisasi. (A.B Aziz Yusuf:
2004)
Teori X juga menerangkan gaya pengurusan yang bersifat autokratik
yang berdasarakan kepada andaian mengenai individu berhubung dengan
kerjanya. Antara andaiannya ialah manusia secara semulajadinya
mempunyai sifat malas dan selalu cuba mengelakkan dari membuat
sebarang kerja. Jika diberi peluang, mereka akan mengelak daripada
bekerja. Oleh itu mereka mesti dipaksa, diarah dan dimotivasikan untuk
melaksanakan tugas itu. Matlamat semulajadi manusia juga bertentangan
dengan matlamat organisasi. Oleh itu dia terpaksa diugut, dipaksa atau
dikawal oleh kuasa-kuasa luaran bagi menentukan bahawa manusia itu
bekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Oleh kerana perasaan yang
tidak rasional, manusia tidak berkebolehan untuk mendisplinkan diri
sendiri. Kebanyakan daripada manusia lebih suka diarah, ingin
mengelakkan diri daripada bebanan tanggungjawab, tidak mempunyai
cita-cita yang tinggi dan mengutamakan keselamatan diri daripada
perkara-perkara yang lain. (Jaafar: 1999)
Berlainan pula dengan teori Y, ia menyatakan kepimpinan yang
berkesan mengamalkan gaya kepimpinan demokratik yang melibatkan
orang bawahan dalam proses membuat keputusan tentang matlamat dan
polisi organisasi. Faktor-faktor kemanusiaan diberi keutamaan di mana
pemimpin
mestilah
berorientasikan
manusia
dalam
proses
kepimpinannya. Proses delegasi kuasa pada tahap yang munasabah mesti
berlaku sekiranya gaya kepimpinan pemimpin adalah berasaskan teori ini.
(A.B Aziz Yusuf: 2004)Teori Y juga, mempunyai andaian yang berlawanan
dengan Teori X, antara andaian Teori Y ialah manusia sukakan
tanggungjawab, malahan selalu cuba mencarinya kerana ia memberikan
mereka peluang untuk menggunakan kemahiran imaginasi serta kreativiti
mereka. Manusia juga mempunyai kemampuan daya usaha kerja dari segi
mental dan fizikal untuk membentuk dan membuat sesuatu kerja

berguna. Kawalan dan hukuman bukanlah satu cara yang baik untuk
mencapai matlamat organisasi. (Jaafar: 1999)
Input-input dari teori X dan teori Y dikatakan mempengaruhi secara
langsung gaya kepimpinan seorang pengurus dan secara tidak
langsungnya kelakuan subordinat. Kesimpulannya, teori Y lebih optimistik,
realistik, berperikemanusiaan dan praktikal. Walaubagaimanapun keduadua teori ini mempunyai kelemahan masing-masing menggambarkan dua
keadaan yang ekstrim dalam mengandaikan kelakuan manusia. Struktur
organisasi, kaedah motivasi, proses membuat keputusan, jalinan
komunikasi dan sistem kawalan yang digunakan oleh pemimpin adalah
berbeza mengikut gaya kepimpinan yang diamalkannya, sama ada Teori X
atau Teori Y. (Jaafar: 1999)

Teori Kontinjensi
Teori ini merupakan teori yang mengambil kira faktor-faktor situasi yang
akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan. Mengikut Robbins (2001)
di antara faktor-faktor situasi yang dimaksudkan adalah tahap struktur
tugas yang dijalankan, kualiti perhubungan di antara kepimpinan dengan
ahli, kedudukan kuasa, kejelasan pesanan subordinat, norma kumpulan,
kesediaan maklumat, penerimaan pengikut terhadap keputusan pemimpin
dan kematangan pengikut. (Jaafar: 1999)

You might also like