You are on page 1of 20

LAPORAN

PENGENALAN
Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi
dan lain-lain) yang dilaporkan ( Kamus Dewan 1996 :766) atau sesuatu kenyataan
formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau sebarang maklumat lengkap tentang
sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik atau sesebuah badan.
Manakala Siti Hajar Abd Aziz (2008:274) menyebut bahawa laporan ialah
kertas yang mengandungi khabar atau maklumat. Laporan ditulis bagi melaporkan
sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang
sesuatu perkara yang dilaporkan. Laporan boleh ditujukan kepada seseorang
individu, sekumpulan ahli, sebuah jawatankuasa atau sebuah organisasi.
Selain itu, laporan merupakan pemerian bertulis tentang kejadian, perkara
atau pendapat yang disampaikan dalam format tertentu dan laras bahasa formal.
Terdapat pelbagai jenis laporan yang kerap bergantung pada situasi, antaranya:
1. Laporan rutin seperti kemajuan projek sendiri.
2. Laporan tak rutin yang disediakan untuk tujuan khusus seperti laporan
penyiasatan, laporan penyelidikan parti politik, laporan produk dan laporan
kebakaran.

PERINGKAT PENGHASILAN LAPORAN


Laporan dihasilkan apabila terdapatnya elemen-elemen berikut:
Penulis

Sesuatu laporan bermula daripada usaha seseorang yang mahir dalam


sesuatu bidang atau lapangan menggunakan sumber-sumber tertentu untuk
membentuk sesuatu laporan. Jika sekiranya sesebuah organisasi tidak
menyediakan keperluan yang cukup, khidmat sokongan atau peralatan dan
penulis tidak memohonnya, laporan itu mungkin memerlukan lebih banyak
masa dan perbelanjaan untuk menyiapkannya.

Isi kandungan

Berdasarkan sumber-sumber yang boleh didapatinya, termasuk nota, buku,


pendidikan masa dan pengalaman, penulis perlu membuat pilihan antara apa
yang hendak dimasukkan dalam laporan atau apa yang hendak ditinggalkan.
Inilah bahagian yang memerlukan pertimbangan sewajarnya oleh penulis.

Struktur

Kandungan perlu disusun secara teratur dengan tajuk dan penomboran yang
sesuai. Penelitian yang kurang rapi boleh memberikan kesan yang tidak baik
terhadap sesuatu laporan.

Gaya penulisan

Penulis perlu memilih perkataan sendiri dan menyusunnya menjadi ayat demi
ayat seterusnya, perenggan demi perenggan sehingga terbentuk sesuatu
laporan.

Pembaca

Mereka menerima laporan dan membaca sebahagiannya atau


keseluruhannya. Mereka bertindak atau tidak bergantung kepada prasangka,
masalah atau pekerjaan mereka yang dipengaruhi oleh cara penulisan
laporan itu.

Keputusan

Setelah dibaca, laporan boleh mempengaruhi sesuatu pandangan atau


tindakan. Kesannya sesuatu laporan itu perlu diteliti dengan rapi. Jadi, tujuan
sebenar sesuatu laporan itu ialah untuk mempengaruhi pembaca.

CIRI-CIRI UMUM
Kebanyakan laporan mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut :
1. Struktur dan nada yang formal
Laporan ternyata lebih formal berbanding dengan komunikasi yang lain.
Laporan biasanya mempunyai format khas yang mengandungi tajuk muka
surat, pengenalan ringkasan, senarai kandungan atau isi, senarai cadangan
atau isi, senarai cadangan, penutup, dan lampiran. Laras bahasa lebih formal
dan tiada ciri bahasa peribadi. Dengan demikian, formal laporan sesuai bagi
dokumen untuk edaran luas atau untuk arahan.
2. Persembahan Berilustrasi
Penggunaan gambar, graf dan rajah untuk menjadikan jumlah maklumat lebih
mudah di faham.
3. Pernyataan Pendapat
Dalam banyak laporan, penulis membuat kesimpulan selepas menelaah,
menilai dan mengupas bukti yang dikemukakan. Kesemua kesimpulan ini
penting sebagai pelengkap tujuan laporan sehingga penulis laporan perlu
mendapatkan ketepatan fakta tambahan.
4. Kegunaan Laporan
Sebarang jenis laporan hanya berjaya sebagai dokumen bertulis sekiranya
penulisnya memahami kehendak pembaca dan mengemukakan butiran yang
relevan dengan kehendak tersebut.

FORMAT LAPORAN

Umumnya sesebuah laporan mempunyai format yang berikut:


Judul muka surat
o Bahagian ini mengandungi nama penulis, organisasi dan rujukan, tajuk
laporan, tarikh keluaran (bulan dan tahun), nama atau rujukan orang
atau organisasi yang menjadi sasaran.
Ringkasan
o Diperlukan bagi laporan panjang yang memberi gambaran umum akan
keseluruhan kandungan, ringkasan latar belakang kajian, kerja
penyelidikan dan kesimpulan utama serta cadangan.
o Terdapat dua bentuk kepanjangan ringkasan :
Satu perenggan 50-100 perkataan dan satu muka surat 300-400
perkataan. Sesuatu kepanjangan perenggan ringkasan
dianggap mencukupi jika ringkasan sejumlah besar laporan
diterbitkan bersama-sama secara berasingan daripada laporan
yang diringkaskan.
Senarai kandungan
o Maklumat ini diperlukan untuk laporan panjang. Senarainya harus
berurutan termasuk tajuk dan lampiran dengan muka surat dan
penomboran pada perenggan
o Lazimnya, bahagian ini disebut :

Pengenalan

Kandungan berbeza dengan indeks yang merupakan senarai isi


utama yang dibincangkan dengan susunan mengikut abjad.
Indeks selalunya terletak di bahagian belakang dan sangat
berguna untuk buku tetapi jarang digunakan dalam laporan
perdagangan.

o Mengandungi latar belakang sejarah hingga kepada penghasilan


laporan, rujukan, ringkasan kaedah penyelidikan dan penghargaan
kepada sumber maklumat.
Hujahan
o Disusun di bawah bahagian tajuk dan pengenalan bagi memudahkan
rujukan dan pemahaman. Struktur dan tajuk yang dipilih bergantung
kepada subjek laporan. Misalnya, laporan penerbitan buku Institusi
Pengajian
Tinggi
memerlukan
maklumat
tentang
sejarah
perkembangan penerbitan buku, ringkasan operasi semasa, tempat
operasi, kakitangan pengurusan, kakitangan sidang pengarang, kos
jangka masa hadapan dan lampiran.
o Apabila tajuk utama digunakan, tajuk itu meliputi kesemua tajuk kecil
dibawahnya. Contoh jika tajuk utamanya Bunga dan dibawahnya
termasuk tajuk-tajuk kecil mawar, tanjung dan melur. Maka tidak
perlulah disebut bunga mawar dan sebagainya.
Kesimpulan
o Cara persembahannya berbeza-beza kerana kesimpulan laporan boleh
disenaraikan dan dinomborkan. Syor atau cadangan dikemukakan
selepas kesimpulan, ini bermakna dalam penulisan laporan, tajuk
kesimpulan tidak semestinya terletak pada bahagian akhir.
o Bahagian ini dianggap paling penting dalam sesuatu laporan kerana di
ruangan inilah penulis menyatakan ramalannya. Penulis mungkin
menggunakan bukti-bukti yang diperoleh pada bahagian hujahan untuk
membantu beliau membuat sebarang pertimbangan. Kerap kali hal ini
melibatkan perbandingan pelbagai kemungkinan yang berbeza dan
ditulis secara tersusun sebagai sebahagian daripada kandungan
laporan. Kesimpulan perlulah meyakinkan supaya pembaca dapat
mengikuti seterusnya perbincangan penulis.

Cadangan

o Perlu disediakan sebagai satu senarai, yang sekiranya panjang boleh


dibahagikan kepada beberapa bahagian. Namun begitu, jangan
sesekali menggunakan istilah ringkasan cadangan kecuali bagi
senarai padat yang tidak lengkap. Setiap cadangan perlu dihujahkan
dengan alasan (justifikasi) yang konkrit.
Lampiran
o Bahagian ini perlu bagi laporan panjang untuk mengurangkan bukti
dan hujahan. Lampiran juga harus mengandungi bukti teknikal yang
mungkin tidak sesuai dimasukkan dalam laporan sebenar. Bilangan
lampiran bergantung kepada keperluan bukti dan justifikasi laporan.
Rujukan dan bibliografi
o Rujukan merupakan bahan sumber yang dinyatakan dalam isi sesuatu
laporan. Sementara bibliografi adalah bacaan lanjutan yang
disenaraikan pada bahagian akhir.
o Jika sekiranya terdapat banyak istilah teknikal digunakan dalam
sesuatu laporan, separuhnya diketahui oleh sebahagian pembaca dan
separuh lagi tidak difahami oleh pembaca lain maka pada bahagian
akhir rujukan perlulah disediakan glosari.

PENYAMPAIAN

Laporan perlu dipersembahkan dalam bahasa yang ringkas dan mudah dan elakkan
daripada menggunakan istilah teknikal. Hindarkan keraguan atau kekaburan pada
kesimpulan dan cadangan, semak laporan itu daripada sebarang kesilapan atau
kecacatan, gaya yang tidak cekap dan sebagainya.
Semua laporan, sama ada untuk edaran dalaman atau luaran bersifat formal
dan nada penulisannya rasmi serta gaya bahasanya betul.

JENIS-JENIS LAPORAN

Terdapat empat jenis penulisan laporan iaitu yang berbentuk:

1) Pemerian atau penyelidikan


a) Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran tentang sesuatu hal objek
atau seseorang agar mereka dapat menafsirkan sesuatu yang
digambarkan itu dengan jelas.
b) Laporan ini tidak bersifat khayalan atu fiksyen seperti yang terdapat dalam
penulisan berbentuk naratif
c) Memerlukan penggambaran yang jelas dan lengkap tentang sesuatu
aspek tanpa memasukkan emosi penulis
d) Penulisan laporan jenis ini memerlukan fakta-fakta yang tepat, fotografik,
pengolahan bahasa yang mudah dan perlulah berdasarkan pemerhatian
yang rapi oleh penulisnya terhadap sesuatu laporan contohnya laporan
polis seperti rompakan, ragut dan sebagainya.
e) Laporan jenis ini perlu ditulis dengan jelas dan boleh menggambarkan
secara objektif dan realistik akan perkara yang dilaporkan.
f) Penulisan jenis ini juga memerlukan penyusunan yang rapi dan spesifik
supaya tidak berlaku pengulangan fakta, tidak timbul kekeliruan atau
kekaburan agar pembaca boleh mengikuti dan menafsirkannya dengan
mudah setiap perincian yang terdapat dalam laporan itu.

g) Laporan jenis ini memerlukan format tertentu yang boleh menjadi dasar
atau asas penulisannya tegasnya, perlu ada perincian tentang perkara
yang hendak dilaporkan. Contohnya kalau laporan itu tentang sesuatu

lawatan : perlu ada butiran mengenai tempat yang dilawati, mereka yang
turut serta, sambutan yang diberikan, maklumat yang didapati daripada
lawatan, penilaian terhadap kesan lawatan, masa dan tarikh lawatan,
belanja yang telah dikeluarkan, masalah yang dihadapi dan sebagainya.
Malah, kandungan laporan itu mesti berdasarkan tujuan dan keperluan
laporan itu sendiri.

2) Penyelesaian masalah
a) Tujuannya untuk menyediakan satu rancangan yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah seperti masalahmasalah yang dihadapi
oleh sesebuah institusi pendidikan.
b) Contohnya, sebuah sekolah menengah menghadapi masalah kemerosotan
disiplin dan akademik para pelajarnya yang begitu ketara. Jika sekolah
berkenaan ingin mengatasi masalahnya secara objektif, satu laporan khas
adalah diperlukan. Laporan itu perlu memperincikan tentang punca-punca
merosotnya disiplin dan pencapaian akademik para pelajar, menyatakan
matlamat yang harus dicapai (memupuk disiplin dan meningkatkan mutu
akademik), mengenal pasti kaedah dan strategi untuk mencapai matlamat
tersebut dan menunjukkan bagaimanakah kaedah dan strategi itu dapat
diaplikasikan.
c) Laporan jenis ini memerlukan daya fikir yang kreatif an kritis serta penaakulan
yang mendalam kerana kalau tidak masalah tidak akan dapat diselesaikan
dan strategi yang berkesan untuk mencapai matlamatnya tidak akan
disediakan.

3) Penilaian

a) Laporan ini berfungsi untuk menilai tentang sesuatu dan lazimnya diguna
pakai bagi tujuan penilaian prestasi kerja seseorang pegawai.
b) Apabila seseorang itu memohon sesuatu pekerjaan baru, laporan sulit
daripada pihak yang mengenali dirinya adalah diperlukan
c) Laporan ini perlu dibuat dengan tepat dan objektif kerana sesuatu keputusan
adalah bergantung kepada kandungan laporan itu. Jika penilaian yang
dikemukakan dalam laporan itu tidak tepat, sudah pasti keputusan yang
diambil terhadapnya juga kurang tepat, jadi setiap penilaian yang dilaporkan
itu mesti disokong dengan bukti-bukti yang kukuh.
4) Analisis
a) Laporan ini bertujuan untuk menganalisis sesuatu sebelum sebarang
keputusan terhadapnya diambil.
b) Laporan berbentuk analisis memerlukan penelitian secara terperinci terhadap
sesuatu perkara dan dalam proses menganalisis perkara itu perlu diagihagihkan kepada beberapa bahagian atau peringkat tertentu supaya dapat
dijelaskan bagaimana sesuatu bahagian itu berfungsi dan apakah kaitannya
dengan bahagian-bahagian lain.
c) Tegasnya, laporan jenis ini sangat penting untuk memberikan gambaran tepat
tentang sesuatu persoalan yang dibangkitkan supaya kaitannya secara
menyeluruh dapat dinyatakan dengan jelas.
d) Contohnya sebuah syarikat mahu memasarkan barangan sukan untuk
golongan remaja ke sebuah negara yang menjadi kawasan pasaran baru,
Laporan yang menyatakan jumlah remaja dewasa itu dan jangkaan tambahan
pada masa hadapan, kuasa beli mereka dan bandingan kumpulan umur yang
lain juga diperlukan sebelum keputusan memasarkan barangan sukan ke
negara itu dijalankan.
e) Dengan kata lain, laporan sebegini memerlukan tinjauan yang objektif dan
penganalisisan yang tersusun.

LAPORAN RUTIN

Laporan rutin biasanya digunakan untuk kegunaan dalaman seperti kemajuan


projek persendirian dalam jabatan. Ciri-Ciri laporan biasanya terdiri daripada format,
tajuk, maklumat pada laporan, kefahaman pembaca dan maklum balas.
Dari segi format, oleh sebab bersifat rutin, laporan rutin biasanya ditulis dalam
borang khas. Cara ini membolehkan penulisan dan bacaan laporan lebih mudah dan
cepat. Di samping itu, borang laporan direka bentuk untuk menonjolkan perkara
penting dan membenarkan penulis mengemukakan cadangan peribadi. Dari segi
kelemahan, oleh sebab laporannya bersifat rutin, hasil laporan jarang menepati
kehendak pembaca. Contohnya, laporan kemajuan projek atau prestasi pekerja
setiap bulan, yang kurang mendapat tindakan sewajarnya kerana ia diisi dalam
borang yang standard dan dianggap laporan rutin sahaja.
Dari segi tajuk, oleh sebab laporan ini mengandungi perkara berilustrasi, gaya
penulisan mungkin terbatas pada pemilihan kaedah susun letak ilustrasi dan teks.
Dengan cara ini, aturan tatabahasa mungkin kurang dipatuhi dan tidak sesuai untuk
tatapan pihak di luar organisasi. Maklumat pada laporan biasanya mengandungi
nama penulis, tajuk dokumen, tarikh jangka masa liputan, tarikh, dan nombor
rujukan.
Di samping itu, penulis harus peka kepada kehendak pembaca. Ini
menguntungkan kerana dapat menentukan gaya, cara persembahan, apa yang
relevan dan sebagainya. Oleh sebab kekerapan laporan itu, penulisnya mungkin
mendapat maklum balas daripada pembaca atau sumber lain. Semua ini dapat
membantu penulisan laporan yang berkesan.

CONTOH SUSUN LETAK LAPORAN

Tajuk perkara

: Laporan Amali Sukan dan Rekreasi di BM


LAPORAN AMALI SUKAN DAN REKREASI DI BM
Oleh : Ahad Bin Senayan

Penerima Laporan ......................................................... Tarikh ...........................

.
3

Penulis Laporan .....................................................................................................

.
4

Matlamat

: -Laporan apa?
-Siapa memerlukannya?
-Ringkasan

Kaedah Penyelidikan

: Bagaimana, di mana dan bila anda mengumpul


maklumat, misalnya wawancara, penyiasatan dan
rujukan.

Dapatan

.
7

: Nyatakan fakta secara urutan. Bahagi bahan kepada


bahagian dan subbahagian jika perlu.

Penutup

: Nyatakan kesimpulan berdasarkan semua fakta yang


ada. Anda boleh nyatakan pendapat sendiri dan
rujukan.

Cadangan

: Jika anda rasa tindakan khusus diperlukan, anda


boleh turunkan cadangan di sini.

LAPORAN TAK RUTIN


Laporan tak rutin meliputi laporan yang ditauliahkan untuk tinjauan khusus
misalnya, laporan penyiasatan pilihan raya, laporan kebakaran atau laporan produk.
Laporan tahunan dianggap laporan tak rutin. Kebanyakan laporan tak rutin, sama

ada, untuk kegunaan dalaman atau luaran mempunyai ciri-ciri rujukan utama dan
pendekatan penyelidikan.
Dari segi keutamaan, penulis mesti mendapat persetujuan bertulis untuk
mengadakan mesyuarat awal, sebelum merancang penyelidikan. Penulis juga perlu
mengetahui laporan itu ditulis dan jangkaan daripada pihak pembaca.
Dari segi pendekatan penyelidikan, perincian berbeza menurut subjek laporan
harus diteliti. Hal ini kerana perincian berbeza menurut subjek laporan. Butiran yang
utama meliputi pengumpulan fakta, pengambilan nota yang lengkap, dan perakaman
sumber yang relevan. Penulis mesti menyemak segala maklumat yang relevan
dengan tujuan penyiasatan dan membuat pertimbangan sama ada fakta yang
relevan atau bidang penyelidikan terlepas perhatian.
Setelah segala bukti yang relevan terkumpul, penulis perlu menilai dan
memilih dalam ruang lingkup tujuan, terhadap fakta penting yang diterima. Pada
peringkat ini, boleh dibentuk kesimpulan awal. Jika berlaku kekurangan atau
keraguan, penyelidikan dan pengesahan terhadap segala butiran dapat dilakukan,
dan kemudian membolehkan penulis menulis draf laporan.
Susun letak umum laporan rutin dan laporan tak rutin biasanya mengandungi:
a) Judul muka surat
Judul ini menyatakan nama penulis, organisasi, dan rujukan; tajuk laporan;
tarikh keluaran (bulan dan tahun); nama atau rujukan orang atau organisasi
yang ditujukan.
b) Ringkasan
Ini hanya penting bagi laporan panjang. Ini memberi gambaran umum tentang
kandungan laporan, ringkasan latar belakang penyiasatan, kerja penyelidikan,
kesimpulan dan cadangan.
c) Senarai Kandungan
Ini juga diperlukan untuk laporan panjang. Senarainya berurutan; semua
tajuk, termasuk lampiran, dengan muka surat, penomboran pada perenggan.

d) Pengenalan
Ini memasukkan rangka sejarah latar belakang yang membina pentauliahan
laporan, rujukan, ringkasan kaedah penyelidikan dan penghargaan menjadi
sumber maklumat yang relevan.

e) Hujahan
Ini disusun di bawah bahagian dan tajuk untuk memudahkan ringkasan dan
pemahaman. Struktur dan tajuk yang dipilih bergantung pada subjek laporan.
Contoh; laporan penerbitan buku pengajian tinggi antara lain memuatkan
sejarah dan perkembangan penerbitan buku, ringkasan operasi semasa,
tempat operasi dan staf pengurusan, staf editoral, kos prospek dan lampiran.
f) Kesimpulan
Caranya berbeza-beza daripada akhir penulisan esei atau prosa lain kerana
kesimpulan laporan boleh disenaraikan dan diberi nombor. Syor atau
cadangan datang selepas kesimpulan yang bermakna dalam penulisan
laporan, tajuk kesimpulan tidak semestinya pada bahagian akhir.
g) Cadangan
Cadangan dimuatkan sebagai satu senarai yang panjang, bolehlah
dibahagikan menjadi beberapa bahagian. Akan tetapi, jangan menggunakan
istilah Ringkasan Cadangan melainkan bagi senarai yang padat, yang tidak
lengkap. Setiap cadangan perlu dihujahkan dengan justifikasi.
h) Lampiran
Ini perlu bagi laporan panjang, untuk mengurangkan bukti dan hujahan.
Lampiran juga perlu mengandungi bukti teknikal yang mungkin tidak sesuai
dimuatkan dalam laporan sebenar. Jumlah lampiran bergantung pada
keperluan bukti dan justifikasi laporan.
i) Rujukan dan Bibliografi
Perbezaanya; rujukan disebut dalam isi laporan manakala bibliografi berupa
bacaan lanjutan yang disenaraikan pada bahagian akhir.

Persembahan
Untuk persembahan penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah adalah
digalakkan. Penggunaan istilah teknikal tidak harus menimbulkan keraguan atau
kekaburan pada kesimpulan dan cadangan. Dokumen harus disunting untuk
menghindar kecacatan, gaya tak konsisten atau kekurangan lain.

Formaliti
Semua laporan secara dalaman atau luaran secara umumnya hendaklah bersifat
formal dan nada penulisan bersifat rasmi dengan kepastian penggunaan tatabahasa
yang betul.

Laporan Penyelidikan
Laporan penyelidikan ialah laporan penyelidikan berupa pemerian atau laporan yang
dibuat oleh pegawai atau jawatankuasa tertentu untuk menyiasat dasar tertentu,
pencapaian projek atau kegagalan projek. Kemudian, membuat perakuan kepada
pihak yang memberi tugas.
Pembaca laporan ingin memperoleh maklumat yang sesuai untuk membuat
keputusan. Pihak yang memberi tugas ingin mengetahui dengan cepat apakah
laporan yang diterimanya perlu dibaca, diteruskan kepada orang lain atau diabaikan
sahaja.
Untuk memastikan laporan itu berguna, pembaca memerlukan jawapan terhadap
beberapa pernyataan berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Apakah yang dilaporkan dan siapa penulisnya?


Apakah sumbangannya?
Apakan kesimpulan dan cadangannya?
Apakah pentingnya? Apakah implikasinya?
Apakah tindakan yang dicadangkan?
Mengapa ? Oleh siapa? Bila? Bagaimana?

Laporan yang baik laksana esei yang padat dan jelas bagi pembaca. Laporan
yang berkesan mesti ditulis untuk memenuhi maksud tertentu dalam keadaan
khusus. Berkesan di sini bermaksud analisis yang terperinci dengan masalah dan
kesedaran penulis tentang faktor yang terlibat dalamnya.

Dalam analisis permasalahan, penulis laporan perlu mengemukakan pertanyaan


berikut:
1.
2.
3.
4.

Apakah maksud laporan?


Siapakah yang membaca?
Bagaimanakah laporan itu dimanfaatkan?
Mengapakah laporan ini diperlukan?

5. Apakah yang dikehendaki?


6. Bilakah yang dikehendaki?

Format umum
1. Judul
Tajuk laporan dan maklumat pelapor, jawatan, tampat dan tarikh harus
disenaraikan.

2. Pendahuluan
Pendahuluan haruslah berisi maklumat latar belakang, dan pengenalan
permasalahan, yang mengajak pembaca ke arah penyelesaian permasalahan
tersebut.

3. Huraian dan analisis


Huraian dan analisis adalah pemerian lengkap yang biasanya disampaikan
menurut judul besar dan judul kecil serta satu fakta satu perenggan.

4. Ilustrasi
Peta, rajah, gambar seharusnya disertakan jika berkaitan.

5. Data
Data merangkumi penyajian dan penghuraian perangkaan.

6. Perakuan
Sesuatu cadangan sama ada mereka meenrima, menolak, menangguhkan
atau meminda perkara yang dilaporkan hendaklah diperakukan.

7. Ringkasan dan kesimpulan


Maklumat ringkas tentang permasalahan dan tindakan utama yang bakal
dilakukan hendaklah diringkaskan dan disimpulkan.

8. Lampiran
Senarai bahan bertulis yang dijadikan rujukan seperti memorandum dan
dokumen yang berkaitan dengan pembaca yang diselidik dan dilaporkan
hendaklah dilampirkan.

Gaya bahasa
Gaya bahasa penulisan laporan penyelidikan agak ilmiah tetapi kurang
menggunakan istilah teknikal. Pemerian dari segi huraian bersifat pemerian keadaan
semasa dan sebelum. Pemerian dari segi penjelasan bersifat pemerian lanjut
tentang perkara yang ditimbulan. Dari segi pentafsiran, pemerian bersifat lebih
pendapat tentang sesuatu perkara. Untuk perakuan, pemerian bersifat sebagai
tanda menerima atau menolak dapatan daripada sesuatu penyelidikan dan kajian.

Ungkapan bahasa yang digunakan dalam laporan penyelidikan seperti didapati dan
setelah.

Contoh :

1. Kebanyakkan persatuan penjaja didapati tidak membuat lapotan tahunan


masing-masing.
2. Setelah meneliti laporan tersebut, didapati sebahagian majikan swasta tidak
mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Bagi pemerian yang berbentuk perakuan, ungkapan yang biasa digunakan seperti
dengan ini diperakukan, dan juga diperakukan.

Contohnya:

1) Dengan ini diperakukan supaya laporan tahunan ini disiarkan sepenuhnya


dalan buletin perbadanan.
2) Juga diperakukan supaya setiap petugas sekolah ini diberi cuti tambahan
pada musim perayaan.
Ungkapan tersebut boleh didahului kata maka atau ungkapan oleh yang demikian.

Laporan Tahunan

Laporan tahunan merupakan pemerian secara bertulis terhadap jabatan, badan atau
syarikat tertentu bagi tahun lepas. Laporan ini memuatkan perjalanan jabatan, badan
atau syarikat tersebut daripada segi keahlian, kegiatan kewangan, kemajuan atau
kemundurannya.
Format umum
1. Tajuk
Tajuk laporan dan nama syarikat atau badan tertentu harus dinamakan.

2. Keterangan tajuk
Perkara seperti suku tahun, setengah tahun, atau satu tahun, tahun bila diterangkan
di permulaan tajuk.

3. Isi
Isi merangkumi segala perkara yang hendak dilaporkan menurut rancangan dan
jangkaan pencapaian projek seperti program, aktiviti dan hasil.

4. Perbelanjaan yang terlibat


Jumlah wang yang dibelanjakan untuk melaksanakan projek dan aktiviti yang
dirancangkan seharusnya disenaraikan. Adakah belanja kurang atau lebih jumlahnya
seperti yang diperuntukkan disoalkan?

5. Tenaga (Petugas)
Nama orang dan jawatan yang diberi tanggungjawab mengendalikan projek tersebut
disenaraikan dalam laporan tersebut.

6. Masalah
Kesulitan yang terpaksa dihadapi untuk menjayakan projek seharusnya disenaraikan
dalam laporan.

7. Penilaian
Penilaian adalah
dirancangkan?

di

mana

adakah

matlamat

tercapai

sebagaimana

yang

8. Cadangan

9. Kesimpulan

Gaya Bahasa
Gaya bahasa laporan tahunan bersifat huraian dan penjelasan, dan menurut tertib
daripada segi tarikh atau waktu.
Contoh
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Dalam laporan tahunan 2005.................


Pada tahun 2004....................................
Dalam tempoh yang sama.....................
Pada awal tahun 2005.........................
Sejak tahun 2004..................................
Pada penghujung tahun kewangan 2007...............................

Jika laporan tahunan ini memperlihatkan perbandingan, ungkapan seumpama itu


biasa digunakan.

Contoh
1.
2.
3.
4.

Berbanding dengan tahun 2004.......................................


Peningkatan pendapatan sebayak...................................
Seperti tahun 2005............................................................
Kemerosotan dengan kadar (50%).....................................

Kesimpulan
Laporan merupakan satu dokumen yang rasmi. Ini adalah kerana penulisan
laporan memerlukan format yang tertentu. Laporan juga merupakan satu dokumen
yang penting untuk melaporkan tentang hal-hal yang berlaku dalam sesuatu

keadaan. Laporan juga boleh merangkumi laporan seminar, laporan kursus, laporan
tragedi, laporan kelab, laporan sukan, laporan badan beruniform, laporan persediaan
majlis dan lain-lain lagi.
Akhir kata, laporan adalah sangat penting kerana dalam laporan terdapat
catatan yang ditulis dalam format rasmi.

http://www.scribd.com/doc/25383912/Format-Laporan
18 feb 2013

You might also like