You are on page 1of 2

Perbezaan jantina dalam mempengaruhi strategi P&P sains yang dirancang.

Tajuk pelajaran : Tumbuhan


Apabila guru mengajar tentang topik tumbuhan yang memerlukan murid-murid mengumpul
pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di sekeliling mereka. Bagi murid lelaki mungkin
merupakan sesuatu yang seronok tetapi mungkin tidak akan disukai oleh murid-murid
perempuan yang jarang menjalankan aktiviti luaran. Mereka lebih suka untuk menjalankan
aktiviti di dalam kelas jika berbanding dengan aktiviti di luar kelas.
Apabila pembelajaran koperatif dijalankan di dalam kelas di mana suatu kumpulan terdiri
daripada murid lelaki dan murid perempuan. Ini mungkin akan menyebabkan percanggahan
idea berlaku dalam kalangan mereka kerana fikiran bagi lelaki dan fikiran bagi perempuan
adalah berbeza. Mereka tidak dapat menerima pendapat yang diberikan antara satu sama
lain.
Apabila guru menyuruh mereka membuat buku skrap tentang jenis tumbuhan dalam
kumpulan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Murid perempuan yang biasanya
mempunyai sikap yang lebih berhati-hati akan menghiaskan buku skrap itu dengan
cantik.Tetapi bagi lelaki pula, mereka akan berasa bahawa isi-isi di dalam adalah lebih
penting berbanding dengan kecantikan buku skrap tersebut.
Murid-murid lelaki akan lebih mudah diganggu apabila sesuatu perkara berlaku di luar kelas.
Sebagai contohnya, apabila seorang murid dari kelas lain pergi ke tandas. Murid lelaki akan
dialihkan perhatian dengan mudah walaupun perkara tersebut merupakan sesuatu yang
amat biasa. Manakala bagi murid perempuan pula, mereka dapat menumpukan perhatian
mereka dengan lebih mudah dan susah untuk dialihkan perhatian walaupun terdapat
sesuatu berlaku di luar kelas.
Selain itu, murid-murid perempuan juga didapati bahawa dapat melakukan dua perkara
dalam masa yang sama tanpa menjejaskan kualiti perkara yang dilakukan itu. Manakala ini
adalah susah bagi murid-murid lelaki. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian yang
sama untuk melakukan dua perkara pada masa yang sama. Hal ini memang akan
mempengaruhi strategi P&P sains yang dirancang kerana murid-murid perempuan mungkin
boleh diberikan peluang untuk melakukan latihan tentang tumbuhan dan sambil mendengar
penjelasan tentang topik tumbuhan. Ini dapat mempertingkatkan tentang benda-benda baru
yang akan dipelajari oleh mereka pada lingkungan masa yang ditetapkan.
Murid-murid perempuan akan mendengar arahan daripada guru dan tidak berani untuk
melanggar peraturan-peraturan yang ditentukan oleh guru. Manakala bagi murid-murid
lelaki, mereka bersifat lebih nakal dan selalu tidak ingin mendengar arahan daripada guru.

Kawalan kelas akan menjadi semakin susah apabila bilangan murid lelaki di dalam kelas
tersebut meningkat. Ini akan mempengaruhi strategi P&P sains yang dirancangkan oleh
saya.
Murid-murid perempuan biasanya bersifat malu dan tidak berani untuk memberikan
pandangan mereka jika berbanding dengan murid-murid lelaki yang lebih berani untuk
meluangkan pandangan mereka. Memang tidak dinafikan bahawa pada era globalisasi ini,
murid-murid adalah digalakkan untuk memberikan pandangan diri sendiri, mengemukakan
soalan, dan berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana pembelajaran
berlaku dalam interaksi sosial.

You might also like