You are on page 1of 21

Wacana dan Laras Bahasa| 1

UNIT 9
WACANA DAN LARAS BAHASA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1.
2.
3.
4.
5.

9.0

menjelaskan definisi wacana,


menjelaskan ciri-ciri wacana,
menjelaskan jenis-jenis dan alat wacana,
menjelaskan perbezaan koheren dan kohesi; dan
menghuraikan jenis dan ciri-ciri laras bahasa.

PENGENALAN

Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat. Dalam bidang penulisan,
wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang lengkap. Ini kerana, wacana
menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagi sesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung
koheren dan kohesi di samping kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan
sesebuah penulisan yang lengkap. Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungan sesebuah
penulisan yang baik dan bermutu.

9.1

Definisi Wacana

Menurut KAMUS WEBSTER, (1983) wacana bermaksud:


-Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan
-Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan
-Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah
KAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti:
-Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang
- Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa

merupakan

suatu

kesatuan

Wacana dan Laras Bahasa| 2


STUBBS, MICHAEL: Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa.
Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa,
seperti ertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas; yang disebut teks bagi
wacana adalah ayat bagi ujaran.
ASMAH HAJI OMAR: Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah
ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.
HARIMURTI KRIDALAKSANA: Wacana ialah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa
merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan
yang utuh (novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya), paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat
yang lengkap.
CARLSON: Wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi.
HENRY GUNTUR TARIGAN: Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di
atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yangg mempunyai
awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.
Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu:
1. Satuan bahasa
2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya
3. Mengatasi ayat / klausa
4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan)
5. Berkesinambungan
6. Rasa kohesi (kesepaduan)
7. Dalam bentuk lisan / tulisan
8. Mempunyai permulaan dan penutup

AKTIVITI 9.1
Sila berbincang dengan rakan .

Wacana dan Laras Bahasa| 3


1. Takrifan wacana dalam penghasilan sesebuah penulisan.
2. Kepentingan wacana dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
9.2 Ciri-ciri Wacana :
1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi
yang lain.
2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau
isu yang diketengahkan.
3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat.
4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat
sebelumnya.
5. Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya
wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama.
6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca.
7. Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian.
8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihan laras
bahasa, ayat, penggunaan dialek.
9. Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan
maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.

AKTIVITI 9.2
Buat perbincangan berikut:
1. Ciri-ciri wacana yang paling dominan dalam melakari penulisan yang baik.
9.3 Jenis-jenis Wacana
1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan
2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung
3. Berdasarkan bentuk: wacana prosa, puisi dan dramai

Wacana dan Laras Bahasa| 4

Wacana adalah satuan bahasa yang lengkap sehingga dalam hirarki gramatikal merupakan satuan
gramatikal tertinggi atau terbesar. Sebagai satuan bahasa yang lengkap, terdapat konsep, gagasan, fikiran
atau idea yang utuh, yang boleh difahami oleh pembaca dan pendengar tanpa sebarang keraguanpun. Ini
bererti wacana dibentuk dari ayat atau ayat-ayat yang memenuhi syarat gramatikal, serta syarat
kewacanaannya yang lain. Pensyaratannya akan dapat dipenuhi sekiranya wacana itu sudah terbina yang
disebut kekohesian, iaitu adanya keserasian hubungan antara unsur-unsur yang ada dalam wacana
tersebut. Apabila wacana itu kohesif, akan terciptalah kekohesian iaitu isi wacana yang benar.
Contohnya:
Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Dia ingin membeli Kamus Dewan yang terbaharu.
Wacana itu tidak kohesif kerana kata ganti nama diri dia tidak jelas untuk menunjukkan kepada
siapa, sama ada Fadil atau Nizam yang ingin membeli kamus tersebut atau perkataan dia itu merujuk
kepada kedua-duanya sekali. Jika ayat tersebut ingin ditujukan kepada kedua-duanya seharusnyalah
perkataan dia digantikan dengan perkataan mereka. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa wacana itu
tidak koherens.

AKTIVITI 9.3
1. Ulas tentang cara menjadikan sesebuah penulisan yang lengkap berdasarkan jenis-jenis wacana.
9.4 Alat Wacana
Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan koherens. Untuk mendapatkan
wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan dengan pelbagai alat wacana, baik yang berupa
aspek gramatikal maupun yang berupa aspek semantik atau gabungan kedua-dua itu sekali. Alat-alat
gramatikal yang dapat digunakan untuk membuat sebuah wacana menjadi kohesif antaranya ialah:
Pertama penghubung ialah alat untuk menghubungkan bahagian-bahagian ayat atau
menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Dengan itu penggunaan kata hubung ini menjadi
ayat lebih eksplisit dan menjadi jelas jika dibandingkan dengan ayat tanpa kata hubung seperti ayat:
Suami sakit. Isteri meninggal dunia.
Pada wacana ini, hubungan antara ayat pertama dan yang kedua tidak jelas. Adakah ia satu
hubungan penambahan, sebab dan akibat atau hubungan kewaktuan. Hubungan akan menjadi jelas
sekiranya diberi kata penghubung dan menjadi wacana seperti berikut.
Contohnya:
i)

Suami sakit dan isteri meninggal dunia.

ii)

Suami sakit kerana isteri meninggal dunia.

Wacana dan Laras Bahasa| 5


iii)

Suami sakit. Oleh sebab itu isteri meninggal dunia.

iv)

Suami sakit, sedangkan isteri meninggal dunia.

Kedua, kata yang menggunakan kata ganti diri dia, nya, mereka,ini, itu sebagai rujukan anafora.
Dengan menggunakan kata ganti diri sebagai rujukan anafora, kalimat yang sama tidak perlu diulang.
Melainkan digantikan dengan kata ganti diri itu. Dengan itu ayat-ayat itu saling berhubungan.

Contohnya
i)

Pelajar-pelajar tingkatan lima mula memasuki dewan peperiksaan.

ii)

Mereka tenang untuk menjawab soalan peperiksaan.

iii)

Fadil lemas di sungai. Beberapa orang cuba untuk menyelamatkannya.

iv)

Awan tebal menutupi langit. Itu tanda hari nak hujan.

Ketiga, menggunakan ellipsis, iaitu menghilangkan beberapa bahagian tertentu yang sama yang
terdapat ayat yang lain. Dengan ellipsis, kerana tidak diulang bahagian yang sama. Dengan itu,
wacana itu kelihatan lebih efektif, dan penghilangan itu sendiri menjadi alat penghubung dalam
wacana tersebut.
Contohnya:
Kawan saya berbaju biru itu namanya Fadil, dia berasal dari Perak. Yang di hujung sana
namanya Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Dan yang gadis itu bernama Nora berasal dari Pulau
Pinang.
Tanpa ellipsis wacana tersebut kelihatan tidak efektif, kerana terlalu banyak menggunakan
kata, dan kelihatan tidak ada perhubungan antara ayat yang satu dengan yang lain. Setiap ayat
tersebut berdiri dengan sendirinya.
AKTIVITI 9.4
1. Tunjukkan bagaimana alat wacana dapat menjelaskan kekaburan yang berlaku dalam sesebuah
penulisan.
9.5 PENANDA PENGHUBUNG
Selain dari keupayaan gramatikal, sesebuah wacana yang kohesif dan koheren dapat juga dibuat dengan
bantuan pelbagai aspek semantik. Antaranya:
Pertama, menggunakan kata hubung pertentangan pada ayat yang kedua yang terdapat di dalam
wacana itu. Contohnya
Semalam hari hujan dengan lebat sekali. Hari ini cerah pula.

Wacana dan Laras Bahasa| 6


Kedua, menggunakan hubungan generik-spesifik atau spesifik generik contohnya
Kerajaan telah cuba untuk menambah bilangan kenderaan awam dan sedaya upaya
mengurangkan jumlah bilangan kenderaan peribadi.
Ketiga, menggunakan hubungan antara ayat antara kedua-dua ayat tersebut. Contohnya
Lapar sungguh lagaknya, seperti seminggu tidak makan.
Keempat, menggunakan hubungan sebab-akibat, contohnya
Dia malas. Seringkali dia ponteng kelas. Wajarlah jika ia gagal dalam peperiksaan.
Kelima, menggunakan hubungan tujuan di dalam isi sesebuah wacana, contohnya
Kelima-lima orang anaknya telah bersekolah. Dia tidak mahu terjadi seperti dirinya.
Keenam, menggunakan hubungan rujukan yang sama pada ayat atau pada dua ayat
dalam satu wacana. Contohnya
malam.

Kebakaran sering terjadi di Kuala Lumpur.Ia tidak mengira waktu sama ada siang atau

HIERARKI SATUAN WACANA

WACANA
AYAT
KLAUSA
FRASA
KATA
MORFEM
FONEM

Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa satu tahap yang lebih kecil akan membentuk
satuan yang lebih besar. Dengan itu fonem akan membentuk morfem lalu morfem akan membentuk kata
kemudian kata akan membentuk frasa selanjutnya frasa membentuk klausa. Klausa seterusnya
membentuk ayat. Dan akhirnya ayat akan membentuk wacana.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi
wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat
sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini
hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-

Wacana dan Laras Bahasa| 7


tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana
merupakan peringkat fungsi.
Sesuatu wacana merangkumi:
i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'
ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti
surat, aartikel, novel, cerpen).
Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a. pendahuluan
b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal,
miring, garis tebal)
c. penutup
d. graf, jadual, peta dan statistik.
Hubungan ini dapat digambarkan seperti berikut:

Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif
(pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. 9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali
sebagai penanda wacana.

Wacana dan Laras Bahasa| 8

Fungsi
1. Tambahan
2. Urutan
3. Penyataan semula
4. Contoh
5. Rumusan
6. Tempat
7. Waktu
8. Sebab dan kesan
9. Bandingan
10. Pertentangan
11. Pengesahan

Contoh
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,
selanjutnya, seterusnya, di samping.
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian,
kemudian daripada itu, akhirnya.
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
diterangkan.
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,
umpama, bagai, bak kata, sebagai.
rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan,
akhir kata, sebagai penyimpul kata
berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
bertentangan dengan.
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu.
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
juga dengan.
tetapi,
sebaliknya,
sungguhpun,
walau
bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
pastilah, sememangnya.

KOHESI DAN KOHEREN


Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur
gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh:
(a) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?
(b) Dia memukul anaknya.
(c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?
(d) Jahanam itu memukul anaknya.
Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam
bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk Ahmad. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan

Wacana dan Laras Bahasa| 9


dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu Ahmad.
Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan
makna.
Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang
ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama.
Contoh:
(a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh.
(b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu bekerja
dengan tidak mengenal jemu.
Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan
kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama.
Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh
kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu
subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.

Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata)
dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:
(a) Angkat telefon itu, Jef!
(b) Aku sedang mandi, Mat!
(c) OK!
Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata
memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik.
Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Mat!. Oleh itu, aku
tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku
sahaja yang menjawabnya.

Perbezaan Kohesi dan Koheren


Perbedaan antara kohesi dengan koheren itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus
hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu
wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak
mungkin membentuk suatu wacana. Contoh:
(a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?
(b) Ali memukul budak kecil itu.

Wacana dan Laras Bahasa| 10


Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi
tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah
orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang
dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.

Anafora dan Katafora


Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana.
Anafora ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh:
(a) Apakah yang dipandang oleh emak?
(b) Dia memandang bulan di langit.
Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.

Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh:
(a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia.
(b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu,
Busro diajak mengelilingi bandar Kajang.
Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti
nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anafora.

AKTIVITI 9.5
1. Bina peta minda yang memperlihatkan kepentingan koherens.
2. Bina peta minda yang memperlihatkan kepentingan kohesi.

9.6 Laras Bahasa


Laras
J bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang
wacana digunakan.

sesuatu

Wacana dan Laras Bahasa| 11


Contoh dalam bidang agama, politik, sains, sukan dan sebagainya.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan
menghasilkan laras yang berbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya
penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti
biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik
dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah
serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.

Tajuk wacana

Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam


ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus
kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari
perlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan
ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan
supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak
berkenaan.

Sama ada wacana berkenaan disampaikan


secara lisan atau tulisan.
Cara penyampaian

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan


atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?
JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi
atau surat peribadi, memorandum atau iklan?
mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan
disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.

Gaya penyampaian

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn


dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-

Wacana dan Laras Bahasa| 12


orang kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa


Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan
sukan, berita sukan), pengetahuan dan peneranangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan
(rencana, iklam).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam
bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:

kosa kata atau istilah


tatabahasa
gaya

Laras Bahasa Biasa


Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti
bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, encana) dan
maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Ayat ayat sederhana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohnya: Dilarang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi
Tak Formal
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan
diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat,
sebagainya.
objek.

Wacana dan Laras Bahasa| 13


.
Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu, atau mengubah sikap dan melakukan
tindakan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik,
ilustrasi dan sebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
Contoh laras perniagaan:
SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan sembilan permohonan melaksanakan
tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh suku
kedua lalu, dengan potensi modal pasaran terkumpul bernilai RM17.04 bilion.
Ia adalah jauh lebih tinggi berbanding hanya satu IPO diluluskan pada suku pertama dan tiga
pada suku kedua tahun lalu, justeru mencerminkan kerancakan semula aktiviti penjanaan
modal di pasaran tempatan.
(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)

Wacana dan Laras Bahasa| 14


Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak
dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu
ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap
bab.
Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah
fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.
Contoh laras bahasa akademik:
Bagi tempoh 1990 hingga 2003, pemetaan genetik yang dikenali sebagai Projek Genom Manusia
(HGP) sudah bermula. Di Amerika Syarikat, HGP berjaya merekodkan antara 20,000 ke 25,000 gen
dalam DNA manusia. Sejak itu banyak penyelidikan berkaitan pemetaan genetik dilakukan di
seluruh dunia.
Selepas HGP, satu lagi projek genetik menyusul iaitu Projek Variasi Manusia atau Human Variome
Project (HVP). HVP dicetuskan oleh Profesor Richard Cotton dan berpangkalan di Australia. Ia adalah
satu inisiatif global bagi mengumpul data-data genetik manusia bagi tujuan merawat penyakitpenyakit yang berkaitan dengan mutasi gen.
(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)

Laras Bahasa Undang-Undang


Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti
Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.
Contoh laras undang-undang:
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan menolak dengan kos saman tersebut setelah Mazlan
gagal membuktikan unsur-unsur konspirasi seperti yang didakwa dalam pernyataan
tuntutannya.
Dalam saman yang difailkan pada 16 Ogos tahun lalu, Mazlan, 45, selaku plaintif mendakwa
dia telah ditangkap secara salah dan tidak sah oleh polis pada pukul 10 pagi, 9 Mac 2010
sehingga keesokan harinya.
Plaintif menamakan Awang, 55; Felda; anggota polis, Mohd. Azran Rahmat dan kerajaan
Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.
(Sumber: http://utusan.com.my/ 23 Julai 2011)

Wacana dan Laras Bahasa| 15


Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka,
dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang
paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pembaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan
mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas dan ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan
untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah
teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
Contoh laras akhbar:
SUBANG 22 Julai Prestasi cemerlang pasukan Malcon East 6 (ME 6) sepanjang berkhidmat
selama sembilan bulan di Lebanon berjaya menjulang nama Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) di peringkat antarabangsa.
Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali berkata,
malah, pasukan itu mendapat pujian pelbagai pihak berdasarkan prestasi mereka sepanjang
bertugas di negara itu.
(Sumber: http://utusan.com.my/ 23 Julai 2011)

Laras Bahasa Sastera


Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile,
personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

Wacana dan Laras Bahasa| 16


e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Contoh laras sastera:
DIA memandang ke luar jendela yang berlangsir ungu muda. Melihat cebisan-cebisan putih
yang gugur dari langit. Dia merasakan ia seperti tepung yang keluar dari ayak, tertabur di
jalan raya dan bangunan di depan banglo mewah tiga tingkat. Dia sendiri terpegun dengan
keadaan cuaca yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Daerah Mawar Merah. Kedinginan
cuaca pada pagi yang amat dingin seperti tidak mampu menenangkan hatinya. Ia bagaikan
dihangatkan oleh suatu perasaan yang menjarumi fikirannya.
Fikirannya berlari lagi pada dua ayat panjang. Terucap lancar pada lidah seorang lelaki 60
tahun. Lalu terusik pada jiwa.
Di tengah-tengah fikirannya yang keruh, dia merasakan dalam dirinya ada air kekusutan
berkocak hebat. Membuatkan dia penat. Amat penat. Namun, dia masih bertahan dengan
perasaan yang dipikul berat. Kalau dia terus bersabar dan yakin pada pembedahan itu nanti,
dia akan selamat. Diselamatkan oleh pakar bedah yang hebat.
(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cerpen_Virus/Article 23 Julai 2011)
Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Contoh laras agama:
Al-Maraqhi dalam tafsirnya mengatakan, ayat ini secara ijmalnya menunjukkan al-Quran itu
penawar kepada manusia dalam empat perkara iaitu nasihat yang baik, penawar kepada segala
penyakit hati seperti syirik dan nifaq, petunjuk jalan kebenaran dan rahmat bagi mereka yang
beriman.
Bahkan, keagungan Allah melalui kalam-Nya ini juga apabila dibaca dapat melembutkan hati dan
membuka hidayah seperti berlaku kepada ahli syair terkemuka, Thufail bin Amr dan Saidina
Umar bin al-Khattab untuk memeluk Islam.
Pembudayaan
Contoh
Analisis:membaca al-Quran juga tidak terhad kepada satu-satu tempat, keadaan atau
masa saja. Ia boleh dibudayakan termasuk di tempat kerja. Sebagai pengurus atau majikan,
semua usaha perlu dihidupkan dalam organisasi kerana mukjizat kehebatan kemuliaan al-Quran
kesannya sangat mendalam kepada jati diri.
1. dan Bidang

Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan

(Sumber: http://www.bharian.com.my 23 Julai 2011)

Wacana dan Laras Bahasa| 17

Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang


perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.

2.

Penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa


Inggeris.
Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat
penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang
abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.

Perbendaharaan Kata

Istilah khusus (penanda laras), antaranya:


agihan jualan, agensi pemasaran, baki debit
anggaran kos, francais, cek palang
harga mutlak,

eksport saham

urus niaga, kredit, komposit

Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang


ekonomi)
untung

tempoh hutang

susut

3.

tunai

runcit

Tatabahasa

Morfologi (kajian terhadap perkataan)


Kata-kata umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi katakata khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan.
Contohnya:
Kata Umum

Istilah

Wacana dan Laras Bahasa| 18

wang

kewangan

ratus

peratus

lebih

lebihan

pasar

pasaran

pegang

pemegang

dagang

dagangan

Akronim
Contohnya:
EPU Unit Pembangunan Ekonomi
EON Edaran Otomobil Nasional
BSN Bank Simpanan Nasional
BSKL Bursa Saham Kuala Lumpur

Kata Majmuk
Contohnya:
kos jualan
untung bersih

modal tetap
lebih asset

harta semasa
sebut harga

Sintaksis (kajian terhadap ayat)


Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu
ayat-ayat yang memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Contohnya:

Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar


jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi

Wacana dan Laras Bahasa| 19


setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu.

Menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat


aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi.
Contohnya:
Ayat Aktif
KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling
penting
Ayat Pasif
Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang
lebih mahal.

Kecenderungan menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang


mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan
kelancaran dan kesinambungan wacana.Contohnya:
Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak
pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana
mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar
dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami
sebarang kerugian apabila menjual saham mereka.
Struktur ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris, khususnya penggunaan
ayat pemeri yang menggunakan kopula adalah dan ialah walaupun unsur ini tidak wajib
digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya:
1.
2.

Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat.


Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.

Fungsi kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah.

Wacana dan Laras Bahasa| 20


4.

Gaya Bahasa

Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.


Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa,
dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian
dengan berkesan.

Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan


sebagainya.

AKTIVITI 9.6
Nyatakan kepentingan laras bahasa dalam sesebuah penulisan.

RUMUSAN
Penerangan di atas telah menjelaskan kepentingan wacana dan laras bahasa dalam sesebuah penulisan.
Dengan wujudnya pengetahuan yang mendalam kepada kedua-dua aspek tersebut, seseorang pelajar
dapat menggunakan pengetahuan tersebut ke arah menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu tinggi.

KATA KUNCI
1. Koherens
2. Kohesi
3. Inferens
4. Kohesif
5. Eksplisit

6. Anafora
7. Katafora
8. Ellipsis
9. Generik
10. Preposisi

PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan beberapa definisi wacana daripada beberapa pandangan tokoh.
2. Dengan contoh-contoh, tunjukkan bagaimana penanda wacana tertentu dapat menjadikan ayat
yang gramatis.
3. Bina dua contoh ayat yang memperlihatkan laras bahasa iklan.

Wacana dan Laras Bahasa| 21


4. Bina dua contoh ayat yang memperlihatkan laras bahasa agama.
5. Tunjukkan perbezaan koherens dan kohesi dalam pembinaan sesebuah ayat yang gramatis.

RUJUKAN
Anderson, E. (1983).Cohesion and the teacher. Australian Journal of Reading. 6, 35-42.
Freedle, R. (1977).Discourse Production and Comprehension. Noewood. Ablex.
Halliday, M.A.K, dan Hasan, R. (1976).Cohesion In English. London. Longman.
Martin, J.R. 1981. Lexical Cohesion. Momeograf. Department Linguistik. Universiti Sydney.
Moe, A. (1979).Cohesion, coherence and the comprehension of text. Journal of Reading, 23, 16-20.

You might also like