You are on page 1of 11

Definisi Perintang

Perintang merupakan salah satu komponen pasif dan ianya digunakan untuk mengawal arus
didalam sesuatu litar.Terbahagi kepada dua iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah.

Kegunaan
 Perintang digunakan untuk menghadkan arus dalam litar atau untuk mendapatkan voltan
susut merentasinya dan nilainya boleh di ukur.
 Jika nilai rintangan tinggi, arus kecil dihadkan melaluinya.
 Jika nilai rintangan rendah, arus besar boleh melaluinya.
 Apabila perintang dipasang dalam litar penentangan aliran arus akan berlaku lalu
menghasilkan haba. Contoh perintang yang mudah adalah lampu filamen.
 Perintang juga digunakan untuk kawalan voltan dan arus dengan cara menyusutkan
voltan atau membahagikan arus litar kepada beberapa laluan.

Unit Perintang
 Unit rintangan ialah Ohm (Ω).
 Satu ohm merupakan nilai pertentangan perintang kepada aliran arus. Besar unit ohm,
maka besarlah pertentangannya kepada arus dan sebaliknya.

Ciri – Ciri perintang


 Empat perkara penting yang perlu diambil kira apabila memilih perintang ialah:
1. Nilai perintang
2. Had terima
3. Kadar kuasa
4. Kestabilan

1. Jenis-Jenis Perintang

1.1 Perintang Tetap


 Mempunyai nilai rintangan yang tetap.
 Boleh didapati dalam penerima radio, televisyen dan peralatan-peralatan elektronik.
 Terdapat empat jenis perintang tetap yang sering digunakan iaitu :
a. Perintang komposis karbon
b. Perintang saput karbon
c. Perintang wayar berlilit
d. Perintang saput karbon oksida
Rajah 1.1 : simbol perintang tetap

a. Perintang Komposis Karbon (Carbon-Composition Resistor)


 Diperbuat daripada campuran serbuk karbon dan bahan penebat.
 Nilai rintangan biasanya di antara 1 - 20 M.
 Mempunyai kestabilan yang bermutu rendah.
 Rintangannya berubah-ubah mengikut suhu dan beban
 Kuasa yang lesap adalah kecil.

Rajah 1.1a : Binaan perintang komposisi karbon

b. Perintang Saput Karbon (Carbon-Film Resistor)


 Perintang Saput Karbon dibuat daripada karbon keras yang dimasukkan dalam satu
rod seramik. Rintangan yang diperlukan diperolehi melalui pemotongan jejak-jejak
lingkaran melalui saput tersebut.
 Kestabilan perintang ini lebih baik dari jenis komposisi karbon kerana mempunyai
toleran yang rendah, hingar dalaman yang kecil dan kurang sensitif kepada
perubahan suhu.

c. Perintang Wayar Berlilit (Wire Wound)


 Mengandungi bahan pengalir yang mempunyai rintangan yang dinamakan Manganin di
dalamnya. Oleh kerana Manganin memberi rintangan yang paling sedikit kepada
pengaliran arus elektrik, maka nilai rintangannya kurang dari 1.
 Mempunyai ciri-ciri kestabilan yang paling baik.

 Digunakan untuk arus yang tinggi dengan rintangan rendah kuasa yang tinggi,

 Boleh didapati dalam kadar 5W hingga 100W atau lebih.

 Kerintangannya adalah sekurang-kurang 1Ω hingga beberapa ribu ohm.

 Kebiasaannya digunakan di tempat yang memerlukan nilai rintangan yang stabil dan
tepat. Untuk kuasa 2W atau kurang, perintang karbon adalah lebih baik kerana
ianya kecil dan menjimatkan

Rajah 1.1c : Perintang belitan dawai

d. Perintang Saput Logam (Metal Film Resistor)


 Adalah gabungan ciri-ciri stabil jenis wayar berlilit dengan jenis saput karbon yang
diubahsuai dan dipermudahkan.
 Binaannya hampir sama dengan jenis filem karbon.
 Mempunyai nilai yang lebih tepat jika dibandingkan dengan perintang filem karbon.
 Seperti perintang filem karbon, perintang ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu
membawa kesan hanya sedikit jika berlaku perubahan suhu dan getaran, menghasilkan
hingar dalaman yang kecil.
 Dalam keseluruhan keadaan, perintang filem logam adalah yang terbaik dan di ikuti
oleh perintang filem karbon serta yang akhir sekali ialah perintang komposisi karbon.
 Kedua-dua perintang filem karbon dan filem logam mempunyai perbezaan dengan
perintang komposisi karbon dari segi diameter penutup logam yang mana lebih besar
berbanding dengan body.
Rajah 1.1d : Binaan perintang saput logam

KADARAN
JENIS RINTANGAN CATATAN
KUASA

 Digunakan dalam litar kuasa


yang rendah bagi semua
Komposisi karbon 1/16W-3W 1Ω-25MΩ
frekuensi, yang tidak begitu
mementingkan kestabilan.
 Digunakan dalam litar kuasa
Saput karbon 1/18W-2W 1Ω-20MΩ yang tidak memerlukan
kestabilan yang lebih besar.
 Digunakan dalam litar kuasa
Wayar berlilit yang memerlukan ketetapan
1/4W-3W 1Ω-5MΩ
(kecil) konsisten pada kegunaan yang
kritikal.
 Digunakan dalam litar yang
Wayar berlilit memerlukan ketahanan pada
1W-300W 0.1Ω-400MΩ
(besar) setiap keadaan bagi mencapai
suatu lesapan yang tinggi.
 Digunakan dalam litar berkuasa
rendah yang memerlukan
kestabilan yang lebih besar
daripada yang diperolehi
Saput karbon 1/8W-2W 1Ω-5MΩ melalui perintang karbon yang
dipecah-pecahkan.
 Jenis ini lebih kecil daripada
perintang wayar berlilit dari segi
nilai rintangannya.
Jadual 1 : Ciri - ciri sesuatu jenis perintang

Kadaran Kuasa (Power Rating)


 Kadaran kuasa bagi satu perintang ialah suatu ukuran kebolehannya melesapkan haba
apabila arus mengalir (I2R).
 Kadaran kuasa dinyatakan dalam unit Watt.
 Kepanasan yang berlebihan boleh menyebabkan suatu perintang itu terbakar atau bagi
perintang karbon boleh menyebabkan rintangannya meningkat melebihi had terima yang
normal.
 Secara praktik, dalam keadaan biasa suatu faktor keselamatan yang sekurang-kurangnya
100% mestilah dibekalkan apabila suatu perintang dipilih untuk digunakan dalam suatu
litar.
 Kadaran kuasa perlu dipilih dengan teliti kerana perintang yang mempunyai kuasa rendah
mungkin terbakar dan menyebabkan litar rosak jika arus yang tinggi melaluinya.
 Saiz dan berat perintang juga adalah perkara yang menentukan kadaran kuasa. Bila
kadaran kuasa kecil, saiz perintang juga adalah kecil.
 Perintang yang bersaiz besar mempunyai kadar kuasa yang tinggi.
 Voltan Maksima untuk perintang karbon adalah seperti di bawah :-

500 V untuk kadar 1 watt


250 V untuk kadar kuasa ¼ watt
150 V untuk kadar kuasa 1/8 watt

1.2 Perintang Boleh Laras


 Dibentuk supaya mana-mana nilai kadaran maksimumnya boleh diperolehi.
 Terdiri daripada unsur rintangan wayar berlilit dan relangan (collar) yang boleh digerak-gerak
serta boleh dilaras untuk menyentuh rintangan pada mana-mana tempat diantara dua
terminal.
 Biasanya digunakan didalam litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap
atau didalam litar dimana satu perubahan yang terakhir atau pelarasan mesti dibuat terhadap
rintangan yang wujud.
1.3 Perintang Boleh Ubah
 Perintang berubah digunakan apabila nilai rintangan di dalam sesuatu litar perlu berubah
pada bila-bila masa.
 Perintang jenis ini terdiri daripada lengan sesentuh yang bersentuhan dengan elemen
rintangan ( lilitan dawai atau karbon) dalam bentuk gegelung.
 Rintangan perintang berubah ini boleh diubah-ubah secara berterusan antara sifar ohm ()
dengan nilai rintangan yang dikadarkan.
 Dibuat dalam pelbagai bentuk seperti perintang praset, reostat dan meter upaya.
 Digunakan pada radio, televisyen, kipas angin dan ketuhar.
 Nilai rintangan dapat dilaraskan dari 0 hingga nilai maksimumnya.
 Antara jenis-jenis perintang boleh ubah adalah perintag praset, reostat dan meter upaya.

Rajah 1.3a : Simbol perintang boleh ubah

Rajah 1.3b : Binaan perintang boleh ubah

Rajah 1.3c : Jenis-jenis perintang boleh ubah

a. Perintang Praset
 Rintangannya boleh disetkan dari suatu nilai yang dikehendaki
hingga kepada kadar nilai rintangannya.
 Binaan luarnya lebih kecil berbanding dengan perintang boleh laras
yang lain.

Rajah 1.3aa : Simbol perintang praset


b. Reostat
 Reostat merupakan perintang boleh ubah yang mempunyai dua terminal.
 Terminal ini digunakan untuk melaraskan nilai arus dalam sesuatu litar.
 Disambung bersiri dengan beban dan punca bekalan
 Sesuai digunakan dalam berbagai-bagai jumlah arus.

c. Meter Upaya (Potentiometer)


 Merupakan suatu pembahagi voltan yang mempunyai 3 terminal.
 Digunakan dalam litar untuk mendapatkan pembahagi voltan yang
diperlukan oleh litar itu.
 Dua hujung nilai rintangan maksima tetap disambungkan merintangi
bekalan kuasa.
 Satu lengan boleh ubah digunakan untuk membahagikan nilai voltan di
antara terminal tengan dan hujung.

Rajah 1.3ac : Simbol meter upaya

REOSTAT METER UPAYA

Dua terminal Tiga terminal


Di sambungkan secara sesiri dengan beban Penghujung di sambungkan merintangi
dan bekalan bekalan
Nilai arus berubah Nilai voltan berubah

Jadual 2 : Perbezaan reostat dengan meter upaya

1.4 Nilai Perintang


Terdapat tiga cara dalam mengenali nilai-nilai rintangan pada perintang iaitu:-
i. Kod Jalur Warna
ii. Kod Bercetak (Nombor Resistor)
iii. Kod “Body-End-Dot”

a. Kod Warna/Sistem Kod Perintang


 Kod warna digunakan bagi menandakan nilai rintangan perintang dalam unit ohm (Ω).
 Asas sistem ini adalah menggunakan warna bagi mengganti nilai angka.
 Kod warna telah di piawaikan (standard) oleh Electronic Industries Association ( EIA ).
 Terdapat empat atau lima jalur dan dibaca dari kiri ke kanan.
 Jalur pertama mewakili angka nilai yang pertama, jalur kedua menunjukkan angka nilai yang
kedua, warna jalur ketiga mewakili pendarab dan keempat mewakili peratus had terima.
 Jalur kelima digunakan untuk menjangka peratus kegagalan bagi setiap seribu jam
penggunaannya.

ANGKA PERATUS HAD


WARNA NILAI PENDARAB
BERNILAI TERIMA
Hitam 0 1 (100) -
Coklat 1 10 (101) -
Merah 2 100 (102) -
Oren 3 1000 (103) -
4
Kuning 4 10000 (10 ) -
Hijau 5 100000 (105) -
Biru 6 1000000 (106) -
Unggu 7 10000000 (107) -
8
Kelabu 8 100000000 (10 ) -
9
Putih 9 1000000000 (10 ) -
Emas - 0.1 ±5 %
Perak - 0.01 ±10 %
Tiada Warna - - ±20 %
Jadual 3 : Jadual kod warna perintang

Jalur 1, digit pertama

Jalur 2, digit kedua


Jalur 3, nombor pendarab

Jalur 4, toleran
Emas 5%, perak 10%

Rajah 1.4a : Kod warna perintang

hijau

hitam

hijau
perak

Rajah 1.4b : kod warna


perintang
Warna pertama : hijau = 5
Warna kedua : hitam = 0
Warna ketiga (pendarab) : hijau = 5 ( 0 0000)
Warna keempat : perak = ± 10%

Nilai perintang adalah 5 000 000 = 5 000 000 Ω ± 10%


Oleh itu, nilai perintang yang sebenar berada diantara 4 500 000Ω hingga 5 500 000Ω

 Bagi contoh dalam rajah 1.4c, hitam adalah jalur yang ketiga bererti tidak perlu menambahkan
sebarang sifar selepas dua digit. Jalur perintang ini ialah merah,hijau dan hitam, nilai
rintangannya adalah 25Ω.
merah

hijau

hitam
emas

R = 25Ω ±5%

Rajah 1.4c
 Jalur ketiga sama ada emas atau perak bagi menunjukkan nombor pendarabnya. Apabila jalur
ketiga adalah emas, darabkan digit pertama dan kedua dengan 0.1. dalam gambarajah 1.4d,
nilai rintangan adalah:

merah

hijau

emas
perak

R = 2.5Ω ±10%

Rajah 1.4d

pendarab bagi perak ialah 0.01. Jika jalur ketiga seperti dalam gambarajah X adalah perak, maka
nilai rintangan adalah :
25 X 0.01 = 0.25Ω

Kod Lima Jalur


 Dalam jalur kelima, warna coklat, merah, oren,dan kuning menunjukkan toleran berikut:

Oren

biru

hijau
hitam
oren

Rajah 1.4e Contoh perintang lima jalur

WARNA PERATUS KEGAGALAN PERSERIBU


JAM
Coklat 1
Merah 0.1
Oren 0.01
Kuning 0.001

Jadual 4 : Jadual Jalur Kelima

b. Kod Tercetak
 Mempunyai cetakan nilai pada badannya.(Saiz perintang jenis belitan dawai adalah lebih besar
daripada jenis komposisi karbon).
 Jadual 5 menunjukkan abjad yang digunakan sebagai tanda untuk mewakili pendarab nilai
rintangan kod tercetak dan had terimanya.
 Abjad yang pertama dari kiri kod tercetak mewakili pendarab dan kedudukan titik perpuluhan
bagi nombor tercetak.
 Abjad yang terletak di hujung kod warna mewakili had terima bagi nilai rintangan tersebut

Abjad J R K M
Pendarab - 1 1 000 1 000 000

Had Terima ± 5% - ± 10% ± 20%


Jadual 5 : Kod tercetak

X 1000 Had Terima


± 20%

Nilai rintangan,

R = 4.7 X 1000 Ω = 4700Ω


Had terima = ± 20 %

Rajah 1.4f : Menunjukkan kod tercetak pada badan perintang

c. Kod “Body- End-Dot”

 Sistem ini menggunakan tiga kod warna iaitu:-


a. Satu warna pada keseluruhan badan perintang memberikan digit pertama
b. Warna kedua pada hujung badan memberikan digit kedua
c. Warna ketiga adalah sebagai titik (dot) di bahagian tengah badan perintang memberikan
nilai pendarab

Warna Hujung : Warna Titik :


Angka bernilai kedua Pendarab Warna Badan :
Angka bernilai pertama.

Warna Hujung Emas dan Perak sebagai


warna keempat memberikan peratus had-
terima

You might also like