You are on page 1of 2

LAPORAN PENGLIBATAN KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum bagi sesi pagi diadakan pada pukul 12.10 tengah hari hingga 1.10
petang setiap hari rabu. Aktiviti kokurikulum diselang-seli setiap minggu dengan kegiatan
unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Semua guru terlibat dalam
mengelolakan perjumpaan ini mengikut giliran yang ditetapkan.
UNIT BERUNIFORM : PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Pada minggu pertama, aktiviti unit beruniform telah diadakan dan saya telah diberikan tugas
untuk mengambil kedatangan semua murid yang hadir. Selepas itu, murid telah diajar cara
berkawad oleh seorang guru lelaki. Mereka telah diajar teknik-teknik asas dalam pergerakan
kawad seperti arahan asas dan pergerakan mengikut arah.

Gambar semasa murid sedang mempelajari asas kawad.


KELAB / PERSATUAN : KELAB KEBUDAYAAN
Pada minggu kedua, aktiviti kelab dan persatuan pula dijalankan. Saya tidak dapat
mengikuti perjumpaan kelab dan persatuan pada minggu tersebut kerana telah menghadiri
mesyuarat sukan prasekolah di kelas Prasekolah Saga. Mesyuarat ini dijalankan bagi
memberi penerangan kepada semua guru prasekolah mengenai persiapan yang perlu
dijalankan semasa sukan terbabit berlangsung.
PERMAINAN : BADMINTON
Aktiviti permainan diadakan pada hari sabtu iaitu 25 April 2015. Aktiviti ini diadakan bagi
menjayakan aktiviti 1 Murid 1 Sukan tetapi pada minggu tersebut telah digantikan dengan
latihan rumah sukan.

You might also like