You are on page 1of 51

BAB 1 : LATAR BELAKANG TELEKOM MALAYSIA BERHAD

1.0:

SEJARAH RINGKAS TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Telekom Malaysia Berhad (Telekom Malaysia) merupakan salah sebuah daripada


syarikat telekomunikasi yang terunggul dan yang pertama di Malaysia. Telekom Malaysia
mempelopori bidang telekomunikasi dan perhubungan negara sebelum kemunculan
syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain seperti Binariang, TimedotCom dan Celcom.
Sebelum Telekom Malaysia diswastakan atau dikorporatkan pada 1hb. Januari 1987,
ianya dikenali sebagai Jabatan Telekom Malaysia (JTM).
Jabatan Telekom Malaysia yang pertama telah ditubuhkan di Perak pada tahun
1878. JTM selepas itu telah berkembang pesat dengan pembukaan cawangan demi
cawangan sehingga ke hari ini. Walaupun mendapat saingan daripada syarikat-syarikat
telekomunikasi yang lain, Telekom masih lagi bertanggungjawab

sebagai pembekal

utama perkhidmatan telekomunikasi di negara ini. Ibupejabat Telekom Malaysia terletak


di Wisma Telekom, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.
Kompleks Latihan Telekom Kawasan Timur merupakan salah sebuah kompleks
latihan telekomunikasi caawangan Pantai Timur yang terletak di Medan Jaya, Kuala
Terengganu. Kompleks latihan ini berfungsi sebagai organisasi latihan yang diwujudkan
khas untuk melatih kakitangan Telekom Malaysia mendalami bidang telekomunikasi
terkini

dalam

mencapai

matlamat

organisasi

untuk

memberi

perkhidmatan

telekomunikasi bertaraf dunia selaras dengan pembangunan negara di samping memenuhi


kepuasan pelanggan secara total. Kompleks ini juga menawarkan tempat untuk latihan

praktikal kepada mahasiswa-mahasiswa pusat-pusat pengajian tinggi tempatan. Antara


kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej Latihan Telekom ialah:
Telekomunikasi
Teknologi Maklumat ( IT )
Pengurusan Dan Pemasaran
Disamping

menjalankan

kursus-kursus,

Kolej

Latihan

Telekom

juga

menyediakan pelbagai kemudahan untuk disewa kepada Agensi Kerajaan dan Swasta
bagi menyediakan kursus, seminar ataupun sukaneka. Antara kemudahan yang terdapat
di Kompleks Latihan Telekom ialah:
Hotel - menampung 400 orang
Bilik-bilik kuliah yang berhawa dingin
Dewan sumber yang berhawa dingin - menampung 100 orang
Mini stadium
Selain itu Kompleks Latihan Telekom di Malaysia juga terdapat di Taiping,Perak
(Kawasan Utara), Jalan Hang Tuah di Melaka (Kawasan Selatan ), Kota Kinabalu, Sabah
(Kawasan Sabah), Kuching (Kawasan Sarawak) dan kolej ini berpusat di Jalan Gurney
Kiri,Kuala Lumpur.

1.2:

LOGO SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA DAN MAKNANYA

Rajah 1: Logo syarikat Telekom Malaysia Berhad

Rajah 1 di atas menunjukkan logo Telekom yang dikeluarkan pada tahun 1990
iaitu tiga tahun selepas pengswastaan syarikat ini. Logo ini menandakan permulaan
lembaran baru sejarah korporat

Syarikat Telekom Malaysia. Semenjak

Telekom

Malaysia diperbadankan pada tahun 1987, ia telah mencapai tahap pertumbuhan yang
baru dan dinamik. Transformasi ini sekaligus membawa syarikat ke arah pembentukan
identiti, personaliti dan imej korporat yang baru dan ianya dicipta berasaskan logo
terdahulu. Pengertian logo syarikat Telekom Malaysia adalah seperti berikut:
Huruf t: Melambangkan simbol universal untuk telekomunikasi dan
mencerminkan rangkaian perniagaan syarikat
Nama Telekom Malaysia: Nama korporat baru untuk Telekom Malaysia
Dua garisan selari dan dicabangkan accessibility: Garisan berbilang
melambangkan pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom
Malaysia sekaligus memperkukuhkan lagi kedudukan organisasi ini sebagai
sebuah syarikat telekomunikasi yang utama. Garisan-garisan yang disatukan

dan dijalurkan ke atas dan ke hadapan untuk dijadikan satu bentuk


mencerminkan kemajuan, kekuatan dan potensi masa depan.
Bulatan biru yang melingkari huruf t: Melambangkan rangkaian sedunia dan
komitmen Telekom Malaysia terhadap telekomunikasi antarabangsa.

1.3

MISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD


Misi kami ialah untuk memberi kepuasan pelanggan secara menyeluruh sambil

berusaha untuk menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang bertaraf dunia. Kami akan
mencapai matlamat ini melalui pembangunan sumber manusia, membekal produk dan
memberi perkhidmatan kualiti yang cemerlang serta memenuhi keperluan negara, pekerja
dan pemegang saham.

1.4

WAWASAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Mewujudkan sebuah syarikat telekomunikasi bertaraf dunia dengan memberi


tumpuan penuh terhadap pelanggan secara menyeluruh.

1.5:

STRUKTUR OPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Telekom Malaysia Berhad membahagikan operasinya kepada tiga cabang utama


iaitu TelCo, ServiceCo dan NewCo dimana bahagian pentadbiran utama terletak di
Wisma Telekom,Kuala Lumpur. Fungsi setiap kumpulan adalah seperti berikut;

a)

Kumpulan TelCo
Berkaitan

dengan

operasi

dan

penyelenggaraan

rangkaian

yang

berkhidmat terus kepada pelanggan. Ia terdiri daripada tiga bahagian ;


Operasi Rangkaian Jauh(ORJ) atau Transmission Operation and
Maintenance

Centre(TOMC)

Operasi Rangkaian Suis(ORS) atau Switching Operation and


Maintenance Centre(SOMC)
Operasi

Rangkaian

Tempatan(ORT)

atau

Customer

Network

Operation(CNO).
b)

Kumpulan ServiceCo
Berkaitan dengan kejuruteraan dan berfungsi memberi khidmat kepada
bahagian- bahagian lain dalam Telekom Malaysia Berhad iaitu;
Telepower (berkaitan dengan bekalan kuasa untuk stesen dan kabin
seperti operasi dan penyelenggaraan mesin penjana)
Teleharta (terlibat dengan pengurusan harta benda syarikat)
Bengkel (penyelenggaraan kenderaan syarikat)
Telemac (bertanggungjawab dalam operasi dan pengelenggaraan
penghawa dingin)
KLT (Kolej Latihan Telekom-Pusat latihan untuk kakitangan dan bakal
kakitangan untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta
pengenalan peralatan baru)
SecuriTel(bahagian yang mengawal keselamatan harta benda syarikat)

c)

Kumpulan NewCo
Bertanggungjawab dalam perjalanan pelaburan dan operasi syarikat dalam
dan luar negara seperti Afrika Selatan, Bangladesh, Malawi, Papua New
Guinea dan India.

1.6:

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI SYARIKAT TELEKOM

Syarikat

Telekom

Malaysia

menawarkan

perkhidmatan-perkhidmatan

telekomunikasi seperti berikut:


1) Telefon

Talian Ibusawat Terus


Telefon merupakan sistem perhubungan penghantaran dan penerimaan
maklumat melalui suara samada dalam Malaysia ataupun antarabangsa.

Ibusawat Carry Automatik Suis ( PABX )


PABX adalah alat papan suis automatik yang ditempatkan di premis
pelanggan yang mempunyai beberapa ciri khas.

Sistem Telefon Kekunci


Sistem ini dapat mengawal panggilan masuk dan keluar.

Lain-lain perkhidmatan telefon


Perkhidmatan tambahan telefon yang lain adalah seperti Dail Ringkas,
Pemindahan Panggilan (Transfer Call), Pemindahan Panggilan Semasa
Tiada Jawapan, Pemindahan Panggilan Semasa Sibuk (Call Divert),

Panggilan Menunggu (Waiting Call), Penggera Masa, Talian Segera dan


Talian Segera Dengan Pengawasan Masa.

2) Perkhidmatan Data

MAYPAC ( Malaysia Packet Switched Public Data Network )


Perkhidmatan Komputer melalui Ibusawat Packet Switch Data di dalam
dan luar negeri untuk memperolehi maklumat seperti kewangan dan
perubatan, pendidikan teknologi, sains dan sebagainya.

MAYCIS ( Malaysia Circuit Switched Data Network )


Merupakan perkhidmatan komputer yang mudah dan cepat melalui
Ibusawat Awam Suis Litar Malaysia.

Telemail
Sistem mesej elektronik awam melalui perkhidmatan MAYPAC dengan
menggunakan komputer peribadi.

Teleta
Perkhidmatan maklumat berkomputer dua hala dan sistem transaksi yang
boleh didapati menerusi set televisyen atau komputer peribadi.

Telefaks
Perkhidmatan

faksimili

yang

membolehkan

pengguna

yang

menghubungkan mesin teleksnya daripada mesin lain menerusi talian


telefon untuk tujuan penghantaran mesej dalam bentuk dokumen,
gambarajah dan lain-lain dalam dan luar negeri.

Teleks

Perkhidmatan penghantaran teks bertulis secara terus menggunakan mesin


teleks melalui Ibusawat Teleks Awam.

Datel
Perkhidmatan penghantaran data yang dapat menghubungkan antara
kelengkapan data hanya menggunakan telefon meliputi dalam dan luar
negeri.

Digitiline
Perkhidmatan litar suwa digital berkelajuan tinggi. Penghantaran data
meliputi kombinasi suara dan data.

3) Perkhidmatan Bergerak

ATUR 450 dan SMARTFON 864


Merupakan perkhidmatan automatik bergerak yang disediakan oleh STM
(Smartfone Malaysia).

ATUREL
Perkhidmatan telefon automatik awam ATUR 450 yang dipasang di
gerabak kafeteria keretapi sistem Keretapi Tanah Melayu

KARFON
Perkhidmatan telefon radio dalam kereta yang memberi pelanggan laluan
telefon yang didail kepada Rangkaian Ibusawat Telefon Awam secara
automatik.

TM TOUCH dan Mobikom 1800


Perkhidmatan talian telefon mudahalih 013 dan 018.

4) Toll free
Menawarkan kepada pelanggan perniagaan satu nombor untuk satu negeri.
Semua panggilan ke nombor Toll Free ditanggung oleh pelanggan dengan bayaran
tempatan biasa.

5) Lain-lain perkhidmatan yang disediakan:

Loceng Kecemasan

Radio Leased Channel

Country set

Sistem Multi Access Radio ( MARS )

Panggilan Radio HF( RCS )

Litar Suwa Ddan Perkhidmatan Khas

Siaran TV ( RTM dan TV3 )

Telegram

Videoconferencing

Telex

Bureaucard

Bureaufax

Intelsalt Business Survice ( IBS )

BAB 2 : LATIHAN YANG TELAH DIBERIKAN SECARA AM

2.0:

JADUAL KERJA HARIAN LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang saya menjalani latihan industi selama sepuluh minggu di Syarikat


Telekom Malaysia Berhad Kuala Terengganu (Ibusawat Hiliran), saya telah diberi
peluang untuk melihat secara keseluruhan bahagian teknikal dalam struktur organisasi
Telekom Malaysia Berhad. Saya telah ditempatkan di tiga unit yang berasingan, iaitu :
Unit SOMA (Switching Operation and Maintenance Area) bagi sistem operasi
pensuisan
Unit TOMA (Transmission Operation and Maintenance Area) bagi sistem
perhubungan jauh dan operasi penghantaran data maklumat
Unit CNO (Customer Network Operation) bagi sistem operasi rangkaian
pelanggan

Setiap unit di atas mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. Namun, setiap satu
unit di atas adalah berkait di antara satu sama lain dalam memberi perkhidmatan talian
telefon kepada pelanggan. Oleh yang demikian, huraian dan ringkasan mengenai latihan
yang telah diberikan selama berada di sini akan dikelaskan mengikut unit-unit di atas.
Secara amnya, waktu kerja saya di sini bermula dan berakhir sepertimana kakitangan-

kakitangan Telekom Malaysia yang lain. Berikut ialah jadual kerja saya sepanjang latihan
praktikal ini.

HARI

WAKTU BEKERJA

AHAD hingga RABU

8.30 pagi hingga 4.45 petang

KHAMIS

8.30 pagi hingga 1.00 petang

SABTU (minggu pertama dan ketiga)

8.30 pagi hingga 1.00 petang

SABTU (minggu kedua dan keempat)

8.30 pagi hingga 4.45 petang

Jadual 2.0: Waktu bekerja sepanjang latihan praktikal

2.0-1: Unit Soma Kelantan /Terengganu


Di bawah ini ialah jadual ringkasan tugasan dan aktiviti saya sepanjang menjalani
latihan praktikal di unit pengsuisan.

TUGASAN / AKTIVITI
TEMPOH : 10 April 2000 25 April 2000

Asas Rangkaian Ibusawat (Trunking)


Sistem Pengurusan Ibusawat ( AXE, ALCATEL &

NEAX )
Bekalan Kuasa Ibusawat
Asas Sistem Charging dan Billing
Asas Signalling Bagi Ibusawat
2.0-2 Unit TOMA Kelantan/Terengganu

MINGGU
3

TUGASAN / AKTIVITI
TEMPOH : 26 April 2000 25 Mei 2000

Asas-asas Sistem Multipleks, PCM


Asas dan Konsep Sistem SDH serta peralatan SDH &

PDH
Sistem Laluan Optik, Kabel Fiber Optik dan Peralatan
Asas Sistem Operasi Rangkaian Mobile dan Peralatan
Sistem Penyiaran dan Stesen Pemancar Gelombang
Mikro
Konsep Asas Dalam Penghantaran Gelombang Mikro
Bekalan Kuasa dan Tenaga Solar Stesen Pemancar
Kerja-kerja Maintenance Peralatan Fiber Optik,

MINGGU
3

Multipleks, Mobile, Broadcast dan Microwave


2.0-3 Unit CNO Terengganu

TUGASAN / AKTIVITI
TEMPOH : 26 Mei 2000 21 Jun 2000

Sistem Operasi & Maintenance Unit Kabel, CGPA,

RiLL
Sistem Pengujian & Docket Meja Uji
Special Services and data Communication
Sistem Rangkaian Fiber Optik MDF Subscriber
Maintenance Peralatan Dalam Sistem Telefoni Tempatan

2.1:

MINGGU
3

LATIHAN/AKTIVITI HARIAN SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI

2.1-1: Unit Soma Kelantan/Terengganu

Unit SOMA (Switching Operation and Maintenance Area) ini banyak tertumpu
kepada operasi maintenance melalui komputer sahaja, maka kerja yang boleh dilakukan
di sini adalah cukup terhad. Kerja-kerja yang dilakukan di bahagian ini terbatas kepada
pemerhatian kerja-kerja monitoring yang dilakukan oleh juruteknik di unit ini di samping
pembelajaran mengenai sistem operasi ibusawat pengsuisan. Memandangkan unit ini
adalah bahagian penting dan sensitif, maka sebarang kesilapan kecil (human mistakes)
harus dielakkan. Ini kerana sebarang kesilapan dan kelalaian boleh mengakibatkan
berlakunya keadaan yang tidak diingin seperti congestion. Oleh itu, segala kerja-kerja
maintenance dan penyelenggaraan peralatan pensuisan perlu dilakukan sepenuhnya oleh
kakitangan Telekom Malaysia kerana ia memerlukan orang yang benar-benar mahir
dalam menjalankannya. Selain itu, segala maklumat berkenaan struktur dan sistem
operasi ibusawat termasuk arahan-arahan yang digunapakai semasa kerja-kerja
penyelenggaraan dan penyenggaraan adalah sulit serta menjadi rahsia bagi pihak syarikat.
Oleh itu, saya hanya didedahkan dengan arahan-arahan yang sering digunakan dalam
membuat monitoring.
Walau bagaimanapun, sepanjang saya menjalani latihan praktikal di unit ini,
banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi berhubung struktur
perjalanan dalam sistem operasi pensuisan di ibusawat, sistem laluan (trunking) dan
sistem pengisyaratan (signalling) dalam talian telefoni. Walaupun kerja di unit ini
nampak senang dan ringkas, tetapi sebaliknya ianya amat memerlukan kepakaran dan
pengamatan yang teliti. Kebanyakan kakitangan yang bekerja di bahagian ini mempunyai
pengalaman yang lama, iaitu melebihi sepuluh tahun. Malah ada di antara mereka yang
turut terlibat sama semasa memasang ibusawat (exchange) di sini.

Selain daripada itu, saya juga ditunjukajar bagaimana untuk menganalisa


panggilan yang dilakukan melalui kod -kod yang terpapar di skrin komputer. Dengan
arahan-arahan yang tertentu, kita dapat mengetahui waktu panggilan dibuat, kadar dan
destinasi panggilan.

2.1-2: Unit Toma Kel/Trg.


Unit TOMA (Transmission Operation and Maintenance Area)

memberi

kefahaman yang lebih jelas kepada rangkaian sistem telekomunikasi yang disediakan
oleh Telekom Malaysia. Unit ini membantu dalam memberi pendedahan kepada kerjakerja maintenance dan penyelenggaraan peralatan telefoni bagi rangkaian jauh dan
melibatkan kerja-kerja luar (out station). Saya telah berkesempatan untuk meninjau dan
memerhati sendiri sistem operasi pemancaran bagi stesen luar yang terdapat di seluruh
negeri Terengganu seperti di Kuala Berang, di Bukit Durian Tarus, di Merang, Setiu dan
di Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Sebelum membantu melakukan kerja-kerja penyelenggaran peralatan di stesenstesen luar, sedikit penerangan ringkas mengenai asas sistem perhubungan dan
pemancaran mengikut unit-unit yang terdapat di bahagian TOMA akan diberi terlebih
dahulu. Unit-unit tersebut merangkumi unit Fiber/SDH, Multipleks, Mobile, Broadcast
dan unit Microwave. Saya juga diberi penerangan secara ringkas mengenai fungsi dan
spesifikasi peralatan yang digunakan bagi tujuan melakukan kerja-kerja pengujian,
pemeriksaan, pembaikian dan maintenance.
Di unit Fiber/SDH dan Multipleks di Ibusawat Telekom Malaysia Hiliran, saya
diberi pendedahan mengenai asas dalam sistem multipleks, struktur STM-1 dalam

penghasilan 2 Mb/s dan kebaikan menggunakan kabel fiber optik. Di samping itu, saya
juga diberi penerangan mengenai teknik pengujian dan penyelenggaraan talian telefoni
yang menggunakan kabel fiber optik dan kabel copper. Selain itu, saya turut berpeluang
memerhati sendiri sistem operasi dalam pengujian prestasi dan kerosakan yang dialami
oleh kabel fiber optik menggunakan perisian komputer Carbon 32 Copy bersama-sama
sistem penggera (alarm) bagi peralatan multipleks dan fiber optik.
Sementara itu, sistem operasi rangkaian telefon mobile dan bekalan kuasa bagi
stesen pemancar pula saya pelajari sepanjang berada di Unit Mobile Telekom Malaysia,
Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu. Saya juga diberi penerangan mengenai penggunaan
peralatan megger yang digunakan untuk mengesan kerosakan dan performance kabel
copper bawah tanah. Peralatan yang digunakan adalah secara analog memandangkan ia
adalah model jenis lama. Namun demikian, peralatan digital turut digunakan dalam kerjakerja penyelanggaraan terutamanya apabila sistem yang sedia ada mula diganti (upgrade)
dengan sistem baru yang lebih canggih.
Seterusnya, dalam Unit Broadcast saya dibawa untuk melihat sendiri struktur dan
sistem operasi stesen pemancar yang dikendalikan oleh pihak Telekom Malaysia bagi
rangkaian telefoni serta penyiaran TV dan Radio. Akhir sekali, saya ditempatkan di Unit
Microwave yang memberi peluang kepada saya menjalankan kerja-kerja rutin mingguan
di stesen gelombang mikro. Kerja-kerja tersebut merangkumi kerja penambahan air bateri
bagi bekalan kuasa stesen microwave dan pengambilan data atau bacaan meter seperti
arus, voltan dan kuasa dBm untuk tujuan maintenance.

2.1-3: Unit CNO Terengganu.

Dalam unit Operasi Rangkaian Pelanggan (Customer Network Services), saya


telah diberi peluang untuk melakukan lebih banyak kerja luar memandangkan bahagian
tersebut adalah paling hampir dengan pelanggan berbanding dengan bahagian operasi
ibusawat dan stesen pemancar. Saya telah dibawa untuk mengikuti kakitangan Telekom
Malaysia di Unit Kabel untuk memerhati dan membantu kerja-kerja pembaikian talian
kabel di tiang telefon. Ini termasuklah kerja penggantian kotak DP (Distributor Point)
dan penukaran pasangan kabel (pair) bagi talian telefon pelanggan.
Saya juga telah mengikuti kakitangan Unit CGPA dalam melakukan kerja-kerja
pembaikian peralatan pam angin (compressor) yang digunakan untuk mengesan secara
kasar kebocoran yang berlaku pada kabel copper bawah tanah. Saya juga telah
ditunjukkan mengenai operasi program komputer yang

digunakan untuk tujuan

mengesan kerosakan dan kebocoran yang berlaku pada talian kabel kuprum yang ditanam
di bawah tanah yang terdapat di seluruh negeri Terengganu.

Seterusnya, saya dibawa mengikuti petugas Unit RiLL yang mengendalikan kerjakerja pemasangan dan maintenance bagi rangkaian sistem telefon jenis RiLL. Dalam
masa yang sama, saya turut membantu kerja-kerja pembaikian telefon RiLL yang rosak.
Kemudian saya mengikuti special team dalam melakukan kerja-kerja pemasangan talian
telefon baru dan penyambungan wayar pelompat (jumper wire) di kabinet telefon. Saya
juga berpeluang melihat kerja pemasangan talian data ISDN yang dikendalikan oleh
juruteknik Unit Special Services & Data Communication.

Akhir sekali, saya ditugaskan untuk memerhati dan membantu perjalanan sistem
operasi pengujian dan pembaikian talian telefoni di Unit Meja Uji (Test Desk) Telekom
Malaysia Padang Hiliran. Di unit Meja Uji, saya diberi pendedahan mengenai aliran kerja
pembaikian talian telefoni yang rosak di samping dibawa keluar mengikuti pasukan
faultsman yang berfungsi untuk mengesan kerosakan talian telefon pelanggan dan
seterusnya menjalankan kerja-kerja baik pulih dan pengujian talian (test line). Setelah
mengikuti kesemua bahagian yang dinyatakan di atas, maka saya telah mendapat
gambaran yang jelas dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai rangkaian telefoni
dalam sistem perhubungan yang dikendalikan oleh pihak Telekom Malaysia Berhad.

BAB 3: PROJEK 1 / LATIHAN 1


SOMA (SWITCHING OPERATION AND MAINTENANCE AREA)

3.0:

PENGENALAN DAN SEJARAH SISTEM IBUSAWAT

Sistem pensuisan telah mula digunakan sejak zaman pendudukan Jepun di Tanah
Melayu lagi. Ia bermula dengan sistem pensuisan secara step by step yang menggunakan
sistem analog atau mekanikal. Sistem tersebut telah diperkenalkan oleh pihak British
sekitar awal tahun 1970-an. Tidak lama selepas itu, sistem pensuisan jenis Cross Barr
pula digunakan. Sistem ini juga merupakan sistem analog atau mekanikal yang dibawa
dari Sweden dan digunakan dalam bangunan sekitar tahun 1970 hingga 1988. Kemudian,

pada tahun 1988, sistem Cross Barr- Hitachi dari Jepun digunakan di kabin dan ianya
masih lagi menggunakan sistem analog atau mekanikal. Secara ringkasnya, sejarah era
pengsuisan di Malaysia adalah seperti di bawah:
a)

`Centralised Battery System


Digunakan pada awal tahun 40-an
Menggunakan bateri sepenuhnya.
Dibawa dari England.
Hanya mempunyai 23 pelanggan sahaja sekitar tahun 50-an
(Terengganu)

b)

`Step By Step
Dibawa dari England dan diperkenalkan oleh British pada tahun 1970an.
Berbentuk analog .
Dibuat oleh general elektrik

c)

` Crossbarr ( Comand Control Equipment).


Juga dikenali sebagai angka silang
Dibawa dari Sweden
Menggunakan sistem analog.
1988: Sistem Crossbarr Hitachi dari Jepun digunakan di dalam kabin
Sudah tidak di gunakan lagi kerana sistem digital digunapakai
Di jual kepada negara China

Kini, selepas teknologi dalam sistem telekomunikasi telah berkembang maju,


terdapat kira-kira 1000 buah ibusawat Telekom di seluruh negara yang menggunakan
sistem pensuisan digital. Ibusawat digital jenis AXE 10 (Sweden) dan ibusawat jenis
NEAX (Jepun) terdapat hampir di setiap ibusawat Telekom. Ibusawat digital jenis
ALCATEL (Perancis) pula terdapat di negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung
Malaysia. Ibusawat jenis ALCATEL ini adalah jenis yang terbaru. Manakala, ibusawat
jenis NOKIA (Finland) digunakan di bahagian Tengah dan Barat Semenanjung Malaysia
serta di seluruh negeri Sarawak. Sementara itu di bahagian Selatan Semenanjung
Malaysia dan di seluruh negeri Sabah pula menggunakan ibusawat jenis Fujitsu (Jepun).
Secara amnya, kesemua jenis ibusawat ini hampir sama aplikasinya melainkan sedikit
perbezaan pada (programming) dan arahan-arahan (commands) yang terkandung di
dalamnya.
Di Malaysia sahaja, Telekom Malaysia mengendalikan dua puluh lapan buah
ibusawat DTS, tiga buah ibusawat laluan antarabangsa (INT), empat buah ibusawat
telefon selular dan satu ibusawat OPA bagi khidmat bantuan operator. Kesemua
rangkaian dan sistem operasi Ibusawat Telekom Malaysia ini diselaraskan dengan
rangkaian perhubungan dunia (international exchange) oleh Badan Piawaian CCITT
yang beribu pejabat di Prague, Belanda. Bagi ibusawat DTS Telekom Malaysia pula,
masing-masing digabungkan secara berpasangan mengikut kawasan masing-masing
dikenali sebagai konsep Twin DTS.
Sejarah sistem operasi Ibusawat Telekom (switching exchange) di negeri
Terengganu bermula dengan pengoperasian ibusawat yang dikenali sebagai Terengganu
GSC/OPS (General Switching Centre/Operator Station). Ibusawat Telekom yang

menggunakan sistem tersebut mula beroperasi pada 9 Mac 1989 dan kemudian bertukar
kepada Cama Centre pada 16 Julai 1989 dengan kapasiti sebanyak 7680 saluran. Aplikasi
bagi ibusawat tersebut adalah AS 3.
Kemudian operasi ibusawat tersebut bertukar kepada sistem OPAX Terengganu
yang menjadi Pusat Bantuan Pelanggan yang mula digunakan pada 16 Disember 1993
dengan kapasiti berjumlah 24 saluran dan mempunyai aplikasi AS 19. Seterusnya operasi
ibusawat tersebut terus berkembang sehingga ditukar kepada Terengganu DTS (TGDTS)
yang mula beroperasi pada 14 Januari 1994 dengan kapasiti sebanyak 17 680 saluran,
iaitu tambahan sebanyak 10 000 saluran daripada sistem asal dan mempunyai aplikasi AS
20. Kira-kira lima tahun kemudian, iaitu pada 28 Julai 1999 kapasiti bagi ibusawat
tersebut ditambah sebanyak 4000 saluran lagi menjadikan jumlah keseluruhannya ialah
21 680 saluran dengan aplikasi AS 51. Di samping itu, ibusawat berkenaan juga sudah
mula menggunakan sistem digital dalam pemprosesan dan penghantaran isyarat melalui
sistem CCS7 Signalling yang digunakan semenjak 18 Julai 1995 dan sistem ini
menggantikan sistem analog yang digunakan sebelumnya.
Secara ringkasnya, gambaran bagi struktur (hierarchy) sistem lama dan baru
Ibusawat Telekom Malaysia dapat ditunjukkan seperti gambarajah blok berikut :
International
(INT)

International (INT)

DTS

ZON

OP
S

TDM/GSC/OPS

L
E

L
E

L
E

DTS

DL
S

DL
S

DRS

DRS

OPS

DL
S
DRS

Rajah 2a) : Hierarki Sistem Ibusawat Lama

Rajah2b) : Hierarki Sistem Ibusawat

Baru

Rajah di bawah pula menunjukkan aliran bagaimana perkhidmatan talian telefon


dicapai oleh pelanggan-pelanggan.

Rajah2.1 : Sistem rangkaian asas talian telefoni tempatan

1.1:

JENIS IBUSAWAT DAN ASAS SISTEM OPERASI PENGSUISAN

(SWITCHING)

Ibusawat Pensuisan Telekom Malaysia di negeri Terengganu terbahagi kepada


tiga bahagian, iaitu ibusawat DTS (Digital Trunk Switch), ibusawat DLS (Digital
LoopSwitch) dan Ibusawat DRS (Digital Remote Switch). Jenis ibusawat yang digunakan
pula terbahagi kepada tiga jenis, iaitu jenis AXE 10, ALCATEL 1000 E 10 dan NEAX.
Setiap bahagian ibusawat mempunyai fungsi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

1.1.1

IBUSAWAT DTS ( DIGITAL TRUNK SWITCH )

1.1.1-1

Asas Sistem dan Fungsi Ibusawat TGDTS Jenis AXE 10

Di negeri Terengganu hanya terdapat satu ibusawat DTS yang menggunakan


peralatan pensuisan jenis AXE 10 dengan jenama Ericsson dari Sweden. Ibusawat DTS
merupakan ibusawat utama (main exchange) dalam rangkaian telefoni di Malaysia.
Ibusawat ini biasanya dipasangkan dengan satu lagi ibusawat DTS yang lain melalui
konsep Twin DTS. Konsep ini bertujuan untuk memberi satu laluan alternatif bagi satusatu talian telefon sekiranya laluan melalui ibusawat DTS kawasan tersebut mengalami
kesibukan traffic yang menyebabkan keadaan congestion pada talian telefon.
Bagi ibusawat TGDTS, ia dipasangkan dengan ibusawat PMDTS (Pasir Mas) di
Kelantan bagi tujuan di atas. Oleh itu, panggilan yang dibuat dari Kuala Terengganu ke
Kuala Lumpur, sebagai contoh boleh memilih sama ada untuk melalui laluan (link)
ibusawat TGDTS ataupun laluan PMDTS. Keadaan ini membolehkan perjalanan sistem

talian telefon sentiasa berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik tanpa mengalami
keadaan congestion.
Fungsi ibusawat DTS adalah untuk mengawal segala aktiviti dan perjalanan
sistem ibusawat DLS. Berbeza dengan ibusawat DLS, ibusawat DTS tidak mempunyai
kaitan atau hubungan (link) dengan telefon pelanggan tetapi hanya mempunyai 'signal
link' di antara ibusawat DTS yang lain. Ini adalah kerana ibusawat DTS merupakan
bahagian pensuisan utama (main switching). Ibusawat DTS akan memilih laluan bagi
setiap panggilan telefon yang dibuat oleh pelanggan sekiranya destinasi panggilan
tersebut adalah di luar kawasan lingkungan ibusawat DTS tempat panggilan itu dibuat.
Kebiasaannya laluan telefon dipilih berdasar kod pengenalan kawasan atau zon yang
dihantar melalui telefon pelanggan. Antara kod-kod laluan yang terdapat dalam sistem
pensuisan ibusawat di Malaysia adalah seperti jadual berikut :

KOD KAWASAN
01

02
03
04
05
06
07
08
09

KAWASAN ATAU ZON


Telefon ATUR
010
CELCOM ART 900
011
ATUR 450
012
MAXIS Mobile
013
TM Touch
016
DiGi
017
ADAM
018
MOBIKOM 1800
019
CELCOM GSM
Singapura
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Tengah)
Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (Utara)
Perak
Melaka dan Negeri Sembilan
Johor (Selatan)
Sabah, W.P. Labuan dan Sarawak
Pantai Timur 2/3
Pahang Barat
4/5
Pahang Timur
Kod Kaw.
6/8
Terengganu
09
7/9
Kelantan

Jadual : Senarai Kod Penomboran Telekom Malaysia

1.1-1-2

Sistem Ibusawat TGDTS Jenis AXE 10

Dalam sistem ibusawat DTS jenis AXE 10 ini, terdapat tiga komponen utama
dalam struktur operasi pensuisannya. Bahagian tersebut ialah seperti berikut:
a) Bahagian Pensuisan (Switching Part)
b) Bahagian Komputer (CPU: Processor Part)
c) Bahagian Pemprosesan Sokongan (Support Processing Group)

a)

Bahagian Pensuisan / Swithing Part ( APT )


Bahagian pengsuisan ini dipecahkan kepada tiga sub bahagian yang lebih

kecil seperti berikut :


i)

Subscriber Switching Subsystem (SSS)

ii)

Group Switching Subsystem (GSS)

iii)

Trunk Switching Subsystem (TSS)

Bahagian SSS merupakan unit pensuisan yang terdapat di ibusawat DLS


dan ia disambung kepada telefon pelanggan. Pada unit SSS inilah akan berlaku
segala proses pensuisan talian telefon bagi setiap panggilan yang dibuat atau
diterima.

b)

Bahagian Komputer:CPU / Processor Part (APZ)


Bahagian ini menjalankan operasi pengsuisan dengan menggunakan

bahasa pengaturcaraan 'PLAX' yang disediakan oleh pihak pembekal peralatan


AXE jenama Ericsson. Bahagian ini mengandungi Program Store (PS),
References Store (RS) dan Data Store (DS) yang menyimpan segala daftar
berkenaan nombor ibusawat Telekom Malaysia di seluruh negara.

c)

Support Processing Group ( IOG II )


Bahagian ini merupakan bahagian yang mempunyai sistem masukan dan

keluaran data (input output system). Bahagian ini mempunyai rangkaian bagi
sistem input-output, alarm, hard disk 2 Gb, tape, optical disk, AOM, TMOS,
billing dan NetCARE.
Bahagian billing akan merekodkan segala data panggilan telefon yang
dibuat oleh pelanggan ke dalam hard disk sebelum dihantar ke ibu pejabat
Telekom Malaysia di Kelana Jaya bagi urusan billing. Maklumat berkenaan data
panggilan pelanggan di dalam hard disk akan dihantar ke Kelana Jaya setiap kali
1000 data panggilan direkodkan. Kesemua data tersebut akan dihantar melalui
laluan yang mengunakan sistem COINS (Corporate Information Superhigway)
yang menjadi 'lebuhraya' penghantaran maklumat secara terus (direct link).
Bagi tujuan billing tersebut, caj panggilan telefon akan dikenakan
mengikut kategori panggilan seperti berikut :

a)

Panggilan Tempatan/Local Call Timing (LCT)


Dahulunya sistem ini dikenali sebagai Local Call Untime yang mana kadar

caj panggilan ialah sebanyak 13 sen untuk setiap panggilan. Sistem charging
tersebut tidak mempunyai had masa dan pelanggan boleh berbual selama mana
yang dikehendaki dengan hanya membayar 13 sen setiap kali panggilan dibuat.
Namun demikian, sistem tersebut telah ditukar dengan mengenakan caj
panggilan mengikut kadar masa tertentu. Untuk panggilan tempatan sahaja, caj
panggilan yang dikenakan ialah 9 sen bagi 3 minit pertama dan seterusnya 3 sen
bagi setiap minit berikutnya. Satu minit adalah bersamaan dengan satu unit
panggilan. Ringkasnya, setiap panggilan akan dicaj sekurang-kurangnya 9 sen
sekalipun pelanggan hanya bercakap selama seminit.

b)

Panggilan Nasional/Antarabangsa / Self Trunk Dialing (STD) / Multicall)


Sistem charging jenis ini mengenakan caj mengikut jarak panggilan

tertentu merangkumi panggilan nasional dan panggilan antarabangsa. Caj


sebanyak 13 sen akan dikenakan bagi setiap unit panggilan dalam jangkamasa
tertentu mengikut jarak panggilan seperti jadual berikut :
KATEGORI
A
B
C
D

JARAK
50 km
50 km 150 km
150 km 550 km
550 km

7 A.M. 7 P.M.
60 saat
20 saat
7.5 saat
4 saat

7 P.M. 7A.M.
90 saat
40 saat
15 saat
8 saat

Kadar caj yang dikenakan ini tidak boleh dinaikkan kerana ia telah ditetapkan
oleh Kabinet. Namun demikian, caj tersebut boleh dikurangkan bagi tujuan
promosi rangkaian telefon Telekom Malaysia.

Sementara itu, panggilan jenis ITD, IDD (International Direct Dialing),


TOLLFREE (1-800) dan TELE INFO juga disediakan oleh pihak Telekom
Malaysia di samping panggilan khusus seperti:
1)

100 : Aduan kerosakan telefon

berpusat di Kuala Lumpur

2)

102 : Bantuan telefonis

(tidak dikenakan bayaran)

3)

103 : Perkhidmatan Directory dikenakan caj 13 sen setiap minit

4)

999 : Polis/Hospital

5)

994 : Bomba

6)

991 : Pertahanan Awam (kawasan Lembah Kelang sahaja)

Buat masa ini, pihak Telekom Malaysia sedang merancang untuk


mewujudkan 2 talian khas bagi menggantikan talian 999, iaitu 992 untuk Polis
dan 993 untuk Hospital.
Bahagian Support Processing Group juga dilengkapi dengan komputer
sebagai terminal masukan dan keluaran (input output) yang membolehkan segala
arahan (command) aturcara komputer dimasukkan ke dalam sistem CPU bagi
pengoperasian ibusawat. Dari situ juga kerja-kerja 'maintenance' dilakukan
terhadap sistem pensuisan ibusawat sama ada untuk mengubah arahan aturcara
atau membetulkan arahan sekiranya berlaku 'error' dalam program komputer.
Sistem 'alarm' akan mengawal selia perjalanan dan keadaan persekitaran
sistem. Ini merangkumi sistem bekalan kuasa, suhu dan kelembapan bilik yang
menmpatkan peralatan pensuisan. Antara kerja 'maintenance' harian yang
dilakukan ialah memastikan suhu bilik berada di antara 20C - 30C dan
kelembapan bilik antara 30% - 60%. Keadaan kelembapan bilik yang sesuai

diperlukan agar habuk di persekitaran tidak melekat pada papan litar pensuisan.
Untuk tujuan itu, satu alat penyerap kelembapan (dehumidifier) di pasang di
dalam bilik ibu sawat. Selain itu, penutup habuk juga dipasang pada peralatan
pensuisan bagi mengelakkan habuk di persekitaran yang boleh menjejaskan
prestasi sistem.
Melalui unit Support Processing Group (SPG) juga, pengambilan
pengukuran trafik (traffic measurement) bagi talian telefon juga diambil, iaitu
pada minggu pertama setiap bulan. Bacaan atau TIPS diambil pada bacaan yang
tertinggi mengikut unit Earlang. Pengukuran laluan trafik bagi talian telefon ini
perlu dilakukan untuk melihat prestasi sistem telefoni Telekom Malaysia di
samping untuk memeriksa sama ada laluan bagi talian telefon (Twin DTS) yang
sedia ada mencukupi atau tidak. Hal ini dapat dipastikan dengan melihat
peratusan kegagalan panggilan keluar yang dibuat oleh pelanggan (%
congestions).
Bacaan trafik diambil dari hari Isnin hingga Jumaat pada waktu puncak
atau waktu sibuk, iaitu pada jam 9 pagi 12 tengah hari (3 jam) dan pada jam 9
malam 12 tengah malam (3 jam). Dengan demikian, bacaan sebanyak 30 data
akan diperolehi untuk tempoh 5 hari pengukuran trafik tersebut. Semua bacaan
yang diambil akan dihantar ke bahagian Network Engineering yang akan
menganalisa pengukuran trafik talian telefon bagi mengemaskini prestasi
ibusawat pensuisan ini.

1.1-1-3:

Pita Rakaman/ CAMA Tape

Tape atau pita rakaman digunakan dalam bahagian Support Processing Unit
(SPU) bagi tujuan merakamkan maklumat-maklumat berkenaan panggilan telefon yang
dibuat oleh pelanggan yang menggunakan laluan ibusawat TGDTS. Maklumat panggilan
telefon tersebut juga penting sekiranya terdapat aduan (complaint) daripada pelanggan
mengenai ketidakpuasanhati dalam urusan 'billing' talian telefon mereka. Jika kes seperti
itu berlaku, maka data panggilan yang direkod dalam pita rakaman ini akan dianalisis
semula untuk mengenalpasti kesilapan yang berlaku dalam urusan pengebilan (billing).
Biasanya maklumat dalam pita atau tape ini akan disimpan selama 6 bulan sebelum
dilupuskan.
Bagi ibusawat DTS, tape akan dibuat dalam satu salinan sebagai 'copy tape' untuk
simpanan memandangkan data panggilan telefon sudah dihantar terus dari hard disk ke
Telekom Kelana Jaya melalui talian data COINS. Sementara itu, bagi ibusawat DLS pula,
tape akan dirakamkan sebanyak 2 salinan. Master tape atau salinan sebenar akan dihantar
ke Kelana Jaya setiap dua hari sekali atau seminggu sekali secara Pos Laju bergantung
kepada kemudahan talian data yang terdapat di ibusawat DLS tersebut. Satu lagi copy
tape akan disimpan untuk tujuan rujukan semula sekiranya master tape tidak boleh
dibaca melalui komputer di Telekom Kelana Jaya.
Kebiasaannya, satu gulung tape besar mempunyai 15 000 blok dengan setiap blok
boleh memuatkan 16 data panggilan. Sementara itu, tape yang bersaiz kecil pula
mempunyai antara 6000 hingga 8000 blok untuk merekodkan data panggilan telefon.
Setiap panggilan telefon yang dibuat oleh pelanggan akan direkodkan sebagai satu data
panggilan. Antara maklumat direkodkan ke dalam setiap blok tape adalah seperti:

Nombor telefon pemanggil


Nombor telefon yang dipanggil
Tarikh panggilan dibuat
Masa mula panggilan
Tempoh masa perbualan (masa tamat panggilan)
Talian penghantaran dan penerimaan mengikut laluan ibusawat (link DTS)

1.1-1-4:

Sistem Bekalan Kuasa Ibusawat

Sistem bekalan kuasa ibusawat disediakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad
(TNB) dan terbahagi kepada tiga iaitu bekalan kuasa utama yang dibawa terus dari TNB
dengan frekuensi 50Hz, bekalan kuasa bateri dan bekalan kuasa set generator. Masingmasing sebagai 'back-up' (sokongan). Secara ringkas, struktur bekalan kuasa bagi sistem
operasi ibusawat dapat ditunjukkan seperti rajah di bawah.

Rectifier

TNB

IBUSAWAT
48 Vdc
48 Vdc

GENERATOR
SET

Bateri

Peranti Input/Output
inverter
Bumi

Rajah: Struktur Bekalan Sistem Kuasa Bagi Sistem Operasi Ibusawat

Dalam keadaan operasi normal, bekalan 415 Vac (3 fasa) dari TNB akan dialirkan
sebanyak 230 Vac melalui transformer ke peralatan rectifier yang menukarkan bekalan
230 Vac kepada 48 Vdc untuk kegunaan dalam operasi ibusawat di samping proses
mengecas bateri (charging) sebagai bekalan kuasa 'standby'. Sementara itu, peranti inputoutput pula menggunakan bekalan kuasa 230 Vac dan inverter akan menukarkan kembali
bekalan kuasa

48 Vdc kepada 230 Vac.

Apabila bekalan kuasa daripada TNB terputus (mungkin akibat ribut, kerosakan
dalam talian dan lain-lain punca), maka bateri secara automatik akan mengambil alih
tugas untuk membekalkan kuasa

48 V dc dalam tempoh tidak lebih dari 1 jam. 10 saat

kemudian, set penjana (generator set) akan dihidupkan secara automatik untuk
mengambil alih tugas sebagai sumber bekalan kuasa ibusawat dan dalam masa yang sama
juga bateri akan dicaskan kembali.
Setelah bekalan kuasa dari TNB pulih kembali, maka set penjana (generator set)
akan dimatikan secara automatik dan bateri akan terus dicas oleh bekalan kuasa dari
TNB. Untuk memastikan sistem bekalan kuasa ibusawat sentiasa dalam keadaan baik,
bateri perlu diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya kecekapan dan prestasi
bateri tersebut tidak terjejas.

1.1 IBUSAWAT DLS ( DIGITAL LOCAL SWITCH )

Ibusawat DLS ini mempunyai kaitan dengan ibusawat DTS. Seperti yang telah
dinyatakan di atas, ibusawat DLS agak berbeza dengan DTS. Ini kerana ibusawat DLS
mempunyai kaitan secara terus dengan talian telefon pelanggan. Ibusawat DLS jenis AXE
ini mempunyai talian terus dengan ibusawat DLS di Kelana Jaya. Antara tugas ibusawat
DLS ialah untuk:
1)

Melakukan kerja-kerja penyambungan talian baru dengan menggunakan


sistem komputer (TTY)

2)

Memotong/menyekat talian bagi pelanggan yang tidak menjelaskan


bayaran bil telefon seperti yang telah ditetapkan

3)

Memprogramkan semua kemudahan yang disediakan untuk pelanggan


telefon

4)

Mengadakan pengujian ke atas peralatan ibusawat (Common Equipment)


dan pengujian ke atas aduan meter pelanggan

5)

Merekodkan semua maklumat panggilan ke dalam pita LAMA

Tugas yang di buat oleh bahagian ibusawat DLS ini adalah termasuk memberi
laluan kepada pelanggan, penyambungan dan memberi ringing current kepada telefon
pelanggan yang di panggil dan kemudiannya di proses mengikut digit serta
menterjemahkannya. Proses-proses inilah yang terlibat di sepanjang panggilan cuba di
buat antara dua pelanggan.
Unit operasi rangkaian suis ini adalah merupakan unit yang penting di dalam
sistem perhubungan telefon. Dengan kata lain ianya merupakan nadi di dalam sistem
perhubungan telefon. Sistem perhubungan telefon tidak dapat berfungsi dengan sempurna

sekiranya operasi rangkaian suis tidak memainkan peranannya dengan betul. Tugas-tugas
rutin pada bahagian ini adalah seperti berikut:
a) Mendaftar ( pita LAMA/CAMA )
Mendaftar ini berfungsi untuk merakam atau menyimpan segala maklumat
yang berkaitan dengan pelbagai caj (multifree) yang dibuat oleh para
pelanggan telefon. Sebelum alat ini dapat beroperasi seperti yang
dimaksudkan, kerja mendaftar LAMA/CAMA hendaklah dilakukan
terlebih dahulu. Kerja-kerja mendaftar ini amat perlu dilakukan bagi
menjadikan salah satu daripada pemacu pita magnet yang digunakan
bertindak sebagai perakam (recorder). Bagi satu lagi pemacu pita magnet
adalah akan bertindak sebagai pemacu penunggu (waiting), kerja-kerja ini
akan dilakukan dengan menggunakan terminal pada setiap pagi dan
seterusnya ianya akan dihantar ke Kelana Jaya.
b) Menganalisa kerosakan laluan atau talian (line up)
Analisa kerosakan laluan akan dibuat apabila terdapat masalah yang
berkaitan dengan rangkaian perhubungan seperti tidak dapat berhubung di
antara dua tempat yang melibatkan ibusawat ataupun terdapat gangguan
seperti hinggar (noise) di dalam perhubungan tersebut. Analisa ini akan
dilakukan oleh ibusawat dengan bahagian multipleks (carrier) pada
bahagian TOMC.
c) Membuat route trace
'Route trace atau dengan kata lain ialah membuat imbasan untuk mengenal
pasti nombor telefon pemanggil yang membuat panggilan yang telah di

khaskan di bilik penyuisan. Tujuan utama proses ini di lakukan ialah bagi
menolong pekerja-pekerja pada bahagian kabel dan pemasangan yang
mengalami kekeliruan. Maka bagi memastikan pemasangan kabel yang
betul, kabel tadi hendaklah disambung kepada set telefon dan mendail
nombor menggunakan talian khas ISDN.
d) Out Going Trunk Test (OGT)
Ujian panggilan keluar di lakukan untuk mengetahui atau memastikan
samada panggilan 'trunk' ke kawasan yang diuji itu boleh dilakukan apabila
pelanggan mengadu atau bila mana penambahan laluan kekawasan tertentu
dilakukan. Proses pengujian ini adalah dilakukan dengan menggunakan
terminal System Test Console (STC).
e) Pemasangan baru
Setelah kerja-kerja pemasangan dan penyambungan sesuatu talian telefon
selesai dilakukan, maka petugas di bilik Meja Uji akan memberikan arahan
kepada petugas di bilik pengsuisan bagi memasukkan isyarat nada (tone)
kepada talian yang telah siap dipasang tadi. Arahan yang dimasukkan ke
dalam terminal akan terus dihantar ke dalam peralatan-peralatan
pengsuisan.
f) Pemotongan Perkhidmatan
Pemotongan perkhidmatan adalah bermaksud menamatkan perkhidmatan
telefon kepada para pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran bil bulanan
mereka setelah amaran dikeluarkan .
i) Pemotongan sementara

Pemotongan / penahanan panggilan masuk


Pemotongan / penahanan panggilan keluar
Pemotongan / penahanan panggilan masuk dan keluar
ii) Pemotongan terus
Pemotongan terus bermaksud menamatkan perkhidmatan secara
keseluruhan kepada para pelanggan yang tidak lagi memerlukan
perkhidmatan dan juga kepada para pelanggan yang gagal menjelaskan
bil mereka selepas diberi tempoh selama tiga bulan.

iii)

Penyambungan semula perkhidmatan


Bermaksud menyambung semula perkhidmatan telefon pelanggan yang
telah dipotong sementara setelah pelanggan menjelaskan bil.

g) Penukaran nombor telefon


Bermaksud nombor telefon ini ditukar kepada nombor telefon yang sedia
ada atau nombor baru. Penukaran ini dilakukan atas permintaan pelanggan
itu sendiri ataupun talian peralatan yang sedia ada mengalami kerosakan .
Peranan (SOMC)
a) Pemerhatian (attending)
Sistem ini sentiasa memonitorkan semua panggilan yang dilakukan oleh para
pelanggan. Signal daripada panggilan calling juga sebagai isyarat seize kerana
ianya mengawal sumber dari ibusawat.
b) Memproses maklumat

Sistem ini akan memproses setiap maklumat yang di terima bagi mengawal dan
menentukan maklumat tersebut. Oleh kerana panggilan yang masuk keluar adalah
di kawal berlainan untuk setiap pelanggan, maka ianya memerlukan bagi
menentukan alamat dan kelas telefon tersebut.

c) Penerimaan maklumat
Ianya berperanan sebagai penerima panggilan dan pemadam isyarat. Sistem ini
sedia menerima maklumat daripada pelanggan yang ingin membuat panggilan.
Semua proses ini dipanggil address signal.
d) Ujian kesibukan (busy testing)
Bagi memproses maklumat yang diterima , ianya akan menentukan arah yang
diminta oleh litar keluar dan sistem akan membuat ujian kesibukan untuk
mengetahui talian yang diperlukan tersebut kosong atau sedang digunakan.
e) Sambungan dalam (interconection)
Bagi setiap panggilan yang dibuat maka tiga proses penyambungan akan
dilakukan bagi perbualan di antara kedua-dua pelanggan .
-

penyambungan kepada panggilan terminal

penyambungan kepada pemanggil terminal

penyambungan di antara kedua-duanya

f) Berjaga-jaga (alerting)
Selepas membuat penyambungan tersebut maka sistem ini akan menghantar
isyarat berjaga-jaga kepada palanggan bahawa penyambungan telah dapat
dilakukan.

g) Supervision
Selepas

panggilan tersebut dijawab maka

sistem tersebut akan terus

memonitorkan panggilan tersebut untuk menamatkan penyambungan yang di buat


selepas panggilan tersebut tamat.

h) penghantar maklumat (information sending)


Sekiranya panggilan yang dibuat adalah menggunakan khidmat ibusawat yang
berlainan maka ibusawat kedua akan meminta maklumat penghantar maklumat
yang diperlukan oleh ibusawat yang baru.

Pakej
Pakej ialah satu litar yang menyambungkan nombor EL (Equipment Line) untuk setiap
nombor telefon pelanggan. Ia terletak di dalam LTF (Line and Trunk Frame) di bilik
peralatan NEAX. Apabila berlaku sesuatu kerosakan telefon yang melibatkan nada
dering (dail tone) tidak berbunyi, bahagian SPC adalah bertanggungjawab
membaikinya. Oleh itu, kita terlebih dahulu memeriksa pakej yang tidak mempunyai
dail tone, dan mendapatkan EL telefon yang rosak menggunakan alat TTY. Setelah
nombor EL sudah di perolehi maka kita boleh mencari Pakej yang di kehendaki
dengan berpandukan nombor yang di senaraikan oleh alat TTY tadi
Contohnya:Nombor telefon :09-6941310, Nombor EL: 02133245
2 Central processor(CP) 1Highway 3Subhighway 3Coder 2Grid 4Switch 5Level

ISDN
Perkhidmatan ISDN (Intergrated Service Digital Network) atau juga dikenali sebagai
perkhidmatan rangkaian digital bersepadu adalah merupakan suatu sistem dan juga
bentuk perkhidmatan yang menawarkan sistem yang berdigital 27
sepenuhnya bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan segala bentuk aplikasi
dengan kelajuan yang tinggi iaitu 64 Kbit.
Dengan adanya sistem ISDN ini, ianya membolehkan audio, Video, teks, dan
data disalurkan melalui satu talian telefon yang mana menggunakan jarak yang sama.
Di samping itu juga ianya dapat di sambungkan kepada telefon, komputer, mikro,
mesin feksimili dan video confference. Bagi perkhidmatan Primary Rate
Interface(PRI) pula berupaya untuk menampung kegunaan PABX.

Konsep ISDN
ISDN membantu di dalam pelbagai pekerjaan samada dalam sistem penyuisan atau
tidak. Selain daripada itu, ianya juga berkeupayaan mengaplikasikan dalam kelajuan
64 Kbits. ISDN juga mengandungi peralatan yang mempunyai teknologi yang tinggi
bagi tujuan dalam memperbaiki sifat-sifat yang khas iaitu penyelenggaraan dan
berfungsi didalam penyuisan perhubungan.

Jenis jenis perkhidmatan ISDN


Terdapat dua jenis perkhidmatan ISDN yang ditawarkan antaranya ialah :
i)

Basic Rate Interface (BRS)

Jenis perkhidmatan ini menyediakan dua saluran B (2 X 64 Kbits) dan saluran


D(2B + D) yang mana ianya melalui kabel biasa atau gentian optik. Saluran B
adalah bertujuan untuk penghantaran maklumat , manakala saluran D adalah
untuk signalling dan penhantaran maklumat pada kadar bit.
i)

Primary rate Interface (PRI)


Jenis perkhidmatan ini pula dapat menyediakan 30 saluran B dan 1 saluran D

iaitu (30B+D)
Perkhidmatan tambahan
Perkhidmatan

Kod

1) Calling Line ID Present

CLID

2) Terminal Probility

IP22

3) Multi Subcriber Number

MSN2

1.1.1

Asas Sistem Operasi Ibusawat TG2DLS Jenis ALCATEL 1000


E 10

Sistem ALCATEL 1000 E 10 adalah merupakan sistem pensuisan


digital dalam rangkaian telekomunikasi yang dibangunkan oleh Syarikat
Alcatel CIT dari Perancis. Ibusawat DTS berfungsi untuk mengawal
segala operasi pensuisan ibusawat DRS (Digital Remote Switch). Ibusawat
DLS juga menggunakan peralatan komputer (CPU) dalam melakukan
kerja-kerja penyelenggaraan dan penyeliaan operasi pensuisan talian
telefon pelanggan. Kebiasaannya, ibusawat DLS terdapat di setiap daerah
di negeri-negeri seluruh Malaysia. Sesetengah ibusawat DLS juga
mempunyai sambungan terus (link) dengan telefon pelanggan.

1.1.2

Asas Sistem Operasi Ibusawat GBD3DLS Jenis NEAX E

Terdapat 2 jenis ibusawat DLS jenis NEAX, iaitu Local Exchange


(LE) yang menggunakan NEAX 61 K dan ibusawat DLS yang
menggunakan NEAX E. Ibusawat NEAX 61 K dan NEAX E
menggunakan peralatan pensuisan digital NEC dari Jepun. Fungsi dan
konsep asas ibusawat NEAX DLS ini adalah sama seperti konsep dan
fungsi ibusawat DLS ALCATEL. Ibusawat ini hanya berbeza dari segi
teknikal

dan

pengendalian

peralatan

mengaplikasikan teknologi dari Jepun.

pensuisan

yang

banyak

1.2 IBUSAWAT DRS ( DIGITAL REMOTE SWITCH )

Terdapat berpuluh-puluh buah ibusawat DRS di seluruh negeri


Terengganu. Ibusawat DRS ini merangkumi ibusawat jenis AXE 10, ALCATEL
1000 E 10 dan NEAX 61 K atau NEAX E. Jenis ibusawat DRS ini biasanya
bergantung kepada ibusawat DLS yang menjadi laluan utama (main host) bagi
lokasi ibusawat DRS itu ditempatkan. Ibusawat DRS tidak mempunyai
kelengkapan peralatan CPU ,sebaliknya hanya dilengkapi dengan peralatan
pensuisan talian telefon tempatan. Ibusawat DRS hanya mengawal operasi
pensuisan telefon pelanggan bagi lingkungan kawasan yang kecil seperti kawasan
kampung. Di samping itu, ibusawat DRS juga mempunyai sambungan terus
(direct link) dengan talian telefon pelanggan kerana ia merupakan bahagian
pensuisan yang paling hampir sekali dengan pelanggan dalam struktur hierarchy
sistem operasi ibusawat Telekom Malaysia.

Gambar

menunjukkan

peralatan

pensuisan

Ericsson bagi bahagian


Support
Group

Processing
di

ibusawat

TGDTS AXE 10.

Pejabat SOMC NEAX di ibusawat Telekom Malaysia Hiliran yang dilengkapi dengan sistem
rangkaian komputer bagi mengawal dan menyelia sistem operasi pensuisan bagi ibusawat DLS
jenis NEAX di seluruh negeri Terengganu.

Peralatan perakam tape


CAMA

di

ibusawat

TG2DLS ALCATEL 1000


E 10 yang digunakan
untuk merekodkan data
bagi setiap panggilan
telefon yang dibuat oleh
pelanggan yang melalui
link ibusawat jenis ini.

Di

sebelah

kanan

gambar, ialah modem


yang digunakan bagi
talian data COINS untuk
menghantar

data

panggilan telefon secara


terus ke Kelana Jaya
untuk proses billing.

Sebahagian
switching

daripada
card

yang

ditempatkan di dalam
module masing-masing.

Kabel

putih

kelihatan

yang
ialah

conductive wrist strap


and

ESD

yang

merupakan

alat

menyahcas

cas

elektrostatik pada badan


manusia

apabila

melakukan

kerja-kerja

penukaran

switching

card.

Peralatan pensuisan ALCATEL 1000 E 10 yang merangkumi CPU Part and Switching Part.

Sebahagian rak kabinet bagi peralatan pensuisan baru yang sedang dipasang untuk menambah
kapasiti ibusawat ALCATEL dalam projek penambahan ibusawat yang dikendalikan oleh pihak
Telekom dan ALCATEL Pulau Pinang.

You might also like