You are on page 1of 3

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya mengabdikan kata
alu-aluan di bagi pameran kesantunan Melayu . Syabas diucapkan kepada
Jawatankuasa Penganjur Pameran Kesantunan Bahasa Melayu yang terdiri daripda
para pelajar semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kumpulan F
kerana telah Berjaya menganjurkan satu pameran selaras seperti yang terkandung
dalam sukatan pelajaran Sistem Bahasa Melayu (PKP 3116).
Syabas diucapkan juga kepada cik Siti Salamah Mohd Yusof selaku penasihat
yang telah membantu pelajar-pelajar PISMP semester 6F dalam memastikan pameran
ini berjalan seperti yang telah dirancangkan.
Saya berharap dengan adanya pameran ini, para pelajar bukan sahaja kumpulan
ini malah seluruh warga IPG kampus Bahasa Melayu lebih teliti terhadap kesalahan
yang sering dilakukan dalam Bahasa Melayu. Selain itu, saya juga berharap dengan
adanya pameran ini, guru-guru pelatih IPG ini akan lebih cakna terhadap kesalahankesalahan yang dilakukan pada papam tanda dan bahan bercetak.
Akhir kata saya berharap pendedahan yang diberikan sepanjang pameran ini
berlangsung dapat memastikan guru pelatih ini dapat membetulkan kesalahan ini dan
memastikan golongan murid akan datang mengetahui kesalahan ini seterusnya tidak
mengulangi kesalahan yang sama ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja yang terlibat dalam
menjayakan pameran ini.

Datin..
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai
Kuala Lumpur.

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN ILMU PENDIDIKAN


Bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim,

Syukur Alhamdulillah serta sekalung penghargaan saya ucapkan kepada seluruh


pelajar PISMP kumpulan 6F atas usaha keras mereka dalam memastikan Pameran
Kesantunan Bahasa Melayu dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Pameran ini
merupakan salah satu projek yang telah diarahkan bagi memenuhi tugasan mereka
seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sistem Bahasa Melayu (PKP 3116).
Penghargaan ini juga ditujukan kepada cik Siti Salamah Mohd Yusof, pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan selaku penasihat yang telah membantu pelajar-pelajar PISMP
semester 6F dalam memastikan pameran ini berjalan seperti yang telah dirancangkan.
Penganjuran pameran ini bukan sahaja melatih guru-guru pelatih ini
menganjurkan pameran malah menguji kecekapan mereka untuk mencari kesalahan
dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu. Diharapkan penganjuran pameran-pameran
seperti ini akan diteruskan bagi memastikan guru-guru pelatih cakna dengan kesalahan
yang sering berlaku selain mendedahkan kepada mereka cara menganjurkan satu
pameran.
Akhir kata saya berharap setiap usaha yang telah dijalankan ini diberkati dan
pengalaman yang telah dipelajari ini dapat digunakan setelah mereka bergelar guru
kelak.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja yang terlibat dalam
menjayakan pameran ini.

Dr..
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai
Kuala Lumpur.

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN ILMU PENDIDIKAN


Bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim,

Syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnianya anak-anak PISMP kumpulan 6F


telah berjaya memastikan Pameran ini berjaya dengan jayanya. Pameran Kesantunan
Bahasa Melayu ini dijalankan adalah bagi memenuhi kehendak sukatan mata pelajaran
Sistem Bahasa Melayu. Syabas dan tahniah atas kecekapan anak-anak PISMP 6F
yang telah diketuai oleh Muhamad Khairul Azuan Bin Muhamad Ishanor dalam
memastikan pameran ini berjalan dengan jayanya.
Kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan ini sangat mengagumkan
saya selaku pembimbing mereka. Setiap gerak kerja yang dijalankan telah sedikit
sebanyak mematangkan mereka dalam menganjurkan pameran-pameran seperti ini.
Pameran ini bertujuan untuk menguji tahap pemahaman tatabahasa Bahasa
Melayu guru pelatih major Pendidikan Pemulihan. Selain dari itu, pameran ini juga
melatih bakal-bakal guru ini dalam mengharungi alam persekolahan kelak.
Berbekalkan pengalaman yang telah ditimba dari IPG diharapkan mereka dapat
mempraktikkannya di sekolah nanti. Setiap ilmu yang telah diperoleh sememangnya
banyak membantu memudahkan bakal-bakal guru ini dalam menghadapi setiap situasi
di sekolah kelak
Akhir kata syabas dan tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja yang
terlibat dalam menjayakan pameran ini.

Siti Salamah Mohd Yusof


Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai
Kuala Lumpur.

You might also like