You are on page 1of 13

Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di

Malaysia
( sebelum, semasa dan selepas merdeka )
Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan
pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui
lima fasa berikut:

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);


Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)


1. Sebelum penjajahan, sistem pendidikan adalah berasaskan sistem
pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama.
2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga
1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah,
Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di
Pulau Pinang.
3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah
pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan
peralatan (kerusi meja).
4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bermoral tinggi.
5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau
madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat
Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik
dan Bahasa Inggeris.
6. Semasa pentadbiran British, sekolah vernakular dan sekolah inggeris
diwujudkan.

APA ITU SEKOLAH VERNAKULAR ?


A. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan
bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan
(P&P) di sekolah.
B. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
C. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada
tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
D. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
E. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua
sesi, iaitu:
i.

ii.

Pagi

Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam

dan mata pelajaran vokasional

Petang

Bahasa Arab

dan al-Qur'an

F. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu


pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah
maktab perguruan, iaitu
a. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan
b. MPPM di Melaka pada tahun 1935.
G. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan
pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga
sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.

H. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai


bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari
Negara China.
I. Contoh sekolah vernalular Cina ialah
a. SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
b. SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
J. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka,
Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
K. Sekolah vernacular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa
pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India.
Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
L. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet
vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan
diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
M. Sekolah

Inggeris

hanya

terdapat

di

kawasan

bandar

dart

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.


N. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak
bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 )
merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru
yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang
mendapat pendidikan di Eropah.

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British


1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:
a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
b. Kurikuium sekolah berbeza.

c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.


d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa
pengantarnya ialah bahasa Mandarin.
2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang
status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat
diambil.
3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau
Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu
di Telok Belanga dan Kampung Gelam.
4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris
mula diperkenalkan. Contohnya,
a. King Edward VII, Taiping di Perak dan
b. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.
ii.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu.


Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih
kumpulan buruh.

iii.

A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak


sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk
pelajaran

biasa

dari sesi petang untuk pembelajaran agama.


iv.

Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolahsekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada
golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan
diteruskan ke peringkat sekolah menengah.

v.

Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat
bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo
Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama

ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan


tempatan.
vi.

Sekolah-sekolah

tamil

mula

berkembang

selaras

dengan

perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak


tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan
hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.
vii.

Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai


tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil
diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.

viii.

Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan


oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak
tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi
telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan
persaingan hebat di kalangan semua kaum.

ix.

Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan


adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan
kos

perbelanjaan

untuk

tujuan

ini

kian

meningkat.

Justeru,

Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian


dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada
laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.
x.

Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan
profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles
dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua
buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan.
Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan
Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guruguru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

xi.

Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam


bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu,
sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki

bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap


selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan


Beberapa

jawatankuasa

telah

ditubuhkan

untuk

mengkaji

sistem

persekolahan pada masa itu dan menghasilkan tiga jenis laporan penting
yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:
1. Laporan Barnes (1950)
a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan
clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:
i.

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

ii.

Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai


bahasa pengantar.

iii.

Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika


terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari
bahasa ibunda mereka.

iv.

Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa


lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

v.

Terdapat beberapa cadangan syor di dalam Laporan


Barnes. Antaranya ialah:

Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar


yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu.

Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina


dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di
mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

2. Laporan Fenn-Wu (1951)


a. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara
China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
b. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak
masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
c. Terdapat beberapa cadangan

yang dibuat, kemudiannya

menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).


d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya
ialah:

Sekolah

vernakular

dibenarkan

berfungsi

dan

menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil,


dan bahasa kebangsaan juga diadakan.

Sekolah-sekolah

aliran

jenis

kebangsaan

(Inggeris)

dikekalkan.

Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk


menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang
diperlukan untuk pembangunan negara.

3. Ordinan Pelajaran (1952)


a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British
untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran
(1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan

kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak


diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak
menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
Konklusinya, Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum
yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan
bahasa pengantar masing-masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut
sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada
ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di kalangan
masyarakat pada masa itu.

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)


1. Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan
satu sistem pelajaran kebangsaan.
2. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan
menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman
Talib pada tahun 1960.
4. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta
Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
5. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan
memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar.
6. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama
sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah
menengah dihapuskan pada tahun 1964.
7. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan
kadar penyertaan ke sekolah menengah.
8. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang
melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat
mulai tahun 1992.

Penyata Razak, 1956


Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk
mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan
oleh Dato Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini

terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April


1956. Berikut adalah kandungan Laporan Razak :
1. Sekolah Rendah
a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa
Inggeris, Cini, Tamil sebagai bahasa pengantar.
b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan
matapelajaran wajib.
c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah airan Inggeris
diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15
orang atau lebih daripadanya murid yang ingin belajar.
d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah
Rendah dan mendapat latihan sepenuhnya masa
setahun dan separuh masa 2 tahun.
2. Sekolah Menengah
a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu
sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah
atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran
wajib.
c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan
yang sama.
d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus
peperiksaan memasuki sekolah menengah.
3. Sistem Peperiksaan
a. Sekolah Menengah Rendah
Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan
bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran
(SPR/LCE) bagi memasuki sekolah menengah
atas.
b. Sekolah Menengah Atas
Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk
memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang
sama taraf dengan Cambridge Overseas
Certificate.
c. Pra-U
Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk
memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC)
untuk memasuki university.

Laporan Razak telah dilulusjan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana
tiada ketegasan dalam pelaksaan bahasa kebangsaan. Orang Cina
menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan
Bahasa Cina.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)


1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang
menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan
perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008).
2. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani
masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan
peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.
3. Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami
banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada
peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun
1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990.
4. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi
tumpuan.
5. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah
rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa
Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan.
6. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di
kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih
penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja
mahir.
7. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan
oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru
untuk memantapkan sistem pendidikan.
8. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut
ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan
infrastruktur terutama di luar bandar.
9. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun
1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara.
Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu
bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

1. Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam


pendidikan negara.
2. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan
melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan
dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara
1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
1.
2.

Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;


Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah
Bestari pada tahun 1999;
3.
Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
4.
Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
5.
Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah
Menengah Teknik.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)


1. Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar
dengan perkembangan dunia teknologi maklumat.
2. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21,
penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan
dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya:
Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002);
Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002);
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan
Jemaah Menteri, 2002).
Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada
tahun 2003;
Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan
diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam
menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila
tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003);
banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
3. Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan
negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM) pada tahun 2004.

4. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada


pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

SUMBER :
http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-dimalaysia/
http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-dimalaysia/

You might also like