You are on page 1of 3

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai
skor mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.

BAND
STANDARD
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
2
Tahu dan Faham
1
Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di
Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan
faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu


kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah
menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam
subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan
operasi tolak dengan mendahulukan rumah sa.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi
matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti
Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur
berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan
menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam
masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi
diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga
RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti
pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan


kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan
itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan
murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya
kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap
pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru
dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih
cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya
sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan
terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk
untuk perkembangan individu.

You might also like