You are on page 1of 9

PENGENALAN

Bab ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu litar sesiri, litar selari dan
litar sesiri-selari yang menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff.
Hukum Ohm ialah hukum yang paling asas dan penting dalam teori
elektrik. Dengan menggunakan Hukum Ohm, kita dapat menentukan nilai
rintangan, arus voltan dan kuasa dalam sesuatu litar AT.
Manakala Hukum Kirchoff pula merupakan satu daripada kaedah yang
digunakan untuk menghitung kuantiti elektrik. Arus dan voltan dapat
ditentukan daripada persamaan yang diterbitkan.

10.1

CIRI-CIRI DALAM LITAR SESIRI

Dalam litar sesiri, nilai rintangan, arus, voltan dan kuasa mempunyai ciri-ciri
tertentu bagi membezakannya dengan litar selari.

Rajah 10.1 Litar sesiri

10.1.1

Ciri-ciri rintangan dalam litar sesiri

Merujuk kepada Rajah 10.1, jumlah rintangan adalah hasil tambah


bagi semua perintang yang terdapat di dalam litar tersebut.
Oleh yang demikian :

10.1.2

RJ =dalam
R1 + Rlitar
2 + R3 + .....
Ciri-ciri voltan
sesiri

Merujuk kepada Rajah 10.1, nilai beza upaya, V merentasi setiap


perintang bergantung kepada rintangan masing-masing.
VJ = bezaupaya dalam litar
V1 = bezaupaya yang merintangi R1
V2 = bezaupaya yang merintangi R2
V3 = bezaupaya yang merintangi R3
Oleh yang demikian :
VJ = V1 + V2 + V3 + .....
10.1.3

Ciri-ciri arus dalam litar sesiri

Merujuk kepada Rajah 10.1, litar sesiri mempunyai satu laluan arus
sahaja dan nilai arus yang mengalir melalui semua perintang dalam litar
adalah sama,
IJ = arus yang mengalir dari punca voltan
I1 = arus yang mengalir melalui R1
I2 = arus yang mengalir melalui R2
I3 = arus yang mengalir melalui R3
Oleh yang demikian :

Contoh 10-1 :

IJ = I 1 = I 2 = I 3

Rajah 10.2

Cari jumlah rintangan, RJ bagi rajah 10.2 .


Penyelesaian :
R J = R 1 + R2 + R3
= 10 + 10 + 10
= 30

10.2 HUKUM OHM


Satu ohm ditakrifkan sebagai rintangan yang membenarkan satu
ampere arus (1 A) untuk mengalir bila voltan satu volt (1 V) dibekalkan
merentanginya.
Hubungan ini dirumuskan oleh seorang ahli sains bernama George Simon
Ohm dan dinamakan Hukum Ohm.
Hukum Ohm menyatakan bahawa pengaliran arus di dalam sesuatu litar
elektrik adalah berkadar terus dengan voltan tetapi berkadar songsang
dengan rintangan.
Voltan (V)

Arus (A)
Rajah 10.3 Graf arus berkadar terus dengan voltan

Arus berkadar terus dengan voltan


Arus berkadar songsang dengan rintangan

IV
IV
I 1/R
I 1/R

Rintangan tetap,

Arus meningkat jika voltan meningkat


Arus menurun jika voltan menurun

Voltan tetap,

Arus meningkat jika rintangan menurun


Arus menurun jika rintangan meningkat

Untuk memudahkan kita mengingat formula Hukum Ohm ini, cuba fahami
gambarajah dibawah.
Hukum Ohm
V = I x R

Kalau hendak mencari voltan, tutup bahagian V untuk


mendapatkan

V = I x R

Kalau hendak mencari arus, tutup bahagian I untuk


mendapatkan

I = V
R

Kalau hendak mencari rintangan, tutup bahagian R untuk


mendapatkan

R = V
I

Jadual 10.2 Unit dan Simbol Kuantiti Elektrik

Kuantiti Elektrik

Unit

Simbol

Arus

Ampere

Voltan

Volt

Rintangan

Ohm

Contoh 10-2 :
Kirakan voltan yang diperlukan untuk mengalirkan arus sebanyak 3 A melalui
rintangan 10 .
Penyelesaian:

IR

3 x 10

30 V

Contoh 10-3 :
Kirakan rintangan yang diperlukan untuk mengalirkan arus 15mA dari bekalan
voltan 50V.
Penyelesaian:
R

V/I

50/(15 x 10-3)

3333.333 ohm

3.333 k

Contoh 10-4 :
Kirakan arus yang mengalir sekiranya diberi rintangan adalah 6 dan voltan
bateri adalah 12 V.
Penyelesaian:
I

V/R

12/6

2 A

Contoh 10-5 :

Rajah 10.3

Daripada rajah 10.3. Tentukan


i)

Jumlah rintangan, RJ

ii)

Arus, I yang mengalir dalam litar

iii)

Voltan yang wujud di perintang R1 dan R2

Penyelesaian :
i.

RJ = R1 + R2

iii.

ii.

I = V / RJ

= 20 + 30

= 5 / 50

= 50

= 0.1 A

V1 = I x R 1

V2 = I x R 2

= 0.1 x 20

= 0.1 x 30

= 2 V

= 3 V

10.3 KUASA DALAM LITAR SESIRI

Tenaga haba merupakan kuasa yang terlesap pada perintang dan diberi
simbol P.

Nilai kuasa, P yang dilesapkan oleh sesuatu perintang bergantung kepada


nilai rintangan masing-masing. Diukur dalam unit Watt (W).

Rumus kuasa ialah


P=VxI
atau
P = I2 x R
atau
P = V2/R

Rajah 10.8 menunjukkan litar yang mengandungi 3 perintang sesiri.

Rajah 10.8 Litar sesiri

Merujuk Rajah 10.8 di atas :


P 1 = V1 x I
P 2 = V2 x I

P 3 = V3 x I
Di mana P1 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R1
Di mana P2 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R2
Di mana P3 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R3
Oleh itu jumlah kuasa yang terlesap dalam litar di atas ialah :

PJ = VJ x IJ

Di mana PJ adalah jumlah kuasa yang terlesap pada litar


Di mana VJ adalah jumlah voltan yang merintangi perintang
Di mana IJ adalah arus yang mengalir dalam litar

Jumlah kuasa tersebut boleh juga ditulis sebagai :

PJ = P1 + P2 + P3 + ..
Contoh 1

Rajah 10.9

Berdasarkan rajah 10.9 , tentukan


i. Dapatkan kuasa oleh setiap perintang
ii.Jumlah kuasa yang digunakan oleh litar lengkap
Penyelesaian :
i.

P1 = V1 /R1
2

P2 = V22/R2

P3 = V32/R3

= (40)2/10

= (60)2/60

= 1600/10

= 3600/60

= 160 W

= 60 W

= (20)2/5
= 400/5 = 80 W
ii.

PJ = P1 + P2 + P3
= 80 W + 160 W + 60 W
= 300 W

You might also like