You are on page 1of 2

LAPORAN AJK RAKAMAN

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2/2014


SK HAKIM TEH JITRA KEDAH

Biro rakaman telah dipertanggunggjawabkan untuk melaksanakan tugasan yang


berkaitan dengan fotografi sepanjang Program Bina Insan Guru ini berlangsung. Saya,
Mohammad Liza b. Md Saad telah ditugaskan sebagai AJK rakaman. Antara tugastugas yang perlu dilaksanakan ialah menangkap gambar untuk tujuan hasil laporan
selepas program dan mengumpul bahan-bahan berkaitan program sebelum, semasa
dan selepas untuk didokumentasikan.
Semua gambar yang diambil akan dikumpul dan akan diedarkan kepada semua
guru. Selepas selesai program, gambar-gambar akan dikumpul dan ditapis untuk setiap
aktiviti yang dijalankan. Gambar - gambar ini adalah hasil daripada sepanjang program
Bina Insan Guru ini berjalan daripada pra perancangan hinggalah selesai program.
Semua sesi fotografi juga telah berjalan lancar dengan daya usaha oleh ajk dan
peserta-peserta yang lain di mana semua aktiviti dapat dirakamkan dalam bentuk foto
dan menjadi kenangan untuk semua guru selain daripada dijadikan bahan rujukan dan
bukti untuk penghasilan portfolio nanti. Selain itu, semua maklumat berkaitan surat dan
kertas kerja juga dikumpulkan sekali dengan bantuan Setiausaha BIG dan semua
maklumat yang telah lengkap diedarkan kepada semua guru, pensyarah dan pihak Sek.
Keb. Hakim Teh yang terlibat dalam menjayakan Kem Motivasi bagi program BIG Fasa
2/2014 ini.

Kesimpulannya , dengan adanya semangat kerjasama antara ahli dan juga


semua guru PPG Ambilan Khas Februari 2013 yang terdiri daripada pelbagai opsyen
iaitu TESL, PJK, Matematik dan Sains, kami AJK Rakamani dapat menjalankan tugas
dengan lancar dan juga bertepatan dengan misi program BIG ini . Walaupun ada sedikit
kekurangan dan halangan yang terpaksa kami hadapi, namun kami tetap bersama
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Terima kasih saya ucapkan kepada
semua yang terlibat.
Sekian , terima kasih,
Disediakan oleh,
MOHAMAD LIZA B. MD SAAD,
AJK RAKAMAN,
BIG Fasa 2/2014

You might also like