You are on page 1of 4

TAJUK 1 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU

Aktiviti 1
a) Apakah maksud istilah semantik
Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam
bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd. Isa bin Abd.
Razak,2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud k
ajiantentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu,
semantikboleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu
perkataan.
Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu
perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda
yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta
pengareuh maknan terhadap masyarakat.

b) Berikan dua definisi bidang semantik


Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat.
kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa,
kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian
manusia..
Menurut John Lyons (1993) bidang semantik akhirnya menjadi panduan yang
praktik yang dapat dilihat terutamanya dalam bidang perkamusan dan peristilahan
sepanjang zaman bukan sahaja di barat bahkan juga di seluruh dunia yang mengkaji
bahasa. Sungguhpun begitu, bidang kajian semantik ini agak diabaikan dalam kajian
linguistik moden disebabkan oleh perasaan sangsi sama ada makna itu boleh dikaji
secara objektif atau tidak.
Berdasarkan Richards et al. (1989)14, semantik ialah kajian tentang makna, iaitu
apa yang diekspresikan oleh sesuatu bahasa mengenai dunia yang tempat kita hidup
ataupun sebarang dunia kemungkinan ataupun dunia imaginasi, yang merujuk
kepada analisis terhadap kata, frasa, atau ayat

c) Selain bidang Linguistik dan Sejarah, bidang apakah yang boleh dikaitkan dengan
kepentingan semantik? Jelaskan kepentingannya.

Bidang lain yang boleh dikaitkan dengan kepentingan semantik adalah seperti yang
berikut.
1.Hubungan Semantik dengan Falsafah
Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah
istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa
sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah
berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah
memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu
falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti.
Contohnya falsafah Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain
mentertawakan diri saya membawa semantik kesedaran kendiri atau muhasabah
diri perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia
bermakna apabila diujarkan.
2. Hubungan Semantik dengan Psikologi
Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna
tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang
kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan Makan!
berbeza berbanding Makanlah.. Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan
tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam
situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan
permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang
menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.
3. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang
homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu
yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi
dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin
berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin
berkembang. Contohnya perkataan taman daripada aspek antropologinya telah
berkembang membentuk perkataan taman hati, taman buaya, dan taman rimba
yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru
makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu
dituturkan. (Aminuddin 1985).
4. Hubungan Semantik dengan Sastera

Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya
ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak
semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera
yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang
dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan
pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang
sahaja). Contohnya seperti ungkapan Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut
menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95) merupakan makna konotatif yang
dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun
tempatnya tetap akan baik juga.
5. Hubungan Semantik dengan Sejarah
Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan
sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin
berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang
bermaksud berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan
maksudnya kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan
pondok yang bermaksud tempat tinggal yang usang pula telah dikembangkan
maknanya menjadi tempat belajar. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan
dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap
hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.
6. Hubungan Semantik dengan Komputer
Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan
melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat.
Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan
secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah.
Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih
makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer
telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah
yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi
sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu
pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan
bertepatan dengan kehendak pengguna kelak.

TAJUK 2 FITUR DALAM BAHASA MELAYU


Latihan
a) Buat satu analisis tentang fitur semantik bagi haiwan

You might also like