You are on page 1of 25

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sebagai seorang manusia di muka bumi ini, setiap orang berhak menikmati hak asas sebagai
seorang manusia. Walaubagaimanapun, hak asasi manusia sebagai pelarian telah dicabuli dan
mereka tidak mendapat hak yang sepatutnya diterima oleh mereka.
Pelarian adalah mereka yang tidak dapat pulang ke negara asal disebabkan
kebimbangan akan ditindas semula berpuncakan kepada perbalahan antara sesama bangsa,
agama, kewarganegaraan dan pandangan politik. Sebagai pelarian mereka mempunyai hak
asasi sebagai pelarian sebelum status mereka diiktiraf secara rasmi dibawah peruntukan
undang-undang antarabangsa. Walaubagaimanapun, pelarian di Malaysia adalah tertakluk
dibawah peruntukan Akta Imigresen 1959/53 (pindaan 2002) dimana mereka masih dianggap
sebagai pendatang haram, ini disebabkan ketiadaan undang-undang khas bagi pelarian.
Maka, hak pelarian ini dicabuli sebagai seorang manusia dibawah Perkara 1
Perisytiharaan sejagat hak manusia iaitu semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari
segi kemuliaan dan hak-hak mereka. Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai
Orang Pelarian (UNHCR) telah menganggarkan jumlah pelarian di Malaysia di antara 90 000
kepada lebih daripada 170 000 orang.
UNHCR ialah sebuah agensi yang bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan serta
masyarakat awam untuk melindungi pelarian dan membantu dalam memenuhi kebajikan
mereka sementara mereka memohon perlindungan sementara di Malaysia. Hak pelarian ini
disokong kuat oleh Amnesty International iaitu satu pergerakan seluruh dunia yang
mempunyai seramai 2.8 juta penyokong, ahli dan aktivis di lebih daripada 150 Negara dan

wilayah yang berkempen untuk menamatkan penganiayaan yang serius terhadap hak asasi
manuasia.
Tujuan pergerakan ini adalah untuk memastikan setiap orang dapat menikmati semua
hak yang termaktub dalam Peristiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat dan piawaian hak asasi
manusia antarabangsa yang lain. Terdapat banyak cara penyelesaian yang telah dilakukan
oleh UNHCR untuk memastikan pelarian menikmati hak yang sepatutnya dinikmati oeleh
mereka.

1.2

Objektif Kajian

Kertas kajian ini dibuat bertujuan untuk membincangkan hak pelarian di Malaysia dan
bagaimana hak orang pelarian dilindungi. Di Malaysia tidak terdapat mana-mana Akta yang
melindungi hak sebagai pelarian. Disebabkan ini Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
mengenai Orang Pelarian (UNHCR) ditubuhkan bagi menpertahankan dan menegakkan hak
pelarian ini.
Namun begitu, dapatlah disimpulkan secara keseluruhannya akan tujuan kajian
tentang hak asasi pelarian ini dilakukan adalah untuk :
(a) Mengetahui definisi sebenar manusia yang dikatakan pelarian
(b) Mengetahui hak-hak pelarian berada di Malaysia
(c) Mengetahui masalah-masalah yang berlaku bagi menegakkan hak pelarian di
Malaysia
(d) Mencari jalan penyelesaian bagi menegakkan hak pelarian yang berada di Malaysia

BAB II

HAK PELARIAN DAN


KEGAGALAN DALAM MELAKSANAKANNYA

2.1

Konsep Pelarian

Pelarian merupakan orang yang melarikan diri ke Negara lain disebabkan oleh revolusi yang
terjadi di negara mereka atau yang terjadi disebabkan serangan oleh musuh. Menurut
UNHCR ( Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian) mentakrifkan pelarian
sebagai seorang yang tidak mampu melindungi diri sendiri, orang yang melarikan diri
daripada perang, orang yang dianiaya disebabkan oleh bangsa, agama, kerakyatan, keahlian
mereka dalam kumpulan sosial yang tertentu dan pegangan politik mereka. Mereka ini wajar
mendapat pelindungan antarabangsa. Keadaan pelarian pada dekad ini telah menunjukkan
bahawa ia merupakan cabaran semula jadi yang mesti ditempuhi dalam sesebuah negara yang
sedang mengejar kemajuan dan pembangunan.
2.2

Penetapan Status Pelarian

Kerajaan bagi sesebuah Negara memperkenalkan prosedur pengenalpastian status pelarian


dengan merujuk kepada sistem undang-undang kerajaan mereka sendiri bagi mengenal pasti
hak dan status pelarian di sesebuah negara tersebut. Hal ini penting kerana ia akan dapat
menjamin hak pelarian mereka agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih selesa di
Negara lain dan bukannnya menerima penindasan yang lebih teruk seperti dianayia,
dieksploitasi, ditangkap malahan akan dibunuh.

Secara amnya mereka yang memohon status pelarian negara perlu menyatakan
bahawa ketakutan mereka terhadap sesuatu hukuman adalah bertempat. Selain mendapatkan
status dari negara lain, mereka juga boleh mendapatkan pelindungan antarabangsa iaitu

mendapatkan jaminan dan perlindungan daripada negara atau kerajaan mereka sendiri untuk
melindungi hak asasi dan keselamatan fizikal. Namun, kebiasaannya, dalam kes pelarian,
negara asal pelarian tidak berkemampuan untuk melindungi hak-hak asasi mereka.
Sebenarnya, pelarian mampu untuk mendapatkan hak yang sama rata seperti penduduk yang
menetap di negara tersebut. Hak seperti pertolongan asas, ekonomi, sosial, rawatan perubatan
dan sebagainya perlu diberikan kepada pelarian yang memerlukannya.
2.3

Kegagalan Dalam Melaksanakan Hak Pelarian

Dalam isu pelarian, kebanyakan negara tidak dapat menerima pelarian dalam negara mereka
dan pelarian ini gagal untuk mendapatkan hak-hak mereka di negara tersebut. Secara
rasminya, Malaysia tidak mengiktiraf golongan pelarian dan masih menganggap mereka
sebagai pendatang haram. Mereka masih tidak mendapat status yang sah disisi undangundang dan hak untuk bekerja. Malaysia gagal memahami hak-hak asasi pelarian serta
pengurusan pelarian yang sewajarnya.
Hal ini kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang khas bagi pelarian. Maka,
negara Malaysia tidak dapat memberikan hak yang terbaik bagi pelarian. Isu pelarian juga
tertakluk di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dimana semua pelarian dianggap
sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Oleh kerana Malaysia tiada undang-undang khas,
pelarian ini diletakkan dan berdaftar dibawah UNHCR.
Seramai 90,301 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan UNHCR.
(sumber: www.malaysiakini.com/news). Walaupun Malaysia tidak mengiktiraf pelarian,
namun negara ini masih terikat dengan undang-undang adat antarabangsa iaitu nonrefoulment iaitu seseorang itu tidak boleh dikembalikan kepada negara dimana berlakunya
penindasan atau pelanggaran hak manusia dan mereka tidak boleh ditolak permohonan masuk
ketika berada di sempadan sesebuah negara. Walaupun terikat dengan undang-undang
tersebut, namun Malaysia tetap melaksanakan hukuman kepada pelarian yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang tinggal di Malaysia tanpa permit akan
dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun, sebatan tidak melebihi enam kali, membayar
denda dan termasuk hukuman rotan. Bagi mereka yang tinggal di negara ini melebihi visa
yang ditetapkan, mereka akan dipenjara seperti tempoh penjara kemasukan haram, denda dan
dirotan.

Dalam perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa sesiapa yang ditahan


hendaklah

dibawa

kehadapan

majistret

dalam

masa

24

jam

atau

dibebaskan.

Walaubagaimanapun, sesiapa yang bukan warganegara dan ditahan kerana melanggar


imigresen boleh ditahan sehingga 14 hari sebelum dibawa kehadapan majistret. Kemudian,
mereka akan dihantar ke pusat tahanan imigresen untuk satu tempoh yang dinyatakan.

BAB III

PENYATA MASALAH

3.1

Masalah Yang Dihadapi

Terdapat beberapa pernyataan masalah dalam isu yang dikaji ini yang telah dapat
dikenalpasti.

Antaranya ialah isu berkaitan dengan pelarian yang telah

dirompak dan dianiaya oleh agen penguatkuasa imigresen. Umumnya


semua mengetahui bahawa orang pelarian telah menghadapi pelbagai
masalah dan cabaran dalam hidup dan dengan itu antaranya memilih
untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna dan selamat di Malaysia.
Walaupun mereka dapat tinggal di Malaysia, namun kehidupan mereka
tidak sesempurna seperti warganegara Negara ini disebabkan oleh identiti
mereka sebagai orang pelarian. Mereka perlu mematuhi undang-undang yang telah
dilaksanakan oleh Malaysia sekiranya ingin hidup dalam kedamaian.
Malaysia menguatkuasakan undang-undang imigresen dan pada dasarnya secara
ekstrem.

Serbuan dan tahanan imigresen kerap dijalankan oleh agen kerajaan, dan yang

membuatkannya lebih kontroversi adalah serbuan dan tahanan oleh anggota polis
sukarelawan rakyat (Ikatan Relawan Rakyat atau RELA). Serbuan boleh dilakukan di manamana tempat dan pada bila-bila masa. Pelarian dan pencari suaka sentiasa hidup dalam
kebimbangan dan ketakutan bukan sahaja mengenai serbuan tetapi juga akan kesan daripada
serbuan tersebut Semasa serbuan dan pemeriksaan imigresen ini dijalankan, taktik-taktik
yang boleh dipersoalkan telah digunakan serta gangguan pemerasan dan kekerasan kelihatan
berleluasa.
Kaedah yang digunakan oleh pihak RELA memberi banyak masalah. Kaedahnya
antaranya termasuk membahagikan tahanan dalam kumpulan secara kasar mengikut bangsa
atau etnik tertentu dan mempunyai sikap tangkap sekarang, siasat kemudian. Sebahagian
besar agen RELA yang tidak terlatih ini sering mendedahkan mereka yang ditahan kepada
penghinaan, penderaan fizikal, pencurian dan pemerasan. Amnesty International telah
mendengar banyak kes yang menguatkan lagi kesimpulan bahawa agen RELA lebih berminat

untuk memperoleh keuntungan peribadi yang haram, melalui apa saja cara yang mereka ada,
daripada menjalankan tugas penguatkuasaan imigrasi secara sah.
Masalah seterusnya yang berlaku adalah dokumen diri pelarian yang diabaikan.
Dokumen diri merupakan status pengenalan serta merupakan dokumen yang menyatakan
bahawa mereka diberi kebenaran untuk tinggal di Malaysia. Namun begitu orang pelarian
sering diabaikan status mereka dan dokumen diri yang sepatutnya dimiliki oleh mereka tidak
diperoleh dengan segera. Hal ini berlaku kerana dokumen mereka tidak dikeluarkan oleh
pihak kerajaan. Terdapat juga kes dimana walaupun orang pelarian menunjukkan kad
UNCHR kepada pegawai kerajaan mereka tetapi tetap juga ditangkap.
Perkara tersebut didakwa pernah terjadi kerana terdapat pelarian yang melaporkan
bahawa apabila mereka menunjukkan kad UNHCR mereka kepada pegawai kerajaan atau
kakitangan RELA, mereka diberitahu bahawa ia tidak memberikan apa-apa makna. Ada yang
melaporkan bahawa pihak berkuasa membuang dokumen UNHCR mereka sebelum
melakukan tangkapan. Sebaliknya, bagi mereka yang masih menunggu kad yang sah, mereka
menunjuk surat pelantikan mereka daripada UNHCR, namun diberitahu bahawa ia tidak
dapat melindungi mereka daripada ditangkap atau ditahan. Namun, ada yang lain menyatakan
bahawa mereka boleh terlepas daripada tangkapan atau tahanan dengan membayar rasuah.
Di samping itu, masalah lain yang dihadapi oleh orang pelarian dalam Malaysia ialah
pengusiran. Mengikut UNHCR, dalam masa enam bulan sebelum bulan Julai 2009, 141
orang Myanmar telah diusir ke Thailand. Tidak ada lagi pengusiran ke Thailand diketahui
berlaku sejak itu. Negara Thai telah membiarkan pelarian daripada negara-negara lain, seperti
Laos, terdedah kepada pengusiran ke negara lain. Ini telah meningkatkan kesedaran yang
pelarian yang dipaksa pulang ke Thailand dari Malaysia akan menghadapi nasib yang sama.
NGO tempatan telah melaporkan bahawa individu yang mempunyai kad UNHCR
berkemungkinan besar tidak akan dihantar pulang oleh pihak kerajaan.
Namun begitu, masih wujud kebimbangan dalam kalangan orang pelarian kerana
terdapat dalam kalangan mereka yang hanya mempunyai surat pelantikan UNHCR tetapi
masih menunggu status tentang diri mereka. Terdapat kes dimana pada bulan Januari
2010,seramai 19 orang pelarian dari Sri Lanka yang berdaftar dengan UNHCR telah dihantar
pulang secara paksa. Keadaan ini bertentangan dengan prinsip pengusiran kerana mereka
tidak seharusnya dihantar pulang kerana mempunyai keizinan untuk tinggal di Malaysia.

Walaubagaimanapun, pengusiran mereka telah digantung selepas orang ramai


mengemukakan rayuan segera yang disokong oleh SUARAM, Suruhanjaya Hak Asasi Orang
Asia dan lain-lain lagi. Bagi tahanan yang berhadapan dengan masalah pengusiran dan tidak
dapat berhubung dengan NGO atau UNHCR untuk mendapatkan bantuan, keadaan mereka
tidak diketahui dan kes mereka tidak juga direkodkan.
Kesukaran mengakses UNHCR dalam tahanan juga merupakan masalah yang
terpaksa dihadapi oleh pelarian. Terdapat pelarian yang ditahan melaporkan bahawa mereka
masih tidak dapat untuk mengakses UNHCR. Masalah ini berlaku kerana kelewatan tindakan
yang diambil oleh kedua-dua belah pihak iaitu pusat tahanan mengambil masa yang lama
untuk menghubungi UNHCR. Kelewatan tersebut menyebabkan pelarian yang mempunyai
keizinan terpaksa berada dalam tahanan dalam satu tempoh tertentu.
Pada bulan Mac 2010, UNHCR memberitahu Amnesty International bahawa talian
hotline telah disediakan untuk memudahkan perhubungan termasuk kepada mereka yang
berada dalam tahanan. Walaubagaimanapun, para pelarian dan NGO tempatan telah
melaporkan bahawa mereka yang berada dalam tahanan terpaksa menyogok kakitangan untuk
menggunakan telefon atau membayar terus kepada pengawal keselamatan untuk
menggunakan telefon bimbit mereka. Namun begitu, walaupun talian hotline merupakan
salah satu cara yang berguna untuk berhubung tetapi terdapat halangan terhadap
penggunaannya kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

BAB IV

10

TINDAKAN PENYELESAIAN UNHCR

4.1

Sejarah Statistik Pelarian Di Malaysia

Pelarian adalah masalah sejagat. Berdasarkan statistik, hampir setiap negara terjejas dengan
pelarian dan Malaysia tidak terkecuali. Ia akan berterusan menjadi satu masalah tetapi lebih
mudah menanganinya jika semua negara bekerjasama. Negara terbesar yang menghasilkan
pelarian yang memberi kesan kepada Malaysia pada suatu pada masa ialah Myanmar dan
fenomena ini berlarutan lebih 10 hingga 15 tahun. UNHCR memulakan operasi di Malaysia
pada 1975 di mana pada peringkat awalnya untuk menangani masalah pelarian Vietnam. Ia
juga membantu kerajaan Malaysia dalam menerima dan menempatkan semula lebih 50, 000
orang Islam Filipina yang lari dari Mindanao ke Sabah pada 1970-an hingga 1980-an.
UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula beberapa ribu orang Islam
Cham dari Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa ratus pelarian Bosnia pada 1990-an.
Isu pelarian Vietnam yang mendarat dengan ramainya di negara ini untuk mencari
perlindungan daripada pemerintahan komunis sebaik berakhirnya Perang Vietnam pada April
1975. Kira-kira 250,000 pelarian Vietnam diproses di khemah pelarian di Pulau Bidong
(sebuah pulau kecil di Terengganu) sebelum kebanyakan mereka diterima negara ketiga
termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland,
Denmark dan Norway. Kira-kira 9,000 pelarian Vietnam kembali ke Vietnam dengan bantuan
UNHCR. Malahan selepas khemah Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, Malaysia masih
menjadi tumpuan serta tempat perlindungan untuk pelarian daripada beberapa negara lain
sehingga ke hari ini. Menurut Alan Vernon, Pesuruhjaya tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk
Pelarian (UNHCR), terdapat kira-kira 50 juta pelarian di seluruh dunia.
Di Malaysia terdapat sekitar 88,100 pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan
suaka politik berdaftar dengan pejabat UNHCR sehingga penghujung Mei 2010. Mereka ini
diberi kad UNHCR sebagai tanda pengenalan diri. Untuk datang ke Malaysia, mereka perlu
mengharungi pelbagai pahit getir. Mereka juga datang ke Malaysia kerana mereka tahu
mereka boleh hidup dengan keadaan ekonomi Malaysia yang stabil.
4.1

Tindakan Penyelesaian UNHCR

11

4.1.1

Pelarian yang Ada di Malaysia tidak diletakkan di dalam Khemah

Di Malaysia, pelarian yang ada tidak akan ditempatkan di dalam khemah sebagai
penempatan. Komuniti pelarian akan tinggal di kawasan perumahan kos rendah di seluruh
negara dan sering kali bilangan yang besar terpaksa berkongsi tempat tinggal di dalam ruang
yang sempit.

Kadang kala orang berfikir khemah adalah penyelesaian yang baik untuk

pelarian tetapi pada dasarnya tinggal di khemah pelarian akan menambah lebih banyak
penderitaan. Jika pelarian masih diletakkan di dalam khemah, ramai yang akan bergantung
kepada bantuan kebajikan dan penjagaan. Seringkali juga apabila khemah pelarian
diwujudkan, ia akan berpanjangan berbanding situasi lain kerana khemah mempunyai
kehidupan yang tersendiri. Menurut Vernon, kerajaan Malaysia mengambil langkah positif
dengan tidak menyekat pergerakan pelarian yang bererti mereka boleh berusaha untuk
mencari nafkah bagi menyara keperluan kehidupan mereka.
4.1.2

Penempatan Semula

Selepas sesebuah negara menerima pelarian di negaranya, langkah penempatan semula


haruslah segera dilakukan untuk memindahkan mereka ke negara ketiga. Menurut Vernon,
pihaknya mengemukakan lebih daripada 10,000 pelarian untuk penempatan semula tetapi
mengulangi itu bukanlah penyelesaian untuk semua orang. Penyelesaian terbaik untuk
pelarian ialah pulang ke negara asal masing-masing. Untuk itu perlu ada rangka kerja
perundangan. Ini amatlah penting untuk memastikan pelarian dilindungi dan selamat
sehingga sampai masanya mereka boleh pulang ke negara mereka. Sesetengah daripada
mereka boleh ditempatkan semula di negara lain tetapi ia bukan penyelesaian untuk setiap
pelarian. Sebagai rekod, Malaysia tidak memeterai Konvensyen 1951 berhubung kedudukan
pelarian. Memang penting untuk menandatangani Konvensyen Pelarian tetapi jika sesebuah
kerajaan itu tidak bersedia untuk berbuat demikian kita masih boleh mengadakan dasar serta
prosedur dalam menangani isu pelarian. Kesulitan besar sekiranya mereka melakukannya
tanpa dasar dan prosedur, semua perlu dibuat berdasarkan budi bicara. Ia juga tidak memberi
panduan kepada semua peringkat kerajaan.
4.1.3

Pelarian Diberikan Hak Yang Formal

Memandangkan masalah pelarian mungkin tidak selesai dalam masa terdekat, cabaran umum
ialah mencari jalan bagi memenuhi keperluan pelarian dan dalam masa yang sama

12

melindungi kepentingan tuan rumah secara keseluruhan. Pelarian dan suaka perlu diberi hak
yang formal untuk bekerja. Juga penting bagi suaka dan pelarian dilindungi daripada
penganiayaan dan peras ugut, terutamanya pasukan RELA hendaklah menghentikan dengan
segera tugas-tugas berkaitan imigresen. Pembaharuan segera adalah perlu untuk
mengecualikan pencari suaka dan pelarian daripada hukuman jenayah yang berkaitan dengan
masalah migrasi, pada masa yang sama, komuniti antarabangsa boleh menyokong usaha ini
dengan menyediakan pertambahan peluang penempatan semula kepada pelarian dalam
Malaysia, dan dengan menawarkan bantuan kewangan kepada UNHCR untuk memudahkan
keupayaan mereka untuk mendaftar, memproses dan membantu pelarian.
Menambahkan usaha untuk melindungi pelarian terutamanya terhadap wanita dan
kanak-kanak dari segala bentuk keganasan termasuklah menyasarkan sumber untuk
menambah akses kepada bantuan perubatan dan representasi undang-undang serta
mendirikan tempat kediaman yangselamat.
4.1.4

Menyediakan Status Formal Yang Sah

Satu daripada langkah yang penting dengan menyediakan status formal yang sah kepada
pelarian dan pencari suaka dan mewujudkan sistem pendaftaran di mana mereka akan
diberikan dokumen pengenalan. Ini boleh memastikan akses kepada kelayakan yang
berkaitan dan penghormatan kepada hak asasi, termasuklah hak untuk tidak ditangkap dan
ditahan secara sewenang-wenangnya, dan hendaklah diiktiraf sepenuhnya oleh pihak yang
bertanggungjawab atau pihak lain yang bertindak bagi pihak mereka. Sementara itu, penguat
kuasa Malaysia hendaklah bekerjasama dengan UNHCR untuk memastikan bahawa proses
pendaftaran yang sedia ada menyediakan perlindungan yang diperlukan. Memberi keutamaan
untuk

mendapat

sumber

tambahan

untuk

pejabat

mereka

agar

mereka

boleh

menambahbaikkan kapasiti mereka untuk menentukan status pelarian dengan segera


berikutan dari bertambahnya angka pelarian yang didaftarkan dalam Malaysia, termasuklah
untuk menambah kapasiti bagi pendaftaran dan pemprosesan rakyat bukan Myanmar.
4.1.5

Sentiasa Memastikan Pelarian Tidak Kebal Undang-Undang

Menurut Vernon, UNHCR sentiasa berusaha untuk memastikan pelarian tidak terlibat dalam
apa jua kesalahan selama mereka menduduki sesebuah negara itu. Pekerja pembangunan
komuniti UNHCR serta yang lain sering keluar untuk bercakap dengan pelarian dan

13

menggalakkan mereka supaya mematuhi undang-undang. Pelarian tidak kebal undangundang kerana jika mereka melanggar undang-undang mereka boleh ditangkap dan dibicara
seperti orang lain. Pelarian yang menpunyai kad UNHCR bukan boleh melindungi mereka.
Pelarian mesti patuh kepada undang-undang dan perlu sedar kehadiran mereka di negara ini
tidak boleh diambil ringan. Mereka seakan tetamu di negara ini dan perlu berkelakuan
sebagai tetamu. Jangan bertindak yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia berasa terancam
dan tidak gembira dengan kehadiran mereka, kata Vernon.
Menyediakan Mereka Peluang Ekonomi
Dasar yang lebih baik jelas Vernon, ialah dengan memindahkan pelarian di negara ini ke
tempat lain supaya tidak bertumpu di satu-satu tempat sahaja. Sebahagian besar pelarian
berada di Kuala Lumpur. Cara yang terbaik untuk memindahkan pelarian secara serentak
adalah dengan memberikan peluang pekerjaan secara sah. Mereka boleh bekerja di sektor
perladangan, pengilangan dan pembinaan. Sesetengah pelarian mempunyai kemahiran yang
amat baik dan begitu berguna sekali untuk majikan di Malaysia. Kawalan serta peraturan
yang lebih baik terhadap keadaan pelarian dan merupakan salah satu langkah mengelakkan
eksploitasi.
Langkah ini diambil sebagai salah satu cara untuk menjadikan pelarian lebih berdikari
dari segi pekerjaan supaya mereka tidak menjadi beban di mana ini akan hanya mencetuskan
masalah sosial. Pelarian telah menjejaskan Malaysia di masa lampau dan ia masih berlaku
sehingga ke hari ini. Jumlah pelarian mungkin bertambah dan berkurangan tetapi lebih elok
jika ada dasar dan sistem untuk menangani isu ini secara yang boleh dijangkakan dan
menguruskannya dengan lebih teratur.
4.1.6

Memberikan Pendidikan Kepada Kanak-Kanak Pelarian

Terdapat kira-kira 19,000 pelarian kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yan berdaftar
dengan UNHCR. Seramai 10,600 daripada kanak-kanak itu dalam usia bersekolah.
Bagaimanapun dianggarkan kurang daripada separuh kanak-kanak pelarian yang sepatutnya
menghadiri sekolah tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sebarang bentuk
pendidikan. Jika kanak-kanak tidak diberikan pendidikan, ini akan merosakkan masa depan
mereka dan boleh mencetuskan masalah sosial di kemudian hari.

14

Kerajaan Malaysia telah menyatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh


membantu untuk menyediakan pendidikan bagi anak-anak pelarian. Bagaimanapun, beliau
memberitahu NGO berkenaan mengalami kesulitan kewangan serta sumber lain dalam
menyediakan pendidikan yang diperlukan bagi anak-anak pelarian. Oleh yang demikian,
komuniti pelarian sendiri seharusnya mengambil daya usaha untuk mengatur program
pendidikan untuk anak-anak mereka. Anak-anak pelarian bolehlah menyumbang kepada
komuniti mereka apabila mereka pulang ke negara mereka.
4.1.7

Sokongan Organisasi Lain Untuk Mengatasi Masalah Pelarian

UNHCR berharap dapat bekerja lebih rapat lagi dengan kerajaan, NGO serta orang awam
untuk memperbaiki kualiti dan peluang pendidikan bagi komuniti pelarian negara ini. Ulasan
Vernon yang bersetuju dengan keadaan ramai yang melakukan banyak perkara dan
berpendapat dalam keadaan itu, setiap orang akan bersetuju bahawa apa jua keadaan, kanakkanak tidak harus menjadi mangsa. Mereka tidak memilih untuk datang ke Malaysia,ibu bapa
mereka yang telah membuat keputusan untuk datang ke Malaysia, jadi kita haruslah
bekerjasama untuk memperbaiki keadaan hidup mereka. Dalam hal itu, semua orang
mempunyai peranan masing-masing sama ada NGO, sukarelawan dan juga Bangsa-Bangsa
Bersatu. Tambah Vernon, pelarian juga mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya.

4.1.8

Pelarian Membentuk Jawatankuasa Sendiri

UNHCR mempunyai pasukan untuk memperkasa komuniti pelarian supaya mereka


mempunyai jawatankuasa kepimpinan yang boleh menjaga komuniti masing-masing. Kita
akan cuba bekerja dengan semua dan akan cuba menggalakkan mereka sebanyak mungkin
tetapi kita perlu realistik bahawa ada kumpulan lain yang lebih baik dari kumpulan lain. Ada
kumpulan yang mudah membentuk kumpulan dan menjaga kepentingan mereka. Sementara
yang lainnya terpaksa berhempas-pulas untuk berbuat demikian. Ada kumpulan yang
memberi ruang untuk kaum wanita menyertai kepimpinan, ada yang tidak berapa bersetuju.
kata Vernon. Kumpulan pelarian ini tidak mahu mencari susah kerana mereka tahu keadaan
mereka yang serba-serbi payah dan mereka tidak boleh mendapat bantuan kerajaan mereka.
Mereka juga tahu mereka hanya boleh mengadu kepada UNHCR dan pihak berkuasa

15

Malaysia. Hidup mereka sudah susah dan mereka tahu risiko jika terlibat dalam kegiatan
yang tidak baik.

BAB V

CADANGAN

5.1

Cadangan Yang Dikemukakan

Menurut Amnesty International, terdapat banyak cadangan yang dikemukakan oleh pihaknya
kepada kerajaan Malaysia keatas pelarian pelarian yang berada di Malaysia. Antara
cadangannya termasuklah kerajaan Malaysia perlu memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja

16

yang ingin memasuki Negara ini dimana dengan niat merka untuk melindungi diri mereka
dan memastikan mereka mendapat akses segera kepada UNHCR. Selain daripada itu, mereka
juga mencadangkan supaya pihak kerajaan Malaysia memperkenalkan sistem kad ID yang
bertujuan untuk menyediakan hak yang sah untuk terus berada dalam Negara semasa proses
penentuan suaka serta memberi kelayakan kapada mereka keatas perkhidmatan yang
sepatutnya diterima oleh pihak mereka dan memastikan kad ID mereka dihormati oleh semua
peringkat penguatkuasa imigresen dimana pemilik kad ID tidak akan ditangkap , ditahan atau
diusir keluar dari Negara ini.
Tambahan lagi, pihak kerajaan juga perlu menghapuskan dengan serta merta semua
tugas dan kuasa berkaitan dengan imigresen daripada RELA, termasuklah kuasa untuk
menahan pelarian ini dan memastikan bahawa pelarian kanak-kanak yang tiada pengiring
iaitu penjaga, orang tua, wanita yang sedang hamil dan semua mangsa-mangsa trauma tidak
akan ditahan sama sekali atas sebab-sebab yang berkaitan dengan penghijrahan. Selain itu,
mereka perlu dilayan dengan rasa penuh hormat oleh pihak imigresen dan perlu memenuhi
piawaian antarabangsa terhadap penggunaan kekerasan.
Selain daripada cadangan yang diberikan kepada pihak kerajaan Malaysia, pihak
Amnesty International juga memberi beberapa cadangan kepada pihak UNHCR, iaitu pihak
UNHCR perlu terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi memastikan dokumen
pengenalan diikiraf dan sah digunakan oleh semua pihak yang terlibat dalam pengawalan
penghijrahan. Selain daripada itu, mereka jua mencadangkan supaya pihak UNHCR
mengadakan kempen yang disasar dan ditujukan kepada para pelarian dan Negara tuan rumah
untuk memastikan terdapatnya persefahaman terhadap hak dan tanggungjawab pelarian yang
berbentuk kesedaran dan advokasi dan meneruskan usaha untuk memastikan bahawa individu
yang ditangkap disebabkan kehadiran yang tidak mengikut peraturan di Malaysia diberi akses
secara segera kepada UNHCR sekiranya mereka mahu. Bagi mematikan para pelarian
dilindungi daripada keganasan dan penyalahgunaan hak asasi yang lain, pihak UNHCR perlu
menyasarkan sumber untuk menambah akses kepada bantuan perubatan dan representasi
undang-undang serta mendirikan tempat tinggal yang selamat kepada mereka terutamanya
bagi golongan wanita dan kanak-kanak. Sejajar dengan Dasar Pelarian Bandar UNHCR,
cadangan bagi meneruskan proses membaiki kemudahan penerimaan bagi mereka yang
menunggu di luar dan di dalam kawasan UNHCR bagi melancarkan tugas pihak UNHCR.

17

BAB VI

KESIMPULAN

6.1

Kesimpulan

Pelarian ialah seseorang yang keluar daripada Negara asal dan masuk ke Negara lain tanpa
sah disebabkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka dan ketakutan terhadap
penganiayaan dan penyeksaan yang akan diterima oleh mereka dari Negara asal. Walaupun
mereka ini dikatakan telah mencerobohi Negara lain tanpa sah atau tanpa kebenaran, hak

18

asasi mereka terutama perlindungan dan keselamatan seharusnya dijaga oleh Negara
dicerobohinya. Mereka berhak mendapat hak keperluan asas seperti hak tempat tinggal, hak
mendapatkan makanan yang berkhasiat selain hak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih
baik. Antara Negara yang tidak terkecuali menerima pelarian atau sinonim dengan tanggapan
pendatang asing ialah Negara Malaysia sendiri. Melihatkan kemelut yang dihadapi oleh
Negara dalam menangani isu pembanjiran pelarian yang begitu membimbangkan suatu masa
dahulu , UNHCR didapati telah melakukan pelbagai penyelesaian bagi memastikan pelarian
menerima hak-hak mereka dengan salah satu caranya ialah dengan menyediakan dokumen
pengenalan diri bagi pelarian dan mengadakan kerjasama dengan Negara-negara lain seperti
Negara ketiga. Walaupun begitu, masih terdapat masalah-masalah yang timbul antaranya
sikap degil serta kurangnya informasi kepada sesetengah pelarian dimana mereka masih lagi
tidak merujuk kepada UHNRC bagi memperoleh kad pengenalan serta sesetengah pelarian
yang dilaporkan masih tetap ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa walaupun telah
mempunyai dokumen pengenalan diri yang disediakan oleh pihak UNHCR. Hak pelarian ini
seharusnya dihormati sepenuhnya oleh semua pihak termasuklah pihak berkuasa dan
kerajaan. Walaupun pihak berkenaan dikatakan mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak
terhadap orang pelarian namun hak-hak yang berkaitan dengan hak asasi manusia haruslah
dipandang berat sekalipun mereka dianggap sebagai pendatang haram atau pendatang tanpa
izin. Pihak berwajib dan kerajaan haruslah menyediakan undang-undang khas bagi
memastikan hak-hak orang pelarian ini dilindungi dan terjamin sepanjang berada di Negara
dicerobohinya. Ini disebabkan bukan atas kerelaan mereka untuk melarikan diri dari Negara
asal ke nagara lain untuk berlindung namun disebabkan krisis dan kemelut yang dihadapi
oleh Negara asal telah memaksa mereka. Dengan itu, sebagai seorang manusia yang menjadi
mangsa keadaan, mereka berhak mendapat hak asas sebagaimana manusia lain yang juga
warganegara bagi Negara yang dicerobohinya itu kerana pada asasnya hak bagi semua
manusia itu adalah sama sahaja.

19

BAB VI

RUJUKAN

Antara buku-buku rujukan yang digunakan :


1.

Amnesty International, Diseksa Dan Ditinggalkan, Pelarian Dinafikan Hak Di


Malaysia, Jun 2010.

20

http://www.amnesty.org/en/library/asset/ASA28/010/2010/en/53561f51-084a-4b9c9126-be7c64e8583e/asa280102010ms.pdf
2.

Suruhanjaya Hak Asasi Masusia Malaysia (SUHAKAM), Laporan Tahunan 2010,


April 2011
http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?
p_l_id=10127&folderId=39678&name=DLFE-10503.pdf

BAB VIII

LAMPIRAN
Antara artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pelarian di Malaysia :
PERANAN UNCHR DI MALAYSIA
UNHCR memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1975 pada peringkat awal untuk menangani
masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu kerajaan Malaysia menerima dan menempatkan semula
lebih 50,000 orang Islam Filipina dari Mindanao ke Sabah pada tahun 1970-an dan 1980-an.

21
UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula beberapa ribu orang Islam Cham dari
Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa ratus pelarian Bosnia pada 1990-an.
Menurut Vernon, terdapat kira-kira 50 juta pelarian di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat sekitar
88,100 pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka politik berdaftar dengan pejabat UNHCR
sehingga penghujung Mei 2010. Mereka diberi kad UNHCR sebagai tanda pengenalan diri.
Untuk rekod, pelarian ialah mereka yang diiktiraf sebagai pelarian sementara pencari suaka politik
ialah mereka yang datang ke pejabat UNHCR untuk menuntut taraf pelarian. Pencari suaka politik
akan ditemu bual dan kes mereka dikaji berdasarkan maklumat UNHCR mengenai negara mereka
sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada mereka boleh diiktiraf sebagai pelarian.
Satu perkara yang elok tentang pelarian di Malaysia ialah mereka tidak tinggal di dalam khemah.
Komuniti pelarian tinggal di kawasan perumahan kos rendah di seluruh negara, dan sering kali
bilangan yang besar terpaksa berkongsi tinggal di dalam ruang yang sempit. "Kadangkala orang
berfikir khemah adalah penyelesaian yang baik untuk pelarian tetapi pada dasarnya tinggal di khemah
pelarian akan menambahkan lebih banyak penderitaan.
"Lagi pun banyak isu jika diletakkan mereka di khemah, ramai yang bergantung kepada bantuan,
kebajikan dan penjagaan. "Seringkali juga apabila khemah pelarian diwujudkan, ia akan berpanjangan
berbanding situasi lain kerana khemah mempunyai kehidupan yang tersendiri," jelas Vernon yang
menyandang jawatan wakil UNHCR di Malaysia sejak November 2008.
ISU-ISU SEMASA
ISU PELARIAN : 91,000 Pelarian Berada di Malaysia
LEBIH 91,000 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).
Daripada jumlah itu, seramai 19,000 pelarian kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah tetapi jika
diperhalusi kepada usia persekolahan, jumlahnya 13,900 orang.Bagaimanapun Wakil UNHCR di
Malaysia, Alan Vernon berkata, hanya 5,100 pelarian atau 30 peratus yang belajar di sekolah
manakala 70 peratus lagi tidak bersekolah."Jumlah tidak bersekolah begitu besar maka beberapa
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) prihatin terhadap perkara ini dengan memberi peluang pendidikan
kepada komuniti itu.
"Namun apa yang lebih membimbangkan kerana tidak banyak kemudahan pendidikan untuk golongan
muda berumur 12 tahun ke atas," katanya kepada Mingguan mStar.Alan berkata, kanak-kanak
pelarian tidak bermasalah, namun sekiranya mereka tidak diberikan pendidikan pada usia muda maka

22
akan memberi masalah kemudian hari."Mereka hanya menetap sementara di Malaysia dan akan
diserahkan ke negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal masing masing."Pendidikan awal
membantu memberi persediaan kepada mereka apabila berada di negara terbabit serta memberi
sumbangan kepada masyarakat," katanya.
Sehubungan itu katanya, masih banyak perkara perlu diperbaiki melibatkan tenaga pengajar,
kemudahan pembelajaran dan paling penting adalah sumber kewangan. Walaupun masyarakat
menyedari tentang kepentingan pendidikan namun tidak dinafikan segelintir ibu bapa pelarian enggan
menghantar anak mereka ke sekolah.
Mereka bimbang anak-anak berkemungkinan ditahan oleh pihak berkuasa berikutan pelarian masih
dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI)."Maka tidak hairanlah banyak sekolah untuk
pelarian beroperasi di rumah berbanding membangunkan kemudahan pendidikan lebih terancang,"
kata Alan.
Beliau berkata, kanak-kanak pelarian mempelajari bahasa tetapi apa yang penting sebagai permulaan
dalam kehidupan mereka adalah kebolehan membaca dan menulis.Sehubungan itu, UNHCR berharap
agar lebih banyak penyertaan masyarakat tempatan memberikan sumbangan sama ada sukarelawan
atau keperluan pendidikan.Alan berkata, pada masa sama, UNHCR berusaha mencari jalan untuk
bekerjasama rapat dengan NGO dan kerajaan bagi memperbaiki kualiti dan peluang pendidikan.
"Diharapkan dengan kesedaran dan keprihatinan semua pihak, ia dapat meningkatkan bilangan kanakkanak pelarian yang belajar di sekolah."Kami perlu berusaha untuk mencapai matlamat itu kerana
sudah ada perkembangan mengenainya namun perlu diperkasakan lagi untuk ke arah lebih baik,"
katanya.
Setakat ini, terdapat 67 sekolah komuniti untuk pelarian di seluruh negara di mana sebahagian
besarnya diuruskan oleh sukarelawan pelarian sendiri.UNHCR memberi sokongan kepada program
pendidikan seperti latihan perguruan, peruntukan buku teks, geran sekolah, sumbangan dana dan
khidmat sukarelawan.Terdapat 322 sukarelawan berdaftar dengan UNHCR dan daripada jumlah itu
seramai 163 orang ditempatkan di 40 sekolah komuniti untuk mengajar beberapa subjek seperti
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

PELARIAN MYANMAR MENINGKAT

23
Malaysia Dan Australia Tandatangan

Perjanjian Pertukaran Pelarian Dan Pemohon Suaka

Wednesday, 30 September 2009 10:54am


PUTRAJAYA 29 Sept. - Jumlah pelarian Myanmar di rantau ini termasuk di Malaysia akan terus
meningkat jika demokrasi di negara berkenaan tidak segera dipulihkan.Timbalan Presiden Pusat
Informasi Rohingya, Mohd. Rafiq Hamidullah berkata, keadaan pemimpin demokrasi Myanmar,
Aung San Suu Kyi yang ditekan junta tentera mungkin menyebabkan lebih banyak etnik minoriti
melarikan diri ke negara lain. Beliau berkata, destinasi popular pelarian Rohingya adalah India,
Bangladesh, Thailand dan Malaysia.
"Pelarian Rohingya dari Myanmar biasanya akan memasuki Thailand terlebih dahulu sebelum
memasuki Malaysia melalui jalan darat."Bagaimanapun terdapat kes pelarian Rohingya memasuki
Malaysia secara terus melalui bot," katanya kepada Utusan Malaysia.Pelarian Rohingya yang berasal
dari Arakan, Myanmar turut dikenali sebagai orang bot di Thailand kerana selalu melarikan diri ke
negara itu melalui laluan laut.
Kehadiran pelarian Rohingya sebagai komuniti tanpa negara telah membawa masalah sosial kepada
negara-negara yang menerima kehadiran mereka.Mohd. Rafiq berkata, pada masa ini terdapat kirakira 20,000 pelarian Rohingya berada di Malaysia."Perkembangan di Myanmar masih tidak menentu
dan menyebabkan kita tidak boleh pulang ke negara asal."Pelarian Rohingya di Malaysia berharap
keadaan demokrasi di Myanmar dapat dipulihkan dengan segera dan kerajaan baru mengiktiraf
Rohingya sebagai penduduk asal," katanya.

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Australia Isnin menandatangani perjanjian
bersejarah bagi pertukaran pelarian dan pemohon suaka di antara kedua-dua negara.Perjanjian itu,
yang pertama seumpamanya ditandatangani di dunia, dengan matlamat jangka panjang untuk
mengekang aktiviti sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia serta jenayah rentas
sempadan.
Perjanjian itu, yang berkuat kuasa mulai tengah malam isnin, adalah bagi pertukaran 4,000 pelarian
dan pemohon suaka di Malaysia dengan 800 orang dari Australia dalam tempoh empat tahun.
Kesemua pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).Perjanjian itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mewakili Malaysia manakala Menteri Imigresen dan
Kewarganegaraan Australia Chris Bowen bagi pihak negaranya.

24
Pada sidang akhbar bersama kemudian, Hishammuddin menyifatkan perjanjian itu satu pendekatan di
luar kebiasaan bagi menangani masalah penyeludupan manusia."Kerajaan memberikan isyarat amat
jelas kepada sindiket penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang dan sangat memandang serius
perkara ini," katanya.Meskipun tiada tarikh ditetapkan, beliau berkata pertukaran pertama
berkemungkinan dilakukan tahun ini.
Bowen berkata "perjanjian berani" ini adalah satu tekad kesungguhan kedua-dua negara untuk
menangani isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang di rantau ini dan ia akan dipantau
oleh negara lain untuk melihat faedah langkah ini."Ini satu kemenangan untuk Malaysia, satu
kemenangan bagi Australia dan kerugian bagi penyeludup-penyeludup manusia," katanya.Beliau
berkata program pertukaran selama empat tahun itu dianggarkan menelan belanja AUD$296 juta dan
akan dibiayai kerajaan Australia.
Perjanjian itu membenarkan pihak berkuasa Malaysia menyaring para pelarian bagi memastikan
mereka bukan dalam senarai pengganas dikehendaki atau pendatang asing tanpa izin sebelum dihantar
ke Malaysia.Pelarian yang tersenarai dalam perjanjian pertukaran akan mempunyai kad pengenalan
khas dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Australia.
Hishammuddin berkata ketika berada di Malaysia, pelarian berkenaan akan ditempatkan di pusat
persinggahan selama 45 hari sebelum ditempatkan dalam masyarakat.Menjawab satu soalan, beliau
memberi jaminan keselamatan para pelarian adalah menurut tanda aras ditetapkan UNHCR dan
mereka dibenarkan mempunyai akses kemudahan kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.

"Saya memberi jaminan, bagi pihak Kerajaan Malaysia, bahawa semua orang akan dilayan dengan
penuh bermaruah," katanya.Sehingga kini, Malaysia mempunyai kira-kira 93,000 pelarian,
kebanyakannya dari Myanmar.Dalam satu kenyataan, Hishammuddin berkata Australia memilih
Malaysia dalam projek perintis ini kerana negara itu yakin dengan keupayaan Malaysia dan
kesungguhannya dalam menangani kegiatan penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.
Mengenai Konvensyen PBB mengenai Pelarian, katanya Malaysia tidak menandatangani perjanjian
tersebut kerana negara tidak mampu untuk memberi akses keperluan utama seperti peluang
pendidikan, pekerjaan, rumah perlindungan kepada pelarian kerana masih ramai rakyat Malaysia yang
memerlukan pembelaan daripada aspek ini.
"Ini membuktikan bahawa walaupun Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen PBB
Mengenai Pelarian, tetapi ia masih menjadi destinasi kepada sejumlah besar pelarian yang berasa
selamat berada di negara ini," katanya.Terdahulu, di luar hotel bertaraf lima bintang tempat

25
berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian itu, beberapa anggota yang menggelarkan diri
mereka daripada kumpulan "Lawyers for Liberty" berkumpul membantah perjanjian itu.
Antara mereka termasuklah Anggota Parlimen Batu Tian Chua, Pengarah Eksekutif Tenaganita Dr
Irene Fernandez dan peguam Latheefa Koya.Irene berkata perjanjian itu berkemungkinan
menimbulkan amalan diskriminasi dalam pengurusan pelarian, di mana 800 pemohon suaka
berkemungkinan mendapat layanan keutamaan.
"Bagi urusan 4,000 pelarian ini diselesaikan, kami fikir ia telah pun diproses dan pelarian ini
berkemungkinan dari Burma. Perjanjian ini turut menimbulkan tekanan di kalangan masyarakat untuk
mendapat peluang penempatan semula," katanya.

You might also like