Microsoft Word - APA ITU PENDIDIKAN LUAR PDF

You might also like

You are on page 1of 6

PENDIDIKAN LUAR - SATU PENDEKATAN

(Sebuah diskusi yang disampaikan pada Hari Kokurikulum 2004 UPSI)

Abu Bakar Sidek bin Mohd Ibrahim


Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan luar?
Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu
yang berkait rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk
menjelaskan apakah yang difahamkan dengan pendidikan luar, beberapa
definisi diturunkan di bawah.
Tetapi harus diawasi bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar
mengikut zaman dan wilayah.

Definisi Pendidikan Luar Yang Berkait


Dengan Psiko-sosial

Definisi Pendidikan Luar Yang


mementingkan peranan alam persekitaran

Pendidikan luar merupakan


aplikasi pengalaman di alam luar
untuk mendidik dan pembangunan
insan. (The Outdoor Institute)

Pendidikan luar ialah ......................


pendidikan DALAM, UNTUK, dan
MENGENAI alam luar (Donaldson &
Donaldson,1958, Outdoor Education :
A definition , JOPER,29(17),63)
Pendidikan luar merupakan
pendidikan dalam, mengenai , dan
untuk alam sekitar.

Pendidikan luar . menarik


perhatian kepada penggunaan deria
audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau untuk pemerhatian dan pemahaman
(C.A.Lewis 1975, The Administration Of
Outdoor Education Programs, Dubuque
IA, Kendall-Hunt)
Pendidikan luar menyentuh
ketiga-tiga domain pembelajaran yang
terdiri daripada pengetahuan,
kemahiran, dan sikap (Phyllis Ford,1981,
Principles dan Practices of
Outdoor/Environmantal Education, New
York, Wiley)
Pendidikan luar ialah satu
perantaraan yang memberi peluang
untuk pendidikan tak formal mengenai
perkembangan kendiri dan sosial untuk
individu dan masyarakat(Outdoor
Edinburgh)

(Phyllis Ford, 1986)


Pendidikan luar ialan .. sekumpulan
Kecil manusia yang menyertai aktivitiaktiviti adventure yang terancang di
dalam suasana semula jadi dan
menjadikan diri sendiri sebagai sumber
utama untuk menyelesaikan masalah.
(Neill 2003)
Pendidikan luar ialah . suatu
perkara yang mempunyai perkaitan.
Perkaitan tersebut mengenai bukan
sahaja sumber semula jadi , tetapi juga
manusia dan masyarakat.(Simon
Preist,1986, Redefining Outdoor
Education, Journal of Environmental
Education, 17 (3) 13)

Pendidikan Luar. satu istilah yang


mempunyai maksud yang berlainan
kepada manusia, tamadun dan
organisasi. Tema yang sama meliputi
penekaan ke atas pengalaman terus di
alam luar untuk mencapai matlamat
kendiri, matlamat sosial, pendidikan,
pemulihan serta persekitaraan.
(Neill 2003)
Pendidikan Luar. suatu cara
pengkayaan kurikulum, di mana proses
pembelajaran berlaku di alam luar.
Pendidikan luar merangkumi
pendidikan persekitaraan, pendidikan
konservasi, pendidikan cabaran,
perkhemahan sekolah, terapi alam
semula jadi dan beberapa aspek
rekreasi luar.
(Edward Leppain 2000)

Pendidikan Luar ... kaedah


pembelajaran melalui pengalaman
dengan mengaplikasikan kesemua deria
panca indera. Ia berlaku, terutamanya
melalui pendedahan kepada persekitaraan
semula jadi. Dalam pendidikan luar
penekanan untuk subjek yang dipelajari
ke atas perkaitan antara manusia dan
sumber alam.
(Lund 2002)
Pendidikan Luar .... satu fenomena
pengalaman pendidikan antarabangsa
yang melibatkan manusia dalam aktiviti
merbahaya bagi meningkatkan
kesejahteraan individu, masyarakat dan
persekitaraan.
(Neill 2002)

Bila Pendidikan Luar bermula?


Tidak jelas bila pendidikan luar bermula -- tidak terdapat
dokumentasi yang menyatakan hal ini. Mungkin kewujudan manusia itu
sendiri yang memberi gambaran bahawa pendidikan luar sudah ada. Sejak
awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya
kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi.
Pendidikan wujud sejak manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah
bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini. Sejarah sosio-budaya
menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi
dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke
bangunan dan rumah.
Tamadun barat mendokumentasikan permulaan pendidikan luar
secara formal pada awal tahun 60an dengan tertubuhnya pergerakan
Outward Bound di Colorado (Neill (2004) yang kemudiannya bercambah
melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor Leadership School
pada tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound, Project
Adventure dan NOLS menjadi 3 badan utama dalam pendidikan luar di
Amerika hingga kini.
Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan
aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang
mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak,
menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru
pelatih yang menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas sejak tahun 60an

lagi. Dengan tertubuhnya program Pengajian Ijazah Pendidikan


(Pendidikan Jasmani) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979,
pendidikan luar menjadi satu mata pelajaran formal secara rasmi. Kini
hanya dua buah institusi pengajian tinggi sahaja manawarkan kursus
formal pendidikan luar dalam program pengajiannya iaitu Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia. Aktiviti pendidikan
luar sudah pun diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan jasmani sekolah
tetapi ia hanya bercorakkan aktiviti luar ke arah rekreasi.
Apakah matlamat Pendidikan Luar ?
Seperti definisinya yang berbagai, matlamat pendidikan luar juga
pelbagai rupa. Priest dan Gass (1997) menyeranaikan empat program
untuk mencapai tujuan seperti berikut mengikut hairaki kepentingannya:Program untuk :

Rekreasi bertujuan untuk mengubah cara manusia


merasai nikmat matlamatnya ialah kesenggangan,
keseraokan dan bersuka ria.

Penddidikan betujuan untuk mengubah cara manusia


berfikir dan merasai nikmat : dimana matlamatnya ialah
untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan.

Pertumbuhan bertujuan untuk mengubah cara manusia


merasai nikmat, berfikir dan bertindak. Matlamatnya ialah
untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan diri sendiri
dan menghasilkan self esteem.

Pemulihan/Mengubah Panduan bertujuan mengubah cara


manusia merasai nikmat, berfikir, bertindak dan menentang.

Kepada empat matlamat yang diajukan oleh Priest dan Gass, Neill (2003)
bercadang menambah 3 lagi program ke arah matlamat memupuk

Kemasyarakatan

Perhubungan/Kekeluargaan

Ekosistem

Rohaniah

Kerapkali program pendidikan luar mempunyai hasrat untuk


perkembangan diri, terutamanya peningkatan kemahiran hidup individu
dan keupayaan menghadapi cabaran hidup moden. Memberi peluang
kepada pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran alam sektiar dan
adventure boleh juga menjadi matlamat kepada pelajar untuk mengalami
hidup di alam luar. Kemungkinan besar, tujuan umum program
pendidiakn luar merupakan perkembangan individu - matlamat tersebut
untuk meransang :

Keyakinan diri

Kesedaran terhadap diri

team work tanggungjawab kumpulan

Kemahiran sosial / interpersonal skills

Sikap dan

Motivasi

Program pendidikan luar juga tidak ketinggalan dapat meningkat serta


memberi input dan meransang :

Kemajuan akademik

Semangat kemasyarakatan dan

Kebaikan persekitaran

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR


MENYEDIAKAN / MEMPUNYAI

1. peluang pembelajaran
2. cabaran kapada peserta
3. bahaya dan risiko
4. objektif dan matlamat
5. peluang memimpin
6. melantik diri
7. interaksi antara individu
8. mengenali,
9. menghargai serta
10.pemuliharaan

}
}
}
}
}

alam sekitar

11.rancang umtuk kemajuan diri


12.peluang untuk mendampingiNya

Perkhemahan sebagai aktiviti pendidikan.


1. Perkhemahan boleh dicorakkan untuk memenuhi berbagai objektif.
2. Ianya memberi peluang kepada peserta memperolehi pengetahuan,
mempelajari kemahiran-kemahiran baru, memperkukuh kebolehankebolehan akademik dan memperkayakan pengalaman.
3. Perkhemahan menarik perhatian generasi muda :

4.

3.1

menawarkan kebebasan --- tetapi berdisiplin

3.2

carefree ---- tetapi penuh tanggungjawab

3.3

tidak terluk dengan routine harian

3.4

mencabar --- tetapi keselamatan dititik beratkan

3.5

adventure --- dengan mempunyai matlamat

3.6

Keseronokan --- kepuasan jasmani dan rohani

Melalui berbagai aktiviti yang terancang dalam perkhemahan


kualiti diri dan sikap sosial invididu dapat ditanam dan dipupuk

ABSMI Sept 04.

4.1

sifat percaya kepada diri dan teman

4.2

sifat berani

4.3

kerjasama saling bantu membantu

4.4

timbangrasa

4.5

gigih dan tekun (perseverance)

4.6

kepimpinan

4.7

humility rendah diri

4.8

humanity -- kemanusiaan

You might also like