You are on page 1of 18

Pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan


seterusnya membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai
kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah
dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta
Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran
bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod
dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat
tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu
Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan
yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan
potensi murid
ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari masa ke semasa.
4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan
pertumbuhan murid.
5. Mengesan keberkesanan pengajaran
6. vi.
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan
peringkat umur.
TUJUAN PENTAKSIRAN
Tujuan pentaksiran adalah:
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan
perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

CIRI- CIRI PENTAKSIRAN


1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan
cakupan
2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan
ketepatan
3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan
skor
4. Kebolehtadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang
dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah
5. Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor,
diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan
ujian
6. Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif
penting Sukatan Pelajaran
INSTRUMEN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
- Ujian (sejarah dan apresiasi seni)
- Kaedah pemerhatian
- Kaedah temubual
- Kaedah anekdot
- Menggunakan senarai semak
- Menggunakan soal selidik
- Portfolio
(Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP.
Kementerian Pelajaran Malaysia:1983)
Michael (1998), berpendapat penilaian kerja-kerja studio dan hasil
kerja seni mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila
iaitu meliputi:
1. Komunikasi / ekspresi,
2. Keyakinan diri /self-esteem,
3. Perkembangan persepsi,
4. Ketekalan organisasi estetika,
5. Pengetahuan seni,
6. Kreativiti ,
7. Kemahiran , dan
8. Kepuasan / keseronokan.
PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam
pengajaran penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat
berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar
penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai (standards)
nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap

pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan


dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan.
Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan
boleh dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat,
terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu:
1.
i.
proses kerja,
2.
ii.
pengendalian bahan,
3.
iii.
penggunaan media,
4.
iv.
kemahiran kritikal, dan
5.
v.
peringkat-peringkat perkembangan
peribadi.
Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu
dinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /selfesteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika,
pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau
keseronokan.
Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk
menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan
apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika. Sebelum
sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang
perkara-perkara berikut:
1. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
2. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
3. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
4. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
5. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
6. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan
pentaksiran.
Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri
berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh
dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak
terkawal.
a) Penilaian Terkawal:
Penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana
pelajar menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak
diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas
dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab
dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk

soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas


sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan)
Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal
persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan
sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga ialah peperiksaan
kendalian Kementerian Pelajaran seperti peperiksaan SPM dan
STPM. Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan
maklumat pengetahuan dan kemahiran pelajar.
b) Penilaian Tidak Terkawal:
Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan
tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada
pemerhatian tersebut. Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran,
guru akan sentiasa memerhati dan membuat pengujian tidak formal
kepada pelajar. Hal ini dilaksanakan semasa pelajar membuat
aktiviti dan projek, sama ada secara individu atau berkumpulan. Hal
ini sangat penting bagi membantu mencapai hasil pembelajaran
yang diharapkan.

Konsep Pentaksiran
Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam
bukunya Pengukuran dan Penilaian Pendidikan
muka surat 23, pentaksiran merupakan satu
proses mendapatkan maklumat untuk membuat
pertimbangan

tentang

produk

sesuatu

pendidikan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam


artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam

Pendidikan
sebagai

Khas,

suatu

mentakrifkan

proses

pentaksiran

pembelajaran

yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,


merekod (pengujian), memberikan skor atau
markah

(pengukuran)

maklumat

(penilaian)

dan
tentang

menterjemah
pembelajaran

seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada


penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa
pentaksiran

merangkumi

pengujian,

pengukuran dan penilaian.

Rajah 1: Perhubungan antara pentaksiran, penilaian, pengukuran dan


pengujian

Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan


bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian
adalah

di

dalam

pentaksiran.

demikian,

untuk

mendalami

pentaksiran,

pemahaman

konsep

Oleh

yang

konsep
pengujian,

pengukuran dan penilaian adalah amat penting

sekali.
Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah
Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang dianggap bersistem
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang
ditetapkan

itu

telah

tercapai.

Hal

ini

membolehkan guru membuat keputusan tepat


berhubung

dengan

pengajaran

dan

pembelajarannya.

Penilaian

mengandungi

aspek

pengujian,

pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan.


Prosedur

penilaian

ini

boleh

dilaksanakan

dalam lima peringkat yang dihuraikan secara


ringkas seperti rajah 2 berikut.

Rajah 2: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepada rajah 2 di atas, pengujian


dan

pengukuran

merupakan

aktiviti-aktiviti

utama dalam penilaian. Untuk menjalankan


penilaian, seseorang guru perlulah terlebih
dahulu

melaksanakan

pengujian

dan

kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap


pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian
murid didapati barulah guru tersebut boleh
menjalankan penilaian terhadap pencapaian
muridnya sama ada murid tersebut lemah,
sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian,
guru akan merancang tindakan susulan untuk
membantu murid-muridnya meningkat prestasi
mereka.
Menurut

Azizi

Ahmad

(2009),

Pengukuran

bermaksud satu proses mendapatkan maklumat


secara numerik atau melalui angka tentang
sebanyak mana individu atau murid mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan
suatu instrumen.
Hasil pengukuran hanya merupakan penentuan
status atau tahap yang tidak mempunyai nilai.
Contohnya, Ali mendapat 70 peratus dalam
ujjian Kajian Tempatan, kita tidak menyatakan

sama ada prestasi Ali ini baik atau tidak.


Pengukuran ini dilaksanakan tanpa nilai seperti
yang diterangkan dalam rajah 3 di bawah.

Rajah 3: Konsep pengukuran

Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran


ketinggian mental seseorang adalah sukar dan
tidak dapat dilakukan dengan menggunakan alat
ukur yang tepat seperti pembaris. Oleh yang
demikian, kita tidak boleh menganggap murid
yang mendapat skor 90 itu adalah dua kali ganda
lebih

pandai

daripada

murid

yang

hanya

mendapat skor 45. Sementara seseorang yang


mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap
sebagai tidak mempelajari sebarang perkara
atau tidak memahami sebarang perkara tentang
sesuatu pelajaran yang dilalui.
Antara keempat-empat istilah, pengujian boleh
dikatakan

mendukung

maksud

yang

labih

sempit atau khusus. Menurut Cronbach, ujian


ialah

satu

prosedur

yang

bersistem

untuk

memerhati
seseorang

perlakuan
individu

dan

atau

tingkah

membuat

laku

huraian

dengan bantuan skala bernombor atau satu


sistem yang berkategori.
Ini dikukuhkan lagi oleh Azizi Ahmad Mohd Isha
Awang (2008) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang


diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan.

(Azizi, 2008; 4).

Proses pengujian lazimnya bermula dengan


perancangan ujian, diikuti oleh pentadbiran
ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan murid seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 4 di bawah. Melalui proses pengujian ini,
guru boleh mengetahui kedudukan dan prestasi
serta penguasaan murid terhadap tajuk-tajuk
yang diuji. Ini membolehkan guru menempatkan

murid-murid mengikut kumpulan dalam bilik


darjah untuk memudahkan pengajaran.

Rajah 3: Proses pengujian

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan suatu


proses

yang

merangkumi

penyediaan

dan

perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan


dan

memberi

menterjemah

skor

(Pengukuran)

maklumat

atau

dan

jawapan

(Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran


dan penilaian mempunyai definisi dan makna
yang tersendiri namun keempat-empat konsep
ini adalah saling berhubungkait antara satu
sama lain dan tidak boleh dipisahkan.
"Guru tidak akan tahu kejayaannya dalam
menyampaikan isi pelajaran, melainkan dia
membuat pentaksiran"

Prinsip-prinsip Pentaksiran
Rajah 1: Prinsip-prinsip pentaksiran

Seperti dalam rajah 1 di atas, prinsip-prinsip


pentaksiran adalah berkaitan antara satu sama
lain. Contohnya instrumen yang disediakan
hendaklah sesuai dengan kumpulan murid yang
ditaksir. Ini adalah sangat penting kerana aras
kognitif murid-murid adalah berbeza mengikut
tahun persekolahan. Oleh yang demikian, adalah
amat tidak relevan sekiranya kertas soalan
tahun 5 diberikan kepada murid-murid tahun 3
dan

sebagainya.

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang


pertama. Ini disebabkan oleh, pentaksiran tidak
dapat dijalankan tanpa satu instrumen ataupun
satu

alat

untuk

menguji

pencapaian

dan

pemahaman murid. Instrumen yang digunakan


dalam pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu
set

kertas

soalan

yang

telah

disediakan

berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU) yang lengkap dan mencakupi semua


kemahiran

yang

hendak

diuji.

Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan


yang ditaksir. Kumpulan yang ditaksir merujuk
kepada kumpulan murid-murid yang hendak
diuji.

Kumpulan

yang

ditaksir

ini

perlu

ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan


mereka dan skop pengetahuan mereka. Ini
adalah sangat penting supaya instumen yang
disediakan adalah relevan dan menepati tujuan
pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi 1 di
bawah.

Situasi 1
"Cikgu Rahman ingin menjalankan pentaksiran terhadap muridmuridnya. Terlebih dahulu Cikgu Rahman menentukan tahun
persekolahan murid-muridnya iaitu tahun 4. Selain menentukan tahun
persekolahan murid-muridnya, beliau juga perlu menetapkan skop
pengetahuan murid-muridnya iaitu apakah tajuk-tajuk yang telah
disampaikan dan apakah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya telah

dikuasai oleh mereka untuk suatu tempoh persekolahan (pertengahan


semester, satu semester, setelah satu kemahiran dan sebagainya)

."

Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons.


Respons merujuk kepada hasil pengujian iaitu
jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh
murid-murid di dalam kertas ujian mereka.
Respons-respons murid memainkan peranan
yang

sangat

penting

di

dalam

pentaksiran

kerana respons-respons ini mengandungi datadata

ataupun

maklumat-maklumat

tentang

pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh


persekolahan; penguasaan murid-murid tentang
satu-satu

tajuk

atau

kemahiran;

dan

juga

keberkesanan strategi yang digunakan oleh


guru.
Prinsip

pentaksiran

yang

keempat

ialah

kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang


mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru
yang menyemak skrip jawapan dan juga mereka
yang

menganalisis

respons-respons

skrip

yang

jawapan

telah

ataupun

diberikan

oleh

murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru


yang

mentaksir

skrip

jawapan

ini

terdiri

daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang


tidak mengenali kumpulan murid yang ditaksir.
Dengan ini barulah skor yang diperolehi itu
adalah

lebih

tepat

dan

menggambarkan

keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid


yang

sebenar.

Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor.


Skor merupakan data numerik yang diperolehi
daripada

analisis

respons-respons

yang

diberikan oleh murid-murid. Dengan kata lain,


hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk
skor.

Daripada

skor

inilah

guru

dapat

mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan


murid terhadap satu-satu kemahiran atau tajuk
pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guruguru untuk menganalisis secara lebih terperinci
tentang

pencapaian

murid-murid.

dan

tahap

penguasaan

"Pentaksiran yang baik menentukan kesahan


dan kebolehpercayaan skor yang diperoleh"

Ciri-ciri Pentaksiran yang Baik


Rajah 1: Ciri-ciri pentaksiran yang baik

Menurut
merupakan

Naapie

Mat

satu

konsep

(2006),

kesahan

pengukuran

yang

merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan


sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat
ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang
tinggi sekiranya dapat mengukur secara tepat
kebolehan dan keupayaan calon-calon yang
diuji. Merujuk kepada manual am pentadbiran
instrumen

Kementerian

Pelajaran

Malaysia,

Kesahan ujian melibatkan dua perkara iaitu


relevan dan cakupan. Oleh yang demikian itemitem yang dikemukakan hendaklah akur dengan
kurikulum

dan

spesifikasi

ujian

serta

mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan


sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007),


kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada
pencapaian

calon

adalah

tekal

apabila

mengambil ujian itu beberapa kali. Terdapat


beberapa

faktor

yang

mempengaruhi

kebolehpercayaan skor ujian. Antaranya ialah


keadaan

emosi,

tempat

ujian,

suasana

persekitaran dan kesihatan. Faktor-faktor ini


boleh mempengaruhi calon memberi jawapan
yang berlainan. Kebolehpercayaan skor sesuatu
ujian

dapat

dipertingkatkan

dengan

menyediakan bilangan soalan yang berpatutan.


Dengan ini, calon benar-benar dapat
dengan

cara

yang

boleh

diuji

dipercayai.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007),


Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada
ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon.
Sesuatu

ujian

dikatakan

mempunyai

ciri

keobjektifan yang tinggi sekiranya pemeriksa


memberi

markah

ditentukan.

Dengan

skim
kata

pemarkahan
lain

ujian

yang
yang

mempunyai keobjektifan yang tinggi adalah


ujian yang mempunyai skema pemarkahan yang
telah ditetapkan dan tidak boleh dipengaruhi
oleh emosi pemeriksa. Ini bermaksud skrip
jawapan yang sama akan menunjukkan markah
yang sama walaupun diperiksa oleh beberapa
orang

pemeriksa.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007)


lagi, kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk
sejauh mana kelicinan proses pengujian dapat
dilaksanakann

di

dalam

bilik

atau

dewan

peperiksaan. Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu


ujian merangkumi aspek-aspek penyediaan bilik
peperiksaan,

masa

yang

singkat,

ujian

dimulakan tepat pada masa, arahan yang jelas,


pengawasan yang rapi dan pengutipan skrip
jawapan yang terurus. Selain itu, bilangan
soalan yang disediakan mestilah berpatutan
dengan masa yang diperuntukkan agar calon
dapat menjawap semua soalan-soalan tersebut
dalam

masa

yang

ditetapkan.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007)


lagi,

kebolehtafsiran

sesuatu

ujian

dapat

merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian


calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh
memberi maklumat yang jelas mengikut objektif
penilaian.
tafsiran,

Hasil
dapat

penilaian

daripada

memberi

gambaran

proses
jelas

mengenai pencapaian dan kedudukan calon,


kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian
strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P),
kesesuaian item ujian dan pencapai objektif P&P
di dalam kelas. Oleh yang demikian, adalah amat
penting markah pencapaian calon dikumpul dan
ditafsir dengan tepat dan jelas dalam bentuk
angka

statistik,

jadual

dan

graf

supaya

kebolehtafsirannya tinggi.
"Susah melaksanakan pentaksiran, lebih susah
lagi merancang pentaksiran"

You might also like