Persekitaran Makro

You might also like

You are on page 1of 14

Bab 4 Penilaian Persekitaran Pelaburan (Ventures Environment Assessment)

Pengenalan
Perniagaan mengenai persekitaran pelaburan selalunya membincangkan mengenai
pasaran, pengurusan ekonomi dan sebagainya.
4.1 Komponen Persekitaran pelaburan (The components of ventures environment)
Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan
perniagaan mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan
mereka sedang berkembang. Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan
perniagaan berlaku. Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
1) Pandangan Makro pandangan persekitaran luaran
2) Pandangan Mikro pandangan persekitaran luaran dan dalaman
a) Persekitaran Luaran (External Environment)
Persekitaran luaran boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat
untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.
Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:
Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation)
Ekonomi
Kebudayaan Sosial
Teknologi
Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran Mikro terhadap
pelaburan perniagaan adalah sebahagian daripada Persekitaran Luaran Pelaburan,
tetapi ia secara langsung boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan.
Ini juga dikenali sebagai Persekitaran Industri atau Persekitaran Tugas.
Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:
Pengguna
Pesaing (Competitors)
Pembekal
Institusi Kewangan
Organisasi bukan Kerajaan
Agensi Kerajaan
Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga dikenali sebagai Persekitaran
Bersifat Persaingan di dalam Model Porter 5 Forces yang mana termasuk
ancaman terhadap kemasukkan pesaing baru, produk tiruan (pengganti) dan kuasa

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

tawar menawar pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh dianggap


sebagai Persekitaran Umum manakala Organisasi bukan Kerajaan dan Agensi
Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan undang-undang yang dibuat.
b) Persekitaran Dalaman (Internal Environment)
Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh
usahawan. Walau bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini.
Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut:
Struktur Organisasi
Budaya
Sumber

4.2 Pengaruh Persekitaran Makro


Sebelum ini telah dinyatakan persekitaran makro melibatkan unsur seperti politik dan
undang-undang yang dibuat, ekonomi makro, teknologi dan kebudayaan sosial. Dalam
bahagian ini, kita akan menerangkan kesemua unsur tadi dan pengaruhnya terhadap
usahawan.
4.2.2 Politik dan undang-undang yang dibuat
Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang
yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian
dan sumber. Ini adalah keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang
mereka ada. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang
yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang akan dibuat. Mereka perlu patuh dan
menerima polisi, undang-undang yang dibuat dan peraturan dimana perniagaan tersebut
dijalankan.
Politik & Undang-undang yang dibuat Isu global a) Halangan Perdagangan & tarif
b) Risiko politik
c) Perjanjian Perdagangan
Isu nasional d) Cukai
e) Peraturan
Isu Global
a) Halangan Perdagangan dan Tarif
Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan
yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber
aliran bebas dari negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan.

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan pada industri automobil di


Malaysia.
b) Risiko Politik
Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan, rasuah dan
keganasan di dalam negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di
kawasan yang risiko politik yang tinggi, adalah sukar dan mahal untuk usahawan
membeli, melindungi dan mengatur sumber. Risiko lain termasuk politik dan
keganasan fizikal, pemerasan dan korupsi akan melibatkan rasuah atau
pembayaran yang tidak beretika akan berlaku. Ini akan menambah kepada kos
untuk pelaburan baru.
c) Perjanjian Perdagangan
Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara.
AFTA sebagai contoh. Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan
mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk berdagang di pasaran
antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produtiviti ekonomi di
dalam pasaran serantau.
Isu Nasional
d) Cukai
Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada
peringkat nasional. Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti berikut:
Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk
melabur.
Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan
merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.
e) Peraturan
Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau
bagaimanapun, adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan
tersebut. Ini melibatkan tambahan kos kepada perniagaan untuk kertas kerja,
ujian, pemantauan dan pelaksanaan.
Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti
ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kesetabilan politik sesuatu negara dimana
operasi perniagaan dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk
memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.
4.22 Ekonomi
Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan
sesuatu pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan
penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu
menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan dimana operasi

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama
lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro. Walau bagaimanapun,
usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih banyak kesan
kepadanya. Usahawan haruslah meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan
keadaan makro ekonomi yang akan memberi kesan kepada pelaburan baru. Mereka
haruslah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk
menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.
Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai
persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim
perniagaan.
Apakah keadaan ekonomi semasa?
Apakah suasana pasaran buruh?
Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?
Apakah nilai pertukaran mata wang?
Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?
Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma tadi serupa?
Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?
Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?
Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?
Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?

4.2.3 Kebudayaan Sosial


Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek:
Demografis
Aliran budaya dalam masyarakat
a) Perubahan demografis
Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan struktur
bilangan penduduk menurut umur, jantina, lokasi geographical dan bilangan
penduduk distribusi pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan
kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Walau
bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar kawalan usahawan.
Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti
peluang perniagaan yang ada. Contoh: Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam
masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan
dan pakaian kanak-kanak.
b) Aliran Sosial
Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara
hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang
perniagaan. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah:
i)
pembentukan rumah tangga
ii)
ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh
iii)
tahap pendidikan
iv)
Corak pembelanjaan
v)
Corak waktu lapang (leisure)
Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan
sendiri untuk menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti
meramalkan dan menilai segala perubahan yang berlaku untuk memperolehi
keuntungan.
4.2.4 Teknologi
Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan, kejuruteraan,
proses, hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis
teknologi memerlukan penilaian dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan
dan dikomersilkan. Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin
(pure invention) dan Proses Inovatif.
a) Penemuan Tulin
Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza dari
teknologi sedia ada atau produk. Untuk ini, penciptaan selalunya mempunyai nilai
ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal dan selalunya
dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penemuan
tersebut. Walaupun begitu, terdapat kelemahan kerana tiada pasaran untuk
penemuan tersebut pada peringkat awal pasaran. Penemuan baru mencipta pasaran
dan peluang untuk perniagaan. Contoh: penemuan semikonduktor mencipta peluang
perniagaan di dalam bidang komputer.
b) Proses Inovatif
Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk, produk
formulasi dan pengeluaran, bahan dan pengedaran. Menilai dan memantau
perubahan teknologi bukannya perkara yang mudah kerana bukan mudah
memperolehi maklumat. Malah saintis yang terlibat didalam kajian awal tidak
mengetahui nilai komersil yang dicapainya. Walau bagaimanapun, ia merupakan
satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui informasi
tersebut.

4.3 Persekitaran Mikro

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran
industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk
usahawan mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Usahawan memerlukan
perancangan dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di
dalam industri. Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing, pembekal, institusi
kewangan, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.
a) Pengguna
Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan. Mereka
mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri.
Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti: surirumah,
pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna adalah raja di dalam sistem
pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar,
agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi
keputusan usahawan.
b) Pesaing
Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis pesaing
mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi
kehendak pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat
kepada pengguna tersebut. Mereka boleh mengenal pasti pengguna (untuk
perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan baru) dengan
bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh
mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.
Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan menentukan
tahap persaing di dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pastik kekuatan
dan kelemahan pesaing mereka dengan alat ini dan membantu mereka memulakan
pelaburan baru.
c) Pembekal
Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan.
Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual.
Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di
pasaran.
d) Insitusi Kewangan
Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membaiyai perniagaan baru
atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi
kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baru kerana tidak
mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana
akan membebankan perniagaan baru. Oleh demikian, institusi kewangan
mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.
e) Agensi Kerajaan

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.


Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian.
Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan.
Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan mempunyai objektif dan tujuan
tertentu. Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada usahawan.
f) Organisasi Bukan Kerajaan
Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan,
Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan
kerajaan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan
melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran
maklumat mengenai sesuatu produk. Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna
dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap
sesuatu isu.

4.4 Organisasi Persekitaran Dalaman


Organisasi Persekitaran Dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya. Kesemua
unsur ini mempengaruhi usahawan di dalam membuat keputusan dan aktiviti yang
dilakukan. Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum
membuat sebarang keputusan atau formulasi sebarang strategi.
a) Sumber
Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah usahawan itu sendiri,
kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan
reputasi. Ciri-ciri peribadi keusahawanan, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan
dan pengalaman adalah sebahagian daripada sumber usahawan. Kesemua sumber
ini akan proses bersama di dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan.
b) Struktur
Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk membolehkan ia
menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.
c) Budaya
Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi perniagaan
untuk kebaikan kesemua sumber manusia.

4.5 Pengenalan kepada Peluang Perniagaan

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar situasi yang
buruk atau rugi menjadi situasi yang baik atau menguntungkan. Menurut Myzuka (2000),
peluang boleh didefinasikan sebagai:
Suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan yang
nyata oleh pengusaha perniagaan, ia akan menghasilkan keuntungan kewangan.
Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan persekitaran sosial usahawan.
Peluang juga boleh dijelaskan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang
menyediakan kemungkinan yang unik (tersendiri) dan jelas untuk memberikan nilai pada
inovatif dan penciptaan. Peluang juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk
mencipta yang baru yang melibatkan pengetahuan, teknologi, ekonomi, politik, sosial dan
keadaan (suasana) demografis.
Kebanyakkan peluang yang baik dalam perniagaan tidak selalunya muncul (timbul) tetapi
keputusannya adalah berpunca dari sikap usahawan yang berwaspada di dalam mengenal
pasti peluang yang bakal mereka perolehi. Kebanyakkan usahawan tidak mempunyai cara
formal untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Walau bagaimanapun,
pengguna, rakan sejawat perniagaan, rakan di dalam sistem pengedaran dan orang
teknikal adalah sumber yang terbaik untuk mendapatkan idea pelaburan yang baru.
4.5.1 Pengenalan kepada Peluang: Fasa Proses Perspektif terhadap Keusahawanan
Pengenalan kepada peluang adalah satu fasa utama di dalam Proses Perspektif terhadap
keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih manusia
mengenal pasti peluang yang ada. Peluang ini sendiri dihasilkan oleh faktor ekonomi,
teknologi dan sosial. Penumpuan kepada faktor ini, memberikan peluang kepada pelabur
baru yang berminat.
Menurut Mukesh Chatter di dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi,
teknologi dan keadaan sosial akan mencipta peluang; tetapi tiada apa akan berlaku pada
peluang ini sehingga adanya orang yang mempunyai motivasi dan bertenaga untuk
mengenali peluang tersebut.
Usahawan sepatutnya boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan yang
ada. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut dan mengejar peluang
tersebut. Sesetengah usahawan merampas peluang melalui eksplorasi dan sesetengah
usahawan mendapat peluang dari keadaan yang untung. Usahawan yang mengejar
peluang seharusnya menambahkan nilai produk atau perkhidmatan mereka untuk menarik
pelanggan, pengedar dan penjual. Peter Drucker, adalah seorang penulis pengurusan
yang terkenal telah mengenal pasti tujuh potensi sumber untuk memperolehi peluang dari
konteks luaran seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:
No Peluang dari Sumber

Keadaan/Kedudukan

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

Keadaan
diduga.

yang

tidak Peluang boleh juga diperolehi apabila situasi dan


kejadian yang tidak diharapkan. Kejadian tersebut boleh
terjadi secara tidak diduga sama ada berita kejayaan/baik
atau beriya kegagalan/buruk boleh menjadi suatu
peluang yang baik untuk usahawan mengejarnya.
Bertentangan
(tidak Situasi yang tidak logik boleh berlaku apabila terdapat
logik)
ketidak stabilan yang muncul. Sebagai contoh: Adalah
terdapat peluang untuk direbut apabila cara pemikiran
konvensional tidak lagi menjadi perkara benar. Di dalam
situasi begini, usahawan yang berupaya memikirkan
sesuatu cara diluar tradisi akan memperolehi peluang
tersebut.
Keperluan proses
Peluang keusahawanan boleh diperolehi dari proses
yang ditemui hasil dari proses kajian dan pembangunan
yang dilakukan oleh para pengaji dan pakar teknikal
yang menghasilkan produk dan perkhidmatan. Malah
sebelum sesuatu penemuan ditemui, berbagai peluang
yang akan wujud untuk digunakan oleh usahawan
semasa proses tersebut.
Struktur industri dan Perubahan teknologi, nilai sosial dan citarasa pengguna
pasaran
boleh menukar struktur industri dan pasaran. Situasi
seperti ini akan memberikan usahawan peluang untuk
melakukan sesuatu yang inovatif terhadap produk dan
perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Demographics
Pertukaran demograhics akan mempengaruhi industri
dan pasaran terhadap sasaran pasaran dan segmen
pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada usahawan
untuk melibatkan diri dan memenuhi kehendak
penduduk.
Perubahan
Persepsi Persepsi adalah satu pandangan realiti. Pertukaran
(perhatian)
terhadap persepsi boleh mempengaruhi hati manusia
secara profil psikographics terhadap nilai yang mereka
ada, apa yang mereka percaya, dan apa yang mereka
ambil berat. Pertukaran sikap dan nilai ini boleh
mencipta peluang pasaran untuk para usahawan.
Pengetahuan baru
Pengetahuan baru adalah sumber peluang untuk
usahawan. Contoh pengetahuan baru adalah teknologi
baru dan penemuan baru yang boleh menjadi sumber
informasi untuk keusahawan mencipta. Dengan
mengunakan pengetahuan ini , usahawan boleh
menghasilkan produk dan proses baru, serta berupaya
untuk bersaing dengan produk keluaran lain.

4.5.2 E-Commerce (perdagangan) adalah suatu peluang baru

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

Evolusi elektronik perdagangan telah mencipta banyak peluang baru dan perniagaan
baru. Walau bagaimanapun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-commerce
boleh memakan kos yang tinggi. E-commerce memberi peluang usahawan untuk
menukar idea kepada pasaran baru yang mengasyikkan. Usahawan boleh menggunakan
katalog di laman web untuk mempromosi dan menjual produk mereka secara online.
Teknologi yang menggunakan e-commerce menawarkan informasi yang memberi
bantuan kepada pengguna membuat keputusan.
Informasi di dalam e-commerce boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang
dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat tersebut le). Ia
membolehkan syarikat membawa pelanggan untuk mengalami pengalaman web dari
mula sehingga akhir. Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan secara peribadi yang
sesuai mengikut kehendak individu tersebut dan membolehkan interaktif antara pengguna
dan syarikat itu sendiri. Perkara yang paling penting adalah e-commerce boleh
mengurangkan kos transaksi.
4.6 Penilaian Terhadap Peluang Perniagaan
Sama ada peluang tersebut dikenal pasti dari pandangan pengguna, teman sejawat
perniagaan, melalui rakan atau orang teknikal. Setiap peluang mestilah ditapis dan dinilai
dengan berhati-hati. Penilaian merupakan elemen yang paling kritikal bagi proses
keusahawanan. Jadual pada muka surat 41 (modul OUM), menunjukkan proses penilaian
yang mana melihat ciptaan dan lamanya kesempatan itu ada, ia adalah nyata dan
mengetahui nilai sebenar, dan ia membezakan kelebihan di dalam persekitaran yang
penuh dengan persaingan.
Kesempatan (peluang) mestilah sesuai dengan kepandaian individu dan matlamat
usahawan tersebut. Plan taksiran kesempatan (peluang) mestilah pendek, fokus terhadap
peluang tersebut dan bukan pada keseluruhan pelaburan (venture). Plan tersebut mestilah
mempunyai asas untuk membuat keputusan sama ada untuk bertindak terhadap peluang
yang ada atau tidak. Plan perniagaan yang baik mesti dibangunkan untuk mengeksploitasi
peluang yang ada. Sumber untuk peluang tersebut mestilah juga ditentukan. Akhirnya,
usahawan mestilah menggunakan sumber tersebut untuk melaksanakan plan perniagaan
tersebut.
Kenal pasti
menilai peluang

dan

Ciptaan
dan
lamanya peluang
yang ada
Nyata
dan
mengetahui nilai
sebenar
Risiko
dan
pulangan
terhadap
peluang tersebut

Membina
perniagaan

Judul Halaman
Kandungan
Executive
summary
Penerangan terhadap
perniagan
Penerangan terhadap
industri
Plan pemasaran
Plan Pengeluaran

1.0
2.0
3.0
4.0

plan

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

Sumber
diperlukan

yang

Sumber
usahawan yang
sedia ada
Jurang sumber
dan pembekal
yang ada
Sumber boleh
dicapai apabila
dikehendaki

Mengurus syarikat

Corak pengurusan
Kunci
yang
berbagai
untuk
kejayaan
Kenal pasti dan
kemungkinan
masalah yang ada
Melaksanakan
sistem kawalan

sumbangan@gmail.com

10

Peluang
melawan
kemahiran
matlamat
individu
Situasi
persaingan

dan

5.0 Plan Organisasi


6.0 Ringkasan
Apendik

Aspek terhadap Proses Keusahawanan


4.6.1 Magnitude(besarnya) Terhadap Peluang
Magnitud terhadap peluang bergantung kepada faktor di bawah:

Nilai yang usahawan itu mahu cipta.


Saiz peluang yang akan menarik perhatian pelabur
Faktor ekonomi yang memerlukan kecekapan menggunakan aset.
Keperluan perniagaan untuk menarik rakan sepasukan untuk menjayakan
perniagaan.

Walau bagaimanapun, usahawan berasaskan perkembangan tidak hanya


mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi mesti juga menimbangkan harapan
kadar pertumbuhan akan datang. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka
masa yang lama akan memberikan kesan yang negatif kerana ia memerlukan peruntukkan
kewangan yang banyak dan berterusan. Manakala sekiranya kadar pertumbuhan yang
terlalu rendah akan menyebabkan usahawan gagal menimbulkan keinginan untuk
mencipta dan tidak berjaya menarik pelabur.
Peluang yang baik datang dalam tiga situasi:
Peluang yang asli mesti menjadi petunjuk kepada peluang lain
Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan kemahiran
yang boleh mempengaruhi untuk pencarian lebih banyak idea baru
Pelaksanaan terhadap peluang mestilah dilakukan secara berkumpulan atau
pengkongsian
Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan seperti syarikat baru perlu
hidup di dalam industri yang luar dan perlu mencari jalan untuk bersaing dan membuat
duit.
4.6.2 Sumber kepada Peluang: Sumber (asal mula) terhadap Pelaburan Baru
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang (kesempatan) adalah situasi dimana
perubahan teknologi, (terutama) ekonomi, politik, sosial atau keadaan demographics akan
menghasilkan sesuatu yang baru. Jadual di bawah menunjukkan lima contoh peluang
yang berbeza apabila berlaku perubahan teknologi

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

11

No

Jenis
Peluang
Produk atau
perkhidmatan
baru
Cara
baru
mengurus

Perubahan
teknologi
Internal
combustion
engine
Internet

Contoh idea perniagaan yang


dihasilkan dari peluang tersebut
Automobil

Alasan

Penjualan buku secara online

Pasaran baru

Peti sejuk

Petisejuk kapal

Pengeluaran
cara baru

Komputer

Rekabentuk menggunakan komputer

Bahan
mentah baru

Minyak

Penghasilan petrol

Internet membolehkan penjual


menjual produk tanpa mebuka
kedai
Petisejuk di dalam kapal memboleh
penjualan daging keseluruh negara
Komputer membenarkan pereka
mencipta produk tanpa membina
prototaip secara fizikal
Petrol dihasilkan dari kilang
penapisan untuk digunakan pada
kenderaan

1
2

Ia digunakan utk mengerakkan


automobil

4.6.3 Peluang (kesempatan) dan Firma Baru


Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik di dalam
mengeksploitasikan peluang yang jika dibandingkan dengan syarikat yang baru. Apabila
syarikat telah berniaga beberapa ketika, ia telah mempunyai beberapa kelebihan
berbanding dengan syarikat baru seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah.
No
1

Kelebihan
Proses pembelajaran (learning curve)

Reputasi

Aliran Wang (tunai)

Skala ekonomi

Aset sampingan

Alasan
Syarikat baru belum lagi habis proses pembelajaran dan masih
menghasilkan produk dan pasaran yang kurang baik. Walau
bagaimanapun, hasil akan bertambah baik apabila telah lama
menghasilkannya
Kajian telah menunjukkan manusia suka membeli produk dari
pengedar yang mereka kenali dan percaya
Sekiranya perniagaan berjaya, mereka mempunyai aliran tunai yang
positif yang boleh digunakan untuk membangunkan produk dan
perkhidmatan baru, Mereka juga boleh mengunakan wang tersebut
untuk melabur di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan baru
untuk memenuhi permintaan pengguna
Skala ekonomi memberi manfaat kepada syarikat yang telah kukuh
berbanding dengan syarikat baru kerana ia telah pun menghasilkan
produk dan perkhidmatan. Syarikat yang telah kukuh ini berhadapan
dengan kos yang jauh lebih rendah dari syarikat baru kerana ia telah
menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan
Aset sampingan akan digunakan oleh usahawan untuk menghasilkan
produk baru atau pengedaran produk. Syarikat baru selalunya
menghadapi masalah untuk bersaing dengan syarikat yang telah kukuh
kerana mereka kekurangan aset sampingan

Kelebihan syarikat yang kukuh berbanding syarikat baru


Dimensi Peluang

Bergantung sepenuhnya terhadap reputasi


Mempunyai kekuatan proses pembelajaran
Mengambil banyak kapital
Berkehendakkan skalau ekonomi
Memerlukan aset sampingan di dalam pemasaran dan
pengedaran

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

Apakah Pilihannya
Syarikat yang telah kukuh
Syarikat yang telah kukuh
Syarikat yang telah kukuh
Syarikat yang telah kukuh
Syarikat yang telah kukuh

sumbangan@gmail.com

12

Bergantung kepada peningkatan kebaikan produk


Mengunakan kemampuan untuk membinasakan
inovasi
Tidak memberi keperluan kepuasan pada pengguna
yang telah menggunakan produk dari firma utama
Bergantung sepenuhnya kepada inovatif yang diskret
Bergantung kepada kapital manusia

Syarikat yang telah kukuh


Syarikat baru
Syarikat baru
Syarikat baru
Syarikat baru

Glosari
Venture Environment
(Persekitaran Pelaburan)
External Environment
(Persekitaran Luaran)

Situasi di mana operasi pelaburan syarikat berlaku

Juga dikenali sebagai persekitaran mikro. Persekitaran diluar


organisasi yang mengandungi elemen seperti: politik dan
undang-undang yang dibuat, ekonomi, budaya sosial dan
teknologi
Industrial Environment
Juga dikenali sebagai persekitaran mikro iaitu sebahagian
(Persekitaran Industri)
daripada persekitaran luaran yang mengandungi elemen
seperti: pengguna, pesaing, pembekal, Institusi kewangan,
agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)
Internal
Environment Situasi di dalam organisasi dimana mengandungi struktur
(Persekitaran Dalaman)
organisasi, budaya dan sumber
Trade barriers and tariff Dikuat kuasakan oleh kerajaan terhadap barang dan
(Sekatan perdagangan perkhidmatan yang didagang di pasaran antarabangsa
dan tarif)
Social-cultural
Merujuk kepada demographics dan budaya pasaran pada
(Budaya Sosial)
masyarakat
Resources
based Grid yang boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisa
competitives analyses
dan meletakkan paras kedudukan (rank) pesaing di dalam
industri
Business
opportunity Adalah konsep perniagaan menjadi nyata apabila idea
(Peluang Perniagaan)
bertukar menjadi produk atau perkhidmatan yang akan
membawa keuntungan kepada syarikat
Ujian 1
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka?


Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan?
Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru?
Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat baru?
Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan?
Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan?
Bagaimana anda menilai peluang perniagaan?

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

13

Ujian 2
1. Kenapa usahawan perlu mengetahu mengenai politik dan undang-undang yang
dibuat berdasarkan dimana operasi syarikat akan dijalankan.
2. Beri contoh dari isu global yabg pengusaha perlu tahu.
3. Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan
baru?
4. Apakah rupabentuk perubahan teknologi?
5. Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman?
6. Senaraikan sumber peluang perniagaan?
7. Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan?
8. Apakah faktor-faktor peluang?

Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan

sumbangan@gmail.com

14

You might also like