Professional Documents
Culture Documents
Model Konstruktif
Model Konstruktif
DISEDIAKAN OLEH
KAMALUDIN BIN AHMAD
PENGENALAN
Menurut Judd, Piaget dan Dewey, pengajaran melibatkan lebih daripada mengajar
pelajar-pelajar melakukan respon khusus pada masa dan tempat yang tepat; ia
melibatkan pembelajaran strategi penyelesaian masalah, heuristik dan stratetgi belajar
(Wittrock, 1991). Wittrock menjelaskan pembelajaran melibatkan interaksi di antara
pengetahuan pelajar dan ingatan dan maklumat yang hendak dipelajari. Pengajaran pula
adalah proses yang mendorong pelajar-pelajar membina interaksi ini. Bagi Gabay
(1991), pembelajaran adalah komponen utama dari aktiviti timbal-balas, sebab hasil
yang jelas dikehendaki ialah meningkatkan pengalaman pelajar. Mengajar pula
mencipta syarat atau suasana yang memudahkan pembelajaran.
Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan
kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sukatan matematik KBSR meliputi
kemahiran, nombor bulat dan opeasi; pecahan dan operasi; perpuluhan dan operasi;
wang; ukuran dan sukaran; ruang; purata; peratus; dan graf. Berdasarkan Huraian
Sukatan Pelajaran Matematik, matlamat KBSR untuk membina dan mengembangkan
kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Selain itu murid
dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Terdapat 7 Objektif yang
telah disenaraikan, yang merangkumi kemahiran asas, kemahiran menggunakan bahasa
dan menyelesaikan masalah.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR pula cuba memenuhi objektif di
atas. Terdapat 6 perkara yang perlu dipertimbangkan, salah satunya (yang pertama);
Murid perlu dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik
melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistem
sebelum diperkenalkan kepada simbol dan algoritma yang merupakan perwakilan
Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli
pendidik
menjelaskan
proses
berorientasi-pelajar
mempastikan
pelajar-pelajar
Guru-guru harus tahu ciri-ciri pengajaran pemusatan murid, supaya mereka dapat
mangamalkan model ini dengan lebih berkesan. Mengikut Mok Soon Sang (1993)
terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh menjadi panduan, di sini penulis hanya
menyeneraikan sebahagian ciri-cirinya yang dirasakan oleh penulis cukup berkait rapat
dengan fahaman konstruktif. Ciri-ciri tersebut ialah;
Dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan penting, guru merupakan
pemimpin dan membimbing aktiviti.
Interaksi guru dan murid secara dua hala. Interaksi ini mengakibatkan murid
berfikir.
Guru bersifat demokratik, murid-murid sentiasa digalakkan memberi
pendapat mereka, keadah perbincangan digalakkan.
P&P lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid.
Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya
murid memahami dan berupaya membuat kesimpulan.
Interaksi antara murid adalah banyak. Aktiviti kumpulan digalakkan.
FAHAMAN KONSTRUKTIF
Fahaman konstruktif dikatakan bermula daripada usaha Jean Piaget, walaubagai mana
pun terdapat sarjana lain seperti Dewey yang secara tidak langsung telah mengutarakan
fahaman yang hampir sama (lihat kenyataan beliau sebelum ini di atas) apa bila dia
menjelaskan, pembelajaran muncul daripada pelajar memproses dari pengalaman
terus mereka (Withall, 1991) dan, Skills are not acquired by drill and rote
memorization but by activities that the learners, with the aid of educator, employ to
serve their interests and need.
Selain itu satu teori telah dibina oleh professor P. Ya Galperin dalam tahun 1950an di
USSR yang dikenali sebagai Theory of Stage-by-Stage Development of Mental
Actions (Gabay, 1991) yang mana analisis teoritikal ini berdasarkan kepada
actions/tindakan sebagai unit utama aktiviti manusia. Galperin (1957, 1969, dalam
Wittrock, 1991) telah mengemukakan model tindakan mental dalam pengajaran.
Pengajaran dalam model ini melibatkan berturut-turut internalization kawalan
terhadap tindakan pelajar atau aktivitinya.
Dua contoh yang diutarakan di atas, bagi penulis mempunyai kaitan dengan fahaman
konstruktif.
bukanlah secara terus melalui deria kita, tetapi pertama dan yang lebih utama melalui
tindakan kita (Sinclair, 1987). Ini bermaksud ilmu pengetahun baru dibina daripada
perubahan atau tranformasi subjek diperkenalkan kepda hubungan/interaksi di antara
yang mengetahui dan yang diketahui (knower-known relationship).
Piaget juga
menyatakan that activity means internal manipulations of objects, and that meanings
come from the actions the child performs on these objects, rather than from these
objects themselves (Wittrock, 1991). Sinclair menjelaskan salah satu maksud tulisan
von Glasersfeld, iaitu pada semua peringkat subjek membina theories (dengan
tindakan atau pemikiran) untuk memberi makna terhadap pengalamannya.
Pandangan asas ahli konstruktif ialah, perubahan dalam hubunan di antara subjek dan
objek akan menuju ke arah yang leibh baik walau pun tidak sempurna - subjek
memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih baik dari tindakan atau proses pemikirannya
sendiri. Ini jelas bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru
kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna (KPM, 1995).
Ernst von Glasersfeld dianggap oleh Ernest (1991) telah melanjutkan asas kerja Piaget
dengan signifikan, mengembangkan hasilnya dengan baik dan menghuraikan
konstruktivis epistemologi kepada dua prinsip:
I. Prinsip A: Prinsip konstruktivisme trivial : pengetahuan bukannya diterima
secara pasif tetapi dibina secara aktif oleh pihak yang berlajar
II. Prinsip B: Prinsip konstruktivisme radical : fungsi kognisi adalah untuk
menyesuai dan memberi khidmat mengorganisasi dunia pengalaman,
bukannya penemuan realiti ontologi.
Dalam Prinsip A; sebarang pengetahuan baru telah dibina secara aktif dari preexisting objek mental dalam minda pelajar dan ia dibina secara unik dengan gaya
tersendiri. Model ini dikatakan telah merangsang perkembangan dalam pengajaran.
Prinsip B; dikatakan bahawa semua pengetahuan adalah dibina, dan bahawa tiada
sesiapa yang memberi tahu kita sebarang hal mengenai dunia itu. Ini jelas
menunjukkan mengapa ia dikatakan radical
Dari sudut konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah;
berperanan sebagai pelajar atau penyelidik, ini akan membantunya memahami
bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan; guru berperanan sebagai
pengurus, murid diterima sebagai individu yang penting dalam proses pembelajaran dan
perlu diberi perhatian yang wajar. Dari itu setiap orang murid mempunyai peranan
dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Penekanan diberi kepada
menyediakan murid dengan peluang untuk membina pengetahuan dan kemahiran
(KPM, 1995).
proses pengajaran dan pembelajaran dalam dua skop, iaitu tindakan dan interaksi.
Tindakan di sini bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa belajar
(membina konsep atau pengetahuan) dengan menggunakan bahan (walaupun kadangkadang boleh dikatakan sebagai interaksi murid dengan bahan). Interaksi pula
bermaksud interaksi murid secara verbal atau tulisan dengan guru dan sesama murid
(yang mana dalam proses ini murid akan membina pengetahuan/konsep).
10
Berdasarkan kepada fahaman konstruktif, di bawah penulis akan cuba memberi dua (2)
contoh pengajaran yang dirasakan bersesuaian dengan konteks di atas.
Contoh 1:
Contoh ini merupakan satu idea yang diambil dari proses pengajaran sebenar yang telah
dilakukan oleh guru pelatih praktikum I 1996 (baru 2 minggu ke sekolah) bimbingan
penulis.
disesuaikan dengan tujuan artikel ini kerana dalam proses yang sebenar terdapat
beberapa kekurangan yang telah dilakukan oleh guru pelatih.
Catatan
Walaupun permulaan
tidak begitu baik. Guru
mengkaitkan sifir lima
dengan isi pelajaran.
Bahan yang diberi 12
jalur bersenggat dan 12
jalur nor 5, 10 hingga 60.
11
12
interaksi guru-murid;
murid melakukan aktiviti
seolah-oleh mereka
sedang membuat sebuah
jam. [aktiviti khusus
yang dilakukan oleh P]
13
Mengwujudkan
pertentangan idea awal
murid dengan aktiviti ini.
Proses ini guru pelatih
tidak dapat melakukan
proses negatiation dan
memantapkan yang
jarum panjang untuk
minit dengan baik.
[mungkin ini kerana
pertama kali diselia,
pertama kali mengajar
dan baru 2 mingu di
sekolah] [Hasil aktiviti
khusus]
Dari contoh di atas apa yang hendak diutarakan ialah ada proses murid berinteraksi
dengan bahan, membina sebuah jam (memasang senggat minit, jarum panjang dan
jarum pendek). Dalam proses ini murid terpaksa bersama-sama memasang dan
14
Contoh 2:
Contoh ini juga merupakan satu idea yang diambil dari proses pengajaran sebenar yang
telah dilakukan oleh guru pelatih praktikum I 1996 (baru 2 minggu ke sekolah)
bimbingan penulis, tapi guru pelatih yang lain. Pengubah suaian versi pengajaran
tersebut juga dilakukan kerana dalam proses yang sebenar terdapat beberapa
kekurangan yang telah dilakukan oleh guru pelatih.
15
16
Contoh di atas, menunjukkan guru tidak terus memberitahu murid-murid apa pecahan
termudah (kebiasaannya guru terus menerangkan maksud pecahan termudah bereserta
contohnya dan murid hanya menerima sahaja), tetapi melalui manipulatif bahan; iaitu
proses mereka melorek, merekod, membanding, berbincang dan membuat kesimpulan
(proses ini melibatkan unsur-unsur kemahiran berfikir KBKK). Akhirnya mereka
sendiri membuat kesimpulan apa itu pecahan termudah. Di sini murid telah membina
pengetahuan mereka melalui proses pengalaman aktif, refleksi dan abstraksi. Nik Azis
Nik Pa (dalam Ibrahim Md.Noh, 1993) menjelaskan pengalaman aktif diperolehi oleh
murid dengan melakukan tindakan di dalam sesuatu aktiviti. Refleksi ialah proses
mental memantau operasi-operasi yang berlaku di dalamnya ketika melaksanakan
tindakan. Abstraksi pula ialah mengungkap konsep, fakta atau tatacara yang diwakili
oleh tindakan ke dalam bentuk matematik.
17
KESIMPULAN
Dari penerangan dan contoh di atas guru memainkan peranan yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang dapat mengadakan bilik darjah yang
menyediakan peluang-peluang supaya murid-murid dapat berkomunikasi pemikiran
sesama mereka, dan mengkritik pemikiran/idea kawan lain mencipta suasana dalam
mana mereka boleh membina makna matematik untuk diri mereka (Wood, 1991). Di
samping itu idea-idea kawan mereka akan disepadukan ke dalam skema mereka sendiri
(Maher & Martine, 1991). Mengwujudkan suasana tersebut merupakan tugas yang
mencabar bagi guru-guru.
Selain itu guru juga perlu dapat menyediakan bahan-bahan manipulatif yang dapat
memberi kesan terhadap murid semasa mereka berinteraksi dengan bahan. Aktiviti
murid dengan bahan hendaklah dirancang dengan teliti supaya ianya menjadi satu
pengalaman aktif. Iaitu murid bukan sahaja berinteraksi dengan bahan tetapi mereka
berfikir semasa melakukan manipulatif bahan. Akhirnya pengalaman aktif ini berserta
dengan proses rundingan atau perbincangan akan membina semula atau membaik
pulih skema matematik murid. Bagi Nik Azis (1986; dalam Hasnul Hadi, 1993) skema-
18
skema dibina oleh pelajar melalui proses refleksi dan pengabstrakan dalam konteks
menyelesaikan masalah matematik. Apa yang jelas pendekatan di atas (pemusatanmurid dengan konstruktif) memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran
matematik KBSR.
RUJUKAN
_____________. (1995). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian Sukatan
Pelajaran Matemtik Tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ernest, P. (1991). Construtivism, The Psychology Of Learning, And The Nature Of
Mathematics: Some Critical Issues. dalam Furinghetti, F (Ed.).
Proceedings Of The Fifteenth Conference Of The International Group
For The Pschology Of Mathematics Education. (Vol. I, ms 49-56).
Genoa, Italy: universita di Genova.
Gabay, Tatiana. (1991). The Activity Theory Of Learning And Mathematics
Education In The USSR. dalam Furinghetti, F (Ed.). Proceedings
Of The Fifteenth Conference Of The International Group For The
Pschology Of Mathematics Education. (Vol. I, ms 49-56).
Genoa, Italy: universita di Genova.
Hasnul Hadi Abdullah Sani. (1993). Fahaman Binaan Dalam Pembelajaran Dan
Pengajaran Matematik. Berita Matematik. No. 43, ms. 24-29.
Ibrahim Md. Noh. (1993). Rupa Bentuk Matematik Dan Implikasi Terhadap Pendekatan
Pengajaran Dan Pembelajarannya Bagi Pelajar Luar Bandar.
Berita Matematik. No. 43, ms.14-23
Jaworski, B. (1994). Constructing Mathematics, Learning And Teaching.
Kertas kerja dibentang di The Nordic Conference On Teaching
Mathematics: Theory into Practice. Lahti, Finland.
Jurdak, M. (1991). Teachers Conceptions Of Math Education And The Fundations Of
Mathematic. dalam Furinghetti, F (Ed.). Proceedings
Of The Fifteenth Conference Of The International Group For The
Pschology Of Mathematics Education. (Vol. III, ms 221-228).
Genoa, Italy: universita di Genova.
19
20