You are on page 1of 116

PSZ 19:16 (Pind.

1/11)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


DECLARATION OF THESIS/UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Name

: AZITA BT YUSOOF

Date of Birth

: 18 MAC 1985

Title

: PERINCIAN DATA SEISMIK BIASAN DAN RESISTIVITI 2-D


BESERTA KEPUTUSAN LUBANG BOR DI TANJONG TOKONG
PULAU PINANG

Academic Session : 2010/2011


I declare that this thesis is classified as:

CONFIDENTIAL

(Contains confidential information under the


Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED

(Contains restricted information as specified by


the organization where research was done)*

OPEN ACCESS

I agree that my thesis to be published as online


open access (full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:


1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.
2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make
copies for the purpose of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic
exchange.
Certified by:

SIGNATURE OF AUTHOR

850318-07-5434
(NEW IC NO. / PASSPORT NO.)

Date:

10 MEI 2011

SIGNATURE OF SUPERVISOR

DR. EDY TONNIZAM B. HJ. MOHAMAD


NAME OF SUPERVISOR

Date: 10 MEI 2011

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini


dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti
sebagai penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Tandatangan

Nama Penyelia

Dr Edy Tonnizam Bin Hj Mohamad

Tarikh

10 Mei 2011

PERINCIAN DATA SEISMIK BIASAN DAN RESISTIVITI 2-D BESERTA


KEPUTUSAN LUBANG BOR DI TANJONG TOKONG, PULAU PINANG.

AZITA BINTI YUSOOF

Laporan ini dikemukakan sebagai


memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

ii

Saya akui ini adalah hasil kerja


saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

Nama Penulis

Azita Binti Yusoof

Tarikh

10 Mei 2011

iii

Teristemewa Buat

Ayah Dan Mak


Yusoof Bin Yob & NoorAin Bt Mansor

Kakak Dan KakNgah


Azura & Afiza

Adik
Azizan & Azizi

Pak Andak Yang Dikasihi


Nazseri Bin Yob

Buat Insan Tersayang


Mohd NorFitri Ghazali

Jutaan terima kasih yang tak terhingga


diatas sumbangan dan dorongan yang telah diberikan.
Jasa dan pengorbanan kalian yang begitu bernilai tidak terbalas bagiku.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT


kerana dengan limpah rahmat dan keberkatanNya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr Edy Tonnizam Bin Hj Mohamad diatas
segala bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh
perlaksanaan projek ini. Tidak lupa juga kepada Dr Rosli Saad, pensyarah Universiti
Sains Malaysia yang telah membantu saya dalam mendapatkan maklumat untuk
menjayakan laporan akhir ini.

Ingatan yang tulus ikhlas buat keluarga tersayang terutama ayah dan mak yang
tidak pernah jemu memberi dorongan semangat serta galakan dalam menyiapkan
laporan akhir ini. Sokongan dan nasihat yang diberikan amat dihargai.

Akhir sekali saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelajarpelajar School Of Physics USM kerana membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja
ditapak untuk mendapatkan maklum untuk penyelidikan saya ini. Juga tidak lupa buat
teman-teman seperjuangan di UTM yang telah sama-sama memberi pendapat untuk
menjayakan projek akhir ini. Jasa dan sumbangan kalian akan saya kenang selamanya.
Sekian terima kasih.

Abstrak

Kaedah geofizik merupakan kaedah yang dilakukan ditapak dan ianya tidak bersifat
memusnah. Kaedah geofizik dapat membantu dalam menentukan profil tanah dibawah
sub permukaan yang tidak dapat dilihat secara terus. Dalam kajian ini, kaedah geofizik
yang diketengahkan untuk membantu menentukan kedalaman batu hampar serta paras
air bumi ialah kaedah pembiasan seismik yang lebih cenderung menggunakan
gelombang untuk mendapatkan data dan kaedah resisitiviti 2-D yang menggunakan arus
elektrik untuk mendapatkan bacaan. Hasil dari kajian yang telah dijalankan di Tanjong
Tokong mendapati tanah dikawasan tersebut terbahagi kepada dua lapisan dengan
bacaan halajunya antara antara 500 hingga 669 m/s untuk lapisan pertama serta
mempunyai kedalaman bermula pada 7 meter dan terbahagi kepada dua bahagian halaju
iaitu antara 1663 hingga 1837 m/s berada antara jarak 0 hingga 20 meter dan halaju
antara 1489 hingga 1552 m/s berada antara jarak 20 hingga 46 meter. Kaedah resisitiviti
2-D lebih meluas digunakan kerana ianya lebih tepat dalam menentukan keadaan sub
permukaan serta merupakan kaedah yang terbaik dalam menentukan kehadiran serta
kedalaman air bumi. Kaedah resisitiviti 2-D banyak memberi persamaan dengan data
yang diperolehi dari lubang bor. Namun begitu, data dari penyiasatan ini perlu dikorelasi
bersama data lubang bor untuk mengukuhkan keputusan kajian. Kaedah geofizik juga
perlu diketengahkan dalam bidang kejuruteraan awam kerana ianya amat berguna dan
merupakan salah satu alternatif awalan dalam menentukan sub permukaan tanah
sebelum lubang bor dilakukan serta ia dapat memberi gambaran awal tentang sub
permukaan tanah kawasan tersebut.

vi

Abstract

Geophysic methods is a method that is revealed and it is nondestructive. Geophysical


method can be use by determining the soil profile under the sub surface that can not
been seen directly. In this study, the geophysical methods which is seismic refraction
method and resistivity 2-D are highlighted to determine the depth of bedrock and ground
water level and it use waves to get the data where resisitivity 2-D method uses electric
current to get a reading.

The results of the decisions of seismic refraction and

resistivity methods will correlate with the borehole report to get the best. Data
of seismic methods can

describe the

situation as the

presence

of sub-

surface boulders, the presence of water and the existence of voids in the soil. The
results of a study conducted in the Tanjong Tokong found the subsurface was divided
into two layers by reading the velocity between 500 to 669 m/s for the first layer and
depth of from 7 meters and it is divided into two parts, the velocity between 1663 to
1837 m/s is between 0 and 20 meters distance. The velocity of between 1489 to 1552
m/s

was

between

20

to

46

meters

distance.

Resistivity

2-D

is

more widely used because it is more accurate in determine the sub-surface and is the
best method to determine the presence and depth of ground water. From the results of
this study, the resistivity method give many similarities from bore hole result where the
presence of boulders can cavity can be determine by resistivity method. Geophysical
method also should be introduced in civil engineering because it is very useful and one
of the leading alternative in determining the subsurface before borehole will conduct.

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

HALAMAN

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xii

PENGENALAN
1.1

Latar Belakang

1.2

Pernyataan Masalah Kajian

1.3

Objektif Kajian

1.4

Skop Kajian

1.5

Kepentingan kajian

1.6

Lokasi Kajian

viii
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan Kaedah Seismik

2.1.1

Prinsip Pembiasan Seismik

2.1.2

Aplikasi Seismik

10

2.1.3

Sumber Tenaga Kaedah Pembiasan Seismik 11


2.1.3.1 Letupan (Explosive)

12

2.1.3.2 Tukul ( Weight-drop / hammer )

13

2.1.4

Prosidur Dilapangan

15

2.1.5

Keterbatasan Penyebaran Seismik

16

2.1.5.1 Kelajuan Seismik Pada


Lapisan Tengah Yang Nipis

17

2.1.5.2 Lapisan Tersembunyi Atau

2.2

2.3

Masalah Pembalikan Kelajuan

18

2.1.5.3 Blind Zone (zon buta)

19

2.1.6

Pemprosesan Data Seismik

20

2.1.7

Gelombang Seismos

21

Kaedah Keberintangan Elektrik (resistiviti 2-D)

26

2.2.1

Kepentingan Kaedah Resistiviti 2-D

26

2.2.2

Sifat-sifat Keberintangan Batuan

27

2.2.3

Pentafsiran Resistiviti 2-D

28

2.2.4

Jarak Elektrod (electrod spreads)

29

2.2.5

Prinsip Pengukuran Resistiviti 2-D

32

2.2.6

Protokol

33

Luluhawa
2.3.1

Luluhawa Batuan Granit

36

2.3.2

Luluhawa Mekanikal

36

2.3.3

Luluhawa Kimia

38

2.3.4

Luluhawa Organik ( Biotik/Hayat)

39

ix
BAB 3

KAWASAN KAJIAN DAN PEROLEHAN DATA


3.1

Geologi Pulau Pinang

43

3.2

Kaedah Pembiasan Seismik

44

3.2.1

Perolehan Data Seismik Biasan

46

3.2.2

Pemprosesan Data

47

3.2.3

Ringkasan Prosidur Kerja

50

3.3

Kaedah lubang bor

51

3.3.1

Data Lubang Bor

51

3.4

Kaedah Pengimejahan Resisitiviti 2-D

52

3.4.1

Pemprosessan Data Resistiviti 2-D

52

3.4.2

Prosedur Penghasilan Keratan Pseudo

53

3.4.3

Kelebihan Dan Kekurangan Susunatur


Yang Berbeza

3.5

BAB 4

Carta Alir

56
59

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


4.1

Pengenalan

60

4.2

Profil Subpermukaan Dikawasan Kajian

60

4.3

Pemerhatian Ditapak

61

4.4

Analisa Lubang Bor

62

4.5

Keratan Rentas Lubang Bor

66

4.6

Analisa Dari Kajian Geofizik

66

4.6.1

Resistiviti

66

4.6.2

Seismik

69

viii
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1

Pengenalan

73

5.2

Kesimpulan

74

5.3

Cadangan

75

RUJUKAN

76

LAMPIRAN
Lampiran A: Senarai Alatan Yang Digunakan Untuk Kaedah Resistiviti 2-D Dan
Pembisan Seismik
Lampiran B: Rekod Lubang Bor Di Barat Tanjung Tokong, Pulau Pinang
Lampiran C: Keratan Pseudo Resistiviti 2-D (Garis tinjauan K2 hingga K10 di Tanjung
Tokong)
Lampiran D:Foto

viii

SENARAI JADUAL

No.Jadual

Tajuk

Halaman

Jadual 2.1

Ketebalan yang tidak boleh dikesan mengikut keadaan geologi

18

Jadual 2.2

Halaju gelombang P apabila melalui bahan-bahan tertentu

23

Jadual 2.3

Contoh kawasan yang menggunakan kaedah pembiasan


seismik dan resisitiviti 2-D di Malaysia

34

Jadual 3.1

Klasifikasi jenis jasad granit Pulau Pinang

44

Jadual 4.1

Profil tanah beserta kedalaman lubang bor di Tanjung Tokong

65

SENARAI RAJAH

No.Rajah

Tajuk

Halaman

Rajah 1.1

Lokasi kawasan kajian Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Rajah 2.1

Gambaran pembiasan gelombang dibawah permukaan tanah

Rajah 2.2

Kelajuan gelombang yang boleh dicapai untuk setiap


lapisan tanah

10

Rajah 2.3

Nilai kelajuan longitidinal berdasarkan jenis batuan

11

Rakah 2.4

Gambar explosive menghasilkan gelombang


memasuki permukaan bawah tanah

Rajah 2.5

13

Gambarajah penghasilan gelombang daripada sumber


tukul besi

14

Rajah 2.6

Menunjukkan data penggunaan jenis geofon

14

Rajah 2.7

Geometri seismik refraction

16

Rajah 2.8

Lengkung yang menunjukkan terjadinya blind zone

20

Rajah 2.9

Arah perambatan gelombang P

21

Rajah 2.10

Arah perambatan gelombang S

24

Rajah 2.11

Arah perambatan gelombang Love

25

Rajah 2.12

Arah perambatan gelombang Rayleigh

25

xi
Rajah 2.13

Nilai keberintangan dan kekonduksian bagi kumpulan


batuan tertentu

27

Rajah 2.14

Data yang diperolehi dari ujian resistiviti 2-D

29

Rajah 2.15

Susunatur tinjauan keberintangan dan faktor geometri

30

Rajah 2.16

Tiga model berbeza yang digunakan dalam pengukuran


pentafsiran keberintangan.

Rajah 2.17

Lakaran prinsip pengukuran keberintangan dengan arus

Rajah 2.18

Carta Aliran Proses Keberintangan Elektrik

Rajah 2.19

Susunan elektrod untuk tinjauan resistiviti dua dimensi

31

terus

31
32

dengan susunatur Wenner untuk menghasilkan model pseudo

33

Rajah 2.20

Gred 1 ( batuan granit segar)

40

Rajah 2.21

Batuan terluluhawa gred 2

40

Rajah 2.22

Batuan terluluhawa gred 3

41

Rajah 2.23

Batuan terluluhawa gred 4

41

Rajah 2.24

Batuan granit yang terluluhawa

41

Rajah 3.1

Peta geologi Pulau Pinang yang diubahsuai daripada Ong

43

Rajah 3.2

Susunatur alatan kajian seismik biasan.

46

Rajah 3.3

Carta aliran pemprosesan data.

48

Rajah 3.4

Pemilihan masa ketibaan pertama pada gelombang seismic

49

Rajah 3.5

Graf masa ketibaan pertama dan jarak geofon.

49

Rajah 3.6

Contoh penghasilan keratan pseudo

53

Rajah 3.7

Susunan elektrod untuk tinjauan keberintangan 2-D

54

Rajah 3.8

Susunan elektrod bagi kajian keberintangan yang selalu


Digunakan

58

Rajah 4.1

Tanah yang dikorek

62

Rajah 4.2

Batu tongkol yang dijumpai didalam tanah

63

Rajah 4.3

Keratan pseudo bagi garis tinjauan K1 di Tanjong Tokong

67

Rajah 4.4

Keratan rentas seismik bagi garisan tinjauan K9

xii
di Tanjong Tokong

71

Rajah 4.5

Tindihan imej kerintangan (K9) dengan keputusan seismik

72

Rajah 4.6

Peta tapak kajian di Tanjung Tokong beserta garis tinjauan

72

geofizik

BAB 1

PENGENALAN

1.0

Pengenalan

Dewasa kini kerja-kerja penyiasatan tanah amat dititik beratkan oleh kerajaan
Malaysia. Hal ini disebabkan untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kecacatan
atau kemalangan yang tidak diingini. Penyiasatan tentang sesuatu kawasan serta profile
tanah perlu dijalankan sebelum kerja-kerja struktur dijalankan. Namun begitu, apa yang
ingin saya ketengahkan dalam tajuk kajian saya bukanlah keadaan tanah seperti yang
saya nyatakan tetapi keadaan batuan asas yang terdapat dibawah tanah yang
sememangnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Oleh yang demikian ilmu dalam
bidang geologi amat diperlukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan batuan asas.

Bedasarkan daripada hasil kajian terdahulu (Yunus, M.Z (2002), Ahmad, F.S
(2005), Mukhlisin, M (2009), Latif, M (2006), Mousavi, S.R (2009) dan Jadda, M
(2009)), kajian geofizik diperkenalkan. Kajian ini dapat menjimatkan kos, masa dan
tidak mencemarkan alam sekitar. Terdapat beberapa kaedah untuk menyemak keadaan
bawah tanah iaitu kedalaman batuan asas, kekuatan batuan asas, paras air bumi dan

2
sebagainya. Antara kaedah yang digunapakai oleh ahli geofizik ialah kaedah pembiasan
seismik,kaedah pengimejahan kerintangan elektrik dua dimensi, kaedah survei graviti,
kaedah survei magnetik, kaedah survei radiomatik dan penderiaan jauh (remote sensing).
Dalam bidang geologi biasanya ahli geofizik akan berkerjasama dengan ahli geologi
untuk mendapatkan maklumat berkaitan batuan asas yang berada dibawah permukaan
tanah. Dalam kajian yang akan saya jalankan ini, saya akan mengetengahkan kaedah
pembiasan seismik dan kaedah pengimejahan kerintangan elektrik dua dimensi.

Menurut Sjogren (1984), kaedah pembiasan seismik digunakan seawal tahun


1910 apabila seorang ahli geofizik German iaitu L.Mintrop telah mencuba kaedah ini
dengan menghantar gelombang seismik kedalam tanah. Berikutan hal itu pada tahun
1919 Mintrop telah mengusulkan bahawa kaedah pembiasan seismik dapat menentukan
kedalaman serta jenis formasi yang terdapat dibawah permukaan. Pada tahun 1925,
kaedah pembiasan seismik telah menjadi salah satu alat untuk bidang geofizik. Pada
peringkat awal pembiasan seismik digunakan untuk ekplorasi minyak. Selain itu,
seismik dikenalpasti dapat membantu dalam menyelesaikan masalah dalam bidang
kejuruteraan awam.

Kaedah pembiasan seismik untuk menentukan kedalaman batuan hampar yang


pertama dilakukan pada tahun 1941. Ianya dilakukan di Sweden untuk membina logi
hidroelektrik. Oleh yang demikian penggunaan kaedah ini digunakan secara meluas di
Scandinavia terutamanya dalam bidang kejuruteraan awam kerana data yang dihasilkan
boleh dipercayai dan kosnya yang murah. Kaedah pembiasan seismik menggunakan
gelombang yang akan dimasukkan kedalam tanah dan gelombang tersebut merujuk
kepada beberapa dasar iaitu gelombang akan desibarkan dengan kelajuan yang berbeza
dalam strata geologi yang berbeza. Selain itu perbezaan antara kelajuan adalah besar dan
kelajuan akan meningkat mengikut kedalaman.

3
1.2

Pernyataan Masalah

Sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan, jurutera tanah akan mengeluarkan


satu laporan yang dinamakan laporan penyiasatan tanah dan data yang diprolehi diambil
daripada borehole test yang dilakukan dikawasan tersebut. Bilangan lubang bor yang
dibuat bergantung kepada keluasan kawasan yang ingin dibangunkan. Seraya dengan itu,
untuk memantapkan lagi keputusan yang akan dibuat kelak, data lubang bor akan
digabungkan bersama-sama data yang diperolehi oleh kaedah pembiasan seismik.

Dengan adanya maklumat dari rekod lubang bor dan kaedah pembiasan seismik
dan kaedah pengimejahan kerintangan elektrik dua dimensi, kita dapat melihat
bagaimana

data-data

ini digabungkan untuk mendapatkan satu keputusan yang

memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan serta mengungkap dengan lebih lanjut
tentang faedah-faedah yang boleh diperolehi daripada bidang geofizik kepada bidang
kejuruteraan awam khususnya.

1.3

Objektif Kajian

Secara umumnya, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan
kesesuaian peralatan geofizik untuk menilai keadaan dibawah permuakaan tanah.
Namun objektif utama bagi kajian ini ialah :

i.

Menilai kegunaan kaedah pembiasan seismik untuk menentukan profil dibawah


paras tanah

4
ii.

mengetahui hubungkait diantara kaedah keberintangan 2-D dan seismik


pembiasan dalam kejuruteraan awam.

iii.

Menilai kesahihan alatan geofizik dalam membantu bidang geoteknik untuk


mendapatkan maklumat.

1.4

Skop Kajian

Penyelidikan dilakukan di lokasi sekitar Pulau Pinang. Kawasan kajian banyak


bertumpu kepada untuk mengetahui kedalaman batu hampar (bedrock), ketebalan
lapisan terluluhawa (weathering profile) dan taburan saiz batu bundar (boulders). Selain
daripada mendapat kawasan yang sesuai untuk menjalankan kajian, peralatan dan
perisian yang sesuai perlu digunakan. Kajian melibatkan pengambilan data-data
lapangan dengan menggunakan peralatan ABEM SAS4000 (kaedah keberintangan 2-D)
dan ABEM Terraloc MK6 (kaedah seismik pembiasan). Data-data keberintangan 2-D
diproses dengan menggunakan perisian RES2DINV (Loke,1997) sementara data-data
seismik pembiasan diproses dengan menggunakan perisian FIRSTPIX dan GREMIX15.
Keputusan kajian dikorelasikan dengan data lubang bor yang terdapat di kawasan kajian.

1.5

Kepentingan Kajian

Melihat kepentingan kaedah pembiasan seismik serta ujian geofizik yang lain
yang banyak membantu dalam menyelesaikan masalah dalam bidang kejuruteraan awam

5
serta kesahihan data yang diberi yang turut menghasilkan keputusan yang lebih baik
setelah digabungkan dengan rekod lubang bor

1.6

Lokasi Kajian

Kajian telah dijalankan di Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Kawasan ini dipilih
kerana mempunyai geologi yang berbeza dan wujudnya masalah kejuruteraan dan
persekitaran. Tanjung Tokong merupakan kawasan tambakan dengan batuan dasar
adalah granit. Kajian geofizik di kawasan Tanjung Tokong melibatkan kaedah resistiviti
2-D dan seismik biasan. Oleh kerana kawasan kajian merupakan kawasan pembinaan,
terdapat hingar dari mesin penggerudian yang mengganggu pengambilan data seismik.
Jadi pengambilan data dijalankan pada waktu malam selepas kerja-kerja pembinaan
dihentikan.

Rajah 1.1: Lokasi kajian di Tanjung Tokong, Pulau Pinang (Google Earth)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0

Pengenalan

Dalam kajian literatur pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan kaedah


pembiasan seismik perlu dilaksanakan. Melalui kajian literatur ini segala hujah yang
dikemukankan akan lebih kukuh serta ia dapat membantu memperjelaskan lagi persolan
dalam kajian yang dilakukan. Maklumat- maklumat berkaitan boleh diperolehi dari
jurnal, abstrak, majalah, kertas kerja persidangan, laporan, buku rujukan dan sebagainya.

Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian besar iaitu kaedah pembiasan seismik,
kaedah resistiviti 2-D dan luluhawa batuan granit. Kaedah resistiviti 2-D dijalankan
untuk mengesan taburan keberintangan subpermukaan bumi. Seismik pembiasan pula
dijalankan untuk mengesan subpermukaan yang cetek bagi mengetahui halaju
gelombang seismos, struktur dan lapisan medium yang berlainan. Bagi membantu
pentafsiran data resisitiviti dan seismik pembiasan, biasanya data lubang bor diperlukan.

7
Kebiasaannya terdapat sekurang-kurangnya satu lubang bor pada sesuatu garis tinjauan
atau yang berdekatan dengan kawasan garis tinjauan di sesuatu kawasan kajian kerana
sekiranya banyak lubang bor di lakukan, maka kos juga akan meningkat

2.1

Pengenalan Kaedah Seismik

Kaedah pembiasan seismik akan menerangkan sumber seismik, faktor-faktor


yang membataskan seismik, tinjauan pembiasan, prosidur, ketepatan data seismik,
prinsip pembiasan dan aplikasi seismik. Menurut Griffiths (1981), apabila kelajuan
meningkat dengan kedalaman, tenaga akan akan dikembalikan ke permukaan melalui
pembiasan dan pengukuran dilakukan dengan mengukur masa perjalanan gelombang
sebagai fungsi untuk menukarkannya kedalam graf.

Kaedah pembiasan seismik digunakan secara meluas untuk menentukan paras air
bumi untuk kegunaan kejuruteraan, lapisan konsolidasi yang lemah berdekatan
permukaan tanah dan digunakan untuk menentukan kelajuan serta kekuatan setiap
lapisan untuk kajian permukaan cetek seperti batu gamping. Namun, melalui kaedah
pembiasan seismik, kedalaman dan kekuatan batu hampar adalah perkara yang paling
penting yang perlu diutamakan kerana ia akan menentukan kaedah penggalian yang akan
digunakan dikawasan tersebut. Selain itu lubang bor juga digunakan untuk
mengenalpasti perubahan terperinci dalam jenis tanah namun data dari laporan lubang
bor tidak dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi (Ady Tonizam, 2008).

Lubang bor dilakukan untuk mengetahui profil tanah pada sesuatu kawasan
sebelum bermulanya kerja-kerja pembinaan. Data dari laporan lubang bor tidak

8
mencukupi untuk membuat keputusan akhir. Ciri-ciri kawasan antara lubang hanya
dapat ditentukan oleh kaedah ujian geofizik. Oleh hal yang demikian, kombinasi laporan
lubang bor dan laporan kaedah pembiasan seismik serta laporan pengimejahan
kerintangan elektrik dua dimensi boleh menghasilkan keputusan yang yang baik dan
juga dapat mengurangkan kos. Kaedah pembiasan seismik adalah berdasarkan masa
perjalanan gelombang pembiasan seismik pada permukaan ke lapisan bawah dan
kelajuan gelombang antara lapisan atas dan lapisan bawah adalah berbeza. Kaedah ini
juga merupakan salah satu ujian geofizik dilapangan yang mana ianya boleh membantu
memberikan hasil yang terbaik dalam bidang kejuruteraan geoteknik. Gambaran
pembiasan yang berlaku didalam tanah adalah seperti dalam rajah 2.1

2.1.1

Prinsip Pembiasan Seismik

Prinsip asas kaedah pembiasan seismik ialah penggunaan gelombang yang


terhasil daripada sumber-sumbernya. Pencapaian kelajuan P-gelombang untuk batuan
yang biasa adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1.2. Namun begitu, sekiranya
terdapat situasi yang melibatkan tiga lapisan ianya akan menjadi sukar untuk ditangani,
biasanya gelombang tidak dapat sampai pada lapisan yang paling bawah. Masalah ini
akan menjadi lebih kritikal apabila lapisan tanah kawasan tersebut melebihi tiga lapisan
dari permukaan.

Kelajuan dalam P-gelombang dipengaruhi oleh keadaan tanah disesuatu kawasan.


Seperti yang telah dinyatakan oleh Milsom (1989), kelajuan gelombang P untuk tanah
kering biasanya dalam lingkungan 350m/saat, kelajuan untuk bunyi di udara pula boleh
mencapai lebih daripada 800m/saat. Namun begitu kelajuan gelombang biasanya akan
dipengaruhi oleh kedalaman strata tanah kawasan tersebut. Untuk batuan asas yang baru

9
terbentuk, kelajuan gelombang melebihi 2500 m/saat dapat dicapai tetapi kadang kala
keadaan bawah permukaan dilitupi oleh lapisan yang telah lapuk dan menyebabkan
kelajuan gelombang kurang daripada 2000 m/saat dan biasanya ia berkadaran dengan
kedalaman serta bersesuaian dengan keadaan cuaca. Rajah 2.2 menunjukkan kelajuan
gelombang yang boleh dicapai untuk setiap kedalaman tanah. Dalam kaedah pembiasan
seismik, selalunya akan wujud sudut kritikal. Sudut kritikal boleh dikira dengan
menggunakan hukum Snells. Dalam hukum Snells V1 ialah sudut dibagian atas dan V2
adalah sudut dibahagian bawah dan sudut V1 > V2.
Sin i = V1/V2 = sin i

(2.1)

Rajah 2.1 Gambaran pembiasan gelombang dibawah permukaan tanah (Blackhawk


GeoServices, Inc.)

10

Rajah 2.2 Kelajuan gelombang yang boleh dicapai untuk setiap lapisan tanah
(Broch,1988)

2.1.2 Aplikasi Seismik

Kaedah pembiasan seismik boleh diaplikasikan dalam banyak bidang


terutamanya dalam bidang kejuruteraan geoteknik. Melalui seismik, kerja-kerja untuk
bidang kejuruteraan geoteknik dapat dipermudahkan dengan maklumat seperti
kedalaman batuan dasar dapat diketahui. Informasi ini adalah penting untuk
mendapatkan anggaran-anggaran untuk kos talian paip, kerja-kerja pemotongan dan
lain-lain kerja kejuruteraan awam. Masalah ketidak stabilan tanah boleh menyebabkan
sesebuah banguan mengalami keretakan, pemendapan dan akhirnya boleh menyebabkan
bangunan tersebut roboh. Oleh hal yang demikian, dengan penggunaan kaedah
pembiasan seismik, zon-zon yang lemah dapat dikenal pasti dengan mudah.

Perkara yang paling utama dalam aplikasi seismik ialah untuk memastikan batuan
yang padat yang terdapat dibawah permukaan tanah tidak dipengaruhi oleh zon ricih
(Sjogren, 1984 ) dan rajah 2.3 menunjukkan nilai kelajuan longitidinal berdasarkan jenis
batuan. Menurut akbar Indonesia yang bertarikh 22 November 2009, aplikasi utama

11
dalam kaedah pembiasan seismik ialah untuk menentukan kedalaman batuan hampar
serta struktur batuan hampar. Manakala kelajuan gelombang pula bergantung kepada
jenis bahan dan ketumpatan bahan yang dilalui oleh gelombang. Melalui servei ini
kekuatan batuan yang diperolehi boleh digunakan untuk membantu dalam menentukan
kaedah rippabiliti yang akan diguna pakai.

Rajah 2.3 Nilai kelajuan longitidinal berdasarkan jenis batuan (Sjogren, 1984)

2.1.3

Sumber Tenaga Kaedah Pembiasan Seismik

Dalam pembiasan seismik, terdapat beberapa sumber tenaga yang boleh diguna
pakai untuk menjayakan ujian ini. Bisanya, sumber tenaga yang dicadangkan dan
digunakan mestilah mempunyai pulsa masa yang tidak lebih dari beberapa milisaat dan
mempunyai amplitut yang besar disamping ianya selamat digunakan yang bermaksud

12
tidak mencederakan, selamat untuk alam sekitar, kos yang murah dan boleh digunakan
berulangkali.

2.1.3.1 Letupan (Explosive)

Pada peringkat awal, letupan kecil yang mengeluarkan api digunakan sebagai
sumber tenaga dan ia ditembak masuk kedalam lubang sehingga mencapai kedalaman
beberapa puluh meter kebawah. Namun kini, pelbagai sumber letupan yang telah
diguanakan untuk memudahkan lagi kerja-kerja seismik. Untuk memudahkan lagi,
sumber tenaga dibahagikan kepada kegunaan darat dan juga kawasan yang dilitupi air.
Sumber-sumber yang dinyatakan adalah selamat dan memenuhi syarat yang telah
ditetapkan (Griffiths, 1981).

Di daratan, punca gelombang seismik menggunakan letupan (explosive) dan


sering digunakan untuk kerja survei pantulan dan survei pembiasan dimana melibatkan
kerja-kerja permukaan yang melebihi 50 meter sehingga 100 meter dan ianya sesuai
digunakan untuk penyiasatan yang kedalaman tanah melebihi 10 meter keatas. Menurut
Griffiths (1981), penggerudian lubang tembakan menjadi tidak praktikal sekiranya
lapisan sukar ditembusi dan masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan memelih
bahan letupan yang bersesuaian dengan keadaan tanah dan kawasan ujian dijalankan.
Gambarajah 2.4 menunjukkan bagaimana gelombang terhasil daripada sumber letupan
dan gelombang bergerak melalui lapisan tanah yang berbeza profilnya.

13

Rajah 2.4: Gambar explosive menghasilkan gelombang memasuki permukaan bawah


tanah (Stein, 2003)

2.1.3.2 Tukul ( Weight-drop / hammer )

Selain dari sumber letupan, tukul juga boleh digunakan untuk mendapatkan sumber
tenaga untuk kaedah pembiasan seismik. Tukul yang digunakan diperbuat daripada besi
padat yang mempunyai berat kira-kira 10 kilogram. Untuk mendapatkan sumber tenaga,
tukul besi seberat 10 kilogram di hentakkan pada permukaan kepingan besi dan jarak
antara tukul dan kepingan besi kira-kira 3 hingga 4 meter. Tukul besi dilepaskan dan
pada kepingan besi tersebut dan gelombang akan terhasil dan bacaan dapat diketahui.
Rajah 2.5 menunjukkan skematik bagaimana gelombang terhasil daripada sumber
menggunakan tukul besi.

Namun begitu penggunaan tukul hanya terhad kepada

kedalam kurang dari 10 meter sahaja. Penggunaan tukul besi sebagai sumber tenaga
seismik perlu di jalankan dengan mengikut prosidur yang betul supaya dapat
memberikan tenaga yang setanding. (Griffiths,1981).

14

Rajah 2.5 Gambarajah penghasilan gelombang daripada sumber tukul besi

Rajah 2.6: Menunjukkan data penggunaan jenis geofon, punca gelombang dan keadaan
kopling yang berbeza digunakan: (a) 100Hz geofon spike 0.18m dan 0.1m (b) 100Hz (1
impact) geofon,kesan tukul pada plate (c) 100Hz geofon bersama spike 0.18 dan kesan
tukul pada plat (biru) dan couplet menerusi tanahliat pada permukaan serta kesan secara
langsung (hijau) dan pada plat keluli (merah)

15
2.1.4

Prosidur Dilapangan

Prosidur dilapangan amat penting untuk dipatuhi agar data yang diperolehi
adalah logik dan boleh dipercayai. Tafsiran diperingkat awal untuk kaedah pembiasan
seismik adalah sebahagian penting dalam prosidur kerja dilapangan. Kejayaan tinjauan
dan keberkesanannya bergantung kepada parameter-parameter seperti orientasi garisan,
cara pengendalian geofon dan kedudukan tembakan serta panjang penyebarannya.
Parameter-parameter ini boleh berubah-ubah dan mempengaruhi data yang akan
dihasilkan ketika tinjauan (Milsom, 1989). Selain itu, dalam prosidur dilapangan, setiap
pembiasan yang tersebar terdiri daripada 12 atau 24 geofon sepanjang garisan pada jarak
tertentu atau selang setiap geofon. Kebiasaannya jarak antara geofon bergantung kepada
resolusi dan kedalam yang diperlukan dalam sesuatu eksplorasi iaitu antara 10 hingga 50
kaki. Menurut Snell low, panjang penyebaran seismik adalah sekitar 3 sehingga 5 kaki
dalam untuk mengesan batuan hampar (bedrock).

Sebenarnya, prosidur dilapangan tidak sukar untuk diikuti. Tetapi kesabaran serta
ketelitian ketika menjalankan eksplorasi amat penting bagi memastikan semua kerja
yang berjalan mengikut spesifikasi agar data yang diperolehi adalah logik. Menurut
penulis buku Applied Geophysics for Geologists & Engineers,Griffiths (1981), untuk
kedalaman 100m dibawah permukaan tanah, sumber tenaga yang lebih kuat diperlukan
untuk pembiasan seismik berlaku dengan berkesan. Biasanya bahan letupan seberat satu
kilogram digunakan dengan kedalaman lubang tembakan sedalam 2 hingga 3 meter untu
mencapai jarak sekitar satu kilometer. Delay time pada masa ke 50-100 m/s dapat
ditentukan dengan persis pada skala yang lebih kecil walaupun tempoh dominan
seismogram mungkin 20ms daripada 10ms. Oleh yang demikian, ia masih lagi perlu
mengambil kira waktu ketibaan dalam satu kitaran untuk jangkaan yang lebih tepat.
Rajah 2.7 menunjukkan geometri seismik.

16

Rajah 2.7 Geometri seismik refraction

2.1.5

Keterbatasan Penyebaran Seismik

Dalam setiap ujikai yang dijalankan pasti mempunyai kelemahan. Begitu juga
dengan kaedah penyebaran seismik yang

mempunyai beberapa kelemahan dalam

beberapa aspek tertentu. Menurut Soske (1954) dan Sander (1978), ada dua kes khusus
yang pada akhirnya mempengaruhi kejayaan atau kegagalan penyelidikan seismik
refraksi yang merupakan masalah zon buta seperti kelajuan refraktor tipis antara seismik
dan lapisan yang melambatkan kelajuan seismik yang mendasari lapisan kelajuan tinggi
seismik.

Dalam penyelidikan seismik, nipisnya lapisan tengah merupakan yang


menyebabkan kelajuan seismik adalah terbatas dan yang serius kemungkinan terdapat
lapisan geologi yang tidak dapat dikesan oleh seismik. Penggunaan kaedah pembiasan
seismik yang pada awalnya hanya menggunakan sebahagian kecil maklumat sahaja yang

17
terdapat dalam seismik dan tidak memikirkan batasan yang terdapat dalam seismik.
Menyedari hal itu, para cendikiawan dalam bidang ini mengenalpasti kelemahan yang
terdapat dalam sismik dan seterusnya akan menggunakan pendekatan lain untuk
mendapatkan data untuk kawasan yang terbatas itu ( Milsom, 1989).

2.1.5.1 Kelajuan Seismik Pada Lapisan Tengah Yang Nipis

Masalah seperti ini akan terjadi apabila lapisan diantara bahagian geologi
bertemu dengan kelajuan bunyi yang meningkat berkadaran dengan kedalaman tanah
yang dikaji tetapi kelajuan kontras tidak mencukupi atau ketebalan dalam
mengembalikan tenaga yang dikenakan. Masalah ini biasanya terjadi dalam penyiasatan
punca air kerana lapisan tengah biasanya terdiri daripada tanah yang dikonsolidasi
terletak antara tanah yang tak dikonsolidasi dan batuan dasar. Lapisan seperti ini tidak
tidak dapat ditentukan dengan geofon atau tembakan. Namun begitu, ia boleh
diselesaikan dengan kaedah pengiraan

dengan menentukan menganggar ketebalan

minimum dan ketebalan maksimum lapisan tersebut (Mooney, 1984; Redpath,1973 ;


Sander, 1978). Jadual 2.8 menunjukkan ketebalan yang tidak boleh dikesan mengikut
keadaan geologi

18
Jadual 2.1:Ketebalan yang tidak boleh dikesan mengikut keadaan geologi (Soske, 1954)

2.1.5.2 Lapisan Tersembunyi Atau Masalah Pembalikan Kelajuan

Menurut

Milsom (1989), sesebuah refractor yang tidak memberi data pada

kehadiran pertama dikatakan tersembunyi (hidden). Lapisan akan menjadi tersembunyi


apabila lapisan atas lebih tebal dari lapisan bawah dan menyebabkan kelajuan seismik
menjadi rendah pada bahagian bawah. Selain itu, keadaan dikatakan tersembunyi apabila
kedudukan geofon tidak diletakkan dengan betul pada permukaan tanah. Pembiasan
seismik menjadi terlalu lemah pada lapisan yang nipis berbanding lapisan yang tebal.
Kelajuan dan kedalaman yang terlibat adalah fakta bahawa lapisan sedimen harus
melebihi 8 km tebal sebelum dikeasan. Ketebalan yang terbesar yang berkemungkinan
tersembunyi boleh dikira dari data dua lapisan jika kelajuan dianggarkan untuk lapisan
menengah (intermediate) ( Green, 1962). Selain itu, lapisan tersembunyi boleh dikesan

19
dengan kedatangan kelajuan kedua pada lapisan intermediate tetapi gelombang
dibiaskan dengan sangat lemah pada lapisan nipis tersebut.

2.1.5.3 Blind Zone (zon buta)

Blind zone boleh ditentukan sekiranya kelajuan gelombang berkurangan pada


permukaan serta pembiasan kritikal tidak dapat sampai atau tiada kuasa refraktor yang
kembali ke permukaan. Keadaan dikatakan blind zone apabila terdapat kelajuan yang
rendah pada lapisan tersebut . Blind zone boleh ditafsirkan dengan rendahnya kelajuan
pada lapisan tersebut. Walaupun jika kelajuan berbeza terus menerus dengan kedalaman
seperti yang dinyatakan di bidang global seismologi dan blind zone akan menyebabkan
adanya 'zon bayangan' dengan wujudnya break point pada lengkung travel-time seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 2.8. Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah, tidak
ada tenaga dikembalikan ke permukaan dari dalam lapisan buta (blind zone) dan
pengedaran kelajuan di dalamnya tidak dapat ditentukan walaupun dikurangkan dari
data (Griffiths, 1981). Selain itu, memurut Sjogren (1984), situasi yang biasa dalam
kerja pembiasan seismik akan muncul satu lapisan yang dikenali sebagai separa
tersembunyi, seperti contoh kehadiran kelajuan gelombang dalam lengkung travel-time
dan terdapat kehilangan lengkung pada graf tersebut.

20

Rajah 2.8: Lengkung yang menunjukkan terjadinya blind zone ( Griffiths, 1981)

2.1.6

Pemprosesan Data Seismik

Setelah selesai kerja ujikaji dilapangan, data haruslah diproses untuk


mendapatkan keputusan berkaitan kawasan yang dikaji. Langkah pertama dalam
pemprosesan data pembiasan seismik ialah membuat penurasan terhadap semua signal
hingar ( seismic noise ). Kemudian ketibaan pertama data akan dipilih dengan
menggunakan perisian Firstpix yang mana akan digunakan bagi memplot lengkung
perjalanan masa.

Permukaan bumi yang tidak sekata juga mempengaruhi masa ketibaan pertama
data yang dipungut dan ini mesti dibetulkan terhadap satu titik rujukan yang sekata.

21
Setelah pembetulan topografi dilakukan, data ketibaab pertama ditafsir dengan
menggunakan kaedah Generalised-reciprocal method (GRM) dengan menggunakan
perisian Grimix15 (Laporan Survei Geofizik USM; Zuhar Zahir, 2000).

2.1.7

Gelombang Seismos

Gelombang seismos terbahagi kepada gelombang jasad dan gelombang


permukaan. Gelombang jasad terdiri daripada gelombang P dan S. Gelombang P adalah
sama dengan gelombang bunyi yang normal dimana ia dinamakan gelombang primer
atau gelombang mampatan. Gelombang ini boleh merambat melalui pepejal, cecair dan
gas. Mod pergerakannya adalah membujur iaitu apabila gelombang merambat melalui
medium ia menyebabkan zarah-zarah medium bergerak sama arah dengan arah
perambatan gelombang (Rajah 2.9)

Rajah 2.9 : Arah perambatan gelombang P

22
Halaju gelombang P (Persamaan 2.16) adalah paling cepat berbanding dengan
gelombang-gelombang lain (S, Love atau Rayleigh). Oleh itu, gelombang P adalah
gelombang pertama direkod oleh seismograf. Jadual 2.2 menunjukkan halaju gelombang
P apabila melalui bahan-bahan tertentu dalam bumi.

( 2.2)

dengan VP = Halaju gelombang P


k = Modulus pukal
= Modulus regangan
= Ketumpata

23
Jadual 2.2: Halaju gelombang P apabila melalui bahan-bahan tertentu (Burger, 1992)

Gelombang

menyebabkan

pergerakan

zarah-zarah

medium

bergetar

dalamnarah bersudut tegak dengan arah perambatan gelombang. Oleh itu, ia dikenali
sebagai gelombang ricihan atau gelombang melintang. Gelombang ini hanya merambat
melalui medium pepejal dan tidak boleh merambat melalui bendalir seperti air atau
udara kerana bendalir tidak mampu menyokong tekanan ricihan. Dalam seismologi,
gelombang S (Persamaan 2.3) terbahagi kepada dua komponen iaitu komponen
mendatar (SH) dan komponen menegak (SV).

24

Rajah 2.10: Arah perambatan gelombang S

(2.3)

dengan Vs = Halaju gelombang S


= Modulus regangan
= Ketumpatan

Gelombang permukaan terdiri daripada gelombang Love (L) dan gelombang


Rayleigh (R). Gelombang Love berlaku apabila permukaan bebas dan terdapat
sempadan yang lebih dalam serta halaju gelombang ricihan lebih rendah dalam lapisan
atas. Pergerakan dan halaju gelombang L adalah sama dengan gelombang SH (Rajah
2.11).

25

Rajah 2.11 : Arah perambatan gelombang Love

Gelombang Rayleigh merambat di sepanjang permukaan bumi dan menyebabkan


pergerakan zarah-zarah medium bergerak dalam bentuk membujur. Amplitudnya
menurun secara eksponen dengan kedalaman (Rajah 2.12). Halaju gelombang ini kurang
sedikit dari halaju gelombang S (0.92 Vs) (Loke, 2006).

Rajah 2.12 : Arah perambatan gelombang Rayleigh

26
2.2

Kaedah Keberintangan Elektrik (resistiviti 2-D)

Dalam kaedah resistiviti 2-D, buatan yang dapat menghasilkan arus elektrik
dikenakan keatas tanah dan beza keupayaan yang dihasilkan diukur pada permukaan.
Penyimpangan yang terhasil daripada potensi pola dianggarkan

dari tanah jenis

homogen untuk mendapatkan maklumat tentang bentuk dan sifat kelektrikan dibawah
paras tanah yang tidak homogen (Kearey, 1984). Manakala menurut Griffiths (1981)
pula, kaedah resistiviti 2-D ialah mengenakan kuasa elektrik keatas tanah dengan
menggunakan elektrod sebagai medium penghantaran serta bergantung kepada faktor
keadaan permukaan bawah tanah tersebut. Menurut beliau lagi, ketika kuasa elektrik
melalui tanah terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi potensi elektrik
antaranya ialah saiz, bentuk, lokasi dan rintangan elektrik keadaan tanah tersebut.

2.2.1

Kepentingan Kaedah Resistiviti 2-D

Kaedah resistiviti 2-D juga boleh digunakan bagi memeta taburan batu bundar di
sesuatu kawasan. Ciri fizikal yang utama yang diukur dalam kaedah ini ialah ciri
keberintangan sesuatu bahan. Pada kebiasaannya bahan yang berketumpatan tinggi akan
mempunyai keberintangan yang lebih berbanding dengan bahan yang berketumpatan
rendah. Kesan peluluhawaan yang tak sekata akan menyebabkan penghasilan batuan
bundar yang mempunyai ketumpatan yang lebih dari bahan terluluhawa disekitarnya.
Bahan yang berketumpatan rendah juga pada amnya mempunyai jumlah kandungan air
yang lebih daripada bahan-bahan yang berketumpatan tinggi. Secara amnya kehadiaran
air akan membenarkan pengaliran arus elektrik dengan lebih mudah. Kandungan air
yang berbeza inilah merupakan ciri utama yang membolehkan menggunakan
pengimejahan 2-dimensi kerintangan elektrik dilakukan (Laporan Survei Geofizik USM;

27
Zuhar Zahir, 2000). Keberintangan tanah berkaitan dengan pelbagai parameter geologi
seperti mineral dan kandungan bendalir, keliangan dan darjah ketepuan air di dalam
batuan. Tinjauan keberintangan 2-D digunakan sejak beberapa dekad lalu dalam bidang
hidrologi, perlombongan dan penyiasatan geoteknik. Terbaru, ia digunakan untuk
tinjauan persekitaran.

2.2.2

Sifat-sifat Keberintangan Batuan

Nilai-nilai keberintangan mempunyai julat yang lebih besar berbanding kuantiti


fizik lain yang dipetakan dengan kaedah geofizik yang lain. Keberintangan batuan dan
tanah di kawasan tinjauan dipelbagaikan bergantung kepada beberapa turutan magnitud.
Rajah 2.13 menunjukkan carta yang diilustrasikan secara umum mengenai nilai
keberintangan kumpulan batuan yang dibandingkan antara satu dengan yang lain.

MASIF

SULFIDA
BATUAN IGNEUS
DAN METAMORFIK

GRANIT
BATUAN IGNEUS
100 000

10 000

1 000

0.01

0.1

KEKONDUKSIAN (mS/m)
100
10

0.1

0.01

1 000

10 000

100 000

AIR, AKUIFER

BATUAN SEDIMEN

TIL
SEDIMEN GLASIER

TERLULUHAWA
LAPISAN

SIMEN

100
10
KEBERINTANGAN (ohm-m)

TAK TERLULUHAWA
BATUAN PERISAI

FELSIK

MAFIK

ZON
BELAK

KERAK DURUS

SAPROLIT

(BATUAN METAMORF)
TANIH LIAT

SYAL

BATU PASIR

LIGNIT, ARANG

AIR MASIN

GRAVEL DAN PASIR

AIR TAWAR

LAUT AIS

KONGLOMERAT

DOLOMIT

BATU KAPUR

PERMAFROS

28
Rajah 2.13 : Nilai keberintangan dan kekonduksian bagi kumpulan batuan tertentu
(Palacky, 1987).

2.2.3

Pentafsiran Resistiviti 2-D

Kaedah menginterpretasi data resistiviti 2-D ialah dengan menganalisa nilai


kerintangan bagi taburan tompokan-tompokan yang berkerintangan tinggi (merah) dan
tompokan-tompokan yang berkerintangan rendah (biru). Kemudian ianya dikorilasikan
dengan hasil dari pemerhatian ciri-ciri yang nyata yang terdapat di permukaan bumi.
Tompokan berkerintangan tinggi (merah) adalah secara amnya adalah disebabkan oleh
kewujudan bahan-bahan yang lebih kering dan tumpat yang mana bahan tersebut akan
memberi nilai kerintangan yang tinggi terhadap pengaliran arus elektrik yang mengalir
menerusinya. Bahan-bahan yang lembab dan poros pula berkeupayaan menampung dan
memerangkap air dengan lebih banyak berbanding dengan bahan yang lebih kering dan
tumpat. Kandungan air yang banyak ini akan membenarkan pengaliran arus elektrik
dengan lebih senang dan memberikan nilai kerintangan yang rendah (biru).

Bentuk tompokan juga memainkan peranan penting dalam mentafsir data


kerintangan elektrik. Bentuk dan saiz tompokan adalah berkadar terus dengan punca
yang menyebabkannya. Bentuk tompokan berkerintangan tinggi (merah) yang bulat
boleh dikaitkan dengan kehadiran bahan yang berbentuk bulat atau separa bulat seperti
batu bundar. Manakala tompokan merah dikawasan yang lebih dalam pula boleh
dikaitkan dengan kehadiran lapisan batu hampar yang sangat padat atau mempunyai
keliangan yang sangat rendah. Kewujudan kerintangan yang tinggi (merah) dikawasan
yang sangat cetek atau dipermukaan bumi adalah disebabkan oleh permukaan bumi di

29
kawasan tersebut adalah kering, dimana ianya mungkin terdedah kepada cahaya
matahari yang terus (Laporan Survei Geofizik USM; Zuhar Zahir, 2000)

Rajah 2.14 : Data yang diperolehi dari ujian resistiviti 2-D (Laporan Survei Geofizik
USM; Zuhar Zahir, 2000).

2.2.4

Jarak Elektrod (electrod spreads)

Kaedah resistiviti 2-D bermula pada tahun 1920-an, hasil kerja adik beradik
Schlumberger. Hampir 60 tahun kemudian, untuk pentafsiran kuantitatif, tinjauan satu
dimensi (Koefoed, 1979) biasanya digunakan. Menurut Habberjam (1979), terdapat

30
banyak tatarajah yang menunjukkan kedudukan elektrod dalam kaedah kerintangan
elektrik. Dalam kaedah ini, titik tengah susunan elektrod dibiarkan tetap, dan jarak
antara elektrod ditambah supaya lebih maklumat keratan kedalaman subpermukaan
diperolehi. Rajah 2.15 menunjukkan susunatur yang biasa digunakan dalam tinjauan
keberintangan dengan faktor geometrinya.

Pole Pole

Wenner Alpha
C1

P1

P2

Dipole Dipole

k=2a

Pole Dipole
P2

P1

na

P2

P1

C1

na

k=2n(n+1)
a

k = n ( n + 1 ) (n + 2)
a

C2

P1

k=2a

C1

C1

C2

Wenner - Schlumberger
C1

P1

P2

na

C2

na

k=n(n+1)a
b=na
k=2bL/(Lb)
k = Faktor Geometri

L = ( a * a + b * b ) 0.5

Rajah 2.15: Susunatur tinjauan keberintangan dan faktor geometri (Griffiths, 1981)

Disebabkan kekurangan yang terdapat pada model satu 1-D maka penggunaan model 2D dan 3-D dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak data yang intensif. Tinjauan
keberintangan 2-D dan 3-D digunakan dengan meluas bersama peralatan keberintangan
multi-elektrod (Griffiths et al, 1990) dan perisian komputer pembalikan (Loke, 1994).

31

Rajah 2.16: Tiga model berbeza yang digunakan dalam pengukuran pentafsiran
keberintangan.

Kaedah resistiviti 2-D seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.14 adalah
berdasarkan pengukuran keupayaan antara sepasang elektrod sementara arus terus
mengalir antara sepasang elektrod yang lain. Kedalaman penusukan berkadaran dengan
jarak antara elektrod. Pentafsiran data keberintangan terdiri daripada beberapa langkah
seperti pentafsiran fizikal pada data yang diukur, penghasilan model fizikal dan
pentafsiran geologi pada parameter fizikal yang terhasil.

32

Rajah 2.17: Lakaran prinsip pengukuran keberintangan dengan arus terus

(Robinson

and Coruh, 1988).

Rajah 2.18 : Carta Aliran Proses Keberintangan Elektrik ( Laporan Survei Geofizik
USM; Zuhar Zahir, 2000)

33
2.2.5

Prinsip Pengukuran Resistiviti 2-D

Rajah 2.18 menunjukkan pengukuran untuk susunatur Wenner dengan system 20


elektrod. Elektrod-elektrod disusun sepanjang garis tinjauan dengan jarak tetap a dan
disambung kepada kabel penyambung multi-elektrod. Kabel pula disambung pada unit
suis elektronik yang dihubung dengan komputer riba. Pengukuran dilakukan dalam
bentuk siri. Pengukuran pertama melibatkan elektrod 1, 2, 3 dan 4 yang diguna dengan
susunan C1, P1, P2 dan C2 serta jarak 1a. Pengukuran kedua melibatkan elektrod 2, 3,
4 dan 5 yang diguna dengan susunan yang sama. Ini diulangi hingga elektrod terakhir
dengan jarak 1a. Siri pengukuran kedua menggunakan jarak 2a. Pengukuran
pertama menggunakan elektrod 1, 3, 5, dan 7. Pengukuran ini diulangi hingga elektrod
14, 16, 18 dan 20 untuk pengukuran terakhir. Proses sama diulang dengan jarak 3a,
4a, 5a dan 6a. Apabila jarak elektrod meningkat, bilangan pengukuran menurun
dan ini bergantung pada jenis susunatur. Kedalaman penusukan semakin dalam apabila
jarak antara elektrod semaki meningkat.

34

Rajah 2.19: Susunan elektrod untuk tinjauan resistiviti dua dimensi dengan
susunatur Wenner untuk menghasilkan model pseudo

2.2.6

Protokol

Protokol ialah arahan pengambilan data mengikut susunatur elektrod. Terdapat


pelbagai susunatur yang berbeza telah dicadangkan dan digunakan untuk kaedah
resistiviti. Susunatur yang terbaik dipilih untuk tinjauan resistiviti bergantung kepada
kekuatan isyarat, kepekaannya terhadap perubahan resistiviti subpermukaan secara
menegak dan mendatar, kedalaman siasatan, jenis struktur yang hendak dipetakan dan
paras hingar. Antara susunatur yang kerap digunakan untuk tinjauan resistiviti 2-D ialah
Wenner, Dipole-dipole, Wenner-Schlumberger, Pole-pole dan Pole-dipole. Rajah 2.10
menunjukkan corak kontur untuk fungsi kepekaan bagi susunatur Wenner, WennerSchlumberger, Dipole-dipole dan Pole-pole bagi model bumi yang homogen (Loke,
1999)

35
Jadual 2.3 : Contoh kawasan yang menggunakan kaedah pembiasan seismik dan
resisitiviti 2-D di Malaysia

Tahun

Kaedah

Kawasan

Ujikaji

Masalah
Memetakan lapisan dan

2006

2-Dimensi

Sungai Kelambu, Banting


Selangor

jenis air yang terdapat


dalam akuifer pasir serta
enapan yang berada
disekitarnya
Mengkaji struktur

2009

2-Dimensi

Lembangan Tuba, Langkawi

permukaan dan mengesan

kedah

sebarang kehadiran
akuifer dan jenisnya.
Mendapatkan laluan jalan

2007

Pembiasan

Kaki Bukit Ke Wang Kelian,

yang bersesuaian dan

Seismik

Perlis

mengurangkan kesan
terhadap alam sekitar
Menyelesaikan masalah
kekurangan air dengan

2009

2-Dimensi

Runchang, Muadzam Pahang.

menentukan kawasan
yang lemah, punca air dan
zon retakan.

Pembiasan
2000

Seismik dan
2-Dimensi

Menentukan kewujudan
Lenggong, Perak

boulder untuk pembinaan


jalan raya pada cerun.

36
2.3.1

Luluhawa Batuan Granit

Luluhawa merupakan proses pemecahan batuan dan pereputan batuan secara


semulajadi oleh agen-agen luluhawa seperti air hujan, haba matahari, akar tumbuhan dan
haiwan. Selain itu, proses luluhawa juga boleh didefinisikan sebagai proses pemecahan
batuan yang ada dipermukaan bumi kepada saiz atau zarah yang lebih kecil serta
penukaran batuan kepada tanah. Proses penukaran ini terjadi dengan penukaran yang
amat perlahan dan mengambil masa sehingga beribu tahun. Proses luluhawa berlaku
kerana wujudnya perbezaan persekitaran semasa batuan ini terbentuk iaitu pada suhu >
600 darjah celsius, tekanan tinggi pada kedalaman > 10 km dan ia juga bergantung
kepada faktor fizikal, kimia dan biologi. Proses luluhawa boleh dikelaskan kepada tiga
keadaan iaitu, luluhawa mekanikal, luluhawa kimia dan luluhawa biotik.

2.3.2

Luluhawa Mekanikal

Luluhawa mekanika ialah proses pemecahan dan penguraianabatuan secara


semulajadi dengan mengakibatkan perubahan fizikal batuantanpa mengubah kandungan
mineralnya. Proses pemecahan batuan melalui luluhawa mekanika berlaku akibat
tindakan ais, fros, penghabluran garam, pelepasan tekanan, proses basah-kering dan
perubahan suhu yang ekstrem. Proses tindakan ibun (akibat ais atau fros) berlaku di
kawasan beriklim sejuk, iklim hawa sederhana dan di pergunungan yang tinggi yang
sejuk hingga terdapat ais.

Pada musim panas, air hujan atau ais yang cair akan masuk ke dalamrekahan
batuan. Pada musim dingin, air tersebut akan membeku di dalamrekahan batuan

37
membentuk ibun (ais). Pembekuan air ini akan menyebabkan ais tersebut mengembang
atau menyengkangrekahan batuan sehingga pecah. Proses penghabluran garam berlaku
di kawasan beriklim kering seperti gurun atau hampir gurun. Semasa hujan air akan
melarutkan mineralgaram seperti naterium klorida,kasium sulfat (gypsum) dan
nateriumkarbonat ( batu kapur) membentuk larutan garam di celah rekahan batuan.Haba
matahari akan menyejat larutan garam tersebut membentuk hablurgaram. Proses
penghabluran garam ini akan menyebabkan hablur garam tersebut mengembang dan
memberi tekanan kepada rekahanbatuan.Lama-kelamaan rekahan batuan membesar dan
pecah. ( Proses ini hampir sama dengan tindakan ibun ).

Proses pelepasan tekanan berlaku pada batuan yang terdapat di dalamlapisan


kerak bumi yang terdedah akibat hakisan tanah permukaan bumi.Kegiatan manusia
meratakan tanah atau menarah cerun boleh mendedahkan batuan dalam bumi ke
permukaan. Lapisan tanah atas yang terhakis atau dibuang akan mengurangkan beban
atau tekanan ke atas batuan. Batuan akhirnya boleh mengembang menyebabkan
berlakunya retakan dan kulit luar batuan mengelupas. Batuan yang terkelupas ini
membentuk kubah kelupasan.

Proses basah-kering yang berulang berlaku pada batuan di tepi pantai atau di
tebing sungai atau di pinggir tasik. Proses ini juga berlaku apabila hari hujan silih
berganti dengan hari kering. Apabila air pasang di sungai,laut dan kehadiran ombak atau
hujan turun, batuan akan basah dan akibat dimasukki air. Batuan atau tanih yang basah
akan mengembang. Apabila air surut atau hari kering, batuan tersebut akan menjadi kering
kerana air disejat oleh haba matahari. Batuan yang keringitu akan merekah dan pecah.

Proses perubahan suhu eksrem berlaku di kawasan gurun panas keranaterdapat


perbezaan suhu harian yang besar. Pada waktu siang suhu digurun panas boleh mencapai
sehingga 40-50C. Keadaan yang kurang hujan dan kering kontang turut menyumbang

38
kepada keberkesanan prosesluluhawa ini. Keadaan ini boleh menyebabkan mineral
batuan mengembang. Pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga takatbeku
(0C). Keadaan ini menyebabkan batuan tersebut menguncup. Proses kembang-kecut ini
akan menyebabkan batuan retak dan pecah. Melalui proses perubahan suhu ekstrem ini
batuan akan pecah dalam tiga bentukiaitu pemecahan secara bungkah, pemecahan secara
berbutir (relai,hancur) dan pecah terkelupas.

2.3.3

Luluhawa Kimia

Luluhawa kimia ialah proses pemecahan dan penguraian batuanmelalui proses


larutan yang menyebabkan perubahan bentuk dankandungan mineral batuan. Agen
utama pelaku luluhawa kimia ialah air hujan, gas oksigen dan gaskarbon dioksida.
Keadaan hujan yang lebat sangat menggalakkan berlakunya luluhawa kimia terutama di
kawasan tropika lembab. Disamping itu, suhu topika yang tinggi mempercepatkan
proses larutan kerana air yang panas (akibat suhu tinggi) lebih cepat melarutkan mineral
batuan. Terdapat lima cara atau proses larutan yang menyebabkan batuan pecahdan
terurai iaitu prosespengkarbonan, pengoksidaan, hidrolisis, larutan mudah dan
penghidratan.

Proses pengkarbonan berlaku ke atas batu kapur. Air hujan akanbercampur dengan
gas karbn dioksida membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik ini akan melarutkan
karbonat (kapur) di dalam batu kapur. Larutan ini akan menyebabkan batu kapur
berlubang-lubang, berongga atau pecah. Panorama di kawasan bukit batu kapur atau
kawasan karst memperlihatkan bentuk lubang langgah, dolin, gua, stalaktit, stalakmit,
lohong bawah tanah dan sungai bawah tanah.

39
Proses pengoksidaan berlaku apabila air bercampur gas oksigen melarutkan
mineral besi (ferum) dalam batuan membentuk larutan ferikoksida ( ferum dioksida).
Larutan ini akan melemahkan batuan dan akhirnya memecahkan batuan tersebut. Kesan
yang dapat dilihat ialah batuanmenjadi seperti berkarat, kemerahan dan rapuh.
Proses hidrolisis berlaku apabila air bertindak balas dengan batuan yang
mengandungi feldspar atau mika di dalam batuan granit . Akibat larutan tersebut,
feldsfar atau mika akan bertukar menjadi kaolin (sejenis tanahliat yang lembut yang
boleh digunakan untuk membuat tembikar ). Proses larutan mudah berlaku apabila air
melarutkan mineral batuan yang menjadikan batuan tersebut poros dan pecah dengan
mudah. Misalnya batuan di tebing sungai atau di kawasantropika yang menerima hujan
lebat. Proses penghidratan berlaku apabila air melarutkan mineral batuan membentuk
mineral baru dalam batuan tersebut. Misalnya mineral anhidrit larut dengan air
membentuk gypsum yang mudah pecah. Air melarutkan mineral hematit membentuk
limonit.

2.3.4

Luluhawa Organik ( Biotik/Hayat)

Luluhawa organik ialah proses pemecahan, penguraian dan pereputan batuan


oleh agen hidupan seperti akar pokok , bakteria, manusia dan haiwan yang hidup dalam
tanah. Tindakan akar pokok berlaku apabila akar pokok yang semakin membesar
memasukki rekahan batuan. Pembesaran akar ini akan menyebabkan rekahan batuan
dibaji atau disengkang oleh akar pokok. Akhirnya batuan tersebut pecah.

Di kawasan tropika lembab atau khatulistiwa luluhawa organik oleh akar ini amat
berkesan kerana hujan yang lebat menyebabkan pertumbuhan hutan yang padat dan
cepat. Bakteria pula memecahkan dan mereputkan batuan melalui proses pereputan.

40
Kehadiran air ke atas batuan akan mempercepatkan proses pereputan batuan. Manusia
boleh membantu luluhawa melalui kerja-kerja yang boleh mendedahkan batuan kepada
haba matahari serta siraman air hujan.

Kerja membina jalan raya, melombong, pertanian menyebabkan batuan terdedah


kepada tindakan haba panas matahari (proses pengembangandan pengecutan batuan) ,
pelepasan tekanan dan tindakan air hujan (larutan kimia batuan). Haiwan yang hidup
dalam tanah akan membantu kemasukkan air ke dalam tanah. Air tersebut akan terkenan
batuan dalam tanah dan melarutkan mineralnya.

Rajah 2.20: Gred I (batuan granit segar)

Rajah 2.21: Batuan terluluhawa gred II

41

Rajah 2.22 : Batuan terluluhawa gred III

Rajah 2.23: Batuan terluluhawa gred IV

Rajah 2.24: Batuan granit yang terluluhawa

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Geologi Pulau Pinang

Pulau Pinang dilapisi oleh dua granit pluton yang utama, iaitu Pluton Penang
Utara dan Pluton Penang Selatan (Ong, 1993). Pluton Penang Utara terdiri daripada
granit biotit yang mengandungi lebih banyak ortoklas dan lebih rendah mikrolin yang
memenuhi kawasan berbukit di bahagian utara. Pluton ini telah dibahagikan kepada tiga
unit utama yang dikenali sebagai granit Tanjung Bunga, granit Feringgi dan mikrogranit
Muka Head. Manakala Pluton Penang Selatan terdiri daripada granit muskovit-biotit
yang mengandungi lebih banyak mikrolin memenuhi bahagian selatan pulau yang
beralun. Batuan juga terbahagi kepada dua unit iaitu granit batu Maung dan granit
Sungai Ara (Rajah 3.2). Ketak selanjaran (sesar dan kekar) dan rekahan mudah dilihat
pada batuan yang terdedah. Rekahan-rekahan mempunyai telerang kuarza dan aplit.
Terdapat juga rekahan yang tertonjol sebagai daik permukaan. Kebanyakan sesar tidak
menunjukkan peralihan ketara kecuali yang ditunjukkan oleh jasad granit yang
mengalami ricihan besar pada pelbagai sudut..

43
Ketebalan tanah bahagian atas biasanya kurang dari tiga kaki dan lebih banyak lumpur
berpasir dengan humus dan akar pokok. Terdapat tiga jasad granit utama di Pulau
Pinang iaitu Tanjung Bungah, Paya Terubong dan Batu Feringgi (Jadual 3.1) dan
taburannya ditunjukkan dalam Rajah 3.3 (Fauziah et al., 2006). Tanjung Tokong
tergolong dalam kumpulan Tanjung Bungah

Rajah 3.1: Peta geologi Pulau Pinang yang diubahsuai daripada Ong, 1993.

44
Jadual 3.1: Klasifikasi jenis jasad granit Pulau Pinang (Fauziah et al., 2006).

Mineralogi

Nama Kumpulan
Tanjung Bungah

Butiran granit biotit dari halus

Usia
Awal usia Jura

hingga kasar dengan ortoklas hingga


Paya Terubong

Batu Feringgi

mikroklin pertengahan
Butiran granit biotit dari sederhana

Awal usia

hingga kasar dengan mikroklin

Perm - lewat

Butiran granit biotit dari sederhana

usia Karbon
Awal usia Jura

hingga kasar dengan ortoklas hingga


mikroklin pertengahan

3.2

Kaedah Pembiasan Seismik

Kaedah seismik merupakan satu bahagian dalam eksplorasi seismologi yang


tergolong dalam kaedah geofizik aktif, dimana pengukuran dilakukan dengan
menggunakan gelombang bunyi seperti ketukan, ledakan atau getaran. Setelah usikan
diberikan, berlakunya gerakan gelombang di dalam medium (tanah atau batuan) yang
memenuhi hukum-hukum elastik ke semua arah dan mengalami pemantulan atau
pembiasan. Pada suatu jarak tertentu, gerakan partikel gelombang tersebut dirakam
sebagai suatu fungsi masa. Daripada rakaman inilah dapat dikenalpasti bentuk lapisan
atau struktur di dalam tanah.

Eksperimen seismik yang pertama dilakukan pada tahun 1845 oleh Robert Mallet,
yang dikenali sebagai bapa seismologi. Mallet mengukur masa penghantaran gelombang

45
seismik yang dikenal sebagai gelombang permukaan yang terhasil daripada ledakan.
Mallet meletakkan sebuah botol kecil berisi raksa pada beberapa jarak dari sumber
ledakan dan mencatat masa yang diperlukan oleh raksa untuk beriak. Pada tahun 1909,
Andrija Mohorovicic menggunakan masa jalar dari sumber gempa bumi untuk
eksperimennya dan menentukan bidang batas antara mantel dan kerak bumi yang
sekarang disebut sebagai Moho.

Penggunaan awal pemerhatian seismik bagi eksplorasi minyak dan mineral


dimulai pada tahun 1920an. Teknik seismik biasan digunakan secara intensif di Iran
untuk membatasi struktur yang mengandungi minyak. Pada masa kini, seismik pantulan
merupakan kaedah terbaik yang digunakan dalam eksplorasi minyak bumi. Kaedah ini
pertama kali didemonstrasikan di Oklahoma pada tahun 1921 (Bullen, 1965).

Kajian telah dijalankan di Pulau Pinang dan kawasan Tanjong Tokong telah
dipilih sebagai lokasi kajian. Iklim Pulau Pinang merupakan tropika dengan suhu purata
harian 27 oC. Manakala purata kelembapan harian adalah pelbagai iaitu antara 60.9%
hingga 96.8%. Purata hujan tahunan pula lebih kurang 267 cm tetapi boleh mencapai
sehingga 624 cm (Fauziah et al., 2006).

Seperti yang kita sedia maklum, Tanjong Tokong merupakan kawasan laut yang
dahulunya dan telah menjadi kawasan tambakan dengan batuan dasarnya adalah granit.
Selain itu, kawasan Tanjong Tokong mempunyai geologi yang berbeza dan menyebab
wujudnya masalah kejuruteraan dan persekitaran. Kaedah geofizik yang digunakan
dikawasan ini ialah kaedah resistiviti 2-D dan kaedah seismk pembiasan.

46
3.2.1

Perolehan Data Seismik Biasan

Hanya satu garis tinjauan seismik biasan dijalankan. Garis tinjauan seismik yang
dipilih adalah bertindih dengan garis tinjauan resistiviti, K9 dengan geofon pertama
berada antara elektrod 20 dan elektrod 21 (Lampiran E). Tinjauan ini menggunakan
seismograf ABEM Terraloc Mark 6 bersama 24 geofon 20Hz serta tukul seberat 7.3 kg
sebagai sumber bunyi. Masa sela yang digunakan ialah 100 s manakala sela sampel
yang digunakan ialah 4096 (409 s ). Jarak antara geofon ialah 2 meter. Titik tembak
dilakukan pada jarak -90 meter, 1 meter, 11 meter, 25 meter, 35 meter, 45 meter dan 81
meter. Kesemua data direkodkan terus ke dalam seismograf Terraloc MK6.

Rajah 3.2 : Susunatur alatan kajian seismik biasan.

47
3.2.2

Pemprosesan Data

Tujuan utama pemprosesan data seismik menurut (Kruk, 2001) adalah untuk:
a)

meningkatkan nisbah isyarat dan hingar.

b)

memperoleh resolusi yang lebih tinggi dengan mengadaptasikan


bentuk gelombang isyarat.

c)

mengasingkan isyarat-isyarat yang diinginkan (isyarat pantulan


dari multiple dan gelombang-gelombang permukaan).

d)

memperoleh gambaran yang sebenar dengan koreksi geometri.

e)

memperoleh maklumat-maklumat mengenai subpermukaan.

Rajah 3.2 menunjukkan carta aliran bagi pemprosesan data seismik pembiasan.
Data analog yang berkadaran dengan gelombang seismos terhasil terus daripada alatan
pengukuran di lapangan. Unit pemerolehan seismograf memindahkan data analog
kepada data digital. Maklumat terpenting data digital bagi kaedah seismik biasan ialah
maklumat masa ketibaan pertama gelombang P yang berkadaran dengan jarak geofon.

48

Mula
Pengukuran lapangan
Rakaman isyarat
Data masa perjalanan
Pilih ketibaan pertama
setiap geofon

Proses penapisan
Semak
pemilihan

Salah
Betul

Pembinaan graf masa


pintasan

Kaedah GRM
Pengiraan halaju
Penentuan kedalaman
Spektrum profil gelombang-P

Tamat

Rajah 3.3: Carta aliran pemprosesan data.

Masa ketibaan pertama bagi setiap geofon diplotkan dalam bentuk grafik dengan
hubungan antara masa ketibaan gelombang P dan jarak geofon bagi setiap titik tembak
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4. Daripada graf, lengkung masa ketibaan bagi
setiap geofon dipilih untuk membentuk graf masa pintasan seperti yang dipaparkan pada
Rajah 3.5.

49
Dalam analisis penentuan masa ketibaan pertama, pengetahuan tentang
gelombang seismos diperlukan untuk membezakan gelombang ketibaan pertama
daripada gelombang biasan P dan gelombang seismos yang lain seperti gelombang
Rayleigh dan gelombang S. Proses terakhir ialah pengiraan halaju gelombang P dan
ketebalan bagi setiap lapisan dalam kawasan kajian berdasarkan lakaran grafik masa
pintasan. Akhir sekali kaedah Generalized Reciprocal Method (GRM) digunakan bagi
menentukan kadar halaju gelombang dalam medium dan kedalaman subpermukaan.

Rajah 3.4: Pemilihan masa ketibaan pertama pada gelombang seismik

Rajah 3.5: Graf masa ketibaan pertama dan jarak geofon.

50
3.2.3

Ringkasan Prosidur Kerja

Kaedah seismik menggunakan gelombang bunyi iaitu ketukan, ledakan atau


getaran bagi mengesan subpermukaan cetek untuk mengetahui halaju gelombang
seismos, struktur serta lapisan medium yang berlainan. Perambatan gelombang akan
menghentam lapisan-lapisan batuan dan mengalami pemantulan, pembiasan serta
penyerapan. Tindak balas batuan terhadap gelombang yang datang berbeza-beza
bergantung kepada sifat fizik batuan (ketumpatan, keliangan, umur batuan, kepadatan
dan kedalaman batuan).

Gelombang yang dipantulkan akan dikesan oleh geofon yang dipasang di


permukaan dan seterusnya dihantar ke alat perakam isyarat digital untuk dirakam.
Terdapat dua kumpulan gelombang seismos iaitu gelombang jasad (terdiri daripada
gelombang P dan S) dan gelombang permukaan (Rayleigh dan Love). Terdapat dua jenis
tinjauan seismik iaitu tinjauan seismik pembiasan dan pantulan. Kedua-kedua tinjauan
tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Walaubagaimanapun tinjauan
seismik pembiasan digunakan dalam kajian kegagalan cerun. Arah perjalanan bagi
gelombang seismos berubah dari suatu medium ke medium yang lain.

Perubahan arah inilah yang menentukan perbezaan halaju berdasarkan hukum


Snell. Daripada penentuan halaju inilah yang dapat menentukan samada subpermukaan
homogeneous, kes dua lapisan atau tiga lapisan. Pengiraan halaju bagi setiap lapisan
dalam kawasan kajian berdasarkan lakaran grafik masa pintasan. Akhir sekali, kaedah
Generalized Reciprocal Method (GRM) digunakan bagi menentukan kadar halaju
gelombang dalam medium dan kedalaman subpermukaan.

51
3.3

Kaedah Lubang Bor

Lubang bor di Tanjung Tokong, Pulau Pinang menggunakan kaedah rotary


wash dengan Standard Penetration Test (SPT). Dalam kaedah rotary wash, alat
rincisan diputar oleh rig gerudi sementara air atau lumpur gerudi mengepam ruas gerudi
untuk membasuh rincisan tanah ke paras tanah. Kaedah Standard Penetration Test pula
dijalankan pada sela 1.5 meter dengan menjatuhkan self-tripping hammer yang
mempunyai berat 65 kg (Tanjung Tokong) dari ketinggian tetap iaitu 75 cm. Bilangan
ketukan untuk penusukan permulaan 15 cm direkod sebagai seating drive. Jika 50
bilangan ketukan diperlukan sebelum penusukan 15 cm dicapai, penusukan direkod dan
seating drive dihentikan. Kemudian bilangan ketukan untuk penusukan 30 cm
(Tanjung Tokong) selepas seating drive dikenali sebagai test drive. Dalam test
drive juga, jika 50 bilangan ketukan diperlukan sebelum penusukan 30 cm atau 45 cm
dicapai, penusukan direkod dan test drive dihentikan. Nilai N ialah jumlah bilangan
ketukan untuk setiap 75 mm penusukan test drive.

3.3.1

Data Lubang Bor

Data lubang bor dikawasan kajian diperolehi dari Soil Centralab Sendirian
Berhad yang telah terlebih dahulu membuat penyiasatan tapak dikawasan tersebut.

52
3.4

Kaedah Pengimejahan Resisitiviti 2-D

Kaedah keberintangan juga dikenali sebagai kaedah pengimejan keelektrikan 2D yang dijalankan untuk mengesan taburan keberintangan subpermukaan bumi. Seismik
pembiasan pula dijalankan untuk mengesan subpermukaan yang cetek bagi mengetahui
halaju gelombang seismos, struktur dan lapisan medium yang berlainan. Bagi membantu
pentafsiran data keberintangan dan seismik pembiasan, biasanya data lubang bor
diperlukan. Kebiasaannya terdapat sekurang-kurangnya satu lubang bor pada sesuatu
garis tinjauan atau yang berdekatan dengan kawasan garis tinjauan di sesuatu kawasan
kajian kerana sekiranya banyak lubang bor di lakukan, maka kos juga akan meningkat.

3.4.1

Pemprosessan Data Resistiviti 2-D

Data mentah yang diperolehi dari lapangan akan ditukar ke dalam format .dat
supaya dapat diproses mengunakan perisian RES2DINV. Kedudukan elektrod pertama
akan ditukar terlebih dahulu. Perisian RES2DINV akan menghasilkan tiga keratan
pseudo yang berlainan. Keratan pseudo pertama dihasilkan daripada keputusan data
mentah dari lapangan. Manakala keratan pseudo kedua dihasilkan daripada perkiraan
resistiviti ketara oleh perisian. Keratan pseudo ketiga pula dihasilkan untuk pembinaan
model resistiviti dan mempunyai nilai ralat secara gandaan dua (RMS). Contoh ketigatiga keratan pseudo ini seperti pada Rajah 3.6. Nilai ralat secara gandaan dua berpunca
daripada ralat rawak atau ralat sistematik. Ralat rawak termasuk kesan arus telurik yang
mempengaruhi semua bacaan. Ralat sistematik pula disebabkan beberapa kesilapan
semasa tinjauan diadakan contohnya sentuhan antara elektrod dengan tanah yang tidak
baik dan kerosakan pada kabel. Kontur nilai resistiviti adalah mengikut julat resistiviti
yang terbahagi kepada enam belas selang dengan warna berlainan. Perisian RES2DINV

53
menggunakan proses songsangan untuk mendapatkan nilai resistiviti sebenar
subpermukaan. Nilai RMS dapat dikurangkan dalam histogramnya. Kebiasaannya ia
dikurangkan dengan membuang nilai RMS yang melebihi seratus.

Rajah 3.6: Contoh penghasilan keratan pseudo.

3.4.2

Prosedur Penghasilan Keratan Pseudo

Untuk mendapatkan gambaran subpermukaan 2-D yang baik, pengukuran litupan


mestilah dibuat dalam bentuk 2-D. Rajah 3.5 menunjukkan susunan elektrod bagi
susunatur Wenner sistem 20 elektrod dengan jarak antara elektrod ialah a. Langkah
pertama adalah dengan membuat semua jarak elektrod pengukuran susunatur Wenner
bernilai 1a. Bagi pengukuran pertama, elektrod bernombor 1, 2, 3 dan 4 digunakan.
Elektrod 1 digunakan sebagai arus pertama elektrod (C1), elektrod 2 sebagai elektrod
keupayaan pertama (P1), elektrod 3 sebagai elektrod keupayaan kedua (P2) dan elektrod

54
4 sebagai elektrod arus kedua (C2). Bagi pengukuran kedua, elektrod nombor 2, 3, 4, dan
5 digunakan sebagai C1, P1, P2 dan C2. Ia diulang di sepanjang garis tinjauan sehingga
elektrod 17, 18, 19 dan 20 dengan jarak pengukuran sebanyak 1a.

Selepas selesai turutan pengukuran dengan jarak 1a, turutan pengukuran


seterusnya ialah dengan jarak antara elektrod bernilai 2a. Susunan elektrod pertama 1,
3, 5 dan 7 digunakan sebagai pengukuran pertama. Untuk pengukuran kedua, susunan
elektrod 2, 4, 6 dan 8 digunakan. Proses ini diulang sehingga elektrod 14, 16, 18 dan 20.

Stesen
32

Stesen
18

Meter kerintangan

Komputer
Bimbit

Stesen 1
Bilangan Elektrod
Peringkat Data

Rajah 3.7: Susunan elektrod untuk tinjauan keberintangan 2-D dan turutan pengukuran
untuk membina keratan pseudo

55
Proses yang sama diulang dengan pengukuran menggunakan jarak elektrod
bernilai 3a, 4a, 5a dan 6a. Untuk mendapatkan keputusan yang baik,
pengukuran di tapak tinjauan perlu dilaksanakan dengan cara yang sistematik. Ini boleh
memberi kesan terhadap kualiti penghasilan model yang diperolehi daripada songsangan
pengukuran keberintangan ketara (Dahlin dan Loke, 1998).

Semakin besar jarak elektrod, semakin kurang bilangan pengukuran. Bilangan


pengukuran yang diperolehi untuk setiap jarak elektrod bagi bilangan elektrod sepanjang
garisan tinjauan bergantung pada jenis susunatur yang digunakan. Susunatur Wenner
memberi bilangan pengukuran yang terkecil berbanding susunatur lain yang digunakan
dalam tinjauan 2-D.

Prosedur tinjauan bagi susunatur Pole-pole adalah sama dengan susunatur


Wenner. Bagi sistem 20 elektrod, terdapat 19 pengukuran data dengan menggunakan
jarak elektrod bernilai 1a dilakukan, diikuti dengan 18 pengukuran data bagi jarak
antara elektrod bernilai 2a, 17 pengukuran data dengan jarak antara 3a dan
seterusnya.

Bagi susunatur Dipole-dipole, Wenner-Schlumberger dan Pole-dipole seperti


dalam Rajah 2.2, prosedur tinjauannya agak berbeza. Bagi susunatur Dipole-dipole,
pengukurannya dimulakan dengan jarak antara elektrod bernilai 1a bagi elekrod C1-C2
(begitu juga P1-P2). Permulaan turutan pengukuran dilakukan dengan nilai 1 untuk faktor
n (nisbah jarak antara elektrod C1-P1 hingga jarak dipole C1-C2), diikuti n
bersamaan 2 dengan menetapkan jarak pasangan dipole pada 1a. Apabila n
bersamaan 2, jarak elektrod C1 dari elektrod P1 adalah dua kali ganda jarak pasangan
dipole. Bagi pengukuran seterusnya, faktor n biasanya meningkat sehingga nilai
maksimum 6, selepas pengukuran keupayaan yang tepat sukar dengan nilai keupayaan
yang sangat rendah. Bagi meningkatkan kedalaman penyiasatan, jarak antara pasangan

56
dipole C1-C2 ditingkatkan sehingga 2a, dan siri pengukuran lain dengan nilai n yang
berbeza dilakukan.

Jika diperlukan, ia boleh diulangi dengan nilai jarak pasangan dipole C1-C2 (dan
P1-P2) yang lebih besar. Teknik tinjauan yang sama boleh digunakan untuk susunatur
Wenner-Schlumberger dan Pole-dipole yang mana gabungan jarak a dan faktor n
yang berbeza boleh digunakan.

3.4.3

Kelebihan Dan Kekurangan Susunatur Yang Berbeza

Perisian RES2DMOD menunjukkan bentuk kontur yang berbeza dalam keratan


pseudo yang dihasilkan oleh susunatur yang berbeza pada struktur yang sama. Susunatur
yang biasanya digunakan dalam tinjauan keberintangan adalah Wenner, WennerSchlumberger dan Pole-Dipole. Pemilihan susunatur yang terbaik di lapangan
bergantung pada jenis struktur yang di petakan, kepekaan meter dan latar belakang paras
hingar.

Kesemua sifat-sifat susunatur perlu mengambil kira kepekaan susunatur dalam


perubahan menegak dan mendatar keberintangan subpermukaan, kedalaman penyiasatan,
liputan data secara mendatar dan kekuatan isyarat (Dahlin dan Loke, 1998). Susunatur
Wenner-Schlumberger merupakan gabungan antara Wenner dan Schlumberger. Faktor
n bagi susunatur ini ialah nisbah jarak antara elektrod C1-P1 (atau P2-C2) dengan
pasangan keupayaan P1-P2. Corak kepekaan bagi susunatur Schlumberger adalah
berbeza dengan susunatur Wenner. Susunatur Wenner lebih peka terhadap perubahan
menegak manakala susunatur Schlumberger lebih peka terhadap perubahan mendatar.

57
Oleh itu, dengan gabungan Wenner dan Schlumberger kepekaannya adalah seragam
untuk struktur yang menegak dan mendatar. Kedalamannya adalah 10% lebih dalam
berbanding susunatur Wenner dengan jarak antara elektrod C1 dan C2 yang sama.
Walaubagaimanapun, kekuatan isyaratnya lebih rendah berbanding susunatur Wenner.
Susunatur Wenner-Schlumberger mempunyai liputan data mendatar yang lebih besar
berbanding susunatur Wenner.

Susunatur Pole-Dipole pula mempunyai liputan mendatar yang baik tetapi ia


mempunyai kekuatan isyarat yang tinggi berbanding susunatur Dipole-Dipole tetapi ia
tidak sepeka susunatur Pole-Pole. Tidak seperti susunatur biasa, susunatur Pole-Dipole
adalah susunatur asimetri dan disepanjang struktur yang simetri, anomali kerintangan
ketara dalam keratan pseudo adalah asimetri. Dalam sesetengah situasi, asimetri dalam
nilai keberintangan ketara yang diukur akan mempengaruhi model yang diperoleh
selepas pembalikan. Satu kaedah untuk membuang kesan asimetri ini ialah dengan
mengulang pengukuran dengan menyusun elektrod dalam keadaan terbalik seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.8. Dengan menggabungkan pengukuran susunatur PoleDipole forward dan reverse, sebarang bias dalam model terhadap sifat asimetri boleh
dibuang.

Susunatur Pole-Dipole turut memerlukan elektrod kawalan, C2 yang diletakkan


jauh daripada garis tinjauan. Kesan daripada elektrod C2 ialah berkadaran dengan nisbah
kuasa dua jarak C1-P1 dengan jarak C2-P1. Oleh itu, susunatur Pole-Dipole kurang
memberi kesan terhadap elektrod kawalan C2. Sekiranya jarak elektrod C2 lebih 5 kali
ganda daripada jarak C1-P1 yang digunakan, ralat yang timbul kesan daripada elektrod
C2 adalah kurang daripada 5% (ralat sebenar juga bergantung pada lokasi elektrod P2
untuk pengukuran tertentu dan penyebaran kerintangan subpermukaan). Kekuatan
isyaratnya adalah rendah berbanding susunatur Wenner-Schlumberger dan susunatur ini
digunakan dalam kajian.

58

Rajah 3.8: Susunan elektrod bagi kajian keberintangan yang selalu digunakan
dengan jarak a dan faktor n untuk setiap susunatur (a) Dipole-Dipole, (b)
Pole-Dipole Forward (c) Pole-Dipole Reverse, (d) Wenner-Schlumberger.

59
3.5

Carta Alir

Kajian Masalah

Kajian Literatur

Kaedah Seismik biasan

Kaedah Resisitiviti 2-D

Luluhawa Batuan Granite

Perolehan Data

Seismik biasan

Resisitiviti 2-D

Analisis
Perbandingan kaedah seismik dan resistiviti 2-D
Hubugkait kaedah geofizik dalam kejuruteraan awam

Kesimpulan dan cadangan

BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.4

Pengenalan

Keputusan dan perbincangan akan membincangkan keadaan geologi kawasan


kajian iaitu di Tanjong Tokong, Pulau Pinang serta membincangkan keadaan
profil subpermukaan mengikut perspektif kejuruteraan. Perbincangan dan analisa
ini adalah hasil dari kajian menggunakan kaedah geofizik iaitu seismik biasan
dan resistiviti 2-D.

4.1

Profil Subpermukaan Dikawasan Kajian

Profil tanah dikawasan Tanjong Tokong telah diperolehi melalui kaedah geofizik,
namun keputusan itu dikorelasikan dengan keputusan lubang bor yang telah dilakukan

61
dikawasan berdekatan tapak kajian seperti yang ditunjukkan dalam peta lokasi lubang
bor dan tapak kajian beserta garisan geofizik dalam rajah 4.4. Kerja-kerja lapangan
lubang bor dijalankan pada 28 Julai 2005 hingga 5 Ogos 2005. Kaedah lubang bor telah
mengambil masa lebih kurang sebulan untuk mendapatkan data profil tanah dikawasan
tersebut. Sebanyak empat lubang bor (1B, 2B, 3B dan 4B) telah dilakukan di arah barat
dari kawasan kajian oleh Soil Centralab Sdn. Bhd (Lampiran B). Jadual 4.1
menunjukkan profil tanah serta kedalaman bagi keempat-empat lubang bor tersebut.

4.5

Pemerhatian Di Tapak

Berdasarkan pemerhatian ditapak kajian iaitu di Tanjong Tokong, tanah disekitar


kawasan tersebut adalah berpasir pada permukaan atasnya. Selain itu terdapat juga
batuan granit segar yang menghancur. Dari pemerhatian yang dibuat, kawasan ini sudah
boleh diketahui bahawa ia adalah kawasan tambakan tanah suatu ketika dahulu untuk
tujuan pembinaan kerana terdapat kesan tanah yang sama dari kawasan pembinaan
sekitarnya.

Tanah tersebut dikorek untuk tujuan pembinaan dan didapati tanah adalah
lempung berpasir keras serta bewarna merah kekelabuan beserta dengan kerikir dan
sedikit berlumpur mungkin disebabkan terjahan air masin yang berdekatan. Tanah
kawasan tersebut bukanlah jenis tanah liat tetapi ia adalah tanah berpasir yang telah lama
ditambak dan ikatan zarahnya agak kuat. Namun begitu, kehadiran serpihan batuan
granit setelah dikorek membuktikan lagi bahawa kawasan kajian adalah kawasan batuan
granit sama seperti laporan lubang bor.

62
Hasil pengorekan banyak menjumpai batu tongkol dikawasan tersebut dan sedikit
kehadiran air masin. Tanah yang dikorek pada kedalaman 4meter telah menjumpai tanah
yang bewarna kekelabuan yang berlumpur dan menunjukkan bahawa kawasan ini
dahulunya adalah kawasan laut yang telah ditambak.

Rajah 4.1 Tanah yang dikorek

Rajah 4.2 Batu tongkol yang dijumpai didalam tanah

63
4.4

Analisa Lubang Bor

Melalui keputusan yang diperolehi dari Centralab Sendirian Berhad, sebanyak


empat lubang bor telah dibuat dikawasan berdekatan kawasan kajian untuk mengetahui
srata tanah kawasan tersebut. Sebanyak lima peringkat kedalam dilakukan. Pada
kedalaman 0-10m, pada lubang bor yang pertama (1B), keadaan tanah adalah lempung
berpasir keras serta bewarna perang kekelabuan beserta dengan kerikir, pada lubang bor
(2B) keadaan tanah adalah pasir berlodak longgar dan bewarna kelabu cerah serta
kerikir. Pada lubang bor yang ketiga (3B) profil tanah adalah lempung berlodak lembut
sederhana serta bewarna kelabu gelap keperangan dengan kehadiran pasir kasar
sederhana dan kerikil dan pada lubang bor yang keempat (4B), keadaan tanah adalah
sama seperti lubang bor 1B.

Pada kedalaman 10-20m pula, lodak berlempung keras perang kemerahan serta
berbintik putih dan pasir halus ke sederhana telah dijumpai di 1B manakala di 2B pada
kedalaman yang sama pula lodak berlempung keras bewarna perang kemerahan dan
pasir halus ke sederhana telah diperolehi. Lodak berlempung keras bewarna perang
kemerahan berbintik putih dan pasir halus ke sederhana telah diperolehi pada lubang bor 3B dan
pada lubang bor yang terakhir pada kedalam yang sama lodak berlempung keras perang
keunguan berbintik putih dan kuning dan pasir halus ke sederhana diperolehi dimana keadaan
profil tanahnya adalah hamper sama seperti 3B.

Berdasarkan kepada laporan lubang bor yang diperolehi, setiap kedalaman mempunyai
jenis tanah yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, pada lubang bor 1B tanah lodak
berlempung sangat keras dan bewarna perang cerah berbintik putih dan kuning dan pasir halus
ke kasar telah dijumpai pada kedalam 20-30m dari permukaan tanah. Manakala lubang bor 2B
pula telah menjumpai granit kuat ke sangat kuat dengan sedikit luluhawa berbintik putih dan
hitam Gred II. Pada kedalaman yang sama untuk lubang bor 3B, keadaan tanah yang dijumpai
adalah sama seperti 1B dan akhir sekali tanah lodak berlempung keras perang cerah berbintik

64
putih dan pasir halus pada lubang bor 4B.

Kawasan kajian merupakan kawasan batuan granit. Ini telah dibuktikan dengan
kehadiran granit kuat ke sangat kuat dengan sedikit luluhawa berbintik putih dan hitam Gred II
pada kedalaman 30-40m pada lubang bor 1B dan 3B. Lodak berlempung keras perang
kekuningan berbintik putih dan hitam dan pasir halus ke kasar didapati pada lubang bor 4B.
akhir sekali pada kedalaman 40-45m, hanya lubang bor 4B sahaja dibuat dan menjumpai granit
kuat ke sangat kuat dengan sedikit luluhawa berbintik putih dan hitam Gred II. Sehubungan
dengan analisis yang dibuat, jadual 4.1 menunjukkan ringkasan laporan lubang bor yang telah
dijalankan.

65
Jadual 4.1: Profil tanah beserta kedalaman lubang bor di Tanjung Tokong

Kedalaman
(m)

1B

2B

3B

4B

0 -10

Lempung
berpasir keras
perang
kekelabuan
dengan kerikil

Pasir berlodak
longar kelabu
cerah dengan
kerikil

Lempung
berlodak
lembut
sederhana
kelabu gelap
keperangan
dengan pasir
kasar ke
sederhana dan
kerikil

Lepung berpasir
sederhana keras
perang
kekelabuan
dengan kerikil

10 20

Lodak
berlempung
keras perang
kemerahan
berbintik putih
dan pasir halus
ke sederhana

Lodak
berlempung
keras perang
kemerahan dan
pasir halus ke
sederhana

Lodak
berlempung
keras perang
kemerahan
berbintik putih
dan pasir halus
ke sederhana

20 30

Lodak
berlempung
sangat keras
perang cerah
berbintik putih
dan kuning dan
pasir halus ke
kasar

Granit kuat ke
sangat kuat
dengan sedikit
luluhawa
berbintik putih
dan hitam
Gred II

Lodak
berlempung
sangat keras
perang
kemerahan
berbintik putih
dan pasir halus
ke kasar

Lodak
berlempung
keras perang
keunguan
berbintik putih
dan kuning dan
pasir halus ke
sederhana
Lodak
berlempung
keras perang
cerah berbintik
putih dan pasir
halus

30 40

Granit kuat ke
sangat kuat
dengan sedikit
luluhawa
berbintik putih
dan hitam
Gred II

40 45

Granit kuat ke
sangat kuat
dengan sedikit
luluhawa
berbintik putih
dan hitam
Gred II

Lodak
berlempung
keras perang
kekuningan
berbintik putih
dan hitam dan
pasir halus ke
kasar
Granit kuat ke
sangat kuat
dengan sedikit
luluhawa
berbintik putih
dan hitam
Gred II

66
4.5

Keratan Rentas Lubang Bor

Sebanyak empat lubang bor yang telah dibuat oleh

Soil Centralab untuk

mendapatkan profil tanah dikawasan kajian tersebut. Lubang bor yang dibuat mencecah
kedalaman sehingga 45m dari permukaan tanah. kedalaman dibahagikan kepada lima
bahagian iaitu dari 0-10m dalam, 10-20m, 20-30m, 30-40m dan akhir sekali 40-45m
dalam. Setiap kedalaman, sebanyak empat lubang bor dibuat disekitar kawasan kajian.
Kaedah rotary wash boring dan SPT beserta diameter sebesar 90mm digunakan untuk
kaedah lubang bor di Tanjong Tokong. Selain dari diameter lubang yang digunakan,
casing depth juga perlu dipertimbangkan. Casing depth yang digunakan bersaiz
75mm mengikut kesesuaian saiz diameter lubang bor.

Dalam kaeadah lubang bor, nilai N iaitu nilai hentakan memainkan peranan
penting. Nilai N dipengaruhi oleh profil tanah kawasan tersebut. Nilai N yang banyak
menunujukkan kawasan sub permukaan terdiri daripada batuan keras dan nilai N yang
sedikit menunjukkan tanah tersebut lembut atau longgar. Keratan rentas dan keputusan
lubang bor ditunjukkan dalam lampiran B.

Analisa Dari Kajian Geofizik

4.6.1

Resistiviti

Kajian

resistiviti

2-D

yang

dijalankan

dapat

menembusi

kedalaman

subpermukaan antara 27.8 hingga 39.2 meter (Rajah 4.3 dan lampiran C). Secara

67
keseluruhannya semua keratan pseudo garis tinjauan terbahagi kepada tiga julat
resistiviti utama iaitu resistiviti rendah, sederhana dan tinggi.

Rajah 4.3 : Keratan pseudo bagi garis tinjauan K1 di Tanjong Tokong

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.4, sebanyak sepuluh garis tinjauan
resistiviti 2-D (K1-K10) dan hanya satu garis tinjauan seismik biasan yang terlibat
dalam kawasan kajian ini. Berdasarkan kepada semua imej resistiviti yang telah
dijalankan dalam rajah 4.3, kawasan ini boleh dibahagikan kepada dua lapisan tanah
iaitu lapisan pertama merupakan lapisan tanah tambak yang mempunyai ketebalan
antara 5 hingga 7 meter dari permukaan. Lapisan ini mengandungi lempung berpasir
perang kekelabuan dan juga kerikir didalamnya.

Kandungan ini juga dapat dilihat pada lubang bor yang dikorek oleh kontraktor
untuk mengeluarkan batu tongkol ( Lampiran E) dan kandungan ini juga merujuk
kepada profil tanah lubang bor di kawasan berhampiran dengan nilai N antara 1 hingga 8
pada kedalaman sehingga 10 meter. Nilai resistiviti tinggi yang terdapat dalam keratan
pseudo merupakan batu tongkol dengan pelbagai saiz yang bercampur dalam tanah
tambak dan dapat dibuktikan batu tongkol yang telah dikorek oleh kontraktor di
kawasan kajian (Lampiran E). Dengan keputusan itu, kemungkinan besar kawasan
tersebut telah

ditambak

dengan tanah di kawasan berhampiran yang mempunyai

kandungan hampir sama dengan rekod lubang bor.

68
Lapisan kedua pula merupakan zon tepu yang berada pada kedalaman antara 7
hingga melebihi 30 meter. Kebanyakan zon tepu di semua garis tinjauan mempunyai
nilai resistiviti yang sangat rendah. Ini adalah disebabkan oleh terjahan air masin kerana
kawasan kajian merupakan tanah tambak yang berdekatan dengan laut. Air masin akan
menghasilkan

resistiviti yang rendah kerana garam terlarut di dalamnya akan

meningkatkan konduktiviti dan menurunkan resistiviti.

Kebiasaannya batu tongkol dapat dikesan pada kedalaman antara 0.5 hingga 8
meter sahaja manakala kedalaman batuan dasar pula terletak antara 17 hingga 39 meter.
Kedalaman batuan dasar yang dikesan melalui imej resistiviti menunjukkan bahawa
keputusan ini dapat dihubungkaitkan dengan rekod lubang bor kerana rekod lubang bor
menunjukkan batuan dasar terletak antara kedalaman 21 hingga 39 meter dari
permukaan. Kedalaman batuan dasar bagi kedua-dua keputusan tidak berubah dengan
ketara kerana batuan granit berubah secara perlahan-lahan jika dibandingkan dengan
batuan dasar batu kapur. Disebabkan kawasan kajian berhampiran laut, maka proses
luluhawa sering terjadi keatas batuan granit yang terdapat disekitar kawasan tersebut.

Kebiasaannya batuan tongkol dan batuan dasar mempunyai nilai resistiviti yang
tinggi tetapi nilai resistiviti bagi kedua-duanya di kawasan kajian ini jauh lebih rendah.
Ini adalah disebabkan batu-batu ini mungkin mempunyai rekahan yang membenarkan
air tawar atau air masin meresap ke dalamnya. Nilai resistiviti menjadi rendah apabila
rekahan diisi oleh air tawar. Tetapi nilai resistiviti menjadi lebih rendah apabila rekahan
diisi oleh air masin. Keadaan ini menghasilkan luluhawa pada batuan tersebut dan
menurunkan nilai resistivitinya.

Kedalaman paras air bumi merupakan salah satu faktor penting yang perlu
dipertimbangkan untuk sesebuah pembinaan. Paras air bumi perlu diketahui kerana ia
akan mempengaruhi kemantapan bangunan tersebut kelak, maka analisis awal perlu

69
dilakukan supaya sebarang kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kelak. Dalam
kaedah geofizik yang mendapat perhatian kini, kaedah resistiviti 2-D merupakan kaedah
yang terbaik dalam menentukan kedalaman paras air bumi. Kaedah menginterpretasi
data resistiviti 2-D ialah dengan menganalisa nilai kerintangan bagi taburan tompokantompokan yang berkerintangan tinggi (merah) dan tompokan-tompokan yang
berkerintangan rendah (biru). Secara amnya, tompokan biru menunjukkan terdapat
kandungan air dalam batuan, tanah atau air keseluruhannya. Resisitiviti 2-D
menggunakan arus elektrik, maka ianya amat sesuai dalam menentukan kedalaman paras
air bumi kerana air merupakan pengalir yang baik dalam elektrik.

Kedalaman batu hampar juga boleh ditentukan dengan kaedah resisitiviti 2-D.
Apabila wujudnya keberintangan yang tinggi itu menunujukkan kehadiaran permukaan
yang keras dan keratan psedo akan menunjukkan warna merah dan data ini akan
dikorelasikan dengan persekitaran untuk menentukan kehadiran batu hampar tersebut.
Namun begitu, daripada pengalaman yang lepas, kaedah resisitiviti telah membantu
dalam menentukan kedalaman batu hampar untuk kegunaan didang kejuruteraan awam.

4.6.2

Seismik Pembiasan

Berdasarkan kajia kaedah geofizik yang telah dijalankan, hanya satu garisan
seismik yang dilakukan dan keratan seismik (Rajah 4.6), kawasan kajian terbahagi
kepada dua lapisan tanah. Lapisan pertama mempunyai halaju antara 500 hingga 669
m/s. Lapisan kedua mempunyai kedalaman bermula pada 7 meter dan terbahagi kepada
dua bahagian halaju iaitu antara 1663 hingga 1837 m/s berada antara jarak 0 hingga 20
meter dan halaju antara 1489 hingga 1552 m/s berada antara jarak 20 hingga 46 meter.
Berdasarkan kaedah seismik yang telah dibuat, halaju yang tinggi telah menunujukkan

70
kehadiran batu tongkol dibawah permukaan tanah.

Rajah 4.6 menunjukkan keratan seismik bagi garisan tinjauan K9 di Tanjong


Tokong. Kawasan kajian terbahagi kepada dua lapisan tanah. Lapisan pertama
mempunyai halaju antara 500 hingga 669 m/s. Lapisan kedua mempunyai kedalaman
bermula pada 7 meter dan terbahagi kepada dua bahagian halaju iaitu antara 1663 hingga
1837 m/s berada antara jarak 0 hingga 20 meter dan halaju antara 1489 hingga 1552 m/s
berada antara jarak 20 hingga 46 meter.

Rajah 4.5 menunjukkan imej resistiviti bagi garis tinjauan K9 yang telah
ditindihkan dengan keputusan seismik di garis tinjauan yang sama dan berdasarkan
gambarajah ini jelas menunjukkan kawasan kajian terbahagi kepada dua lapisan tanah.
Lapisan pertama yang mempunyai halaju antara 500 hingga 669 m/s merupakan batu
tongkol yang bercampur dengan tanah yang menyebabkan nilai halaju menjadi tinggi
akibat kehadiran batu tongkol didalam tanah. Dalam lapisan pertama halaju berubahubah disebabkan kehadiran batu tongkol dengan nilai resistiviti tinggi. Manakala lapisan
kedua memperoleh nilai halaju yang lebih tinggi dari lapisan pertama iaitu antara 1489
hingga 1837 m/s disebabkan batuan dasar granit yang telah dikesan pada kedalaman 17
meter merujuk kepada imej resistiviti.

Kaedah seismik hanya dapat memberi gambaran secara meluas tentang profil
tanah kawasan kajian tetapi tidak mampu memberi penerangan secara terperinci tentang
keadaan tanah kawasan tersebut. Merujuk kepada data yang diperolehi, seismik gagal
mengeskpretasikan kedalaman batu dasar yang sebenar kerana ia hanya memberi nilai
halaju yang tinggi sekiranya menjumpai batuan dan terbatas hanya pada sub permukaan
yang cetek sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan keputusan yang diperolehi dimana hanya
batuan sedalam 17 meter sahaja yang mampu ditembusi.

71
Dalam menentukan kedalaman paras air bumi, kaedah seismik juga boleh diguna
pakai namun terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhi halaju contohnya
kehadiran air masin yang menyebabkan nilai halaju seismik menjadi lebih tinggi dari
nilai halaju yang sebenar dan ini menyebabkan data yang diperolehi kadang-kala tidak
boleh guna pakai untuk membuat sebarang anggapan awal. Berdasarkan dua kaedah
geofizik yang telah dilakukan dikawasan kajian, kaedah resisitiviti 2-D lebih membantu
dalam membuat sebarang tanggapan awal kerana data yang diperolehi mempunyai
banyak persamaan dengan data lubang bor yang telah diperolehi, manakala data seismik
hanya boleh diguna membantu dalam menyokong keputusan kaedah resisitiviti 2-D
dimana kedua-dua kaedah menyatakan kawasan kajian mempunyai dua lapisan tanah.
berdasarkan penggunaan kaedah seismik yang lepas, kaedah ini kurang berkesan dalam
nenentukan paras air bumi kerana penggunaannya yang sesuai pada kedalaman yang
cetek iaitu kurang dari 10m sahaja. Manakala dalam menentukan jenis tanah yang
terdapat dibawah permukaan, kaedah seismik boleh diguna pakai kerana ia mampu
menentukan jenis bahan yang terdapat dibawah permukaan namun ia juga bergantung
kepada persekitaran kawasan kajian serta faktor-faktor yang akan mempengaruhi bacaan.

Rajah 4.4: Keratan rentas seismik bagi garisan tinjauan K9 di


Tanjong Tokong

72

Lubang bor

Rajah 4.5 : Tindihan imej kerintangan (k9) dengan keputusan seismik

Rajah 4.6: Peta tapak kajian di Tanjung Tokong beserta garis tinjauan
geofizik.

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Explorasi sesebuah kawasan untuk cadangan pembinaan sangat penting


dilakukan sebelum sebarang pembinaan dijalankan. Keadaan persekitaran serta sata
profil tanahnya amat diperlukan untuk memastikan stuktur yang dibina selamat dan
keadaan tanah dan persekitaran yang sesuai untuk tujuan pembinaan tersebut. Oleh yang
demikian kaedah-kaedah geofizik (resistiviti 2-D dan seismik biasan) telah dijalankan di
kawasan pembinaan Tanjung Tokong, Pulau Pinang untuk mendapatkan profil tanah
serta mengenalpasti jenis batuan yang terdapat dikawasan tersebut.

74
5.2

Kesimpulan

Di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, hanya satu garis tinjauan seismik biasan
dijalankan untuk dihubungkaitkan dengan keputusan kaedah resistiviti 2-D. Bagi kaedah
resistiviti 2-D, garis tinjauan yang dijalankan menggunakan pelbagai jarak antara
elektrod kerana mengikut keluasan ruang yang diperolehi. Kebanyakan garis tinjauan
dilakukan secara selari dan berdekatan antara satu sama lain untuk mendapatkan
hubungkait yang baik. Berdasarkan hubungkait yang dilakukan, keputusan kaedah
seismik biasan berpadanan dengan keputusan kaedah resistiviti 2-D. Dengan
penggunaan kaedah geofizik ia dapat membantu mengesan kehadiran benda asing
dibawah sub permukaan seperti batu tongkol atau kayu balak yang sering kali menjadi
masalah kegaalan pada penenaman cerucuk, rongga dalam tanah dan keadaan tanah
tersebut.

Selain itu, kaedah geofizik merupakan kaedah yang cepat dan terbaik dalam
menentukan kehadiran atau paras air bumi yang merupakan faktor penting yang perlu
diketahui dalam menjalankan pembinaan. Kaedah ini dapat memberikan keputusan
dalam masa satu hari setelah dikorelasikan. Kaedah resistivity merupakan kaedah
geofizik yang sering digunakan untuk mementukan paras air bumi dalam tanah.
Manakala kaedah seismik biasan lebih sesuai digunakan untuk kedalaman tanah yang
kurang dari 10m dan ia dapat menjimatkan kos dalam menentukan bilangan lapisn tanah
dikawasan kajian.

Semua kaedah geofizik ini dihubungkaitkan antara satu sama lain dan disokong
dengan rekod lubang bor kawasan berhampiran. Berdasarkan kepada kajian yang
dijalankan dan keputusan yang diperolehi, kaedah geofizik merupakan kaedah yang
tidak memusnahkan persekitaran dan dapat mengurangkan bilangan lubang bor
seterusnya menjimatkan kos dan masa.

75
5.3

Cadangan

Kaedah geofizik banyak membantu dalam bidang kejuruteraan awam dalam


mengesan batu tongkol, menentukan kegagalan ceruruk, menentukan keadaan kawasan
sebelum projek dijalankan. Kaedah gefizik dapat memudahkan kerja serta ia
menjimatkan masa serta penggunaan dapat membantu serta mempercepatkan proses
dalam menentukan keputusan yang akan dijalankan seterusnya terutama dalam pada
perkara yang melibatkan subpermukaan tanah. Kaedah geofizik perlu diketengahkan
dalam bidang kejuruteraan awam kerana ianya amat berguna dan merupakan salah satu
alternatif awalan dalam menentukan sub permukaan tanah sebelum lubang bor dilakukan
serta ia dapat memberi ganbaran awal tentang sub permukaan tanah kawasan tersebut.

Kelebihan kaedah geofizik ialah ia dapat memberi gambaran kepada kita tentang
sesuatu yang tidak mampu dilihat secara terus dengan mata. Selain penggunaannya
untuk sub permukaan tanah, ia juga dapat mengesan sekiranya berlaku retakan pada
cerucuk atau cerucuk patah setekah ditanam. Sehubungan itu, jelas menunjukkan
kepentingan bidang geofizik ini dalam bidang kejuruteraan awam yang tidak terhad
hanya untuk kerja-kerja geoteknik. Maka dengan itu, kaedah geofizik serta bidang ini
perlu diketengahkan supaya ia kepentingannya lebih jelas dalam bidang kejuruteraan
awam.

RUJUKAN

Google Earth Win, Versi 4.3.0.0. (2008) Google Inc. http://earth.google.com/int/en/


download-earth.html.

Zuriati Jusoh (2010). Penggunaan Kaedah Pengimejan Resistiviti 2-D Dan Seismik
Biasan Dalam Subpermukaan Untuk Kejuruteraan Awam. Universiti Sains
Malaysia.

Goodman (1993) R.E Engineering Geology. United States of America: John Wiley
& Sons.

Grant, F.S, and West, G.F (1965) Interpretation Theory In Applied Geophysics.
United States of America: McGraw-Hill.

Griffiths D.H., Turnbull J. and Olayinka A.I (1990) Two-Dimensional Resistivity


Mapping With a Computer- Controlled Array. First Break.

Kahar, A.E Penggunaan (2002) Kaedah Resistiviti Pengimejan 2-D Dalam Kajian
Lubang Benam. Tesis M.Sc, Universiti Sains Malaysia (tidak diterbitkan)

Mooney, H.M. (1980) Handbook of Engineering Geophysics Volume 2: Electrical


Resistivity.
.

77
Ong, W.S (1993) The Geology and Engineering Geology of Pulau Pinang.
Geological Survey of Malaysia, Map Report.

Bengt Sjogren (1984). Shallow Refraction Seismics. Chapman and Hall Ltd

Griffiths (1981) Applied Geophysics For Geologists And Engineer 2nd Edition. Oxford,
Pergamon.

Milsom (1989) Field Geophysics. Milton Keynes, England, Open University Press.

Dimitri P.Krynine and William R.Judd. (1957) Principles of Engineering Geology and
Geotechnics. McGraw Hill.

Stein (2003) An Introduction To Seismology, Earthquakes And Earth Structure ; Malden,


MA :Blackwell Publishing.

Loke (2006) Geophysical Prospecting.

Kearey (1984) Introduction To Geophysical Exploration.

Koefoed (1979) Principles Of Applied Geophysics. Elsevier Science Publishers.


Habberjam (1979). Apparent Resistivity Observations And The Use Of Square Array
Techniques. Berlin Gebruder Borntraeger.

Zuhar Zahir (2000) Laporan Survei Geofizik, Universiti Sains Malaysia.

Nawawi, M.N.M. and Rosli, S. (2007) Bedrock Detection Using Geophysical Methods.
In: Proceedings on the Seminar on Introduction of Geophysics for
Engineering Practice Principle and Challenges, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor.

78
Rosli, S (2003) Penggunaan Gabungan Kaedah Pembiasan Seismik Dan Pengimejan
Elektrik 2-D Untuk Mengesan Batuan Bundar. Tesis M.Sc, Universiti Sains
Malaysia (tidak diterbitkan)

Rosli, S., Nawawi, M. N. M. and Harith, Z. Z. T. (2003) Using Seismic Refraction And
2-D Electrical Imaging Methods To Detect Boulders In Penang, Malaysia.

Rosli, S., Nawawi, M.N.M. and Edy Tonnizam, M. (2008) Subsidence Prediction
Along the Karak Highway by 2D Electrical Imaging Geophysical Method. In:
Proceedings of International Conference on Geotechnical and Highway
Engineering (GEOTROPIKA 2008), Hotel Best Western Premier Seri Pacific,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Yunus, M.Z. (2002). GIS: Solution For Spatial Problems In Civil Engineering. Paper for
CoGRAMM 02 National Conference On Computer Graphics And Multimedia,
Equatorial Hotel Melaka.

Soske (1954) dan Sander (1978), The Blind-Zone Problem In Engineering Geophysics.

Mooney (1984); Redpath (1973) ; Sander, (1978). Application Of Seismic Refraction


Methods In Groundwater Modeling.

Robinson and Coruh (1988) . Basic Exploration Geophysics.

Fauziah, A., Yahaya, A.S. and Mohd Ahmadullah, F. (2006) Characterization And
Geotechnical Properties Of Penang Residual Soils With Emphasis On
Landslides. American Journal of Environmental Sciences.

LAMPIRAN

LAMPIRAN A
Senarai alatan yang digunakan untuk kaedah resistiviti 2-D dan seismik biasan.

80

81

LAMPIRAN B
Rekod lubang bor di barat Tanjung Tokong, Pulau Pinang

82

Rekod Lubang Bor 1B

83
Rekod Lubang Bor 1B

84

Rekod Lubang Bor 2B

85
Rekod Lubang Bor 2B

86
Rekod Lubang Bor 3B

87
Rekod Lubang Bor 3B

88
Rekod Lubang Bor 4B

89
Rekod Lubang Bor 4B

90
Rekod Lubang Bor 4B

LAMPIRAN C
Keratan pseudo resistiviti 2-D
(Garis tinjauan K2 hingga K10 di Tanjung Tokong)

92

93

94

95

LAMPIRAN D
Foto

97
1
2
3
13
11
1

12

14
11
1

No
1
2
3
4

11
11
1
Alatan

10

Kelengkapan resistiviti 2-D

ABEM Kabel Lund Multi


Electrode
Kabel terpencil
Bateri 12V
Elektrod keluli

Tukul 0.90718 kg

Sambungan SAS ke
ES464

10

Pita pengukur 50m

11

Kompas brunton

ABEM Kabel
penyambung

12

Kabel pindahan

ABEM Pemilih elektrod


ES10-64C

13

ABEM TERRAMETER SAS4000

ABEM sambungan
kabel

Kabel penyambung

98
1
2
3
4

5
6
7
11

10

9
Kelengkapan seismik biasan
8

NO
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Alatan
Sledgehammer
Bateri 12V
Parang dan semburan
Pita pengukur 50 m meter
Kabel pencetus
Geofon
Kabel kuasa
Terraloc MK6
walkie-talkie
Plat besi
Kabel sambungan

99

Tinjauan resistiviti di Tanjung Tokong

100

Keadaan tanah dikawasan kajian

Batu tongkol yang dijumpai didalam tanah

y
p
e
a
q
u
o
t
e

You might also like