You are on page 1of 7

PERGERAKAN BAHAN MERENTAS

MEMBRAN PLASMA
Objektif:
2.1 Menganalisis pergerakan bahanbahan merentas membran plasma
Murid boleh:
Hasil pembelajaran
-menyatakan bahan yang diperlukan
oleh sel-sel hidup.
-menyatakan
bahan
yang
perlu
disingkirkan dari sel.
-menerangkan keperluan pergerakan
bahan merentas membran plasma.
1. Sel hidup memerlukan bahan dari
persekitaran luar untuk menjalankan
pelbagai tindak balas biokimia di dalam
sel. Bahan yang diperlukan oleh sel-sel
hidup:
-glukosa, air, oksigen dan ion mineral
(cth: natrium , Kalium, fosforus)
2. Hasil tidakbalas biokimia di dalam sel
seperti ammonia, urea dan karbon
dioksida perlu disingkirkan daripada sel.
3. Oleh itu bahan yang diperlukan oleh
sel dan bahan yang perlu disingkirkan
oleh sel perlu merentasi membran
plasma dengan sempurna dan terkawal
untuk mengelakkan kerosakkan sel dan
akhirnya memberi impak negatif pada
tubuh badan.
Hasil pembelajaran :
-menghuraikan
struktur
membran
plasma.
-menghuraikan sifat ketelapan membran
plasma.

a) dwilapisan fosfolipid
- fosfolipid mempunyai bahagian kepala
berkutub yang bersifat hidrofilik(suka
air-menghala ke arah bendalir luar) dan
bahagian ekor yang tidak berkutub
bersifat hidrofobik (benci air-menghala
ke dalam)
-bertindak sebagai penghalang yang
mengasingkan
antara
persekitaran
dalaman
(bendalir
intestis)
dan
sitoplasma
b) Protein pembawa
-molekul
protein
yang
membawa
molekul yang agak besar seperti
glukosa, asid amino dan vitamin C
merentasi membran plasma
c) Protein liang
-molekul protein yang mempunyai salur
yang boleh dilalui oleh ion dan molekul
kecil
d) kolestrol
-mengabungkan
asid-asid
lemak
bersama
-membuatkan membrane plasma lebih
fleksibel tetapi kurang telap terhadap
ion.
e) glikoprotein
- protein yang mengandungi karbohidrat
yang melekat padanya.
2. Molekul protein, fosfolipid dan
komponen lain menyebabkan struktur
membrane plasma dinamik dan fleksibel
serta tidak mudah pecah.

SPM 2008 SOALAN 2 (RUJUK LAMPIRAN)


Protein pembawa

Protein liang
kolestrol

1. Membran plasma terdiri daripada:

3.
Membran
plasma
menyelaputi
protoplasma sel. Secara keseluruhan
membran plasma mempamerkan sifatsifat
bendalir
seolah-olah
lapisan
minyak di dalam sebuah bikar air.
Membran plasma mempamerkan sifat
bendalir kerana:

- ia terdiri daripada dwilapisan


lipid. Bahagian kepala adalah hidrofilik
dan bahagian ekor adalah hidrofobik
membolehkan
molekul
fosfolipid
tersusun rapat membentuk membran
yang tidak statik.
- molekul protein yang terapung
dalam dwilapisan fosfolipid bergerak
bebas dan membentuk corak mozek
yang sentiasa berubah-ubah.

(ii)
protein
pembawamengangkut
molekul
besar
(makromolekul) seperti glukosa dan asid
amino. Mempunyai tapak aktif yang
spesifik untuk mengangkut bahan-bahan
tertentu melalui membrane plasma.
(iii) protein liang membolehkan
molekul kecil larut air (cth : Vitamin C
dan B) dan ion bergerak masuk dan
keluar melalui membrane plasma.

4. Struktur mozek bendalir plasma


dicadangkan oleh Singer dan rakannya
dikenali
sebagai
Model
Mozek
Bendalir.
(Nota:
sekiranya
soalan
bertanya
huraikan kenapa membran plasma
bersifat bendalir atau huraikan model
mozek bendalir, jawapan adalah seperti
nota no.3)

Hasil pembelajaran
- menerangkan pergerakan bahan
merentas membran plasma melalui
proses pengangkutan pasif.
- menerangkan pergerakan molekul air
merentas membran plasma secara
osmosis.
- menerangkan pergerakan bahan
merentas membran plasma melalui
proses pengangkutan aktif.
- menjelaskan proses pengangkutan
aktif
dalam
kehidupan
dengan
menggunakan contoh yang sesuai.
- membanding dan membezakan antara
pengangkutan
pasif
dengan
pengangkutan aktif.

5. Suatu membran dikatakan telap


apabila membenarkan semua bahan
merentasinya secara bebas. Tidak telap
pula apabila semua bahan tidak dapat
menembusinya.
Membran
plasma
bersifat separa telap atau telap memilih
iaitu hanya bahan-bahan tertentu sahaja
dapat melaluinya.
6.
Faktor
yang
mempengaruhi
pergerakkan
bahan
merentasi
membrane plasma ialah saiz dan sifat
kekutuban molekul.
7. Sifat ketelapan membrane plasma
ialah :
a) Membran plasma bersifat separa
telap, iaitu membenarkan air dan zat
terlarut tertentu sahaja melaluinya.
Pergerakkan bahan merentasi membran
plasma berlaku melalui:
(i) dwilapisan lipid- molekul kecil
yang tidak bercas (cth: air, oksigen,
karbon dioksida) dan bahan larut lipid
(cth: gliserol, asid lemak, vitamin A, D,
E, K)

1.
Pergerakkan
bahan
merentasi
membrane plasma terdiri daripada:
a) Pengangkutan pasif (tanpa
menggunakan
tenaga
kerana
pergerakkan
molekul
atau
ion
mengikut/menurun
kecerunan
kepekatan
sehingga
mencapai
keseimbangan) terbahagi kepada:
i) resapan ringkas
ii) osmosis
iii) Resapan berbantu
b)
Pengangkutan
aktif
(memerlukan tenaga dalam bentuk ATP
kerana pergerakkan molekul atau ion
melawan kecerunan kepekatan )
2. Pengangkutan pasif
a) Resapan ringkas

- definisi ; Resapan ringkas ialah


pergerakan
rawak
molekul
dari
kepekatan molekul tinggi ke kepekatan
molekul rendah melalui membrane
plasma atau tidak sehingga mencapai
keseimbangan.
- Selain di dalam sel, resapan ringkas
boleh berlaku di dalam gas, cecair atau
pepejal. Sebagai contoh apabila kita
menitiskan setitik pewarna merah ke
dalam air (kepekatan molekul merah
tinggi) , warna merah akan tersebar ke
seluruh bekas (kepekatan molekul
merah rendah) secara resapan. Begitu
juga apabila merendam satu hujung tisu
ke dalam air (kepekatan air tinggi), air
akan bergerak ke bahagian tisu yang
tidak di rendam air (kepekatan air
rendah)
secara
resapan
sehingga
keseluruhan tisu dibasahi air (mencapai
keseimbangan).
-contoh resapan ringkas dalam sel ialah
pertukaran oksigen dan karbon dioksida
di antara alveolus dan kapilari darah.

kepekatan
air
rendah
mencapai keseimbangan.

c) Resapan berbantu
-definisi : molekul-molekul bergerak dari
kepekatan molekul tinggi ke kepekatan
molekul
rendah
melalui
protein
pembawa atau protein liang.
-molekul berkutub dan bersaiz besar
merentasi membrane plasma melalui
protein pembawa dan protein liang.
-bahan bergerak melalui
Protein pembawa:
-khusus/ spesifik, 1 protein pembawa
membawa molekul tertentu sahaja.
-mempunyai tapak aktif yang bentuk
sepadan dengan molekul yang dibawa
tapak
aktif
protein
pembawa
bergabung dengan molekul sepadan,
protein pembawa berubah bentuk untuk
menggerakkan
molekul
merentas
membrane plasma.
Cth : glukosa bergabung dengan protein
pembawa yang khusus membawa
glukosa.

b) Osmosis
- definisi : Osmosis ialan pergerakkan
molekul air dari kepekatan air tinggi ke
kepekatan air rendah melalui membrane
plasma.
-Osmosis hanya melibatkan pergerakkan
MOLEKUL AIR SAHAJA.

-berdasarkan rajah diatas, molekul air


bergerak merentasi membrane separa
telap dari kepekatan air tinggi ke

sehingga

ii) Protein liang

Protein liang mempunyai bentuk dan


kutub yang khusus bagi membenarkan
ion tertentu melaluinya.

3. Pengangkutan aktif
-definisi : pergerakkan molekul dari
kepekatan molekul rendah ke kepekatan
molekul tinggi (menentang kecerunan
kepekatan)
merentasi
membrane
plasma melalui protein pembawa
dengan kehadiran tenaga (ATP).
- tenaga ATP (adenosine trifosfat)
diperolehi daripada respirasi sel di
dalam mitokondria.
- Satu contoh pengangkutan aktif adalah
pengepaman keluar ion natrium keluar
dari sel

4. Perbandingan Pengangkutan aktif dan


pengangkutan pasif

Graf kadar pergerakkan bahan:


(SPM 2006 soalan 7)

bergerak
secara
resapan
ringkas
manakala bahan S secara resapan
berbantu)

Resapan Ringkas :
Kadar pergerakkan bahan R/mgs-1
2.2 Memahami konsep pergerakan
bahan
merentas membran plasma
dalam kehidupan seharian
Kepekatan bahan
R/unit
-contoh bahan R ialah lipid dan gliserol
- Bahan R boleh merentasi membrane
plasma secara resapan ringkas
- Bahan R bergerak mengikut kecerunan
kepekatan (Dari kepekatan tinggi ke
kepekatan rendah)
Apabila
kepekatan
bahan
R
bertambah,
kadar
pergerakkanya
merentasi
membrane
plasma
bertambah
(nota : boleh juga menjawap osmosiscontoh bahan hanyalah air sahaja)
Resapan berbantu
Kadar pergerakkan bahan S/mgs-1

Kepekatan bahan
S/unit
-contoh bahan glukosa dan asid amino
- graf melengkung kerana bahan perlu
merentasi membrane plasma melalui
protein pembawa. Protein pembawa
menjadi faktor pengehad.
pergerakkan
molekul
mengikut
kecerunan kepekatan (dari kepekatan
tinggi ke kepekatan rendah)
(INGAT : jika soalan menyatakan
banding dan terangkan pasti menyata
PERSAMAAN (contoh : kedua-dua
bahan merentasi membrane plasma
mengikut kecerunan kepekatan) &
PERBEZAAN ( contoh : Bahan R

Hasil Pembelajaran :
menerangkan
maksud
larutan
hipertonik, hipotonik dan isotonik.
- menerangkan kesan larutan hipotonik,
hipertonik dan isotonik terhadap sel
tumbuhan dan sel haiwan.
menerangkan
plasmolisis,
deplasmolisis, hemolisis dan krenasi.

1.
Terdapat
tiga
jenis
larutan
berdasarkan kepekatan zat terlarut
antara dua larutan.
(a) Hipertonik:
-larutan yang mempunyai kepekatan zat
terlarut
lebih
tinggi
berbanding
kepekatan zat terlarut di dalam sel
- air dari sel bergerak keluar ke
dalam
larutan secara osmosis (sel
kekurangan air) .
-sel
tumbuhan
berkeadaan
flasid
manakala sel darah merah berkeadaan
krenasi.
-Istilah plasmolisis merujuk kepada
pengecutan sitoplasma sel tumbuhan
akibat pergerakkan keluar air dari sel
secara osmosis.
(b) Hipotonik:
- larutan yang mempunyai kepekatan
zat terlarut lebih rendah berbanding
kepekatan zat terlarut di dalam sel
- air dari sel bergerak masuk dari
larutan ke dalam sel secara osmosis (sel
terlebih air)
-sel tumbuhan berkeadaan segah
manakala sel darah merah pecah
dikenali hemolisis

(c) Isotonik:
- larutan yang mana kepekatan zat
terlarutnya sama dengan kepekatan zat
terlarut dalam sel
- pergerakkan air dari sel ke dalam
larutan dan dari larutan ke dalam sel
adalah sama/ seimbang. (Pergerakan
bersih 0)
-sel tumbuhan dan sel darah merah
berkeadaan normal.
(rujuk jadual muka surat sebelah
untuk nota seterusnya)

Kesan dan Aplikasi Osmosis dalam


Kehidupan Seharian (SPM 2003
P2/Sec B/Q1(a)), SPM 2008 SOALAN 6)
1 ) Tumbuhan layu
(a) Penggunaan baja kimia secara
berlebihan boleh menyebabkan
tumbuhan menjadi layu.
(b) Baja akan melarut di dalam air
dalam tanah dan menyebabkan air
tanah menjadi hipertonik terhadap sap
sel akar tumbuhan.

Hasil pembelajaran :
- Mereka bentuk eksperimen untuk
menentukan kepekatan larutan yang
isotonik dengan sap sel tisu
tumbuhan.
- membuat inferens tentang
kepekatan sap sel tisu tumbuhan.
- Menghubungkaitkan pergerakan
bahan merentas membran plasma
dengan kecerunan kepekatan
KERTAS SPM 2005 SOALAN 2 DAN
SPM 2006 SOALAN 2 (RUJUK
LAMPIRAN)

HASIL PEMBELAJARAN:
- menjelaskan dengan contoh
fenomena kelayuan tumbuhan.
-menjelaskan pengawetan makanan
dengan menggunakan contoh yang
sesuai.
- menerangkan keperluan proses
pergerakan bahan merentas membran
plasma berlaku secara berterusan dan
teratur untuk Kemandirian sel.

(e) Air meresap daripada sap sel ke


dalam tanah secara osmosis.
(d) Sel tumbuhan kehilangan air ke
persekitaran, menyebabkan sel menjadi
flasid dan mengalami plasmolisis.
(e) Hal ini menyebabkan tumbuhan layu
kerana tiada sokongan kepada
tumbuhan.

2 Pengawetan makanan
(a) Pengawetan makanan adalah
berdasarkan konsep osmosis dan
plasmolisis.
(b) Apabila sel makanan kehilangan air
seeara osmosis, kekurangan air di
dalam sel makanan menghalang
pertumbuhan bakteria dan kulat,
seterusnya menghalang makanan
menjadi rosak. Makanan akan tahan
lebih lama.
(c) Makanan boleh diawet dengan
menggunakan garam, gula dan cuka.
(d) Penambahan pengawet menjadikan
larutan sekeliling makanan hipertonik
terhadap sel makanan. Maka, air akan

hilang daripada sel makanan dan ini


tidak sesuai bagi pertumbuhan mikroorganisma.
(e) Makanan seperti buah- buahan,
sayur-sayuran dan ikan boleh diawet
dengan menggunakan garam, gula dan
cuka supaya tahan lama.
SPM 2008 SOALAN 6
Pengawetan Ikan masin
a) Ikan direndam di dalam larutan
garam yang hipertonik terhadap tisu
ikan.
b) Banyak air meresap keluar dari tisu
ikan ke dalam laarutan garam secara
osmosis
c) hal ini menghalang pertumbuhan
bakteria di dalam tisu ikan
d) bakteria di dalam tisu ikan dan
sekitar permukaan ikan juga mengalami
plasmolisis iaitu air dari bakteria keluar
ke dalam larutan menyebabkan bakteria
mati.
e) Hal ini mencegah pereputan ikan.
Pengawetan sayur jeruk.
a) sayur direndam dalam cuka yang
bersifat asid

b) cuka meresap masuk ke dalam tisutisu sayuran


c) tisu sayuran menjadi berasid
d) pH yang rendah menghalang
pertumbuhan bakteria di dalam tisu
e) hal ini mencegah pereputan sayuran
MENGHARGAI PERGERAKAN BAHAN
MERENTASI MEMBRAN PLASMA
1 Pergerakan bahan merentasi
membran plasma berlaku seeara
berterusan dan dalam situasi yang
terkawal untuk kemandirian sel.
2 Ini membenarkan nutrien memasuki
sel dan sisa toksik dikeluarkan daripada
sel.
3 lni membantu untuk mengekalkan dan
mengawal atur tekanan osmosis darah
dan membebaskan rembesan daripada
sel.

You might also like