You are on page 1of 2

tamadun india

1. pandangan semester dan nilai-nilai.


2. hubungan tamadun India dengan dunia luar.

Pandangan semesta
1. sifat penerimaan
>Negara India bukan sahaja menyaksikan tiga zaman malah
menerima pentadbiran Hindu,Muslim, dan Inggeris.Penghijrahan
penduduk berlaku yang menyebabkan munculnya unsur-unsur
budaya,tradisi,agama,falsafah,bahasa,ideal dan sebagainya.
>Memang berlaku perbezaan-kebaikan dan keburukan,toleransi
dan kefanatikan, perpaduan dan perpecahan,kesetiaan dan
ketidaksetiaan,kerjasama dan individualism, keadilan dan
ketidakadilan.Tetapi perbezaan hendaklah digunakan untuk
mewujudkan perpaduan seperti kata "perpaduan dalam
kepelbagaian".
2. Sifat Toleransi
> Dasar pendidikan Inggeris diperkenalkan oleh penjajah
Inggeris.Walaupun ianya bertentangan dengan pendidikan
tempatan,namun orang-orang India menerima dengan sikap
terbuka kerana ilmu yang terkandung di dalamnya.Kebanyakan
ahli-ahli pendidik menganggap mempelajari lebih dari satu bahasa
akan membawa manfaat kepada rakyat.
> Negara India mempunyai rakyat yang bertutur menggunakan
bahasa berdasarkan negeri masing-masing.Mereka sanggup
mempraktikkan sikap kebebasan berbahasa.
> Unsur kedaerahan sangat kuat di Negara
India.Bahasa,agama,kedudukan geografi semuanya membezakan
rakyat.Tetapi sikap toleransi dan sifat hormat-menghormati telah
menyatupadukan mereka.
Nilai-Nilai
>Ajaran Bhagavadgita dan isi kandungan karya Tirukkural
mengutarkan nilai-nilai hidup yang penting.Segala perilaku
manusia yang bercorak normal-normal hidup di terangkan secara
terperinci dalam teks-teks ini.

>Empat nilai iaitu Dharma,Artha,Kama, dan Moksha perlu


didukung oleh setiap orang Hindu. Nilai-nilai ini hendaklah
diamalkan dalam pemikiran,pertuturan, dan kegiatan setiap masa.
>Dua lagi nilai yang sangat bermakna ialah karma(perbuatan) dan
ahimsa(kesederhanaan).
Hubungan Tamadun India Dengan Dunia Luar
> tamadun india berhubung dengan dunia luar melalui dengan
pelbagai cara, antaranya ialah :
1) perdagangan
> tamadun india berhubung melalui perdagangan dengan berlayar
ke asia tenggara untuk memperdagangkan barangan mereka
seperti rempah ratus dan lain - lain ke perlabuhan - perlabuhan
kerajaan dahulu yang terkenal seperti kedah tua, majapahit dan
lain - lain.Dengan melalui perdagangan tamadun india dapat
berhubung dengan dunia luar dengan menyebarkan budaya, agama
dan lain - lain ke dunia luar.
2) peperangan
>peperangan adalah satu cara yang digunakan oleh sebuah kuasa
besar seperti tamadun india untuk menakluki kerajaan kecil. ini
adalah salah satu cara yang digunakan oleh tamadun india
berhubung dengan dunia luar.
3) asimilasi
>asimilasi mempunyai 2 maksud. pertamanye ialah fenomena di
mana dua fenom yang berbeza dan letaknya berdekatan menjadi
sama.kedua ialah percampuran dua budaya dalam masyarakat
setempat contohnya dalam satu negara atau keluarga sehingga
tercipta sesuatu budaya baru.
terdapat bidang - bidang utama yang menjadi tumpuan
dalam tamadun india ialah: 1) keagamaan dan kepercayaan
2) kesenian dan hiburan 3) bahasa dan kesusasteraan 4)
pentadbiran - politik

You might also like