You are on page 1of 6

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA
TEMA

KESIHATAN

TAHUN

TAJUK

KLINIK 1 MALAYSIA

MASA

9.30 10.30 pagi

STANDARD
PEMBELAJARAN

3.8.2

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek


ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


OBJEKTIF

AKTIVITI

i.

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan,


tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat dengan
betul, kemas dan tepat.

1.

Murid membaca senyap petikan Klinik 1 Malaysia.

2.

Guru meminta murid menulis perkataan berimbuhan yang disebut.


Murid bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan.

3.

Guru menyebut 3 ayat dan murid menulis ayat tersebut. Murid


bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan dan tanda
baca.

4.

Murid menulis semula petikan yang terdapat kesalahan ejaan, tanda


baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat yang diberi oleh
guru.

5.

Murid menyemak dan mengedit serta memurnikan hasil penulisan


itu berdasarkan jawapan yang dipamerkan.

Pemulihan
1.Murid mengedit perkataan yang terdapat kesalahan imbuhan yang
diberikan oleh guru.
Pengayaan
1.Murid mengedit dan memurnikan semula beberapa petikan yang
diberi secara berpasangan.
Ilmu : Pendidikan Kesihatan
PENGISIAN
KURIKULUM

Nilai : Menghargai
EMK : Keusahawanan
KB

: , Mengecam

Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

BAHAN BANTU
BELAJAR

LCD,, lembaran kerja

PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

Murid mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan,


tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat dengan betul,
kemas dan tepat.

REFLEKSI

30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.


Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

Baca petikan di bawah.


Klinik 1 Malaysia
Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di rumah pangsa Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.
Perasmian 50 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar tanggungjawab
kerajaan kepada golongan marhain.
Pengerusi

Lembaga

Pemegang

Amanah

Yayasan

Malaysia,

Dr. Chandra

Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1 Malaysia. Klinik 1 Malaysia akan
beroperasi setiap

hari

bermula dari pukul 10.00 pagi hinggga 10.00 malam dengan

dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan
(MA) dan jururawat

terlatih yang berpandukan tatacara yang tertentu.

Kerajaan secara

automatik membenarkan Penolong Pegawai Perubatan (MA) memberikan prarawatan secara


formal dan ubat bagi sakit yang ringan seperti antibiotik,

Antara sakit yang dirawat

ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah serta tahap kandungan gula.
Perubatan 1971 membenarkan jururawat dan Pembantu Hospital

Akta

menjalankan prosedur

surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik.

Kata imbuhan .
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Dilancarkan.
Perasmian.
Beroperasi.
Dikendalikan.
Paramedik.
Antibiotik

Tiga ayat.
1. Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan
oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di rumah pangsa Kampung
Kerinchi, Kuala Lumpur
2. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1 Malaysia, Dr. Chandra
Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1 Malaysia.
3. Akta Perubatan 1971 membenarkan jururawat dan Pembantu Hospital menjalankan
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik.

Menulis semula petikan dengan ejaan,tanda baca,penggunaan kata,imbuhan dan


struktur ayat yang betul.
ketua pegawai eksekutif gabungan persatuanpengguna malaysia mohd yusof abdul
rahman berpendapatan klinik 1 malaysia

wajar amat bagi tujuan menjagaan kesihatan

golongan marhain yang tinggal di luar bandar hal ini selaras dengan konsep klinik 1 malaysia
yang diperkenal dan dilaksana oleh kerajaan yang bertujuan memastikan perkhidmatan
kesihatan yang berkualiti dengan mematuhi tatacara yang telah ditetapkan perkhidmatan
kesihatan ini
penyakit

disediakan oleh paramedik

ringan

klinik

ini

yang bertatasusila dan diberi autonomi merawat

akan dipantau oleh jabatan kesihatan bagi memastikan

perkhidmatan yang efisyen dan bekal ubat yang mencukupi serta kemudahan infrastruktur
yang lengkap Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan akan
rujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Jawapan
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul
Rahman berpendapat Klinik 1 Malaysia amat wajar bagi tujuan penjagaan kesihatan golongan
marhain yang tinggal di luar bandar. Hal ini selaras dengan konsep Klinik 1 Malaysia yang
diperkenal dan dilaksanakan oleh kerajaan yang bertujuan memastikan perkhidmatan kesihatan
yang berkualiti dengan mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Perkhidmatan kesihatan ini
disediakan oleh paramedik yang bertatasusila dan diberi autonomi merawat penyakit ringan.
Klinik ini akan dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan perkhidmatan yang efisyen
dan bekalan ubat yang mencukupi serta kemudahan infrastruktur yang lengkap. Kes-kes yang
di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau
hospital berdekatan.

Pengayaan
Mengedit petikan
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

Pengerusi

Lembaga

Pemegang

Amanah

Yayasan

Malaysia,

Dr. Chandra

Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1 Malaysia. Klinik 1 Malaysia akan
beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dan masa perkhidmatan adalah dari pukul 10.00
pagi hinggga 10.00 malam dengan dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada
Penolong Pegawai Perubatan (MA) dan jururawat terlatih.

Kerajaan membenarkan Penolong

Pegawai Perubatan (MA) memberikan prarawatan dan ubat bagi sakit yang ringan antaranya
ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah serta tahap kandungan gula.

Akta

Perubatan 1971 membenarkan jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan (MA) menjalankan
prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik. Pesakit kini boleh menukar
kateter tiub pundi kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah dan di
tempat kerja.. Pemulihan
Mengedit ejaan
1. Perkhidmiton
2. Kompulin
3. Malesia
4.Jurulawat
5.Pemeroksaan.

Pernyataan Standard

Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi


Bahasa Malaysia Tahun 4
T1- Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
daripada aspek ejaan, tanda baca,
penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat

Aktiviti Pentaksiran
Langkah Pentaksiran:
Aktiviti 1
Guru meminta murid menulis perkataan
imbuhan yang disebut. Murid bertukar
jawapan sesama rakan untuk menyemak
ejaan.
Aktiviti 2
Guru menyebut 3 ayat dan murid menulis
ayat tersebut. Murid bertukar jawapan
sesama rakan untuk menyemak ejaan dan
tanda baca.
Aktiviti 3
Murid menulis semula petikan yang
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

terdapat kesalahan ejaan, tanda baca,


penggunaan kata, imbuhan dan struktur
ayat diberi oleh guru. Murid menyemak
dan mengedit swrta memurnikan hasil
penulisan itu berdasarkan jawapan yang
dipamerkan.
Bahan:
Aktiviti 1-LCD
Aktiviti 2-LCD
Aktiviti 3-Lembaran kerja

Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

You might also like