You are on page 1of 11

JENIS-JENIS

BANDAR
Disediakan oleh : Nur Syahirah Binti Che
Hassim
No I/C : 972310-11-5778

METROPOLIS
Pembentukan metropolis merupakan hasil perkembangan
bandar raya.
Ciri guna tanah di metropolis adalah padat dan tepu bina
di mana ruang tanahdi metropolis diguna sepenuhnya
untuk perniagaan ,perdagangan ,perindustrian
,perkhidmatan ,kediaman dan sector ekonomi moden yang
lain . Nilai tanah sangat mahal di pusat Bandar
menyebabkan perkembangan bangunan secara menegak
untuk menjimatkan ruang dan kos .

Terdapat pemusatan atau aglomerasi fungsi pentadbiran,


perniagaan, perdagangan dan perindustrian yang
merupakan satu lagi ciri metropolis. Sesetengah metropolis
berfungsi sebagai bandar raya global.
Ciri lingkaran metropolis juiga sangat luas yang meliputi
sub-sub bandar dan juga bandar-bandar yang lain. Jika
metropolis merupakan sebuah ibu negara , maka lingkaran
pengaruhnya mencukupi seluruh negara tersebut.

BANGKOK (THAILAND)

KUALA LUMPUR (MALAYSIA)

BANDAR PRIMAT
Bandar primat adalah sebuah bandaraya utama dalam
sesebuah negara atau rantau.
Jauh lebih besar berbanding bandaraya-bandaraya yang
lain senegara dalam hierarki bandar.
Sesebuah Negara yang mengalami taburan bandaraya
primat mempunyai sesebuah bandaraya yang amat besar
dan banyak sekali bandar kecil , tanpa pusat bandaraya
bersaiz sederhana berbanding dengan kawasan taburan
saiz susun taraf yang agak sama rata taburan
penduduknya.

Hukum bandaraya primat julung kalinya disusulkan oleh


seorang ahli geografi yang bernama Mark Jefferson pada
tahun 1939 , yang mana bandaraya primat ditakrifkan
sebagai sekurang-kurangnya 2 kali besarnya berbanding
bandaraya kedua terbesar dan lebih berganda
pentingnya.
Sebuah bandaraya primat adalah peneraju di negaranya
dari pelbagai segi seperti politik, ekonomi , media ,
kebudayaan dan universiti.

FAKTOR WUJUDNYA BANDAR PRIMAT


1. SIKAP NASIONALISME
Sikap nasionalisme yang berlaku khususnya bagi negara yang
telah mencapai kemerdekaan. negara-negara sedemikian
akanmemusatkan perkembangan dan kemajuan di ibu negara
sahaja dan mengabaikan perkembangan bandar-bandar lain.
2. SEJARAH PENJAJAHAN
Penjajah telah menumpukan perkembangan bandar kepada ibu
negara sahaja kerana fungsinya sebagai pusat perniagaan ,
pengangkutan ,pentadbiran penjajah dan perdagangan.

3. KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG AMAT


TINGGI
Pertumbuhan pendudk sama ada secara semula jadi atau
melaui penghijrahan masuk telah menyebabkan kerajaan
terpaksa melaksanakan projek-projek pembangunan bagi
menampung keperluan penduduk yang sentiasa bertambah.

MANILA (FILIPINA)

JAKARTA (INDONESIA)

You might also like