You are on page 1of 11

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

TAJUK : PENDAWAIAN TERSEMBUNYI


TUJUAN:
Tujuan nota ini adalah untuk memberi dengan ringkas prosedur dan aspek-aspek
pendawaian tersembunyi elektrik domestik satu fasa. Nota ini diaturkan mengikut
langkah-langkah yang biasa digunakan seperti cirri-ciri pemilihan sistem pendawaian
tersembunyi, jenis-jenis kabel yang digunakan, kaedah pemasangan kabel, cara-cara
penggunaan peralatan dan juga kaedah melepa simen dalam proses pendawaian ini.

PENERANGAN:
Sistem Pendawaian Tersembunyi

Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang didalam dinding atau
siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk
sambungan ke terminal aksesori-aksesori.

Ciri-ciri pemilihan sistem tersembuyi


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;


Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;
Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;
Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;
Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;
Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;
Kadar kuasa beban yang dipasang kecil.

Jenis-jenis kabel yang digunakan


Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan
bergantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:
- pendawaian tersembunyi menggunakan konduit : kabel pvk
- pendawaian tersembunyi tanpa konduit : kabel pvk/pvk

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

Kaedah pemasangan kabel

Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang di


bangunkan atau bangunan sudah siap.

Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan kondiut hendaklah diletakkan sebelum
dinding di plaster. Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian di
lakukan .

Jika bangunan itu telah siap proses memecah dinding konkrit hendaklah dilakukan
mengikut saiz dan ukuran kondiut dan ketebalan kabel yang hendak ditanam.

Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 1 inci ialah
kedalamannya 1 inci dan bagi kandiut berukuran inci kedalaman lurah dinding
ialah 1 inci.

Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel ia biasanya berukuran antara
inci hingga inci juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

Pendawaian Tersembunyi Dengan Menggunakan Kondiut

Konduit

Suis jenis
metal clad
atau flush

Metal clad
flush box
(spuare)

Konduit

Suis jenis
metal clad
atau flush

Iron box
(circular)

Pendawaian tersembunyi menggunakan kondiut

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

Pendawaian Tersembunyi Tanam Kabel

Pendawaian yang bertebat tersembunyi

Kebaikan - kebaikan pendawaian tersembunyi:


1. Pendawaian jenis ini lebih kemas
Keburukan Keburukan pendawaian jenis ini:
1. Apabila ada kerosakan sukar untuk di perbaiki
2. Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel
3. Sukar untuk dikesan apabila berlakunya kerosakan.

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

Larian Kabel

Dimana kabel perlu melepasi siling melalui lubang yang dibuat menggunakan bahan
tahan api (fire barier) untuk mengelak kemerebakan kebakaran.
Hujung konduit dipasang dengan sesendal getah / pvc bagi mengelakkan kabel luka
semasa kerja penarikan kabel dilakukan.
Larian kabel diatas kayu lantai atau siling mestilah bersesuaian bagi mengelakan
kerosakan kabel disebabkan sentuhan lantai atau siling.

Kabel yang menerusi sambungan kayu mestilah melalui lubang sekurang-kurangnya


50mm dari atas atau bawah sambungan kayu.

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

Peralatan-peralatan untuk membuat alur atau lurah adalah seperti berikut :1. Tukul ( Club Hammer )

Ianya juga dikenali sebagai tukul lump atau mesh dan digunakan untuk
mengetuk bantalan atau pahat sejuk untuk memotong bata .

Hujung kepala tukul direncongkan dan mempunyai berat di antara 1.13 kg


hingga 1.36 kg .

Hujung
Rencong

Pemegang

TUKUL (CLUB HAMMER)

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

2. Pahat Besi ( Cold Chisel )


Ianya digunakan untuk memotong batu dan bahan-bahan sepertinya , memotong
dan memangkas paip saliran , genting lantai atau dinding .
Ia diperbuat daripada besi tempa , berbentuk bulat atau lapan segi dengan satu
hujung sebagai matanya dimana bentuk dan ukurannya mengikut kerja yang
dilakukan.
Jangan biarkan kepala pahat menjadi kembang kerana ini boleh menyebabkan
berlakunya kecederaan kepada diri sendiri dan untuk keselamatan asah semula
mengikut bentuk cendawan sehingga rata semula .
Kepala Pahat Besi Berbentuk
Cendawan

Kepala

Badan

Mata

PAHAT BESI (COLD CHISEL)

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

TEKNIK MELEPA ALUR PENDAWAIAN TERSEMBUNYI


Setelah kerja-kerja pendawaian dipasang secara tersembunyi ini siap
dilaksanakan, kerja-kerja penyudah mestilah dilakukan. Ini bertujuan untuk menutup
semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan motar kompo. Dalam
melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tersembunyi,pengetahuan dan ketelitian
semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja
yang diperlukan . Oleh itu nisbah bancuhan perlu ditentukan untuk kesesuai dalam
melepa alur pendawaian konduit tersembunyi.
1.

Penyediaan Bahan Lepaan


Kerja-kerja melepa alur pendawaian tersembunyi ini merupakan satu kerja yang
paling mustahak. Salah satu cara membancuh motar ini ialah dengan
menggunakan tangan. Penggunaan mesin pembancuh hanya untuk kerja-kerja
pembinaan besar, sedang kerja-kerja lepaan alur ini adalah kerja kecil sahaja.
Bahan-bahan yang digunakan untuk lepaan ini ialah simen Portland, kapur dan
pasir
Membancuh bahan lepaan (motar) boleh dilakukan disuatu permukaan rata
samaada diatas lantai, atau permukaan tanah yang bersih, atau diatas platform
dari papan lapis dan sebagainya. Kadar nisbah bancuhan motar ini ialah 1:1:4 (1
simen: 1kapur : 4 pasir halus) Gaulkan kesemua bahan ini dengan menggunakan
sekop (showel) sehingga betul-betul sebati. Setelah itu masukkan air secukupnya
dan bersesuaian dengan keadaan motar yang diperlukan. Seterusnya kerja-kerja
Plaster boleh dilakukan.

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

2. Sekop ( Showel )
Diperbuat daripada logam dengan pemegang kayu dan digunakan untuk mencedok
bahan-bahan seperti pasir , simen , tanah dan lain-lain.

SEKOP HUJUNG TAJAM

SEKOP PESEGI

3.

Teknik Melepa & Peralatan


Kemahiran kerja-kerja melepa amatlah perlu. Disamping teknik-tenik kerja yang
betul, penggunaan peralatan yang sesuai perlulah diketahui. Peralatan lepaan
yang biasa diguna ialah seperti iron float (perata logam) wood float (perata kayu)
Hawk (samaada jenis kayu, plastik atau logam) dan trowel (sudip). Kegunaan
peralatan tersebut adalah seperti berikut:

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

4. Hok ( Hawk )
Diperbuat daripada papan berukuran 230 mm x 230 mm dengan satu pemegang
dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya dan digunakan untuk
meletak motar semasa membuat lipaan.

HOK KAYU

HOK LOGAM/PELASTIK

HOK KAYU

5. Sudip Bata
Sudip bata digunakan untuk menerap bata . Ukurannya adalah di antara 229mm
hingga 356 mm panjang . Cara kegunaannya :
i)
Mengambil motar dari papan motar meletakkan pada hawk.
ii)
Melepa pada lurah yang hendak dilepa.

Pemegang
Panjang Mata

Temin

Mata

SUDIP

10

ETE303 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK 2

KP2/2016

6. Kayu Perata ( Floats )


Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-kerja kemasan
untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin kepada lepa .

Kayu Perata

7. Perata Logam
Perata Logam digunakan untuk kerja-kerja lepaan yang besar. Bagi kerja-kerja lepaan
lurah, iron float ini sekada untuk kerja-kerja melicin permukaan lepaan.

Perata Logam

11

You might also like