You are on page 1of 7

Pengarah

Dalam pengurusan produksi teater, orang yang paling penting sekali ialah pengarah.
Antara peranan pengarah ialah mengetuai dan mengendalikan sesuatu produksi. Beliau
merupakan orang penting dalam pengurusan produksi, ini kerana perjalanan produksi
adalah mengikut visi dan misinya.
-

membangunkan konsep produksi


menjelaskan kepada pelakon-pelakon, membantu pelakon mewujudkan

peranan dan watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan.


Peneraju sebuah pementasan yang melibatkan kerja-kerja teknikal dan

proses kreatif.
pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas

Pengarah ialah orang yang bekerja paling rapat dengan pelaku. Pengarah
membangunkan konsep produksi, menjelaskan kepada pelaku-pelaku, membantu
pelaku

mewujudkan

peranan

dan

watak-watak

dan

menggarap

keseluruhan

persembahan produksi. Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah produksi


yang melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses kreatif. Merupakan pemimpin kepada
sekumpulan tenaga kerja pentas bagi melaksanakan kehendak kesenian yang
menepati ilusi dan kreativiti.Maka itu seorang pengarah harus jelas terhadap kerja seni
yang hendak disempurnakan. Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang
boleh difahami oleh semua yang terlibat dengan produksinya.
Bertanggungjawab mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam sesebuah
produksi seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk. Tugas-tugas pengarah ialah:

Skrip:
-

Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta persoalan yang

ingin disampaikan oleh penulis.


Menentukan gaya pementasan yang hendak disampaikan
-Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu dengan
syarat mendapat persetujuan daripada penulis asal.

Konsep Persembahan:

Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan produksi.


Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki kepada semua pelaku

serta petugas-petugas lain.


Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang diketahuinya untuk

melaksanakan realiti konsep persembahan.


Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah persembahan.

Lakonan/Pelakuan:
-

Memahami watak-watak (peranan-peranan) fizikal, psikologi, mental


Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam persembahan.
Memilih pelaku (dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk memilih)
Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat, pendisiplin serta penggarap

pada sebuah persembahan.


Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku di pentas.
Menyediakan jadual latihan.

Teknikal:
-

Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum (busana), tatacahaya,

tatarias supaya sesuai dengan konsep yang dipilih.


Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain dengan berjumpa

dan berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep produksi.


Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka

menyediakan perkara tersebut.


Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa ke semasa

mesti

untuk meninjau perkembangan setiap seksyen.

Pengurus Pentas
Orang kedua yang sangat penting dalam pengurusan teater ialah pengurus
pentas/stage manager (sm). Pengurus pentas memainkan peranan yang sangat
penting dalam memastikan perjalan pentas berjalan dengan pentas. Dalam menjadi

seorang pengurus pentas, seseorang itu mestilah mempunyai keupayaan yang tinggi
dalam pengurusan pentas. Antara peranan pengurus pentas ialah,
-

Memantau perjalanan proses latihan pelakon


Menyediakan jadual latihan
Menyediakan buku prompt yang mengandungi segala data berkaitan dengan

persiapan produksi
Memastikan setiap pelakon ada sebelum persembahan bermula
Memastikan semua prop harus ada sebelum persembahan
Menyediakan skrip teknikal
Peneraju pada hari persembahan
Segala tugas pentas seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan make
up, keluar masuk pelaku serta props yang digunakan pada hari pementasan
adalah bawah pengawasannya

Pengurus Pentas (Stage Manager)


Pengurusan pentas bermaksud pengendalian sekumpulan tenaga kerja bagi
menjayakan sesebuah produksi. Mereka adalah saluran penghubung antara tenaga
produksi dengan pihak pentadbiran dan bertanggungjawab melaksanakan apa yang
telah dirancang supaya berjalan lancar.
Peneraju pada hari persembahan ialah pengurus pentas.Segala tugas pentas
seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan make up, keluar masuk pelaku
serta propsyang digunakan pada hari pementasan adalah bawah pengawasannya.

PERLAKSANAAN
-

Pengurusan seni persembahan/pentas penting berdasarkan kefahaman


berkenaan dengan pentas dan pentadbiran mengikut organisasi yang
menganjurkan pementasan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu
disediakan:

Tenaga Kerja Pengurusan Pentas


-

Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga produksi


seperti penerbit, pengurus produksi, pengarah teknikal, pengurus pentas,
pengurus props, set, lampu, kostum, bunyi, muzik dan para pereka cipta.

Persediaan dan Persiapan Pengurusan Pentas


i.
ii.
iii.

Menubuhkan satu pasukan tenaga kerja


Merancang pementasan
Persiapan pementasan

Persiapan Latihan Pementasan


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Menentukan masa latihan


Memahami Skrip
Props dan peralatan
Set dan kostum
Tempat latihan
Keperluan semasa latihan
Persiapan tempat latihan
Mengenal pasti ruang lakon
Menentukan garis panduan set

Semasa Latihan Pementasan


-

Pengenalan ruang latihan dan tenaga produksi


Tugas harian
Pengendalian ruang latihan
Catatan latihan
Jadual latihan
Pembisik skrip
Blocking techniques
Naskah

Tugas Di Luar Ruang Latihan


I Pengurusan produksi
ii. Belanjawan produksi
iii. Mesyuarat produksi
iv. Penjadualan produksi

Ke Arah Pementasan
I Latihan langsung
ii. Senarai lengkap keperluan
iii. Pelan lantai
iv. Pemindahan lokasi
v. Pengangkutan

Mengenal Pentas
I Bekalan pentas sedia ada
ii. Alat-alat Bantu Penanda (MASKING)
iii. Peralatan asas pertukangan
iv. Kemudahan-kemudahan pentas sedia ada
v. Aspek teknikal pentas
vi. Kesihatan dan keselamatan atas pentas

Mingggu Pementasan
I Masuk ke ruang pementasan sebenar
ii. Penyesuaian dan penetapan ruang pementasan
iii. Pembinaan set / Penentuan props
iv. Pertukaran babak / Penataan cahaya/Kesan bunyi
v. Raptai kostum / Latihan teknikal
vi. Tentu ruang pembisik skrip
vii. Senarai semak
viii. Hormat tamat (Curtain Calls)

Selesai Pementasan
i. Pemulangan barang/Kebersihan pentas
ii. Penstoran barang
iii. Post mortem/Laporan

VLP 227 : PENGARAHAN 1

NAMA :

AHMAD KHAIRUL BIN KAMARUZZAMAN

NO. MATRIK :
120597

NO. KAD PENGENALAN :


910304-12-6271

NAMA PENSYARAH :
PROF. MADYA ABDUL SAMAD SALLEH

TAJUK KERJA KURSUS:


BIDANG TUGAS PENGARAH & PENGURUS PENTAS

You might also like