You are on page 1of 16

Tajuk 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI MALAYSIA DAN


KEPENTINGANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengetahuan tentang peranan pendidikan
kesihatan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, ciri-ciri perubahan dan
keperluan individu dan masalah kesihatan kepada murid-murid. Modul ini juga
dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelaskan tentang peranan pendidikan kesihatan dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak
2. Menyatakan ciri-ciri perubahan dan keperluan individu
3. Mengenalpasti masalah kesihatan kepada murid-murid
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

KEPENTINGAN
PENDIDIKAN
KESIHATAN DI
MALAYSIA DAN
KEPENTINGANNYA

Peranan pendidikan
kesihatan dalam
pertumbuhan dan
perkembangan kanakkanak

Ciri-ciri perubahan dan


keperluan individu

Masalah kesihatan
kepada murid-murid

KANDUNGAN

PENGENALAN
Menjaga kesihatan bukan naluri semula jadi tetapi aspek ini perlu dipelajari dan
ditunjuk ajar. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan kesihatan diri.
Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari kecil lagi.
Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga
kesihatan mental, emosi dan sosial.
Banyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanakkanak supaya mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah. Antara
tugasan perkembangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama. Kanak-kanak
perlu juga belajar berorientasi kepada alam sekeliling supaya mereka dapat hidup
dengan yakin, gembira dan selamat. Kanak-kanak di seluruh negara kita perlu diberi
peluang yang sama untuk belajar dan mendapat pengalaman yang akan membantu
mereka menjadi insan yang seimbang dan rakyat yang sejahtera. Hal ini harus berlaku
tanpa mengambil kira keadaan geografi atau status sosioekonomi murid.
Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan
berbanding dengan cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sesungguhnya kita tidak
dapat meramalkan segala cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak besar kelak,
kita boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran
dan masalah masa depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan
yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan
pemakanan, keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan
amalan tertentu.
2.1

PERANAN

PENDIDIKAN

KESIHATAN

DALAM

PERTUMBUHAN

DAN

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan
perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantatif iaitu sifat

perubahan yang dapat diukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa.
Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah
berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat dahulu. Berlainan dengan hal
pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan
sehingga tamatnya hayat seseorang insan. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja
membawa seseorang insan ke peringkat yang matang, tetapi perkembangan berterusan
berlaku walaupun diperingkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan
sentiasa berlaku terusmenerus dari awal sehingga akhir hayat seorang insan itu. Proses
pertumbuhan dan perkembangan bagi seseorang insan itu sudah sedia terancang
dalam gengen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu.
Pendidikan Kesihatan pula bukan setakat menyampaikan maklumat kesihatan
melalui

ceramah,

pameran,

mengkaji

poster

dan

risalah

kesihatan

atau

mengkhutbahkan nilai dan amalan moral tertentu kepada pelajar-pelajar. Sebenarnya,


Pendidikan Kesihatan di sekolah merupakan satu proses berterusan yang membantu
dan memudahkan pelajar-pelajarnya mengembangkan ilmu, mempelajari amalan positif
dan memupuk sikap yang bertanggungjawab terhadap isu-isu kesihatan. Segala
pengalaman pembelajaran dan kesan dari pelajaran kesihatan diharapkan akan
mempengaruhi tingkah laku mereka dalam usaha memperolehi satu taraf kesihatan
yang memanfaatkan diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakatnya. Pengetahuan
Pendidikan Kesihatan dan kurikulum memainkan peranan dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak atas kepentingan berikut:
1.

Tahap kesihatan kanak-kanak mempengaruhi pertumbuhannya.

2.

Tahap kesihatan yang baik dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan


kanak-kanak.

3.

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan terjejas sekiranya kanakkanak itu berpenyakit.

4.

Kanak-kanak yang sihat akan menjadi dewasa dan seterusnya ibu bapa yang
sihat di masa hadapan.

5.

Pengambilan makanan yang seimbang memainkan peranan yang penting untuk


menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sihat dan
sempurna dan keadaan persekitaran yang sihat dan bersih dapat membantu
kanak-kanak hidup dalam suasana yang sihat dan menggalakkan pertumbuhan
dan perkembangan yang positif.

2.2

CIRI- CIRI PERUBAHAN DAN KEPERLUAN INDIVIDU


Subtopik ini akan membincangkan ciri-ciri perubahan dan keperluan individu

dengan lebih lanjut.


2.2.1Perkembangan Fizikal
Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang bermakna,
penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek
kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan
kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Minda yang sihat
akan lahir dari tubuh badan yang sihat.
Perkembangan fizikal merupakan suatu proses yang berkaitan dengan peningkatan
dalam struktur saiz yang dilihat dari aspek pertambahan ketinggian, berat dan jisim otot
semasa kanak-kanak. Pertumbuhan adalah pesat semasa bayi dan kadar ini
berkurangan pada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Pertumbuhan fizikal terdapat empat segi iaitu ketinggian, berat badan, otot dan
perkadaran badan, sila rujuk Jadual 4.1.
2.2.2Perkembangan Mental (Kognitif)
Dalam perkembangan mental atau kognitif, pertumbuhan otak mencapai lebih kurang
75% pada umur tiga tahun dan hampir 90% pada usia enam tahun. Manakala antara 812 tahun saiz otak mengalami pertumbuhan yang sedikit. Begitu juga dengan
keupayaan persepsinya.
Keupayaan kognitif individu, keupayaan untuk belajar dan berkembang secara
intelektual. Seseorang itu berupaya untuk berfikir, menyoal dan menganalisis peristiwa

untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Pengalaman formal dan tidak formal
meningkatkan kecergasan mental. Tahap kecergasan mental seseorang bermula ketika
bayi, membawa ke peringkat dewasa dan saling berhubung antara kedua-duanya.
Rajah 2.1 menyatakan perkembangan kognitif terhadap kanak-kanak dari segi
perbezaan peringkat.

Rajah 2.1: Perkembangan kognitif terhadap kanak-kanak dari perbezaan peringkat


Menurut seorang ahli psikologi yang terkenal dalam perkembangan kognitif iaitu
Jean Piaget (1896-1980) mengatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah berbeza dan berubah. Beliau telah membahagikan dua peringkat yang berkaitan
tentang perkembangan kognitif iaitu Peringkat praoperasi (2-6/7 tahun) dan Peringkat
operasi konkrit (6/7-11/12 tahun).
1.

Peringkat praoperasi (2 - 6/7 tahun)


a. Kanak-kanak mempunyai keupayaan menggunakan tanda atau simbol.
b.

Kanak-kanak berkongsi pengalaman dengan orang lain. Kanak-kanak

mula menyoal.
c. Berupaya menggunakan bahasa dan memahami konsep bertambah
dengan kadar yang menakjubkan.
d. Bersifat egosentrik - pemikiran mereka berasaskan persepsi, tidak faham
bahawa orang lain mempunyai pandangan yang berbeza dengan mereka
malah beranggapan orang lain melihat sesuatu sama seperti mereka.
Melihat watak dalam buku cerita sebagai watak sebenar yang
mempunyai

kualiti hidup.

e. Bersifat ketidakbalikan (irreversibility) tidak boleh meninjau peristiwa


yang telah berlaku.
f.

Tidak berupaya untuk mengekalkan (inability to conserve) tidak


memahami bahawa sifat-sifat tertentu sesuatu objek adalah sama
walaupun bentuknya telah berubah.

2.

Peringkat operasi konkrit (6/7 - 11/12 tahun)


a.

Berupaya

membuat

kesimpulan

yang

logikal.

Berupaya

mengklasifikasikan mengikut kelas; sebagai contoh, mereka boleh


memahami bahawa jika dalam keluarga ada 3 lelaki dan 3 perempuan,
maka bilangan ahli keluarga adalah lebih besar dari mana-mana
kumpulan secara berasingan.Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dan
menggunakan sebagai ganti gambaran benda. Mereka juga berkebolehan
membentuk konsep mudah dan mahir bertutur dan gemar bercakap.
Namun, keperluan kanak-kanak untuk berfantasi, berimaginasi dan
menempatkan diri mereka dalam dunia khayalan semakin bertambah.
Kanakkanak akan mendapat faedah yang besar daripada pembelajaran
melalui gerak kerja konkrit.Ciri-ciri pada peringkat di lingkungan umur
sekolah rendah, mereka dapat menguasai konsep pengekalan tentang
paduan

nombor,

berat

dan

padatan.

Penguasaan

konsep

ini

membolehkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan


benda dengan berbagaibagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat.
Mereka mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk belajar.
Ciri-ciri keperluan individu peringkat ini ialah mereka dapat menguasai

pertuturan dan gemar membaca. Reaksi mereka akan dapat dikesan


melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran melalui gerak
kerja amat penting. Oleh itu, situasi yang dibina dapat mempelajari antara
satu sama lain.Pada peringkat 11-12 tahun, berlaku perubahan daripada
pengolahan secara konkrit kepada pengolahan secara formal. Mereka
dalam peringkat ini terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. Mereka
memahami sifat inklusif mengikut kelas.Perubahan keperluan mental atau
kognitif seseorang individu akan terus berlaku. Individu dalam peringkat
12 hingga 15 tahun akan boleh memahami idea-idea yang lebih
mendalam. Mereka juga dapat membayangkan apa yang akan berlaku di
dalam suatu keadaan dan berkebolehan memahami prinsip akhlak dan
mempunyai kesedaran tentang membina falsafah hidup mereka sendiri,
etika, politik dan agama serta perkara-perkara lain yang perlu diketahui.
2.2.3Perkembangan Sosial
Perkembangan sosial ialah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan
persekitaran. Ia merujuk kepada keupayaan seseorang individu menyesuaikan diri
dalam institusi sosial melalui tingkah laku.
Perkembangan sosial mempunyai tiga kumpulan perbezaan tahun dan penting dalam
Pendidikan Kesihatan:
1.

Kumpulan 5-6 tahun


a. Melibatkan diri dalam beberapa jenis "main";
i. Bermain dengan kanak-kanak lain; dan
ii. Memerhati kanak-kanak lain tanpa bermain.
b. Kumpulan lain adalah spontan, kecil, tidak teratur dan berubah-ubah
c. Kerap bergaduh tetapi cepat lupa dan mudah bermaaf-maafan.
d. Suka mereka cipta, idea berasaskan kartun yang ditontoni.
e. Peranan jantina dalam televisyen sebagai model dalam permainan
kanak-kanak.
f.

2.

Kumpulan 6-9 tahun

Ada kawan baik dan musuh terpilih;

b. Main dalam kumpulan kecil, ada peraturan dan bersungguh-sungguh


mengikuti peraturan; dan
c. Masalah atau pergaduhan sering timbul kerana peraturan permainan
yang berbeza
3.

Kumpulan 9-12 tahun


a.

Pengaruh rakan sebaya menjadi kuat dari segi pakaian, gaya bercakap
dan lain-lain.

b.

Menunjukkan sifat positif; lebih peka kepada perasaan orang lain.

Mengikut Erik Erikson terdapat dua peringkat perkembangan sosial yang utama iaitu:
Peringkat 3 ikhtiar lawan bersalah (3-6 tahun)Kemahiran motor dan kemahiran
bahasa berkembang dengan pesat (sila rujuk Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Peringkat 3 ikhtiar lawan bersalah (3-6 tahun)


Peringkat 4 rajin lawan merendah diri (6-12 tahun)
Rajah 4.3 menyatakan peringkat 4 iaitu rajin lawan merendah diri (6-12 tahun).

Rajah 2.3: Peringkat 4 rajin lawan merendah diri (6-12 tahun)


2.2.4Perkembangan Emosi
Emosi ialah suatu pengalaman yang penuh perasaan yang menyertai penyelarasan
dalam secara am dan keadaan mental dan fisiologi yang tergerak di dalam diri individu
dan yang menunjukkan dirinya pada tingkah laku yang nyata.
Mengikut Mohd Sharani Ahmad (2004), semakin kanak-kanak itu membesar dan
didedahkan oleh banyak perkara, ini menimbulkan konflik yang akhirnya mencetuskan
kemarahan dan kerengusan dalam perkembangan emosi pada tahap awal kanak-kanak,
sila rujuk Rajah 4.4.

Rajah 2.4: Perkembangan emosi kanak-kanak


Mari kita bincang perkembangan emosi tersebut dengan lebih mendalam.
1.

Kanak-kanak dan konflik (marah).Mereka bertindak balas dengan konflik

bergantung pada sejauh mana besarnya masalah atau konflik yang dihadapi.
Semakin mereka membesar, mereka mempunyai banyak cara bagi mengatasi
konflik melalui pengalaman. Ini dapat mematangkan mereka dalam memenangi
konflik.
2.

Kanak-kanak

agresif.Keagresifan

kanak-kanak

berubah

kekerapannya

merentasi perkembangan awal kanak-kanak. Keagresifan dalam membaling


barang-barang mainan berkurangan sebaliknya mereka mula menunjukkan
kedinginan mereka dengan merajuk atau tidak mahu bercakap. Kanak-kanak
lelaki atau perempuan mempunyai perbezaan dalam menunjukkan keagresifan
mereka.
3.

Keagresifan berkait.Agresif ini menyebabkan seseorang yang iri hati dan


berusaha merosakkan hubungan orang lain seperti persahabatan tetapi tidak
termasuk orang yang dari kumpulannya.

4.

Membentuk hubungan dan perlakuan yang mesra empati.Simpati ialah


merasa kasihan disebabkan oleh keadaan yang menyedihkan dan melibatkan
emosi di mana, membayangkan dirinya berada di tempat lain dan merasai apa
yang dirasai oleh orang lain. Ini menyebabkan kanakkanak itu beraksi atau
bertindak

dengan

menolong,

berkongsi

masalah

dan

sama-sama

bertanggungjawab.Hubungan emosi boleh memotivasikan kanak-kanak bagi


mengubah persepsi menolong secara praktis dan alasan yang munasabah
semasa prapersekolahan kepada alasan menyenangkan orang lain. Keluarga,
rakanrakan dan persekitaran merupakan tempat kanak-kanak mendapat
perlindungan.Kanak-kanak perlu dilatih supaya dapat mengawal emosi dan
mempunyai perasaan yang mulia. Mereka perlu digalakkan supaya bermain
dengan baik dan menyemaikan sifat-sifat murah dan baik hati serta bertolakansur. Permainan juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Mereka
haruslah diberikan permainan yang sesuai dan yang tidak membuatkan mereka
menjadi ganas atau kasar.Disamping itu, orang dewasa hendaklah mengelak
daripada melakukan perbuatan kurang sopan seperti bertengkar di hadapan
kanak-kanak kerana kanak-kanak mudah meniru tabiat orang dewasa.

2.2.5Perkembangan Rohani
Rohani

membawa

maksud

kepercayaan

terhadap

sesuatu

kuasa

penyatuan.

Perkembangan kerohanian ialah keupayaan kanak-kanak untuk membentuk dan


memupuk amalan murni masyarakat. Tujuan amalan tersebut dipupuk bagi melahirkan
individu yang percaya kepada Tuhan, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang betul,
berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,
keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan kerohanian seseorang kanak-kanak
antaranya ialah (Pengajian Perkembangan Kanak-kanak, 2005):
1.

Persekitaran yang baik


a. Kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang baik akan
terdorong untuk mengamalkan adab dan akhlak yang mulia.
b. Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu menjadi contoh kepada
kanakkanak seperti mengucapkan kesyukuran dengan membaca doa
sebelum tidur, memberi salam dan mengucapkan terima kasih.

2.

Kemesraan
a. Kanak-kanak yang dibimbing dengan penuh dan kasih sayang akan
mengamalkan nilai-nilai murni kepada rakan-rakannya dan orang lain.
b. Kanak-kanak boleh dibimbing. Contohnya menyayangi pemimpin,
menjaga kebersihan, dan menyayangi alam sekitar seperti menyayangi
binatang pelihara dan tumbuh-tumbuhan.

3.

Tingkah laku yang sopan


a. Ibu bapa, guru dan orang dewasa di sekeliling kanak-kanak patut
menjadi contoh membentuk tingkah laku yang sopan.
b. Contohnya mengamalkan adab dalam kehidupan seharian, mencontohi
akhlak Rasulullah s.a.w menghormati ibu bapa, guru, rakan sebaya,

pemimpin dan anggota masyarakat, mematuhi peraturan dan undangundang, beratur ketika menunggu giliran, meminta izin sebelum
mengambil atau membuat sesuatu dan bercakap benar.
4.

Tutur kata secara berhikmah di antara manusia


a. Kanak-kanak yang dibimbing dengan tutur kata yang berhikmah akan
membesar sebagai remaja yang bersopan santun dan pandai untuk
berinteraksi dengan orang lain.

Orang dewasa boleh membantu kanak-kanak dengan menggunakan bahasa yang


sopan, mengucapkan terima kasih, meminta maaf jika melakukan kesalahan.

2.3MASALAH KESIHATAN KEPADA MURID-MURID


Kanak-kanak atau remaja mudah diserang oleh pelbagai jenis penyakit kerana sistem
ketahanannya masih belum kuat dan setiap penyakit mempunyai simptom awal dan
jelas untuk membolehkan kita mengesannya. Terdapat beberapa penyakit tertentu yang
sering menyerang kanak-kanak dan remaja justerunya kita haruslah mengetahui tanda
penyakit ini serta cara-cara mengatasinya dengan betul.
2.3.1Peringkat Prasekolah
Imunisasi bermaksud pemberian vaksin yang mengandungi kuman penyakit tertentu
dalam bentuk tidak berbahaya. Vaksin tersebut terlalu lemah, menyebabkan tubuh
menghasilkan bahan istimewa (antibodi) yang akan melindungi kanak-kanak prasekolah
daripada penyakit tertentu pada masa akan datang.
Imunisasi yang diberikan kepada kanak-kanak prasekolah termasuklah triple antigen,
campak dan hepatitis. Kepentingan imunisasi bagi kanak-kanak adalah untuk
melindungi kanak-kanak prasekolah daripada penyakit tertentu, mengelakkan wabak
dan membasmikan penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi selalunya dilakukan ketika
seseorang itu masih bayi lagi.

1.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

a. Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan


enterovirus) yang biasanya menjangkit kanak-kanak di bawah umur 5
tahun.
b. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri
yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
c. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit
serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
d. Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga
kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.
e. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk
mencegah jangkitan.
2.

Tanda dan GejalaPenyakit ini menyerupai selsema dengan ruam. Tanda-tanda


jangkitan ini ialah:
a. Demam.
b. Sakit kerongkong.
c. Sakit kepala.
d. Hilang selera makan.
e. Ulser di tekak dan mulut.
f.

Ruam dengan lepuh (blister) di tapak tangan, kaki, mulut dan kawasan
lampin.

3.

Langkah-langkah pencegahan
a. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan
makanan, selepas ke tandas.
b. Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
c. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu
tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.

d. Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum
bermesra dengan kanak-kanak.
e. Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air
liur kanak-kanak.
f.

Elakkan membawa kanak-kanak ke tempat umum yang sesak seperti


pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

g. Jaga kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelak jangkitan


virus.
Kanak-kanak

yang

mempunyai

tanda-tanda

jangkitan

harus

ditegah

daripada

menghadiri tadika, tabika, sekolah, rumah pengasuh dan perlu dibawa ke hospital
dengan segera.

RUJUKAN

Briggs, F. & McVeity, N. (2000). Teaching Children To Protect Themselves. Crows


Nest NSW: Allen & Unwin.

Merki M.B. & Merki D. (1987). Health, A guide to wellness. Mission Hills, CA.
Glencoe Pub.Co.
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.).
San
Francisco, CA: Benjamin Cummings.
Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan
kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti.

Rujukan
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar
Learning.
Marjorie, J. K., Anne, K. S., & Alice, P. W. (2004). Developmentally appropriate
curriculum. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.
Nor Hasimah. H., & Yahya, C. L. (2003). Panduan pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS
Publication Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
KPM.
Radzi, S., & Yusuff, I. (1990). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur.
Thomas, K.T., Lee, A.M., & Thomas, J.R. (2003). Physical education methods for
elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics.
Wuest, D.A., & Bucher, C.A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th
edition). Boston: WCB McGraw-Hill.
Zarina L.A., Abdul Latif A., Azali R., Norkhalid S., & Nur Akmal I. (2011). HBHE 1103
Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Open University Malaysia. Meteor Doc. Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan.

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

LAMAN WEB
URL:http://www.siecus.org/
URL:http://www.serc.mb.ca/

You might also like