You are on page 1of 9

MITOS WAU

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja
sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka
sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu
dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin
mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau
selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh
padi.

Kini wau dimainkan sebagai sukan tradisi.Wau dimainkan di negeri-negeri utara


dan negeri di pantai timur.Biasanya kaum melayu memainkan wau.

1
Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri
daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian
pinggang dan ekor wau.

Belalai dan Jambul


Kepala Wau
Busur atau
Dengung
Sayap

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat


wau ialah buluh, kulit Torek
rotan, atau
gam pinggang
daripada pokok kayu dan
lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan
sebuah wau.
Selain daripada Ekor Wau
itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan
aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu
seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran
kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.
Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai
kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih
dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang
terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh2 tersebut.
Teknik Pembuatan Wau Tradisional
>Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,
kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian
untuk menghasilkan sebuah wau.
>Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama
untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam
pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam
bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai
kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
>Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana
mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih
bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebi dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
. ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu,
“Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak
aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh

3
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka
wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada
dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat
ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.


2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh

>Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti
ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan
berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar
tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan
mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan
sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan
di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk
memudahkan ia dibentuk.
5.Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok
pula dengan kertas pasir.
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh
yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.
Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala
wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

4
1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian
tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut
seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping
untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah
kepingan buluh.

Proses Memasang Tanah Wau


Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang
pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas
tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa
langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter
dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

5
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan
wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
4. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.
5. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan
berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau
untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.
6.Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan
kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal
kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja
berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Proses Membuat Serta Memasang Busur

6
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri
daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi
yang dikehendaki.
4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua
sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau
dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang
nilon.

Jenis Koleksi Wau Tradisional


7
Wau Bulan

>wau kucing

8
Wau jalabudi wau merak

You might also like