You are on page 1of 69

PERAKAUNAN

SYARIKAT
OBJEKTIF
Pelajar dapat:
1. Menjelaskan ciri-ciri dan jenis syarikat
2. Menerangkan proses penubuhan syarikat
3. Menjelaskan struktur modal syarikat
4. Menerangkan jenis dan prosedur terbitan saham
syarikat
5. Merekod proses terbitan saham secara penuh
6. Menerang dan merekod cara terbitan dan penebusan
debentur
7. Menjelaskan rezab dan dividen syarikat
8. Menyediakan ekuiti pemegang saham dalam kunci
kira-kira.
PERAKAUNAN
SYARIKAT
Ciri-ciri Syarikat

1. Wujud secara berasingan dari pemiliknya.


2. Satu badan yang sah dari segi undang-
undang yang boleh memiliki harta,
membuat kontrak, menyaman dan disaman
serta bertanggungjawab menjelaskan
hutang sendiri
 pemilik tak bertanggungjawab ke atas
hutang yang ditanggung oleh syarikat.
3. Mematuhi Akta Syarikat 1965
4. Pemilik terdiri daripada pemegang saham
syarikat
5. Modal diperolehi dari pemegang-pemegang
saham melalui langganan ke atas saham
Syarikat
6. Liabiliti pemegang saham adalah terhad
Jenis Syarikat

 Syarikat Awam Berhad


 Syarikat Sendirian Berhad
SYARIKAT AWAM BERHAD

1. Mematuhi Akta Syarikat 1965.


Mana-mana Syarikat yang tidak dikategorikan
sebagai syarikat persendirian adalah dikelaskan
sebagai Syarikat Awam (seksyen 4(1) Akta
Syarikat 1965). Ia perlu meletakkan perkataan
‘Berhad’ pada akhir nama syarikat.
2. Bilangan pemegang saham; min.: 2 orang dan
max: terhad kepada jumlah saham yang
dibenarkan
3. Pemegang saham menanggung liabiliti terhad
4. Saham syarikat diniagakan di pasaran saham
(Bursa Malaysia)
5. Pegangan saham boleh berpindah milik
secara bebas
6. Penyata Kewangan syarikat perlu disediakan
setiap tahun
7. Lembaga Pengarah dilantik di kalangan
pemegang saham terbanyak
SYARIKAT SENDIRIAN BHD.

Seksyen 15(1) Akta Syarikat menjelaskan


beberapa ciri Syarikat Sendirian Berhad:

1. Bilangan pemegang saham;


min.: 2 orang dan max: 50 orang
2. Tidak boleh tawarkan sahamnya
kepada awam.
3. Sahamnya tidak boleh dipindah milik.
4. Penyata kewangan syarikat boleh
dirahsiakan daripada umum.
5. Liabiliti pemegang saham adalah terhad.
6. Syarikat ditadbir oleh Lembaga Pengarah
yang dilantik di kalangan pemegang-
pemegang saham.
Penubuhan Syarikat
1. Pihak yang ingin menubuhkan syarikat perlu
berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
2. Proses ini bermula dengan proses pemilihan
nama yang sesuai.
3. Selepas kelulusan nama diperoleh, semua
dokumen penubuhan yang berkaitan perlu diisi
dan diserahkan kepada SSM beserta yuran yang
telah ditetapkan.
4. Dokumen penubuhan adalah seperti berikut:
a) Borang 6 – Deklarasi perundangan tentang
pematuhan
b) Borang 48A – Deklarasi perundangan
sebelum seseorang dilantik sebagai pengarah
c) Memorandum Syarikat
d) Artikel Syarikat
e) Lampiran A
f) Salinan surat kelulusan nama syarikat

5. Setelah semua dokumen mematuhi peruntukan


undang-undang yang ditetapkan, SSM akan
keluarkan Sijil Perbadanan.
MEMORANDUM PERTUBUHAN
Dokumen ini menetapkan kuasa kuasa
syarikat dan hubungannya dengan pihak
luar perniagaan. Perkara yang dinyatakan
di dalamnya mengikut Seksyen 18(1):
 Nama syarikat
 Alamat pejabat syarikat
 Aktiviti yang dijalankan di syarikat
 Liabiliti sama ada terhad/tidak
 Jumlah modal dibenarkan
TATAURUSAN PERTUBUHAN

Menjelaskan peraturan-peraturan
yang mengawal hal ehwal dalaman
syarikat. Perkara yang terkandung di
dalamnya:
 Hak bagi setiap kelas saham
 Pindahmilik saham
 Tanggungjawab dan kuasa ahli lembaga
pengarah syarikat
 Notis dan prosiding mesyuarat
Apabila semua keperluan undang-undang
dipenuhi, barulah Pendaftar Syarikat akan
mengeluarkan Sijil Penubuhan Syarikat.
Mulai dari tarikh dinyatakan dalam sijil
tersebut, syarikat boleh menjalankan semua
fungsi korperat, boleh mendakwa dan
didakwa, boleh ditukar ganti pihak
pengurusan dan mempunyai materi, dan
berkuasa memperolehi, memiliki dan
melupuskan harta. Bagi syarikat awam, ia
perlu mendapatkan Sijil Memulakan
Perniagaan terlebih dahulu.
Struktur Modal

1. Modal Saham Dibenarkan


2. Modal Diterbitkan
3. Modal Berbayar
MODAL SAHAM DIBENARKAN

 Dikenali juga sebagai modal berdaftar


atau modal nominal.
 Modal maksimum yang boleh
diterbitkan dan dilanggan oleh orang
ramai.
MODAL DITERBITKAN

 Merupakan sebahagian daripada


modal berdaftar yang dikeluarkan
atau ditawarkan untuk dilanggan oleh
orang awam.
 Jumlah maksimum modal yang boleh
diterbitkan adalah sama dengan
jumlah modal yang dibenarkan
MODAL BERBAYAR

 Berdasarkan modal yang diterbitkan,


syarikat akan menetapkan amaun
yang perlu dibayar oleh pemegang
saham bagi setiap saham.
 Syarikat boleh tetapkan jumlah yang
perlu dibayar semasa permohonan
sama ada kurang, sama atau lebih
daripada nilai Par
Jenis Saham

1. Saham Keutamaan
2. Saham Biasa
SAHAM KEUTAMAAN
Saham yang dibayar dividen yang tetap
setiap tahun.
Kadar dividen ditetapkan semasa saham
tersebut diterbitkan.
Pembayaran dividen tidak bergantung
kepada jumlah keuntungan tetapi kepada
kadar dividen.
Pembayaran dividen saham keutamaan akan
didahulukan sebelum pembayaran dividen
saham biasa
Pembayaran dividen boleh ditunda
sekiranya dividen tahun semasa tidak
dibayar
Pemegang saham keutamaan tidak
mempunyai hak mengundi dalam
mesyuarat agung syarikat
Saham keutamaan terdiri daripada
beberapa jenis iaitu Saham
Keutamaan Kumulatif, Partisipatif,
Boleh Tebus dan Boleh Tukar
SAHAM BIASA
 Setiap syarikat mesti memiliki modal
saham biasa. Biasanya saham biasa
merupakan komponen saham yang
terbesar dalam modal syarikat
 Pemegang saham biasa diberikan hak
mengundi dalam mesyuarat agung
tahunan syarikat mengikut unit saham
yang dipegangnya dan merupakan
pemilik syarikat
 Pemegang saham biasa terima dividen
selepas pembayaran dividen saham
keutamaan
 Kadar dividen untuk pemegang saham
biasa tidak tetap dan pembayaran tidak
semestinya dibuat setiap tahun.
 Sekiranya syarikat dibubarkan,
pemegang saham biasa akan mendapat
balik modal yang disumbangkan
selepas pemegang saham keutamaan
mendapat semula modal mereka.
Terbitan Saham

 Saham boleh diterbitkan pada nilai tara,


nilai premium dan nilai diskaun.
 Penerbitan sesuatu saham biasanya
melibatkan pembayaran sepenuhnya.
 Terdapat 3 tahap yang akan
dilalui dalam terbitan saham
iaitu:
1. Permohonan
2. Perumpukan
3. Pemulangan wang
PERMOHONAN
• Orang awam yang berminat untuk melabur
perlu mengisi borang tertentu dan
menghantarnya kepada syarikat berserta draf
bank mengikut jumlah unit saham yang
dipohon
• Pada tahap ini, pemohon belum lagi menjadi
pemegang saham syarikat dan belum lagi
dikira sebagai modal saham syarikat
PERUMPUKAN
 Lembaga pengarah syarikat akan
membuat perumpukan bagi menentukan
siapa yang berjaya mendapatkan
saham syarikat yang diterbitkan
 Mereka yang berjaya akan menjadi
pemegang saham syarikat, yang
gagal akan dipulangkan semula wang
mereka
 Syarikat perlu merekodkan modal
saham syarikat pada tahap ini
Terbitan Saham Pada
Nilai Tara

Saham diterbitkan pada nilai


muka saham
Nilai tara atau nilai yang
dinyatakan mewakili modal sah
sesaham
Contoh 1:
Gemilang Bhd. (GB) mempunyai modal
dibenarkan berjumlah 1,000,000 unit saham
biasa dengan nilai tara RM2 seunit.
Pada 1 Jan. 2006, Syarikat terbitkan 800,000 unit
saham biasa pada nilai tara RM 2 sesaham yang
perlu dibayar penuh semasa permohonan.
Sehingga 1 Feb. 2006, syarikat telah menerima
1,000,000 permohonan. GB telah membuat
perumpukan kepada pemohon yang berjaya dan
memulangkan wang bagi lebihan langganan pada
1 Mac.
PENYELESAIAN:

2006
Feb. 1 Dt Bank 2,000,000
Kt Permohonan 2,000,000
( merekod penerimaan wang permohonan
* 1,000,000 x RM 2
Mac 1 Dt Permohonan 1,600,000
Kt MSB 1,600,000
(merekod perumpukan 800,000 unit saham biasa)
*800,000 x RM 2.00

Dt Permohonan 400,000
Kt Bank 400,000
(merekod pemulangan wang permohonan yang
gagal)
*200,000 x RM 2.00
Gemilang Berhad
Kunci Kira-Kira pada 1 Mac 2006

EKUITI SAHAM:
Modal dibenarkan
(1,000,000 saham biasa @ RM2) 2,000,000

Modal diterbitkan
(800,000 saham biasa @ RM2) 1,600,000

Jumlah ekuiti pemegang saham 1,600,000


Terbitan Saham Pada
Nilai Premium

 Saham yang diterbitkan pada nilai yang lebih


tinggi daripada nilai tara
 Perbezaan di antara nilai saham yang
diterbitkan dengan nilai tara dipanggil
premium saham
Contoh 2:

Dengan menggunakan maklumat di


dalam contoh 1, andaikan Gemilang
Berhad telah menerbitkan saham
tersebut pada harga RM 2.50 seunit.
PENYELESAIAN

2006
Feb. 1 Dt Bank 2,500,000
Kt Permohonan 2,500,000
(merekod penerimaan wang permohonan)
* 1,000,000 x RM 2.50
Mac 1 Dt Permohonan 2,000,000
Kt MSB * 1,600,000
Premium Saham ** 400,000
(merekod perumpukan 800,000 unit saham biasa)
*800,000 x RM 2.00 **800,000 x RM 0.50

Dt Permohonan 500,000
Kt Bank 500,000
( merekod pemulangan wang permohonan yang
gagal)
*200,000 x RM 2.50
Gemilang Berhad
Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006

EKUITI SAHAM:
Modal dibenarkan
1,000,000 saham biasa @ RM2) 2,000,000

Modal diterbitkan
800,000 saham biasa @ RM2) 1,600,000
Premium saham 400,000

Jumlah ekuiti pemegang saham 2,000,000


Terbitan Saham Pada
Nilai Diskaun

o Saham yang diterbitkan pada nilai yang


lebih rendah daripada nilai taranya
o Perbezaan di antara nilai saham yang
diterbitkan dengan nilai tara dipanggil
diskaun saham
Contoh 3:

• Dengan menggunakan maklumat di


dalam contoh 1, andaikan Gemilang
Berhad telah menerbitkan saham
tersebut pada harga RM 1.70 seunit.
PENYELESAIAN

2006
Feb. 1 Dt Bank 1,700,000
Kt Permohonan 1,700,000
(merekod penerimaan wang permohonan)
* 1,000,000 x RM 1.70
Mac 1 Dt Permohonan 1,360,000
Diskaun * 240,000
Kt Modal saham biasa ** 1,600,000
(merekod perumpukan 800,000 unit saham biasa)
* 800,000 X RM 0.30 ** 800,000 x RM 2

Dt Permohonan 340,000
Kt Bank 340,000
(merekod pemulangan wang permohonan yg gagal)
* 200,000 x RM 1.70
Gemilang Berhad
Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006

EKUITI SAHAM:
Modal dibenarkan
(1,000,000 saham biasa @ RM 2) 2,000,000

Modal diterbitkan
800,000 saham biasa @ RM 2) 1,600,000
(-) Diskaun 240,000

Jumlah ekuiti pemegang saham 1,360,000


DEBENTUR

• Ialah bon tanpa cagaran, dalam bentuk


dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah
syarikat untuk mengesahkan pinjaman /
hutangnya kepada pihak lain.
• Ia mengandungi syarat tentang :
- bayaran faedah yang tetap
- penebusan debentur
Terbitan & Penebusan
Debentur
Contoh 4:
Pada 1 Jan. 2006, Gemilang Bhd. (GB) terbitkan
500 unit debentur 6% berharga RM 100 seunit
dibayar sepenuhnya atas permohonan. Tempoh
matang adalah 3 tahun.

1/1/06 Dt. Tunai 50,000


Kt. Debentur 50,000
(Merekod terbitan 500 unit debentur,
RM 100 seunit)
31/12/06 Bel. Faedah 3,000
Faedah Belum Bayar3,000

31/12/07 Bel. Faedah 3,000


Faedah Belum Bayar3,000

31/12/08 Bel. Faedah 3,000


Faedah Belum Bayar 6,000
Tunai 9,000
31/12/08 Dt. Debentur 50,000

Kt. Tunai 50,000

(Merekod penebusan 500 unit debentur,

RM 100 seunit)
Rezab

Didefinisikan sebagai suatu jumlah


yang telah diperuntukkan khas untuk
sesuatu tujuan.
Selain modal, rezab merupakan
sebahagian ekuiti syarikat.
Rezab terdiri daripada 2 jenis iaitu
rezab modal dan rezab hasil.
REZAB HASIL

 Pendapatan terkumpul syarikat


yang belum lagi diagihkan kepada
pemegang saham sebagai dividen
 Contohnya ialah pendapatan
tertahan, rezab am dan rezab
penyamaan dividen
REZAB MODAL

 Sebahagian daripada rezab berkanun,


tidak boleh diagihkan sebagai dividen
kepada pemegang saham
 Contoh rezab modal ialah premium
saham, rezab tebusan modal, rezab
penilaian semula aset tetap dan rezab
penggantian aset tetap
Dividen
Agihan untung syarikat kepada pemegang-
pemegang saham
Merupakan pulangan atau hasil kepada
pemegang saham
Dividen yang dikeluarkan dalam syarikat
boleh dalam bentuk dividen tunai atau
dividen saham (saham bonus)
DIVIDEN TUNAI

 Dividen yang dibayar kepada


pemegang saham biasa dalam bentuk
tunai mengikut kadar atau peratus yang
ditetapkan oleh Lembaga Pengarah
 Dividen ini ditetapkan berasaskan nilai
tara saham
 Dividen tunai terdiri daripada dividen interim
dan dividen akhir
 Menurut seksyen 365(1) Akta
Syarikat 1965, pendapatan yang boleh
digunakan untuk tujuan pembayaran
dividen meliputi:
i. Pendapatan semasa
ii. Pendapatan tertahan
iii. Pendapatan dari jualan aset
tetap
* DIVIDEN
INTERIM
Dividen yang dibayar dalam tempoh
perakaunan iaitu sebelum untung
bersih tahunan diketahui dan ianya
diputuskan oleh Lembaga Pengarah
Dividen ini dibayar jika syarikat
memperolehi untung dalam setengah
tahun yang pertama
* DIVIDEN AKHIR

Dibayar setelah mesyuarat agung


tahunan meluluskan cadangan kadar
dividen yang dikemukakan oleh
Lembaga Pengarah.
Dividen akhir dibuat setelah untung
tahunan syarikat diketahui.
DIVIDEN SAHAM (SAHAM BONUS)
 Syarikat keluarkan dividen dalam bentuk
saham dan diterbitkan kepada pemegang
saham secara percuma
 Pemberian saham ini tidak melibatkan aliran
keluar tunai
 Bilangan saham yang diterbitkan dinyatakan
dalam bentuk nisbah ke atas jumlah unit
saham yang dipegang
 Pemberian saham bonus akan menukarkan
rezab menjadi modal
 Kesan daripada terbitan saham bonus
kepada syarikat ialah jumlah unit dan
amaun modal saham akan bertambah
manakala jumlah rezab akan berkurang.
 Jumlah ekuiti saham syarikat tidak
berubah, manakala bagi pemegang saham
pula, bilangan unit yang dipegang akan
bertambah tetapi peratus pemilikan tidak
berubah
Penyata Kewangan
Syarikat

Menurut Akta Syarikat 1965, setiap syarikat


perlu menyerahkan laporan tahunan kepada
SSM dalam tempoh satu bulan selepas
mesyuarat agung tahunan
Perkara-perkara yang terkandung dalam
laporan tahunan syarikat meliputi:
1. Alamat pejabat syarikat perlu didaftarkan
2. Tempat daftar ahli disimpan
3. Maklumat mengenai saham atau stok
4. Maklumat mengenai hutang syarikat dan
gandaian
5. Maklumat mengenai pengarah, pengurus dan
setiausaha syarikat
6. Maklumat mengenai juruaudit
7. Akaun-akaun syarikat
Akaun-akaun syarikat yang diperlukan
di atas merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Penyata Untung Rugi
2. Kunci Kira-Kira
3. Laporan Pengarah
4. Kenyataan Pengarah
5. Pengisytiharan berkanun
6. Laporan juruaudit
7. Penyata Kewangan disatukan
 Bagi tujuan pelaporan luaran, penyata
untung rugi dan kunci kira-kira perlu
disediakan mengikut FRS 101 dan
jadual 9 Akta Syarikat 1965
 Antara perkara yang ditetapkan ialah
item-item yang perlu didedahkan dalam
penyata kewangan
Persembahan Ekuiti
Pemegang Saham
dalam KKK
Contoh 7
• GB mempunyai:
* Modal dibenarkan;
- saham keutamaan 1j unit, RM 3 seunit.
- saham biasa 1 j unit, RM 2.00 seunit.
* pendapatan tertahan RM 60,000.
* rezab penilaian semula aset RM 50,000.

• GB menerbitkan:
* 500,000 saham keutamaan, 9% RM 3 seunit.
* 800,000 saham biasa, RM 2.50 seunit.
Syarikat Gemilang
Kunci Kira-Kira pada 31 Mac 2006

EKUITI SAHAM

Modal dibenarkan
1,000,000 unit saham keutamaan 9%
@ RM 3 3,000,000
1,000,000 unit saham biasa
@ RM 2 2,000,000
Modal diterbitkan
500,000 unit saham keutamaan 9%
@ RM3 1,500,000
800,000 saham biasa @ RM 2 1,600,000

Rezab:
Premium saham biasa 400,000
Pendapatan tertahan 600,000
Rezab penilaian semula aset 500,000
Jumlah ekuiti pemegang saham 4,600,000
RUMUSAN
• Di Malaysia, Syarikat yang ingin ditubuhkan perlu
mematuhi Akta Syarikat 1965.

•Terdapat 2 jenis syarikat:


a) Syarikat Awam Bhd
b) Syarikat Sendirian Bhd.

•Ekuiti syarikat terdiri:


a) Modal syarikat - saham biasa dan saham keutamaan.
b) Rezab - rezab modal dan rezab hasil.

•Bagi pemegang saham, mereka akan mendapat pulangan


dalam bentuk dividen
a) dividen tunai
b) dividen saham.
Latihan Pengukuhan
SOALAN

Syarikat Kekwa mempunyai modal dibenarkan berjumlah


1,000,000 unit saham biasa dengan nilai tara RM1.00
sesaham. Syarikat telah menerbitkan 500,000 unit saham biasa
dan telah dibayar sepenuhnya. Lembaga pengarah telah
bersetuju untuk menerbitkan saham tambahan sebanyak
200,000 unit saham biasa pada harga RM 1.80 seunit dan perlu
dibayar penuh sewaktu permohonan.
Sehingga tarikh akhir permohonan, syarikat telah menerima
permohonan untuk 300,000 unit saham. Lembaga pengarah
telah memutuskan untuk menolak lebihan langganan dan wang
mereka dikembalikan.

DIKEHENDAKI:
a) Catatan jurnal bagi merekodkan urusniaga terbitan saham di
atas.
a) Tunjukkan bahagian ekuiti pemilik dalam Kunci Kira-Kira.
Jawapan
a)
Bank 540,000
Permohonan 540,000
(300k x RM 1.80)

Permohonan (200k x RM 1.80) 360,000


MSB (200k x RM 1.00) 200,000
Premium (200k x RM 0.80) 160,000

Permohonan 180,000
Bank 180,000
(100k x RM 1.80)
Syarikat Kekwa
Kunci Kira-kira pada…

Modal dibenarkan
(1,000,000 unit saham biasa @ RM 1) 1,000,000

Modal diterbitkan
(700,000 unit saham biasa @ RM1) 700,000

Rezab:
Premium saham biasa 160,000

Jumlah ekuiti pemegang saham 860,000

You might also like