You are on page 1of 20

BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN

1.0 PENGENALAN

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan
mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek
botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau
jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi
yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga
(buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas).
Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai
pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

2.0 BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang


tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan
dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal
ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana
masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat
mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

2.1 Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam
perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima
mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di
kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain
daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik,
juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A
dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit
berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air
buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan
berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah
delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan
untuk mengatasi kemandulan (Rajah 1).

2.2 Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix
dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana
ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin
menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis
bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang
dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa
kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini
bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air
dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan
untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak
menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk.
Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan
menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun. ( Rajah 2 ).

2.3 Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan
yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti
kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang
merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk
membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang
mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka,
darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat
dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk
mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut (Rajah 3).

2.4 Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga
Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah
penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.
Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah
dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali
selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan
bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai
kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit
diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat (Rajah 4).

2.5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos
berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi
serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang
lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian
bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia
melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan,
pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting
bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan
untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi
(Rajah 5).

2.6 Belimbing Merawat Kencing Manis

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar
ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam,
tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola
dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.
Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga
dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau
radang gusi (Rajah 6).

2.7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada


serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur
menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon
yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan
merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau
bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang
lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu
perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar
halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis
kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan
penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia (Rajah 7).

Pala Melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya
merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi
melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga
dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan
nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan
rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga
dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis
minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk
membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit (Rajah 8).

2.9 Pinang dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal
dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji
pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-
orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan
masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang
boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang
boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk
merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau
(Rajah 9).

2.10 Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros,
fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam
menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah
koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini
disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai
pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini
berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah
pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan
vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung (Rajah 10).

2.11 Sengkuang Cina Penawar Bronkitis


Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian
kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah
dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar
bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta
elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari
keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium,
fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk
menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang
cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu
(Rajah 11).

2.12 Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak


menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak
dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang
meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih
buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan
tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk
merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua,
iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan
garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi (Rajah 12).

2.13 Pelbagai Khasiat Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai
jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali
sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga
memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem
tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau
menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat
kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan
penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.
Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan
pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan
pengaliran darah (Rajah 13).

2.14 Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae
merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat
makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia
mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan
potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi
kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak


bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan
pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan
memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping
mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan
seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia,
Equador dan Peru di Amerika Selatan (Rajah 14).

2.15 Betik Selesaikan Sembelit

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae.
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid
atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan
manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh
digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa
sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan
menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu
dibahagian tumit yang pecah (Rajah 15).

KESIMPULAN

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada
kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam
perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam
buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan
masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan
semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding
rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

BIBLIOGRAFI

Pengenalan

Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya
kerana kandungan utrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat.
Pengamal sayur-sayuran dan buah-uahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat
berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.

Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-
penghuni kuil, tetapi ini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan
Jepun turut menjadikannya sebagai enu utama mereka. Ini kerana, mereka telah
mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan akanan seperti ini dapat
meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-
buahan ini engandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata
serta menyediakan hidup ang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-
pakar sains telah membuktikan andungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini
telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, enyakit hati, kencing manis serta darah
tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit ang telah dikenal pasti
yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai


kandungan yang boleh emuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat engurangkan pengambilan ubatan sintetik
yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang
diperolehi akibat

pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang


diberikan. Di sini erdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah
dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.
BUAH KELO

Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang
kurang mengetahui ang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan.
Nama saintifiknya adalah Moringa leifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf
dan peredaran darah.Buah kelo amat berkesan untuk eredakan demam panas.Air
perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium,
malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu
menambahkan arah dan menentang berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan
untuk tujuan melawaskan kencing erta membantu menghilangkan rasa kembung dan
senak akibat ketidakcernaan.

DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak
dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana
daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama
sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan
tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin
A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai
lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus
menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin,
seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan
sistem pernafasan .

KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari
keluaraga Brassica.

Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan.
Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga
berkesan untuk mengubati masalah –masalah lain di usus.
Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B-
Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang
dialami oleh mereka yang lali arak.

Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis


bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang
carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang
mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol ,
meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur
dengan selesa pada waktu malam.

TIMUN
Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama
saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan
karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi,
magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat
kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila
diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat engan biji timun dimana sedikit biji timun
dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini
dapat mengembalikan suara yang hilang.
Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan
sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan
timun mentah atau yang telah dimasak.

Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang
air besar.

KUCAI

Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari
keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur
atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia
dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi
dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan
menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga
melancarkan pengaliran darah, sekali gus penghindarkan pembekuan darah. Cara
penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau
dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya
diminum setiap pagi.
ASPARAGUS
Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi
sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin
A dan C dan niasin. Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca
daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya
masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus
merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi
dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit. Selain itu asparagus juga
mengandungi eleman –leman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal,
jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.
SELERI

Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus,
sodium, otsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai
Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan
penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk
menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang
paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil
dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan
yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan
bakteria. Antaranya dalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian
luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah
dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri
memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan
kuman.
LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan
keadaan ini sungguh penyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang
lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat
menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan
beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros
dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid
amino.

PUDINA

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam
spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
• mentha spicata “moroc-can” yang berkesan dalam meredakan kekejangan
otot,
• mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
• mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa
loya.
Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta
mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.
Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina
juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala,
kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina
boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

PASLI

Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian
seperti kalsium, magnesium dan klorofil.Daun pasli yang diramas dengan air dapat
bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak
melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.Pasli juga dapat meredakan
penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan
semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

KACANG BUNCIS

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai
khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.Sayur yang kaya
dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal
metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi
penyakit kencing manis atau darah tinggi.Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai
berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka.
Ini
kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang
boleh membantu menurunkan berat badan.

PERIA

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah
sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi
seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Sayur ini adalah penawar
kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang
menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan
air kencing. Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu
jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat
menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti
fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai
Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti
anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam
dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari. Wanita seringkali kekurangan
zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan.

Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan
zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi
asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

KADUK

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali
sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae. Air yang direbus
dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat
demam malaria dengan minum air rebusannya.air rebusan ini juga berkhasiat bagi
melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya
koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya
digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India
merupakan pengguna terbanyak daun ini. Dari segi perubatanya, daun ini amat
berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa
loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan
penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.Selain itu daun ini juga baik untuk
peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
KAPSIKUM
Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies
Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia kaya dengan vitamin C,
vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini
dikatakan dapat meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik
untuk pengedaran darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong. Kapsikum juga
mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali
gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.

TOMATO

Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh


orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga
Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk
mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan
salah satu bahan awet yang penting.Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah
menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi
sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di
kalangan kaum lelaki aripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut,
amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.

KENTANG

Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular
di seluruh dunia.

Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan
karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit. Sayur ini berkesan untuk
merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya
adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas
jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih.
Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

TERONG PIPIT

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan


secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai sebagai Solanum
torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat
serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit
vitamin BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai
soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Buah ini mengandungi banyak khasiat.
Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat
sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada
kaki.

BAWANG PUTIH

Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat
yang tinggi.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat
perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada
penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat
yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat
menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya
membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang
mempunyai masalah erawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk
bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

MANGGA

Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera
Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati
pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potasium dan magnesium dan vitamin A dan C. Penyakit hernia atau burut merupakan
sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan
menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan
untuk
mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim
yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di
luar badan. Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang
dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh
badan.
Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan
menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan
kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang
menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan
penggunaannya.

AVOKADO

Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus,
kalsium, sodium, otasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali sebagai Persea
americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae. Sebiji avokado dipercayai
mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia
bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi
tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul
dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang. Di samping
itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping
mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak
melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Isi avokado yang kaya
dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran
dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

LEMON

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila
masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang
berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan
klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus
mempertingkatkan daya tahan badan. Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang
turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-
Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai
stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan
makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

DELIMA

Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai
Punica granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan
masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan
cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.
Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ani .Airnya yang bertindak
sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali
sehingga sembuh.
BELIMBING BULUH

Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis
masakan tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali sebagai Averrhoa
belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi
dari segi perubatan.
Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan
pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah
jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan,
adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

PISANG

Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa
sapientum dari segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus,
potasium dan besi .Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang
mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam
metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga. Selain itu, pisang juga
merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, dan
juga apat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

NANAS

Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini
mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.Jus nanas ini bukan sahaja
merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian
bibir dan di bahagian muka.Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi
masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan
bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa
sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta
berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan
tubuh badan.
TEMBIKAI

Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A
dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat
yang tinggi. Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini
juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan
sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada
penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat
kehadiran asid urk yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah
ini.

PLUM

Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini
mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak
sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah
sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami
masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum
dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan
penting yang

diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan. Buah ini juga
merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan
mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan
ubat-ubat aspirin.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kita telah mengenal pasti beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan
yang bukan sahaja mengandungi kandungan khasiat yang tinggi malahan juga
mempunyai nilai-nilai perubatan yang amat muajarab. Walau bagaimanapun masih
terdapat banyak lagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang belum dikaji potensinya
sebagai radas kesihatan manusia.Sekecil-kecil cili padi sekalipun mungkin
mengandungi kompaun yang berguna untuk menyelamatkan manusia. Jika kita masih
melengah-lengahkan usaha pengkajian ke atas tumbuh-tumbuhan ini, mungkin banyak
lagi nyawa yang akan terkorban akibat pelbagai jenis penyakit. Fenomena ini perlu
diberi perhatian oleh semua pihak.Dunia ini dicipta lengkap dengan segala unsur pro
dan kontra. Apabila tuhan mencipta penyakit, Dia juga mencipta ubatnya.

You might also like