You are on page 1of 6

Kemahiran Memulakan Syarahan

• Terdiri daripada dua peringkat:


I.Peringkat persediaan.
II.Peringkat peringkat permulaan ucapan.
Peringkat Persediaan
• Mengetahui tujuan berpidato.
• Menganalisis audiens dan majlis dari aspek:
a) Apakah jenis dan tujuan majlis?
b)Siapakah bakal pendengar atau audien majlis?
c) Apakah minat mereka?
d)Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau
kelayakan mereka?
e) Bagaimanakah agaknya sikap audien terhadap
pidato nanti?
f) Berapa ramai audien?
g) Jantina audien.
h) Umur audien.
• Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut
tujuan majlis dan jenis audien.
• Menyusun maklumat kepada tiga kategori:
a)Fakta yang wajib disampaikan untuk mencapai
tujuan syarahan.
b)Fakta yang harus dimasukkan untuk
memantapkan syarahan.
c) Fakta yang boleh dimasukkan jika perlu.
• Menganggarkan jangka masa yang diperlukan
untuk menyampaikan syarahan.
• Meneliti tempat syarahan, iaitu dalam dewan
atau di luar dewan, ada rostrum atau tidak.
Pernigkat Permulaan Ucapan
• Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis.
• Menyanpaikan kata-kata aluan kepada pengerusi
majlis, dif-dif kehormat, jemputan khas, pihak
penganjur dan hadirin mengikut kesesuaian majlis.
• Menarik minat audien melalui:
a) Pernyataan fakta yang merangsangkan.
b) Kenyataan yang provokatif.
c) Soalan yang membangkitkan minat dan perasaan
ingin tahu dalam kalangan penonton.
• Menyatakan tajuk syarahan dan
memperkenalkan tajuk keseluruhannya
dengan mengetengahkan idea utama yang
akan dihuraikan nanti agar audien bersedia
untuk mengikuti syarahan.
* Dalam pertandingan syarahan, peserta
biasanya dikehendaki memberi definisi tajuk
syarahan dengan jelas dan mantap dalam
peringkat permulaan ucapan.

You might also like