You are on page 1of 3

PROSES PERSAMPELAN

Menentukan Populasi Sasaran

Menentukan Rangka Persampelan

Memilih Teknik Persampelan

Menentukan Saiz Sampel

Memilih Elemen Bagi Sampel

Mengumpul Data Dari Sampel


Langkah 1: Menentukan Populasi Persampelan

- Populasi kajian adalah senarai kesemua elemen di dalam populasi supaya dapat
mengambil sampel dan dari populasi ini.
- Populasi sasaran yang terlibat dengan kajian ini adalah pelajar Politeknik Kota Bharu
yang terdiri daripada pelajar Diploma Pemasaran semester 5 dari Jabatan Perdagangan
(JP).
- Dalam kajian ini penyelidik menggunakan populasi seramai 30 orang pelajar.

Langkah 2: Menentukan Rangka Pensampelan

- Data-data populasi sasaran bagi pelajar Diploma Pemasaran semester 5 (DPR 5)


diperolehi daripada Penasihat Akademik iaitu Puan Kamisah Binti Mohamed dan
pensyarah bagi subjek P4708 Penyelidikan Pemasaran iaitu Puan Nik ‘Azyyati Binti
Nik Jaafar.

Langkah 3: Memilih Teknik Pensampelan

- Dalam kajian ini penyelidik memilih kaedah pensampelan bukan kebarangkalian iaitu
jenis pensampelan “Convenience” bagi mendapatkan sampel.
- Kaedah pensampelan “Convenience” ini digunakan oleh penyelidik kerana kajian
yang dijalankan ini adalah pada peringkat permulaan penyelidikan.
- Melalui kaedah ini, penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang
pelajar DPR 5 semasa berada di dewan kuliah.

Langkah 4: Menentukan Saiz Sampel

- Sampel merupakan subset kepada populasi yang dapat mewakili keseluruhan populasi
dipilih. Ini bermakna tidak semua ahli dalam populasi akan dipilih.
- Penyelidik menggunakan populasi seramai 30 orang yang terdiri daripada 5 orang
pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan.
- Daripada populasi tersebut, penyelidik memilih sampel seramai 18 orang sahaja.
Langkah 5: Memilih Elemen Bagi Sampel

- Penyelidik mengambil elemen seramai 18 orang untuk dijadikan sampel.


- Elemen yang diambil ini adalah bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
Walaupun elemen yang diambil adalah kecil ia dapat menjimatkan masa kajian dan
mengurangkan kos dalam mengedarkan borang soal selidik kepada responden.

Langkah 6: Mengumpul Data Dari Sampel

- Penyelidik melakukan proses yang terakhir dalam persampelan iaitu mengumpul data
dari sampel bertujuan untuk memudahkan penyelidik membuat penganalisisaan data.
- Borang soal selidik yang diedarkan telah dipungut daripada responden.
- Penyelidik membuat semakan pada borang soal selidik yang telah diterima semua
daripada responden supaya kesemua borang lengkap diisi dengan jawapan oleh
responden.
- Borang soal selidik yang dipungut daripada responden adalah sebanyak 18 set dan
didapati 3 set borang yang diterima tidak lengkap dengan jawapan dan perlu dibuang
(borang rosak).
- Penyelidik mengasingkan diantara jawapan yang rosak dan sempurna menjadikan
jumlah borang soal selidik yang terkumpul adalah sebanyak 15 set.
- Di dalam pengumpulan data dari sampel ini, penyelidik mendapati bahawa pelbagai
masalah yang berkemungkinan timbul.

You might also like