You are on page 1of 6

FAKULTI SENI DAN MUZIK

JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

LAPORAN
BENGKEL

AMALI 2 :
STARTER (MOTOR PENGHIDUP)
NAME MATRIC NUMBER
SITI NURIZYAN BINTI JUMAAT D20081032521
ATHIRAH BINTI ADZMAN D20081032629
SITI RAFIDAH BINTI SUDIRO D20081032539

DAY:
FRIDAY

TIME:
3.00 p.m – 6.00 p.m
INSTRUCTOR:
EN ZAIDI
EN AZRIL
STARTER (MOTOR PENGHIDUP)

Objektif:-

Motor penghidup ialah sebuah motor elektrik yang boleh menghasilkan kuasa kuda yang
sangat tinggi dalam masa yang singkat. Motor penghidup menukar tenaga elektrik daripada
bateri ke tenaga mekanikal untuk mengengkol enjin. Ia direka bentuk khusus untuk dikendali di
bawah elektrik beban lampau.

Oleh sebab ciri-ciri reka bentuknya, penghidup hanya boleh dikendali untuk satu jangka masa
yang singkat sahaja. Arus tinggi yang diperlukan untuk mengendali penghidup akan
menyebabkan penghasilan haba dan kendalian berterusan untuk jangka masa panjang boleh
merosakkan unit.

Komponen-komponen:-

Ini ialah motor penghidup magnet kekal. Motor penghidup kini bertukar daripada menggunakan
gegelung medan kepada magnet kekal. Justeru ia tidak memerlukan gegelung medan. Arus
dihantar terus ke angker melalui penukartertib dan berus. Reka bentuk ini lebih kecil dan ringan.
Spanar 12 di gunakan untuk membuka nat yang menyambungkan wayar dengan motor
penghidup. Langkah ini perlu dilaksanakan untuk membuka motor penghidup.

Ini adalah perumah penghidup, atau kerangka penghidup menutupi komponen dalaman
penghidup dan melindunginy daripada rosak, lembapan, dan bendasing. Perumah ini
menyangga gegelung medan.
Ini adalah perumah bahagian bawah yang mempunyai fungsi yang sama
seperti perumah bahagian atas dan tengah.

Gear gelang
penukartertib
(pegun)

angker
Belitan angker

Angker ialah satu-satunya komponen penghidup yang berputar. Angker diletakkan di antara
pemacu dan kerangka hujung penukartertib dan belitan medan. Apabila penghidup dikendalikan
,arus yang lolos melalui angker menghasilkan medan magnet dalam setiap pengalir.
Ini adalah solenoid, solenoid ialah peranti elektro-mekanik yang digunakan untuk menggerakkan
pelocok bagi menjana daya menarik dan memegang. Solenoid menggunakan medan
elektromagnet yaang dijanakan oleh gegelung untuk melakukan dua tugasan. Pertama untuk
menarik pinan picu motor penghidup bagi membuat sirat dengan roda tenaga enjin. Kedua
bertindak sebagai suis geganti elektrik untuk mentenagakan motor apabila pinan picu
berganding.

Ini ialah tuil anjakan atau tuil Y


Ini adalah segmen penukartertib yang kebiasaannya mempunyai dua hinga enam berus yang
dipandu di atas segmen penukartertib dan membaa arus tinggi mengalir daripada gegelung
meda pegun ke belitan angker berputar melalui segmen penukartertib. Berus karbon yang
bersentuh dengan segmen penukartertib mengalirkan arus ke dalam dan daripada gegelung
engker. Lazimnya terdapat dua berus dan lapan segmen penukartertib namun sesetengahnya
penghidup mempunyai empat berus – dua berpenebat dan dua terus bumi.

You might also like