You are on page 1of 6

Syariah Islamiyyah

Pengenalan

Syariah Islamiyyah pada istilah ialah :

" Segala hukum-hakam yang disyarakkan Allah ke atas


hambaNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan
sunnah Nabi Muhammad s.a.w.“

Syariat Islam adalah merupakan satu-satunya sistem


kehidupan yang benar dan lurus kerana ia mampu menjaga
manusia daripada penyelewengan, kezaliman, keburukan dan
hawa nafsu ( luaran dan dalaman ) demi untuk menungkatkan
kualiti hidup manusia di dunia dan akhirat.
Syariah Islamiyyah

 Syariah Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan


manusia.
 Datangnya daripada dan ciptaan Allah yang maha
berkuasa
 Tiada kepentingan peribadi.
 Sesuai untuk semua bangsa dan sepanjang zaman.
 Menekankan permasalahan akhlak yang menjadi
agenda utama kepada kebahagiaan hidup duniawi dan
ukhrawi.
 Mampu untuk menguasai manusia sepenuhnya
Maqasid al-Syariah

Pengenalan

Syeikhul Maqasid, Imam as-Syatibi tidak pun memberikan takrifan


khas mengenainya.

Dr. Ahmad ar-Raisuniyy telah mentakrifkannya sebagai:“Maqasid


Syariah (tujuan pensyariatan) ialah tujuan (sebenar) yang ingin
dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan tujuan) untuk
kemaslahatan manusia”.
Maqasid al-Syariah

Terdapat beberapa kalimah lain yang digunakan untuk


menunjukkan makna maqasid, antaranya ialah “al-illah”, “al-
munasabah” dan “al-hikmah”.

Kalimah “al-hikmah” adalah lebih banyak digunakan untuk


menunjukkan erti maqasid. Kerana ini kita boleh juga terjemahkan
maqasid Syariah sebagai “Hikmat Pensyariatan” atau “Tujuan
Pensyariatan”.
Maqasid al-Syariah

Matlamat utama Syariah Islamiyyah adalah untuk menentukan


supaya ummat manusia mendapat kebahagian hidup di dunia dan
akhirat sejajar dengan peruntukan dan keredhaan Ilahi.

Maka matlamat Syariah Islamiyyah dapat disimpulkan adalah untuk :

 Memelihara Agama Allah


 Memelihara akal fikiran
 Menjaga nyawa
 Menjaga maruah dan nasab keturunan
 Menjaga harta
Tasawwur Islam: Ciri-ciri keistimewaan

Antara ciri-ciri keistimewaan Tasawwur Islam:

1. Rabbani
2. Thabat wal Murunah
3. Waqieyah
4. Tawazun
5. Syumul
6. Alamiyyah
7. Wasatiyyah

You might also like