You are on page 1of 22

PENERIMAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN OLEH

ORANG-ORANG INDIA SEBAGAI MASYARAKAT MINORITI DI MALAYSIA :

SATU TINJAUAN SEJARAH

ARULNATHAN A/L VISURASAM

Akademi Pengajian Melayu


Universiti Malaya, Kuala Lumpur
supermind_dinamik@yahoo.com

1.0 Pengenalan

Winstedt (1969), mengatakan bahawa terdapat bukti kedatangan orang-

orang India ke kepulauan Melayu seawal abad keempat belas masehi iaitu

sebelum kedatangan orang-orang China. Thani Nayagam (1966), pula

menyatakan perhubungan perdagangan orang-orang India dengan Tanah

Melayu khusunya dengan Kedah telah bermula pada kurun ke-2 masehi

berdasarkan puisi klasik Pattinappaalai. Perkataan Kaalakattu dalam puisi

tersebut dikatakan merujuk negeri Kedah pada masa tersebut. Kedatangan

orang-orang India ini bertujuan untuk berdagang tetapi telah tinggal di kepulauan

Melayu sementara menunggu angin monson untuk belayar pulang ke India. Ada

antara mereka yang berkahwin dengan wanita tempatan, lalu tinggal di sini.

1
2.0 Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pedagang

Tamil sebelum 1874.

Winstedt (1969), juga menyatakan bahawa memandangkan jumlah

imigran ini sangat sedikit mereka tidak memperkenalkan bahasa Prakrit,

sebaliknya menggunakan bahasa natif penduduk kepulauan Melayu, Selain

hubungan perdagangan, berlaku juga hubungan politik antara India dengan

Kepulauan Melayu. Raja Chola 1 (1102-1169) telah menyerang dan menakluk

Kedah tetapi telah menyerahkan semula negeri tersebut kepada pemerintah

asalnya. (Murasu Nedumaran, 2007). Walaupun Raja Chola telah menawan

negeri Kedah tetapi tidak menjajah atau mengambil tindakan untuk menyebarkan

bahasa Tamil. Hal ini berlainan pula dengan penjajah dari Barat. Kandan (1978),

berkata bahawa penjajah Portugis, Inggeris, Belanda, dan Jepun mengambil

tindakan yang sistematik untuk menyebarkan bahasa mereka kepada penduduk

tempatan tetapi pedagang India yang berkurun lamanya berhubung dengan

Kepulauan Melayu tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyebarkan

bahasa Tamil. Sebaliknya, pedagang yang datang ke kepulauan Melayu

sebelum kedatangan orang-orang Eropah telahpun menerima bahasa Melayu

sebagai B2 mereka kerana bahasa Melayu merupakan Lingua Franca

Kepulauan Melayu pada ketika itu. Awang Had Salleh (1980), menyatakan

kerajaan Sri Wijaya menyebarkan bahasa Melayu seawal kurun ke-9 dan

empayar Melaka mengkonsolidasikan keagungan bahasa Melayu di kepulauan

Melayu.

2
Rumusannya, sebelum 1874, orang-orang India yang berada di Tanah

Melayu iaitu orang-orang India yang datang ke sini sebagai pedagang telah

menerima bahasa Melayu sebagai B2 dan antara generasi mereka telahpun

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama (B1) mereka. Pedagang-

pedagang yang datang ke kepulauan Melayu menyedari kepentingan belajar

bahasa Melayu yang menjadi Lingua Franca untuk berkomunikasi sehingga

keturunan mereka yang terus menetap di sini menjadikan bahasa Melayu

sebagai bahasa ibunda mereka.

3.0 Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan imigran Tamil

antara tahun 1874 sehingga 1946

Keadaan ini berubah selepas 1874 apabila golongan orang-orang India

yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pekerja mahir, buruh dan

sebilangannya merupakan banduan yang dihantar oleh pihak British dari India.

Perbezaan golongan imigrasi dan tujuan kedatangan mereka ke Tanah Melayu

membawa banyak implikasi termasuk penerimaan bahasa Melayu sebagai B2.

Imigrasi orang-orang India khususnya dari India Selatan berlaku dalam

skala yang besar selepas 1874, iaitu selepas perkembangan tanaman getah di

Tanah Melayu. Selain sektor perladangan, orang-orang India dibawa ke Tanah

Melayu untuk bekerja di sektor kerajaan. Imigrasi yang dibawa oleh British tidak

mempelajari bahasa Melayu sebagai B2 kerana bahasa Melayu tidak ada nilai

3
ekonomi dan sosial kepada mereka. Malah kedatangan orang-orang India ke

Tanah Melayu selepas 1874 menurut Ho Seng Ong (1952), Kumaran (2003) dan

Santhiram (1999), hanyalah buat sementara waktu sahaja. Maka, Penggunaan

bahasa Melayu dalam kalangan mereka tidak membawa sebarang kelebihan

kepada mereka.

Orang-orang yang dibawa pihak British tinggal berasingan di estet-estet

bawah dasar pecah dan perintah penjajah tersebut. Komunikasi antara

penduduk tempatan dengan imigrasi jarang berlaku. Hal ini menyebabkan orang-

orang India yang tinggal di estet tidak mempelajari bahasa Melayu sebagai B2

jauh sekali untuk generasi mereka untuk menerima bahasa Melayu sebagai B1.

Selepas 1874, imigrasi orang-orang India yang datang ke Tanah Melayu

dipisahkan dengan orang-orang tempatan yang telah menerima agama Islam.

Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (2002), perbezaan agama merupakan

elemen yang paling berpengaruh dalam pembahagian etnik secara mendalam.

Justeru, pemisahan etnik ini ditambah pula dasar pecah dan perintah British

menjadikan jurang komunikasi menjadi lebih luas.

Selain itu, imigrasi India yang datang ke Tanah Melayu selepas 1874,

merupakan golongan yang tidak berpendidikan, mudah diurus (Sandhu, 1969)

dan pasif (Anbalakan, 2008). Mereka juga tidak ada kepentingan motivasi

instrumental untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai B2. Malah skrip Jawi

yang ada kaitan dengan agama Islam (bahasa Arab) menyebabkan orang-orang

4
India tersebut tidak mahu mempelajari bahasa Melayu. Raja Haji Mukhtaruddin

Bin Raja Mohd Dain (1976), mengatakan bahawa oleh sebab orang-orang

Melayu yang menuturkan bahasa Melayu itu menganut agama Islam, maka dari

segi identiti orang-orang Melayu itu, bahasa Melayu dan agama Islam tidak

terpisah. Fenomena ini sama seperti orang-orang Melayu yang menganggap

belajar bahasa Inggeris sama seperti masuk Kristian pada masa tersebut.

Namun, pada tahun 1903, R.J. Wilkinson menyelaraskan skrip Rumi kerana

salah satu sebabnya ialah penerimaannya oleh orang-orang bukan Melayu.

(Awang Had Salleh, 1980).

Tambahan pula, Golongan imigrasi yang datang pada kurun ke-19 ini

tidak ada kepentingan politik di Tanah Melayu. Golongan imigrasi ini melihat

India sebagai tanah air mereka dan politik di India menjadi agenda politik mereka

di sini. Hal ini ditambah lagi dengan guru dan buku teks dibawa masuk dari

India. Keadaan ini menurut Rajeswary (1969), menyebabkan semangat

nasionalisma India yang disemai dalam jiwa pelajar-pelajar berkenaan.

Nagendralingam (2007), juga menyatakan bahawa pendidikan di sekolah Tamil

tidak berorientasikan ke arah pembentukan masyarakat Malaysia tetapi hanya

menjurus ke arah pembentukan masyarakat India.

Selain itu, Masyarakat India ini tidak menunjukkan minat belajar di sekolah

Melayu. Philip Loh Fook Seng (1975) menyatakan bahawa sama seperti

masyarakat China, orang-orang India juga tidak menunjukkan minat terhadap

5
sekolah-sekolah Melayu. Raja Haji Mokhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain (1976),

pula mengatakan orang-orang india dan Cina tidak mempedulikan bahasa

Melayu kerana semasa penjajahan British bahasa Melayu telah jatuh taraf dan

statusnya disebabkan tindakan British yang memberi keutamaan kepada

pendidikan bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, penerimaan bahasa Melayu sebagai B2 dalam kalangan

imigrasi India pada kurun ke-19 tidak begitu memberangsangkan dibandingkan

golongan pedagang-pedagang India yang datang sebelum itu ke kepulauan

Melayu sebelum itu. Namun, terdapat pengaruh bahasa Melayu yang telahpun

menjadi Lingua Franca di Semenanjung Melayu ke dalam bahasa Tamil.

Thilagawathy (1977), menyatakan, pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa

Tamil dapat dikenal pasti terutamanya adalah dalam aspek perkataan sahaja

dan memberi contoh kata-kata pinjaman bahasa Melayu ke dalam bahasa Tamil

seperti berikut :

gemuk pasar getah bakul mabuk parang

kembung beca sewa janji udang atap

kosong kampung kerani mandur durian gadai

pili gantang kuih pasu tukang gadai

mangkuk seluar pajak gadai jaga lalang senang

Jadual 1

6
Kebanyakan perkataan yang dipinjam tersebut ialah perkataan-perkataan yang

berkaitan dengan kehidupan seharian di estet. Peminjaman perkataan ini berlaku

secara tidak formal iaitu dalam konteks situasi semula jadi apabila berlaku

komunikasi antara orang-orang Melayu dengan orang-orang India seperti

dinyatakan oleh Tan Su Tiam dan Mahani Mohammed Nordin (1984) bahawa,

Though they were not absolutely isolated from each other (e.g.
it was not uncommon to see non-Malays patronising Malay
foodstalls or Malay „wayang‟ stage presentation); there was
little assimilation of the non-Malay groups into the local culture
by the eve of independence”

4.0 Sistem Pendidikan Tamil dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua

dalam Kalangan Pelajar India.

Terdapat sistem pendidikan tidak formal iaitu „Tinnaip Palli‟ di rumah dan

tempat awam secara persendirian sebelum tahun 1872. Pendidikan bahasa

Tamil secara formal bermula di negara ini pada1816 dengan bermulanya kelas

bahasa Tamil di Penang Free School. (Rajendran, 2008). Mulai 1872, sekolah-

sekolah bahasa Tamil didirikan di ladang-ladang getah. Sekolah Tamil pertama

didirikan oleh kerajaan British ialah sekolah Tamil di daerah Krian iaitu di pekan

Bagan Serai pada tahun 1900 diikuti di Seremban dan Pahang. Kerajaan British

pada awalnya mempunyai dasar tidak mengambil berat tentang perkembangan

pendidikan orang-orang India. Danapaul (1972) dan Haris Md. Jadi (1990)

7
menyatakan bahawa kerajaan British tidak ikhlas dalam mempromosikan atau

membangunkan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.

Perkembangan sekolah-sekolah Tamil drastik selepas British

memperkenalkan Ordinan Buruh 1912. Selain itu, Kod Pendidikan 1928 dan

Kanun Buruh 1929 memberi sedikit nafas baharu kepada sekolah-sekolah Tamil

berkenaan dari segi fizikal dan kurikulum. Ordinan 1935 pula mewajibkan

pendaftaran semua sekolah Tamil di Tanah Melayu. Malangnya perkembangan

sekolah-sekolah Tamil semasa Perang Pasifik 1941 yang telah menyebabkan

kebanyakan sekolah-sekolah Tamil ditutup atau diambil alih oleh pihak Jepun.

Orang-orang India pada masa tersebut menghantar anak-anak mereka ke

sekolah-sekolah Tamil untuk memastikan bahasa dan budaya mereka dari India

terus subur. Justeru, bahasa Melayu tidak mendapat perhatian daripada mereka.

Ho Seng Ong (1952), menyatakan bahawa pada masa tersebut pendidikan tidak

diberi perhatian yang serius untuk dijadikan alat untuk mewujudkan integrasi dan

perubahan.

Orang-orang India sama seperti orang-orang Cina tidak berminat terhadap

sekolah Melayu. (Philip Loh Fook Seng, 1975). Terdapat dasar British untuk

menjadikan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di

sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil. Cadangan Cecil Clementi pada

tahun 1933 untuk menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai

8
bahasa pengantar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil mendapat tentangan yang

hebat daripada kedua-dua kaum tersebut.

4.1 Education Bill

Pada tahun 1946, British memperkenalkan Malayan Union yang

mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu. Menurut Education

Bill, Malayan Union kedudukan sekolah-sekolah vernakular Tamil adalah seperti

berikut:

„That in Indian Vernakular schools the mother-tongue would be the


medium of instruction, with English as a subject. That in Post-
Primary vernacular education the mother-tongue would be the
medium.

Dalam „Education Bill‟ bahasa Melayu tidak langsung dicadangkan untuk diajar

sebagai B2 kepada pelajar-pelajar India di sekolah-sekolah Tamil. Malah,

Pengarah Pelajaran Malayan Union, Cheesemen mencadangkan sekolah rendah

percuma dalam bahasa Ibunda serta penubuhan dua jenis sekolah menengah

iaitu sekolah menengah yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris dan bahasa

Ibunda sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar. Kedua, bahasa

pengantarnya bahasa Ibunda masing-masing dan bahasa Inggeris diajar sebagai

bahasa kedua. Cadangan tidak diimplimentasikan kerana Malayan Union telah

ditamatkan.

9
4.2 Laporan Barnes 1950

Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, dasar pendidikan Tanah

Melayu dikaji semula oleh jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes

mencadangkan hanya ada dua jenis sekolah rendah sahaja iaitu sekolah rendah

yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris dan satu lagi ialah sekolah rendah

yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu.

Laporan Barnes ini memberi peluang kepada kaum India mempelajari

bahasa Melayu sebagai B2 dengan lebih baik. Namun Laporan Barnes ini

ditentang hebat oleh kaum Cina dan juga kaum India. Hasilnya terbentuklah

jawatankuasa Fenn-Wu dan Indian Education Committee kerana kedua-dua

kaum menganggap penghapusan sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil

mengancam bahasa dan budaya mereka.

Laporan Fenn-Wu mengemukan pandangan yang berbeza dengan

Laporan Barnes dengan memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan

bahasa Cina yang menjadi simbol identiti bangsa. Jawatankuasa ini

mencadangkan sekolah-sekolah Cina berbentuk trilingual iaitu di samping

bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga diajar.

Orang-orang India yang terasa dipinggirkan kerana tidak diundang

bersama dalam jawatankuasa Fenn-Wu membentuk satu jawatankuasa

10
tersendiri yang dinamakan Indian Education Committee. Jawatankuasa ini

dipengerusikan oleh K.L. Devasar ditubuhkan pada 30.6.1951. Jawatankuasa ini

juga membantah Laporan Barnes dengan mengemukakan beberapa cadangan.

Jawatankuasa ini menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dan mahu setiap kanak-kanak mempelajarinya tanpa ada gangguan terhadap

pembelajaran bahasa Ibunda. Laporan jawatankuasa ini merupakan bukti

pertama penerimaan bahasa Melayu sebagai B2 oleh masyarakat India dalam

sejarah perkembangan sistem pendidikan Tamil di Malaysia. Anbalakan (2008)

menyatakan bahawa cadangan jawatankuasa ini merupakan satu kompromi

antara tuntutan golongan elit Tamil dengan Laporan Barnes kerana sambil

diminta supaya sekolah Tamil dikekalkan penggunaan bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris telah diminta supaya diperbanyak. Choong Lean Keow (2008),

menyatakan orang-orang Cina dan India sedia menerima bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar dengan mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai

simbol identiti bangsa mereka.

4.3 Ordinan Pelajaran 1952

Ordinan Pelajaran 1952 diadakan sebagai jalan tengah antara Laporan

Barnes dengan Laporan Fenn-Wu. Ordinan ini antaranya menegaskan bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah vernakular

Cina dan Tamil. Walaupun orang-orang Cina dan Tamil menerima bahasa

11
Melayu sebagai satu subjek tetapi mereka keras membantah bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular. Tentangan ini menyebabkan

Ordinan ini juga gagal dilaksanakan sepenuhnya. Menurut Haris Md. Jadi (1990),

sejarah Tanah melayu di peringkat ini telah menunjukkan bahawa isu-isu

pendidikan telah terikat kepada dinamik keetnikan dan nasionalisme etnik.

4.4 Laporan Razak 1956

Laporan Razak 1956 merupakan titik tolak kepada usaha melaksanakan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. (Abdullah

Hassan,1997). Penyata Razak juga telah memberi impak kepada pembelajaran

bahasa Melayu sebagai B2 di sekolah-sekolah Tamil. Antara cadangan Penyata

Razak termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib bagi semua

sekolah rendah dan menengah. Selain itu, cadangannya ialah bahasa Inggeris,

bahasa Cina dan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis

kebangsaan. Jawatankuasa ini juga telah menetapkan pengetahuan bahasa

Melayu sebagai syarat seseorang pelajar masuk ke sekolah menengah bantuan

kerajaan dan juga untuk menjadi pegawai kerajaan. Anbalakan (2008),

menyatakan bahawa dengan mewajibkan bahasa Melayu di semua sekolah

peluang telah dibuka bagi kanak-kanak sekolah Tamil untuk belajar bahasa

Kebangsaan.

12
Walaupun terdapat tentangan daripada orang-orang Cina, orang-orang

India kebanyakannya menerima bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib di

sekolah rendah. Haris Md. Jadi (1990), menyatakan wakil masyarakat India

dalam Majlis Perundangan Persekutuan S.O.K Abdullah memuji Laporan Razak

kerana „memberi‟ bahasa-bahasa mereka tempat yang sah dalam sistem

pelajaran negara.

4.5 Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961

Laporan Rahman Talib ini dihasilkan oleh jawatankuasa yang dinamakan

Penyata Rahman Talib seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961. Laporan ini

menyatakan,

“Bahawa bahasa kebangsaan itu hendaklah diajarkan mulai dari


darjah 1 dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris
(sama ada sekolah bantuan, bantuan separa atau sekolah-
sekolah yang bersendiri”

Jawatankuasa ini mengesyorkan semua peperiksaaan di sekolah-sekolah

menengah dijalankan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu menyebabkan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah hanya dijalankan dalam

kedua-dua bahasa tersebut sahaja.

13
4.6 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Pada tahun 1979 dikeluarkan pula Laporan Jawatankuasa Kabinet

mengkaji Dasar Pelajaran 1979. Salah satu perakuan jawatankuasa ini ialah

mengekalkan bahasa pengantar di SRJK(C) dan SRJK(T). Laporan ini juga

mewajibkan matapelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM). Matlamat pendidikan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perhubungan utama dan bahasa perpaduan

dijelaskan secara lebih terperinci supaya guru-guru mendapat panduan yang

tegas dan tepat dalam pengajaran mereka sehari-hari.

4.7 Akta Pendidikan 1996

Menurut Akta Pendidikan 1996 pula, status Bahasa Kebangsaan dijadikan

bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Kebangsaan juga merupakan mata pelajaran yang wajib diajar

di semua sekolah dan institusi pendidikan seperti prasekolah, sekolah rendah

dan menengah, sekolah teknik dan vokasional, latihan perguruan dan pendidikan

tinggi. Lanjutan daripada Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan

Malaysia telah menghasilkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi

dasar sekolah wawasan. Sekolah wawasan ini selain bertujuan mewujudkan

perpaduan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum secara tidak langsung dapat

membantu pembelajaran bahasa Melayu sebagai B2 oleh pelajar-pelajar India.

14
Konsep sekolah wawasan mendapat sambutan yang baik daripada kaum India.

Jika kita melihat kembali salah satu cadangan jawatankuasa Indian Education

Committee yang dibentuk pada tahun 1951 untuk membantah Laporan Barnes

menyatakan bahawa,

(b) That the children of all races should study the same
premises from the very beginning of their school career so that
they may become and grow conscious of a common Malayan
Nationality”.

Maka konsep sekolah wawasan ini sememangnya telah diterima oleh

masyarakat India sejak dari 1951 lagi.

Menurut Abdullah Hassan (1997), umumnya, masyarakat India tidak

menunjukkan tentangan yang hebat terhadap isu bahasa ini. Sejak Laporan

Cheeseman pada tahun 1946 hinggakan Laporan Kabinet 1981, masyarakat

India menerima sahaja perubahan demikian.

4.8 Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pada tahun 2002, kerajaan telah memperkenalkan dasar Pengajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar PPSMI ini sedikit

sebanyak telah memberi impak negatif terhadap pembelajaran bahasa Melayu

sebagai B2 dalam kalangan pelajar-pelajar India. Jumlah masa pelajar-pelajar

India menggunakan bahasa Melayu dalam situasi pembelajaran telah

15
berkurangan tetapi jumlah masa pembelajaran yang menggunakan bahasa

Inggeris pula telah bertambah. Keadaan ini sangat kritikal dalam kalangan

pelajar-pelajar aliran sains. Seseorang pelajar India aliran sains hanya belajar 3

mata pelajaran dalam bahasa Melayu iaitu Bahasa Malaysia, Sejarah dan

Pendidikan Moral, manakala mereka belajar 7 atau 8 mata pelajaran dalam

bahasa Inggeris. Mata pelajaran yang dipelajari menggunakan bahasa Inggeris

ialah English, Fizik, Biologi, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, English for

Science and Technology dan sebahagian pelajar mengambil mata pelajaran

Bible Study secara persendirian. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar India

khususnya daripada aliran sains kurang berminat terhadap mata pelajaran

Bahasa Melayu seterusnya komunikasi antara pelajar-pelajar aliran ini telah

bertukar kepada bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris telah mula mengambil tempat

sebagai B2 yang penting dalam kalangan pelajar-pelajar India seperti zaman

penjajahan dahulu dan bahasa Melayu mula dipinggirkan serta hilang status

sebagai Bahasa Kebangsaan yang mampu mewujudkan perpaduan kerana

kesan dasar PPSMI ini.

5.0 Kini

Kini, masyarakat India telah menerima bahasa Melayu sebagai B2. Kajian

Subramaniam (1983), dalam kalangan penduduk India tentang penggunaan

bahasa Melayu mendapati masyarakat India di estet masih menggunakan

bahasa Tamil untuk berinteraksi sesama mereka. Masyarakat India yang tinggal

16
di penempatan FELDA pula banyak menggunakan bahasa Melayu kerana jiran

mereka kebanyakannya berbangsa Melayu. Seterusnya komunikasi antara ahli

keluarga juga menggunakan bahasa Melayu walaupun jumlahnya sedikit sahaja.

Kajian Gunam (2005), terhadap sikap masyarakat India bandar dalam

penggunaan bahasa Melayu mendapati segelintir ahli masyarakat sahaja

menggunakan bahasa Melayu sesama masyarakat India kerana mereka berasa

janggal menggunakan bahasa Melayu sesama ahli keluarga. Namun masyarakat

India bandar menggunakan bahasa Melayu secara meluas semasa urusan

rasmi.

Bahasa Inggeris masih menjadi pilihan individu masyarakat India semasa

berinteraksi dengan rakan sekerja tetapi menggunakan bahasa Melayu semasa

berinteraksi dengan rakan sekerja yang berbangsa Melayu. Pengkaji ini juga

menyatakan pelajar-pelajar bawah umur 21 tahun menggunakan bahasa Melayu

semasa perbincangan tentang pelajaran dan bersifat positif dari segi

penggunaan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi

dan sosial.

Mashudi bin Haji Kader (1979), yang menjalankan kajian tentang

penggunaan bahasa Melayu Pasar dalam kalangan orang-orang India di Kuala

Lumpur menyatakan, keluarga orang-orang Tamil kelihatan lebih cenderung

17
menggunakan bahasa Tamil ketika di rumah, walaupun mereka itu tahu bahasa

Inggeris atau Bahasa Melayu Pasar.

6.0 Kesimpulan

Penggunaan bahasa Melayu sebagai B2 dalam kalangan masyarakat

India ada pasang surutnya. Dasar-dasar kerajaan digubal supaya pelajar-pelajar

bukan Melayu dapat menguasai bahasa Melayu sebagai B2 dengan jayanya dari

zaman kemerdekaan sehingga kini. Namun, pembelajaran bahasa Melayu

sebagai B2 dalam kalangan pelajar India khususnya di sekolah rendah masih

menghadapi pelbagai kekangan.

Pembelajaran bahasa kedua (B2) oleh seseorang individu bukannya

suatu tugasan yang mudah tidak kira pembelajaran tersebut berlaku dalam

situasi yang formal atau secara semula jadi, iaitu dalam situasi sosial. Hal ini

juga berlaku kepada pelajar-pelajar India di sekolah jenis kebangsaan Tamil

yang belajar bahasa Melayu sebagai B2. Aspek-aspek bahasa seperti fonologi,

morfologi, sintaksis, semantik, dan wacana bahasa Melayu sukar dikuasai oleh

pelajar-pelajar Tamil.

Pelajar-pelajar India yang belajar di sekolah rendah mempelajari bahasa

Melayu sebagai bahasa kedua (B2) menerusi tiga saluran utama. Saluran

pertama ialah pelajar-pelajar India yang mempelajari bahasa Melayu sebagai B2

18
di sekolah kebangsaan. Di sekolah kebangsaan rakan-rakan pelajar India

tersebut yang berbangsa Melayu mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa

pertama(B1), manakala pelajar-pelajar India mempelajarinya sebagai B2.

Saluran kedua ialah pelajar-pelajar India belajar bahasa Melayu sebagai B2

adalah di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) yang semua pelajar

mempelajari bahasa Melayu sebagai B2. Pelajar-pelajar di SJKT juga belajar

bahasa Inggeris sebagai B2. Terdapat segelintir pelajar India yang belajar

bahasa Melayu sebagai B2 selain mempelajari bahasa Cina dan bahasa Inggeris

juga sebagai B2 di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Bahasa pengantar di SJKT ialah bahasa Tamil berdasarkan Akta

Pelajaran 1957 yang didasari Laporan Razak 1956. Namun selepas Pengajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada tahun

2002, mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Maka,

pelajar-pelajar di SJKT di samping perlu menguasai bahasa Ibunda, mereka

juga perlu menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai B2.

Tambahan pula, bukan semua pelajar India ini menggunakan bahasa Tamil

sebagai bahasa Ibunda di rumah. Bahasa ibunda segelintir pelajar-pelajar ini

ialah bahasa Telegu atau Malayalam. Bahasa-bahasa ini pernah diajar sebagai

bahasa Ibunda di negara kita di sekolah rendah Tamil atau di sekolah rendah

masing-masing semasa zaman penjajahan sehingga awal 80-an. Kini bahasa

Telugu telahpun mula diajar semula sebagai People Own Language (POL) di

beberapa buah sekolah rendah mulai 2008 hasil usaha Persatuan Telegu

19
Malaysia. Justeru, pelajar-pelajar India terpaksa menguasai tiga atau empat

bahasa sekaligus semasa mereka memulakan pendidikan di sekolah rendah.

Namun, pembelajaran bahasa Melayu sebagai B2 oleh pelajar-pelajar India ini

dilihat sebagai sesuatu yang penting serta kritikal kerana bahasa Melayu ialah

Bahasa Kebangsaan menurut Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa

untuk integrasi serta bahasa pengantar di sekolah menengah menurut Akta

Pendidikan 1961 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1964.

20
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abd. Rashid, 2002. Education and Nation Formation in Malaysia A
Structural Analysis. Kuala Lumpur : University of Malaya Press.
Abdullah Hasaan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei
lain. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.
Anbalakan, K., 2008. Identiti India di Malaysia. Pulau Pinang : Penerbit USM.
Awang Had Salleh (Peny.). 1980. Pendidikan ke Arah Perpaduan : Sebuah
Perspektif sejarah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Chai Hon-Chan, 1977. Education and Nation-building in Plural Societies : the
West Malayan Experience. Canberra : The Australian National University.
Choong Lean Keow., 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia : untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Danapaul Saveri Dass, 1972. Tamil Education in West Malaysia and Singapore
1860 – 1970. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Gunam S.M. Krishnan, 2005. Sikap dan Penggunaan Bahasa Malaysia di
Kalangan Masyarakat Tamil di Malaysia : Satu Kajian Kes. Tesis Master,
Universiti Malaya.
Gunasundaram,R., 2009. Intiycculalil Moli Ilappu Oru Camutaaya Moliyiyal
Parvai. Chennai: International Institute.
Harris Md. Jadi, 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ho Seng Ong, 1952. Education for Unity in Malaysia : An Evaluation of the
Educational System if Malaya with Special Reference to the Need for
Unity in its Plural Society. Penang : Malayan Teacher‟s Union.
Kandan, A., 1978. Malaysiyaavil Tamil Palliyum Tamil Kalviyum. Ipoh:Star Press.
Kumaran,S and Rajendran,M., 1994. “Peranan Kamus Tamil-Tamil-Bahasa
Melayu-Bahasa Inggeris dalam Era Teknologi Maklumat”. Proceedings of
the Second International Tamil Teacher‟s Conference. Kuala Lumpur.
Kumaran,S., 2003. Tamil Studies : Selected Papers. Kuala Lumpur :
International Association for Tamil Research.
Lufti Abas, 1977. Tatabahasa Perbandingan : Bahasa-bahasa Malaysia, Cina,
Tamil dan Inggeris. Kuala Lumpur : Dewab Bahasa dan Pustaka
Mashudi bin Haji Kadir, 1971. Bazar Malay : A Study on its Relationship Between
the Malay Language and Tamil Language in Kuala Lumpur. Thesis Phd.
Universiti Malaya.
Murasu Nedumaran, 2007. Maleciyat Tamilarum Tamilum. Chennai :
International Institute.
Nagendralingam Ratnavadivel, 2007. The Social Origins of the Educational
System in Peninsular Malaysia. Tanjong Malim : Penerbit UPSI.
Narayanasamy,K., 1976. Masyarakat Chitty Melaka. Seminar Sejarah Melaka,
Melaka.
Paul Chang Ming Phang, 1973. Educational Development in a Plural Society.
Kuala Lumpur : Malaya Publishing & Printing Co.

21
Philip Loh Fook Seng, 1975. Seeds of Separatism Educational Policy in Malaya
1870 – 1940. Kuala Lumpur : Oxford University Press
Raja Haji Mukhtaruddin B. Raja Mohd. Dain, 1976. Pembinaan bahasa Melayu –
Satu Pengkajian Khusus mengenai Perancangan Bahasa di Malaysia.
Tesis Ph d. Universiti Malaya.
Rajendran,N., 2008. Aasiriyam. Kuala Lumpur:Uma publications.
Rajeswary Ambalavanar, 1969. “Tamil Education in Malaya 1920 – 1941” dlm
Journal of Tamil Studies, Volume 1:1, hlm 1-22, 1969.
Sandhu,K.S., 1969. Indian in Malaya : Some Aspects of Their Immigration and
Settlement 1786-1957. Kuala Lumpur : Cambridge University Press.
Shantiram Raman., 1999. Education of Minorities : The Case of Indians in
Malaysia. Kuala Lumpur : Child Information, Learning and Development
Centre.
Tan Su Thiam dan Mahani Mohamed Nordin, 1984. The Development and Use
of Bahasa Malaysia as the National Language of Malaysia. Kuala Lumpur
: Universiti Malaya.
Thilagawathy,K., 1977. Bahasa Malaysia in Tamil Speakers a linguistic
Analysis. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Xavier S. Thani Nayagam, 1966. “The Identification of Kataaram”. Proceedings of
the First International Conference Seminar of Tamil Studies. Kuala
Lumpur.

22

You might also like