You are on page 1of 9

NIK HASSAN BASRI BHNA KADIR

  PENSYARAH KANAN

  FAKULTI BAHASA

  TARIKH : 2 Feb 2011

•Memperkenalkan fonetik dan fonologi. Memperkenalkan pendekatan berlainan dalam


kajian fonetik.

•artikulasi (alat)
•auditori (dengar)
•akustik (sifat bunyi)
KONSEP FONETIK

•Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok-belok bunyi bahasa yang hanya
dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan.

•Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain ataupun bunyi-bunyi
yang selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi
bahasa manusia, hatta bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-
organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang
diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia ataupun bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alat
artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi
sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan yang seakan-akannya bukanlah dalam
penelitian ilmu fonetik.

KONSEP FONETIK

   Ertinya bunyi-bunyi yang tidak digunakan dalam pertuturan manusia bukanlah dalam
penelitian ilmu fonetik dan bunyi-bunyi bahasa yang menjadi fokus ilmu fonetik hanyalah
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan.
Jadi, hal ini jikalau dihalusi bererti fonetik meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan daripada segi cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa.

KONSEP FONETIK
•Di samping bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia itu,
bidang fonetik juga meneliti penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Maknanya aspek
penelitian fonetik ada tiga.

• Penelitian yang pertama, iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh
alat-alat pertuturan manusia dalam berkomunikasi itu dikenali sebagai pengkajian fonetik
artikulasi.

KONSEP FONETIK

•Penelitian yang kedua ialah penelitian penyampaian bunyi bahasa, iaitu bagaimana arus
udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegar itu dikenali sebagai pengkajian
fonetik akustik.

•Manakala yang terakhir ialah penelitian penerimaan bunyi bahasa dalam proses
pendengaran, iaitu bagaimana nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak
balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya itu dikenali sebagai
pengkajian fonetik auditori.

PENDAPAT LAIN

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila mendefinisikan


fonetik. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik adalah seperti
yang berikut:

•i.        Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 16) mendefinisikan
fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-
bunyi bahasa daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat
pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

PENDAPAT LAIN

•ii.        Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik
ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Kata mereka lagi,
secara ringkasnya, dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagi
menjawab soalan-soalan yang berikut:

•         

•a)       Bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ sebutan manusia?

•b)       Bagaimana bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan?

•c)       Bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza antara satu
dengan yang lain?
•d)       Bagaimana pendengar dapat mengenali bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh penutur
lain?

•Tambahnya lagi, yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa itu ialah bunyi-bunyi yang
digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam
sistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan kajian fonetik.

PENDAPAT LAIN

•iii.      Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 2) berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yang
mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga
memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut
dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.

•iv.      Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985: 1) berpendapat bahawa fonetik ialah
suatu bidang ilmu mengenai satu aspek penting daripada bahasa, iaitu pertuturan.

PENDAPAT LAIN

•v.       Abdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonetik mengkaji bunyi bahasa
daripada segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian
terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.

•vi.      Suhendra Yusuf (1998: 150) memberi dua definisi fonetik. Pertamanya, fonetik ialah
ilmu yang menyelidiki produksi, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa atau ilmu
interdidipliner linguistik dengan fisika, anatomi dan psikologi. Keduanya, fonetik ialah
sistem bunyi suatu bahasa.

•vii.      Harimurti Kridalaksana ( 1984: 51) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang
menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.

PENDAPAT LAIN

•viii.     Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 414) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu
bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya.

•ix.      The Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students (2005: 468)
mendefinisikan fonetik sebagai “concerned with the sounds of speech”.

•x.       The Penguin Dictionary (2004: 1046) mendefinisikan fonetik sebagai “the study and
classification of speech sounds”.

BIDANG FONETIK
   Berbicara tentang bidang fonetik ini, beberapa orang linguis mempunyai pendapat yang
sama tentang aspek kajian yang boleh dilakukan oleh ahli fonetik. Ada tiga aspek kajian,
iaitu:

i.          fonetik artikulasi

   (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi)

ii.          fonetik akustik

   (cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa)

iii.         fonetik auditori 

   (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran sebagai persepsi bahasa)

FONETIK ARTIKULASI

•Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi.
Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam
proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator
bahagian dada, tekak dan kepala.

FONETIK ARTIKULASI

•Artikulator bahagian dada seperti  paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea).
Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords),
krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau
dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh
bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini
juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses
penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif.

ARTIKULATOR AKTIF

•Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa.
Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini
disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah
(root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah
(middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue -  laminal), hujung lidah
(tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip -
labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator
aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.

ARTIKULATOR PASIF
•Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak.
Malahan, artikulator pasif  disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti
gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate -
velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper
lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung
(nose cavity / nasal cavity).

FONETIK ARTIKULASI

•Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh
alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan
menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat
ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator
aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala
daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh
daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas,         bibir atas, anak tekak, lelangit keras
dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan
timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan
dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara
dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir
atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil
dinamakan sebagai bunyi bilabial (‘bi’ bermakna ‘dua’ dan ‘labial’ bermakna ‘bibir’). Bunyi
[b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.

Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal
fonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik
artikulasi adalah seperti yang berikut:

i.          Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa
“fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat
artikulasi”.

ii.          Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik
artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi
bagi bertutur.

Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi

            iii.         Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi
ialah bidang kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk
melihat bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ
pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. Tegasnya,
pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya, di
samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara.
Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian dan/ atau
mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suara dengan
menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala alat “electromyography” pula digunakan untuk
mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan
otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. (Contoh gambar tentang alat-alat itu yang
boleh diperoleh daripada Colin Painter: An Introduction to Instrumental Phonetics, 1979: 198
& 208 ada dikemukakannya.)

FONETIK AKUSTIK

•Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana 
gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang
dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yang
membawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau
sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu
melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan
tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui
penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza,
lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang
perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh
lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang
perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki
hanya 150 pusingan bagi setiap saat.

FONETIK AKUSTIK

•Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati


bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang.  Bunyi vokal hadapan
nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi
vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam
bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o].

•Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara
berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita
suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar
gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. 

FONETIK AKUSTIK

•Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi  konsonan dan
suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana
faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-paru.
Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan
kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyi
konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah
penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š] didapati lebih lantang berbanding dengan
penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].

Pendapat Lain tentang Fonetik Akustik


•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal
fonetik akustik. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik
akustik adalah seperti yang berikut:

i.          Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa
“fonetik akustik mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-
paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi
seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (Contoh bentuk gelombang akustik bagi
penghasilan perkataan “see” /si:/ dalam bahasa Inggeris berasaskan sumber, Roach, P. 2001:
40 ada dikemukakannya). 

Pendapat Lain tentang Fonetik Akustik

ii.          Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1-2) berpendapat bahawa fonetik
akustik ialah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyi
yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita.

iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah bidang
kajian mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegar
dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spetrogram. Alat ini digunakan bagi melihat
kekerapan / frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu

FONETIK AUDOTORI

•Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap
bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan
bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai
persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada,
kelantangan dan kualiti bunyi.

Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal
fonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik
auditori adalah seperti yang berikut:

i.          Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa
“fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi
yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang
tepat.

Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori

ii.          Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik
auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan
menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.
iii.         Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori  ialah
bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi
dan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga.
Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran
mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu
tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.

FONOLOGI

•Fonologi ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti sistem bunyi bahasa yang berasaskan
fungsinya dalam sesuatu bahasa. Sistem bunyi bahasa yang diteliti itu merupakan sistem atau
peraturan bunyi sesuatu bahasa seperti bagi menentukan bunyi atau fonem sesuatu bahasa itu
waima bunyinya distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan
makna). Kajian ini juga dikenali sebagai fonemik.

Pendapat Lain tentang Fonologi

•Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila mendefinisikan


fonologi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonologi adalah
seperti yang berikut:

i.          Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) mendefinisikan
fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa. Tegas mereka bahawa bidang fonologi
menentukan sistem bunyi sama ada  bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak
distingtif (tidak membezakan makna). Mereka menyimpulkan bahawa matlamat akhir bidang
fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem
tertentu yang seterusnnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

Pendapat Lain tentang Fonologi

ii.          Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 2) berpendapat bahawa fonologi
ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Kata mereka lagi : - 

            “... fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya ialah fonetik. Cuma fonologi
memerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Penambahan unsur
fonetik ini adalah bagi menghasilkan suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah,
kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuan
yang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada
struktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi.”

iii.         Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 65) berpendapat bahawa fonologi ialah penerangan
berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa. Jelasnya lagi bahawa fonologi
melibatkan pengkajian bahasa bagi menentukan bunyi-bunyi yang berbeza langsung
membina set rumus yang dapat menerangkan perihal mengenai perubahan set.

Pendapat Lain tentang Fonologi


•iv.      Roach, P. (2001: 111) berpendapat bahawa fonologi sebagai “ the study of the
distinctive sound units of a language, the patterns they form and th rules which regulate their
use”.

•v.       Abdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi
yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

•vi.      Suhendra Yusuf (1998: 151) memberi definisi fonologi sebagai bidang dalam
linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya; fonemik.

Pendapat Lain tentang Fonologi

vii.        Harimurti Kridalaksana ( 1984: 61) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam
linguistik yang menyelidiki bunyi bahasa mengikut fungsinya.

viii.       Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 414) mendefinisikan fonologi sebagai kajian
tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. 

ix.         The Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students (2005: 468)
mendefinisikan fonologi sebagai “the scientific study of the organization of speech sounds,
especially in a particular language”.

x.         The Penguin Dictionary (2004: 1045) mendefinisikan fonologi sebagai “the study of
the sound systems of a language”.

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

•Bermaksud pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-
fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu.

•Kajian F & F BM meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan
atau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam
bahasa Melayu itu dihasilkan.

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

•Dalam pengkajian ini akan diteliti juga, iaitu alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah
mana pada alat tersebut yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam
BM, misalnya bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal tengah dan
vokal belakang.

•Juga akan diteliti ialah perbagai bunyi konsonan dalam BM, misal konsonan letupan,
letusan, geseran, sengau, separuh vokal dsg serta bunyi diftong (au, ai dan oi).

You might also like