You are on page 1of 2

ARKIB : 17/02/2011

15 sekolah sertai program kitar


semula

KANGAR 16 Feb. - Sebanyak 15 sekolah di negeri ini telah


dikenal pasti sebagai sasaran meluaskan program kitar Sebahagian daripada pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Arau mengisi sampah mengikut kategori
semula untuk menyedarkan masyarakat di negeri ini masing-masing di Arau, semalam.
pentingnya pemuliharaan alam sekitar.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Syarikat Environment Idaman (E-Idaman) Sdn. Bhd., Afzainizam Ab.
Rahim, sebanyak lima sekolah menengah, 10 sekolah rendah dan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)
akan terlibat dalam program tersebut.

Beliau berkata, bagi peringkat permulaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau, di sini, dipilih sebagai
sekolah perintis bagi program tersebut.

"Program tersebut akan diadakan sepanjang tahun dan setiap akhir tahun kita akan adakanpost mortem untuk
melihat keberkesanannya," katanya selepas majlis perasmian programRecycle Today, For A Better Tomorrow yang
turut dihadiri oleh Pengetua SMK Arau, Halim Mansor di sini, hari ini.

Program tersebut dianjurkan pelajar semester 6 Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
Jabatan Alam Sekitar.

Afzainizam berkata, bagi program kitar semula peringkat sekolah itu, pihak E-Idaman akan berkunjung ke setiap
sekolah sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan bagi mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula.

"Bahan itu akan dijual kepada pusat-pusat kitar semula manakala wang hasil jualan akan dikumpul untuk aktiviti
sekolah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan pelajar sekolah dalam kempen kesedaran kitar semula sebagai pendorong
kepada ibu bapa mereka untuk menyertai kempen yang sama.

"Sasaran kita adalah untuk mengurangkan 30 peratus daripada 150 metrik tan sampah yang dihasilkan oleh
penduduk negeri ini setiap hari dan pengurangan itu ditumpukan kepada pengasingan sampah yang boleh dikitar
semula," katanya.
Sementara itu, Ketua Projek Recycle Today, For A Better Tomorrow, Tham Wooi Kiat dari PTSS berkata, statistik
yang diperoleh dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mendapati daerah Arau
mencatatkan jumlah kutipan yang kurang memberangsangkan.

"Kebanyakan penduduk Arau kurang kesedaran alam sekitar malah kebanyakan pusat pengumpulan bahan kitar
semula di daerah ini tidak aktif," katanya.

Menurut beliau, program tersebut bertujuan memupuk kesedaran setiap lapisan masyarakat di negeri ini agar mereka
lebih peka tentang peranan terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Seramai 250 pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Arau menyertai program itu yang turut
dimeriahkan aktiviti ceramah kitar semula, pop kuiz, pertandingan mewarna, melukis dan reka cipta daripada bahan
terbuang.

You might also like