You are on page 1of 51

PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM

PENCERAMAH:

PUAN MARIAMAH ISMAIL BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN MALAYSIA


1

Rangka Ceramah
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Definisi Pengurusan Kewangan; Kenapa Pentingnya Pengurusan Kewangan; Kumpulan Wang Disatukan; Undang-undang & Peraturan Mengenai Pengurusan Kewangan Sektor Awam (Persekutuan); Pihak Berkuasa Dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam; Siapa Bertanggungjawab Mengenai Pengurusan Kewangan Sektor Awam; Komponen Utama Pengurusan Kewangan Sektor Awam Dua Prinsip Utama Pengurusan Kewangan Sektor Awam: - Legaliti; dan - Akauntabiliti Kawalan Pengurusan Kewangan Sektor Awam Kelemahan-kelemahan Dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam
2

9) 10)

DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN


Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah dimana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, Perbelanjaan, Perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Diurus dengan cekap dan berkesan
3

KENAPA PENTINGNYA PENGURUSAN KEWANGAN


Sumber-sumber (manusia, wang, bahan-bahan dan masa) adalah terhad; Permintaan terhadap sumber-sumber tersebut tidak terhad; Terdapat alternatif dalam memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tersebut.
4

Pengurusan Kewangan adalah nadi bagi Sesuatu organisasi

Sumber-sumber ekonomi tidak dapat digerakkan tanpa pengurusan kewangan yang teratur.

KOMPONEN PENGURUSAN KEWANGAN Perancangan Pelaksanaan Penyelarasan Kawalan Penilaian


6

Struktur Kuasa DalamPengurusan Kewangan Sektor Awam


YDP Agong

JKWA

Parlimen

Jemaah Menteri

Menteri Kewangan
7

KUMPULAN WANG DISATUKAN;


Satu Kumpulan Wang dimana semua hasil kerajaan yang diperolehi, kecuali wang berkaitan dengan Agama Islam dimasuk dan diperakaunkan di dalamnya. Wang dalam Kumpulan Wang Disatukan ini tidak boleh dikeluarkan tanpa diluluskan oleh sesuatu undang-undang. Mengikut Akta Acara Kewangan 1957, tiga(3) Akaun berasingan disenggarakan di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Akaun Hasil Disatukan Akaun Amanah Disatukan Akaun Pinjaman Disatukan

HASIL

Deposit Amanah Terimaan Balik Pendahuluan Pinjaman

Pinjaman Dalam Negeri Pinjaman Luar Negeri

KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN AKAUN HASIL


PERBELANJAAN BEKALAN

AKAUN AMANAH
DEPOSIT

AKAUN PINJAMAN

Emolumen Pmatan & Bekalan Pemilikan Harta Modal Pemberian dan Kenaan Tetap

KUMP.WANG AMANAH AWAM

Bayaran Balik Pinjaman

Caruman KUMP.WANG AMANAH KJAAN Caruman KUMP.WANG PINJAMAN PMAHAN Caruman


KUMP.WANG PEMBANGUNAN Terima Balik

PERBELANJAAN TANGGUNGAN

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

Pinj. Kpd Agensi Kjaan

Peruntukan Diraja Pencen, Pampasan & Ganjaran Perbelanjaan Kerana Hutang Negara Bayaran Atas Perintah Mahkamah Caruman

Perbelanjaan Langsung
KUMP.WANG PENJELAS

Bayaran Balik Pinjaman

CARTA 1: Hubungan Antara Akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan 9

UNDANGUNDANG & PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN AWAM ( PERSEKUTUAN )


Perlembagaan Persekutuan 1957; Akta Prosedur Kewangan 1957; Arahan Perbendaharaan; Pekeliling-Pekeliling dan Surat-Surat Pekeliling Perbendaharaan; dan Akta Audit 1957
10

PIHAK BERKUASA MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM:


Perkara 39, Perlembagaan: Kuasa Pemerintah Persekutuan adalah terletak pada Yang di Pertuan Agong dan kuasa itu boleh dijalankan oleh manamana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.

11

Berhubung dengan Pengurusan kewangan awam, Yang di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri melalui Menteri Kewangan yang telah diberikuasa eksekutif oleh Badan Perundangan (Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957)

12

SIAPA BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM:


Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan

Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan : Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan Arahan bagi semua perkara berhubung dengan hal ehwal Kewangan Persekutuan terletak hak pada Menteri
13

Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut, Menteri Kewangan dibenarkan mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Acara Kewangan untuk menurunkan kuasanya kepada Pegawai Pengawal yang juga menjadi Ketua Pegawai Perakaunan bagi agensi-agensi di bawah kawalannya untuk melaksanakan tugas pengurusan kewangan di agensi masing-masing.

14

Pegawai Pengawal pula secara bertulis boleh melantik pegawai-pegawai dibawah jagaannya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut. Walaubagaimanapun, Pegawai Pengawal tidak boleh melepaskan diri dari tanggungjawab tersebut.

15

Pegawai Pengawal
Pegawai Pengawal dilantik oleh Menteri Kewangan atau Menteri Besar di bawah Sek.15A(1) ATK 1957 yang bertanggungjawab dalam pengurusan wang awam yang juga sebagai Ketua Pegawai Pengakaun bagi agensi di bawah kawalannya

16

Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Pengawal


Mengurus dan mengawal perbelanjaan Sebagai pegawai perakaunan Bertanggungjawab kepada JKWA(PAC)

17

Pegawai Perakaunan ialah seorang pegawai yang ditugaskan berkenaan wang atau barang-barang awam.

Mengikut Akta Acara Kewangan 1957 , Pegawai Perakaunan termasuklah tiap-tiap pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berikut :
18

o Pungutan, penerimaan, perakaunan wang awam; atau o Perbelanjaan wang awam; atau o Penerimaan, jagaan, pelupusan barang-barang atau stor-stor awam.

19

KOMPONEN UTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM


Belanjawan-prosedur kewangan; Pembiayaan-prosedur perakaunan; Pengawalan; - Perakaunan - Laporan - Audit
20

DEFINISI BELANJAWAN
Belanjawan merupakan satu pernyataan Hasil dan Perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi bagi memenuhi keperluan negara/rakyat.

21

KOMPONEN BELANJAWAN

Hasil; dan Perbelanjaan.

22

HASIL NEGARA
Hasil merupakan semua jenis pendapatan yang diterima oleh Kerajaan. Hasil terbahagi kepada hasil cukai dan bukan cukai

23

JENIS HASIL
Hasil Cukai: - Langsung/tak Langsung Hasil Bukan Cukai: -Lesen, permit, denda, sewaan,bayaran perkhidmatan

24

PERBELANJAAN NEGARA

Terbahagi kepada dua jenis:

Perbelanjaan Mengurus : dan Perbelanjaan Pembangunan.

25

PERBELANJAAN MENGURUS
Terbahagi kepada dua jenis:

Perbelanjaan Tanggungan (T) : dan Perbelanjaan Bekalan (B).

26

PERBELANJAAN TANGGUNGAN

Perbelanjaan berkaitan dengan perkara 98 Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan oleh Perlembagaan.
27

PERBELANJAAN BEKALAN

Semua jenis perbelanjaan untuk membiayai kegiatan/aktiviti jabatan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.

28

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

Merupakan perbelanjaan berbentuk modal yang biasanya tidak berulang dan ianya mendatangkan faedah dalam jangka panjang.

29

CIRI-CIRI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN


Melibatkan peruntukan yang besar Aliran tunai berjangka panjang Memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan Dibiayai dari sumber pinjaman.
30

PROSES BELANJAWAN
Perbendaharaan keluar Pekeliling Agensi Menyedia Belanjawan Mengemukakan kepada Agensi Pusat Agensi Pusat mengkaji cadangan Mesyuarat/pemeriksaan Belanjawan

31

PROSES BELANJAWAN (Samb.)


Perbendaharaan menimbang/melulus Belanjawan YBMK bentang di Parlimen Waran Am kepada Akauntan Negara

32

PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM MEMPUNYAI DUA PRINSIP UTAMA:


LEGALITI AKAUNTABILITI

33

LEGALITI
BERMAKSUD PENGURUSAN KEWANGAN MESTILAH MEMATUHI SEMUA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG DIGUBAL UNTUKNYA

AKAUNTABILITI
BERMAKSUD MEMIKUL AMANAH UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI YANG DITENTUKAN SECARA BERTANGGUNGJAWAB SAMAADA KE ATAS KEJAYAAN ATAUPUN KEGAGALANNYA
34

PRINSIP-PRINSIP LEGALITI
TERBAHAGI KEPADA 5 PERINGKAT UTAMA:i. TERIMAAN WANG AWAM ii. SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY) iii. PENGELUARAN WANG AWAM iv. BAYARAN WANG AWAM v. PERAKAUNAN WANG AWAM

35

i. LEGALITI TERIMAAN WANG AWAM


Tiada apa-apa cukai boleh dilevi tanpa undang-undang Kutipan hasil (cukai/yuran) hanya boleh dibuat berasaskan akta (Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan) Pinjaman kewangan hanya boleh dibuat di bawah kuasa Undang-Undang Persekutuan (Perkara III Perlembagaan)
36

ii. LEGALITI SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY)


Semua hasil yang dikutip mestilah dimasukkan dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan (Perkara 97 Perlembagaan) Kecuali hasil kutipan berkaitan Agama Islam.

37

iii.LEGALITI PERBELANJAAN WANG AWAM


Tiada apa-apa perbelanjaan/pembayaran boleh dibuat daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan kecuali apabila peruntukan sebanyak yang ditetapkan bagi sesuatu maksud perbelanjaan tertentu telah dibenarkan oleh undang-undang.

38

AKAUNTABILITI
Akauntabiliti ialah obligasi seseorang untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai tindakan dan prestasinya kepada pihak yang berhak untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu yang dipertanggungjawabkan keatasnya

39

INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI
AKAUNTABILITI FISKAL AKAUNTABILITI PENGURUSAN AKAUNTABILITI PROGRAM

40

AKAUNTABILITI FISKAL
Dari segi Integriti Kewangan, maklumat (disclosure) pematuhan kepada undang-undang dan peraturan pentadbiran awam

41

AKAUNTABILITI PENGURUSAN
Dari segi penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain secara cekap dan ekonomik

42

AKAUNTABILITI PROGRAM
Dari segi impak program, iaitu samada sesuatu program mencapai objektif yang dirancangkan, dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk mencapai objektif berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan output
43

KAWALAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM


i. KAWALAN PARLIMEN - Parlimen - J/kuasa Kira-Kira Wang Negara - Ketua Audit Negara
-ke atas pentadbiran, terimaan, perbelanjaan dll

ii. PERBENDAHARAAN iii. KEMENTERIAN/JABATAN


44

Pengurusan Perolehan & e-perolehan


Objektif Mengurus perolehan secara cekap , berkesan dan paling menguntungkan Harga berpatutan, mengambilkira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan/siap. Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan Alat mencapai dasar-dasar kerajaan Pemindahan teknologi Menjimatkan pertukaran wang asing E-perolehan adalah satu bentuk pengurusan perolehan secara on-line.

45

Pengurusan Perolehan
Tiga kategori: 1. Kerja- bangunan, jalanraya,peparitan dll 2. Bekalan- bahan binaan, kelengkapan pejabat 3. Perkhidmatan- tenaga manusia, kepakaran
*Berdaftar dengan PKK/CIDB/MOF Contoh: Perolehan Kerja <20k lantikan terus Kelas F Perolehan bekalan/perkhidmatan: Sehingga 50K Pembelian terus 50K hingga 500K sebutharga Melebihi 500K tender
46

KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM


PENYEDIAAN PERUNTUKAN BELANJAWAN YANG MELEBIHI DARIPADA KEPERLUAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG TIDAK DIBELANJAKAN PERBELANJAAN YANG MELEBIHI PERUNTUKAN BUKU VOT TIDAK DISELENGGARAKAN DENGAN LENGKAP DAN KEMASKINI

47

BAUCER BAYARAN TIDAK DISOKONG DENGAN LENGKAP DAN DISAHKAN DENGAN SEWAJARNYA KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN HARTA/STOR KERAJAAN KELEMAHAN DALAM SISTEM KAWALAN DALAMAN BAGI KUTIPAN HASIL KELEMAHAN DARI SEGI PERANCANGAN KELEMAHAN PENGURUSAN PEROLEHAN DAN KONTRAK DLL.

48

CADANGAN BAGI MEMPERKEMASKAN SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN


WUJUDKAN PERANCANGAN KERJA YANG LEBIH BERKESAN SEDIAKAN PERANCANGAN BERJADUAL BERKAITAN PENYELENGGARAAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN SERTA KEPERLUAN PERALATAN BARU MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA BAGI PELUPUSAN PERALATAN YANG USANG DAN TIDAK EKONOMI UNTUK DIGUNAKAN SEDIAKAN JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN BARU

49

RUMUSAN
Sistem pengurusan kewangan kerajaan adalah luas dan menyeluruh. Semua perbelanjaan, terimaan dan simpanan adalah dibuat atas kuasa undangundang. Bermula daripada perancangan dan berakhir dengan pengauditan yang membawa kepada keperluan perubahan dasar-dasar dan pelaksanaan mengikut kepentingan dan kehendak semasa.

50

SEKIAN TERIMA KASIH

51

You might also like