You are on page 1of 15

FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW






UNIVLkSI1I LNDIDIkAN SUL1AN IDkIS
IALSAIAn L1IkA DAN LS1L1IkA kLSUkANAN
(kU 3023)
1AIUk
NILAI L1IkA DAN LS1L1IkA ANG 1LkDAA1 DALAM DASAk SUkAN
NLGAkA
DISLDIAkAN CLLn
1nAM CnANG SnING
NC MA1kIk
D2009103S913

DISLDIAkAN UN1Uk

N NUk nA2IAN1I 81 MCnAMAD knALID


FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW



ISI KANB0NuAN
1.0 PENGENALAN 1-2
2.0 LATAR BELAKANG 2-4
3.0 OBJEKTF DASAR SUKAN NEGARA 4
4.0 MAKSUD ETKA DAN ESTETKA
4.1 MAKSUD ETKA
4.2 MAKSUD ESTETKA

5
5.0 NLA ETKA DAN ESTETKA YANG
TERDAPAT DALAM DASAR SUKAN NEGARA
5.1 PERANCANGAN
5.2 ORGANSAS
5.3 PERSONAL
5.4 KEWANGAN
5.5 NSENTF
5.6 KEMUDAHAN
5.7 AM









6-11
6.0 KESMPULAN 12
RUJUKAN 13



FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


1.0PENGENALAN
Sukan adalah agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan masyarakat. Dalam
perspektiI ini, Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan
sukan sebagai platIorm kepada pengukuhan integrasi nasional. Sukan merupakan contoh
di dalam mendukung aspirasi 1 Malaysia yang melangkaui batasan agama, bangsa dan
politik. Bagi mengukuhkan lagi pencapaian sukan ke arah kegemilangan imej negara,
Dasar Sukan Negara perlu menjalani semakan berkala agar ianya dinamik bersesuaian
dengan kaedah, pemikiran dan teknologi terkini selaras dengan perkembangan dan
keperluan sukan di persada antarabangsa.
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya
sukan di kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam
aktiviti sukan dan kegiatan Iizikal melalui Sukan Untuk Semua, Sukan Prestasi Tinggi
dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektiI,
strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi Kerajaan, bukan Kerajaan, persatuan-
persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi
pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan.
Selain itu , sukan juga adalah sebagai satu usaha dan pengiktiraIan kerajaan terhadap
kemajuan sukan negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melahirkan dasar
sukan negara satu dokumen yang komprehensiI ke arah perkembangan dan
pembangunan sukan Malaysia. Dasar ini juga mencerminkan kesungguhan pihak
kerajaan untuk memberi semangat dan ransangan baru kepada setiap aktiviti sebagai
usaha melahirkan ahli sukan yang berprestasi tinggi. Penggubalan dasar sukan negara ini
merupakan suatu usaha bersama yang melibatkan semua agensi kerajaan dan bukan
FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


kerajaan, pertubuhanpertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan,
institusi-institusi pengajian tinggi, badan sukarela serta orang perseorangan yang
mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. Dalam menggariskan
panduan-panduan dan cadangan-cadangan, dasar ini telah mengambilkira serta
mempertimbangkan tahap dan prestasi sukan negara masa lalu. lni bagi memastikan
sukan Negara membangun secara lebih sistematik menerusi pentadbiran dan pengurusan
yang lebih cekap, dinamis serta berkesan. Adalah menjadi hasrat kerajaan pada era ini
untuk merealisasikan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat, cergas dan
berdisiplin. Ini seiring dengan harapan kerajaan untuk mewujudkan satu barisan generasi
yang terdiri daripada ahli sukan berwibawa dan mampu mengharumkan nama negara di
persada antarabangsa.
.0LATAR BELAKANG
Sukan di negara ini dianjurkan oleh persatuan dan badan sukan. Selain itu, terdapat
juga acara-acara yang dianjurkan secara sukarela oleh pihak swasta dan orang
perseorangan. Tanggungjawab Kerajaan pula dilaksanakan mengikut skop dan peranan
Kementerian Belia dan Sukan dengan sokongan kementerian-kementerian lain yang
terlibat melalui agensi masing-masing di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Secara
amnya, peranan utama Kerajaan adalah untuk menyediakan peruntukan kewangan dan
inIrastruktur bagi membangunkan Program Sukan Untuk Semua dan Program Sukan
Prestasi Tinggi.
Landasan utama untuk membudayakan sukan adalah berasaskan kepada penglibatan
serta penyertaan sebahagian besar rakyat Malaysia dalam Program Sukan Untuk Semua
di mana penglibatannya perlu dipertingkatkan. Penglibatan sukarelawan dalam memberi
FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


galakan dan menganjurkan aktiviti Program Sukan Untuk Semua di kalangan masyarakat
adalah sangat penting. Namun demikian, semangat kesukarelaan ini sudah dilihat
berkurangan dan ianya perlu dipertingkatkanSukan Prestasi Tinggi pula telah berakar
umbi di negara ini sebelum Merdeka lagi. Penyertaan atlet Malaysia di Sukan Olimpik
bermula pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Sejarah penyertaan serta pencapaian
atlet-atlet negara di pertandingan antarabangsa boleh dibanggakan hasil penyediaan
peruntukan tahunan yang besar daripada Kerajaan bagi membangunkan program sukan
ini. Usaha untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat perlu dimulakan di
peringkat usia muda. Pendekatan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan pendidikan jasmani
di sekolah perlu dipertingkatkan untuk mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi.
Ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui bantuan sains dan perubatan sukan. Selain
itu, peranan Institusi Pengajian Tinggi juga perlu diperluaskan dalam aspek kajian dan
penyelidikan serta membantu mengembangkan budaya sukan.
Kerajaan berusaha untuk meletakkan sukan sebagai industri yang berperanan dalam
memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi di samping menyumbang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Perancangan pertumbuhan sektor
industri yang relevan dalam bidang sukan secara komprehensiI dan menyeluruh termasuk
aktiviti mengkomersialkan produk dan perkhidmatan, menjadikan bidang sukan sebagai
satu kerjaya, mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasakan bidang sukan bagi tujuan
menjana pendapatan dan memberi pulangan kepada pelaburan dalam bidang ini.
Perkembangan industri sukan akan dapat mengubah pendekatan sukan tidak akan hanya
bergantung kepada bantuan dan sokongan Kerajaan semata-mata.
FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


Budaya sukan yang telah diwujudkan dapat dimantapkan lagi melalui penglibatan
badan dan persatuan sukan yang dipimpin dan ditadbir urus dengan berkesan seperti yang
termaktub dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Penyelarasan badan-badan sukan di
peringkat kebangsaan, negeri dan daerah akan dimantapkan sebagai usaha
memperkemaskan jentera pentadbiran sukan negara. Dalam menentukan kejayaan ke atas
usaha ini, peruntukan kewangan adalah penting. Sumbangan semua pihak terutamanya
sektor swasta perlu dipertingkatkan supaya semua program/aktiviti dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
.0B1EKTIF DASAR SUKAN NEGARA
Tujuan Dasar Sukan Negara ini adalah membentuk satu masyarakat yang aktiI,
sihat dan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi Iizikal dengan usaha-usaha
keseluruhan Kerajaan pembangunan negara.ObjektiI-objektiI utama dasar sukan Negara
adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatupadu
melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang-peluang yang lebih baik dalam sukan di
semua peringkat masyarakat. ObjektiI kedua adalah untuk menyediakan peluang-peluang
dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan
Iisiologibagi individumelalui sukan, objektiI ketiga adalah untuk membangun dan
meningkat pengetahuan danamalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial seseoran
individu dan kenikmatan kesenggangan dikalangan orang awam dan objektiI seterusnya
adalah Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat
kesukukananyang tulen di pertandingan peringkatkebangsaan dan antarabangsa dan juga
dengan harapan mempertingkatkan lagimuhibah dan imej negara.

FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


.0MAKSUD ETIKA DAN ESTETIKA
.1MAKSUD ETIKA
Pengertian Etika(Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah 'Ethos, yang berarti
watak kesusilaan atau adat kebiasaan(custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan
perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, yaitu 'Mos dan dalam
bentuk jamaknya 'Mores, yang berarti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang
dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari hal-hal
tindakan yang buruk.Etika dan moral lebih kurang sama
pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbedaan, yaitu moral atau
moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk
pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku

.MAKSUD ESTETIKA
Estetika adalah salah satu cabang IilsaIat. secara sederhana, estetika adalah ilmu
yang membahas keindahan, bagaimana ia bisa terbentuk, dan bagaimana
seseorang boleh merasakannya. pembahasan lebih lanjut mengenai estetika adalah
sebuah IilosoIi yang mempelajari nilai-nilai sensoris, yang kadang dianggap
sebagai penilaian terhadap sentimen dan rasa. estetika merupakan cabang yang
sangat dekat dengan IilosoIi seni. Atau pun kelebihan, kepentingan, kemudahan
yang telah sedia ada.

FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW%


.0NILAI ETIKA DAN ESTITEKA YANG TERDAPAT DALAM DASAR
SUKAN NEGARA
Nilai estika dan estiteka yang terdapat dalam dasar sukan Negara terbahagi kepada 7
iaitu dari segi perancangan, organisasi, personal, kewangan, insentiI, kemudahan dan
am.kesemua nilai ini terdapat dalam dasar Negara bagi memantapkan sukan dalam
Negara.
.1 PERANCANGAN
Adalah sangat diperlukan satu program jangka panjang dengan struktur yang baik
untuk pembangunan ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih, pentadbir-pentadbir dan pegawai-
pegawai sukan dan dalam kes sukan prestasi tinggi, pertimbangan yang khusus perlu
diberi kepada jenis-jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan
yang sedia ada dan jenis-jenis sukan yang lebih sesuai kepada bentuk Iizikal rakyat
Malaysia, agar membolehkan mereka mendapat peluang yang lebih baik bagi mencapai
kecemerlangan di pertandingan peringkat antara bangsa.

. RGANISASI
Pelbagai badan sukan hendaklah bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan
Kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan dalam negara.
Sungguhpun pelbagai agensi dan organisasi itu mempunyai peranan yang khusus tetapi
program yang dijalankan tidaklah bersepadu. Satu jentera penyelaras yang menyeluruh
dalam bentuk jawatankuasa tetap adalah perlu bagi menentukan perhubungan (rapport)
yang lebih rapat di kalangan organisasi organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara akan
FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW%


menyediakan jentera ini bagi sukan prestasin tinggi. Begitu juga Kementerian Belia dan
Sukan hendaklah mewujudkan satu jentera yang sarna untuk menyelaraskan program
sukan massa. Ini akan membantu mengadakan kerjasama yang lebih berkesan dan
berkekalan di antara pelbagai agensi-agensi Kerajaan dan organisasi sukarelawan.
Kementerian Belia dan Sukan akan menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti
rekreasi yang berlandaskan kepada konsep 'MALAYSIACERGAS'. Tugas utama bagi
Majlis Sukan Negara ialah untuk membantu dan menyelaras pembangunan sukan untuk
peningkatan prestasi ahli-ahli sukan dalam pertandingan-pertandingan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan masa yang cukup untuk
pendidikan jasmani bagi semua penuntut, serta membangun dan menyelaraskan aktiviti
sukan di sekolah-sekolah termasuklah pembinaan kualiti kepimpinan dalam sukan dan
pendidikan jasmani dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan,
Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia dan Persatuan-
persatuan Sukan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan juga adalah bertanggungjawab
melatih guruguru yang berkebolehan mengajar pendidikan jasmani. Kementerian
Pendidikan hendaklah menggalakkan sukan secara aktiI di maktab-maktab dan di
politeknik-politeknik, manakala Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia pula akan
menggalakkan aktiviti terse but di institusi-institusi pengajian tinggi.
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK)hendaklah
menggalakkan dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan
awam. Majlis Olimpik Malaysia sebagai satu badan induk kepada semua persatuan sukan
FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


kebangsaan, akan mempunyai tanggungjawab utama untuk menggalakkan tujuan
pergerakan Olimpik dan juga untuk bekerja rapat dengan, Majlis Sukan Negara dalam hal
pemilihan dan latihan ahli-ahli sukan untuk pertandingan antarabangsa yang diiktiraI oleh
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan peranan badan-badan pengawal sukan
kebangsaan adalah menggalak, membangun dan memberikan peluang-peluang untuk
penyertaan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi jenis-jenis
sukan yang berkenaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Agensi-agensi
Kerajaan yang berkenaan
. PERSNEL
Personel yang bertauliah dan berpengalaman hendaklah dilantik bekerja di semua
peringkat, dalam organisasi-organisasi sukan, tempat kerja, sekolah-sekolah dan institusi
pengajian tinggi, bagi merancang, melaksana dan menilai program-program sukan dalam
negara.
. KEWANGAN
Satu Yayasan Sukan Kebangsaan hendaklah diwujudkan bagi membiayai
kegiatan-kegiatan sukan prestasi tinggi dan sukan massa, di seluruh negara. Sumber -
sumber kewangan untuk Yayasan itu adalah dari Kerajaan Persekutuan dan semua
Kerajaan Negeri, sektor perdagangan dan pihak individu. Begitulah juga sektor swasta
dan dermawan-dermawan hendaklah digalakkan menubuhkan yayasan-yayasan sukan
dan menaja kegiatan-kegiatan sukan. Semua sumbangan kepada Yayasan hendaklah
dikecualikan dari cukai; dan Persatuan-persatuan sukan hendaklah mempertingkatkan
strategi pemasaran aktiviti-aktiviti mereka supaya membolehkan mereka mempunyai
kedudukan kewangan yang kukuh.
FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


. INSENTIF
Bagi menghargai segala pengorbanan dan sumbangan oleh ahli-ahli sukan,
Kerajaan telah mengadakan pelbagai insentiI. InsentiI ini merangkumi penganugerahan,
cuti, elaun-elaun hidup, pertandingan insuran, perbelanjaan untuk latihan yuran
pendidikan dan biasiswabiasiswa. InsentiI-insentiI yang diberikan kepada ahli-ahli sukan
adalah untuk membolehkan mereka meningkatkan kelincahan Iizikal mereka ke prestasi
kecemerlangan yang paling tinggi di pertandingan peringkat antarabangsa hendaklah
dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. ProIesionalisme hendaklah juga
digalakkan. Calon-calon yang mempunyai kehandalan dalam bidang sukan hendaklah
diberi pertimbangan istimewa di dalam pengambilan untuk pekerjaan dan untuk
kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi dengan syarat mereka mempunyai
kelayakan akademik yang minimum yang disyaratkan dalam disiplin yang dipohon oleh
mereka; dan PengiktiraIan dan insentiI yang sewajarnya hendaklah diberi kepada
pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang telah mewakili negara.
.6 KEMUDAHAN
Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan-kemudahan
sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan prestasi tinggi dan sukan
massa, untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan
oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang
berkenaan dan juga persatuan-persatuan sukan, Kementerian Belia dan Sukan hendaklah
menyelaras perancangan dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan,
Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggungjawab bagi merancang
kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri dan daerah. Rasional yang memerlukan
FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


perancangan kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri ini adalah bagi mencapai
satu pengagihan kemudahan-kemudahan yang lebih seimbang di kawasan bandar dan luar
bandar. ObjektiI pengagihan semula ialah bagi membolehkan mereka yang kurang
bernasib baik, yang memerlukan kemudahan sukan dan perkhidmatan yang lebih dari
yang lain tetapi yang kurang sekali membuat desakan, mendapatkan peluang
menggunakan kemudahan di darat dan di air.
Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelan-pelan
Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan
hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan-pelan mereka bagi
mematuhi piawaian-piawaian dan spesiIikasi-spesiIikasi yang ditentukan oleh
Kementerian Belia dan Sukan, Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk
membangunkan kemudahan-kemudahan sukan, Peruntukan mengenai kemudahan
kemudahan sukan hendaklah dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan
skim-skim perumahan. Untuk membolehkan pengusaha-pengusaha menyediakan tanah
untuk kemudahan-kemudahan sukan, pihak berkuasa hendaklah memberi pertimbangan
gurangkan bayaran ubah syarat tanah untuk skim-skim perumahan atau memberi insentiI-
insentiI lain. Sememangnya kemudahan-kemudahan sukan awam hendaklah
diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya. Kemudahan-
kemudahan sukan ini hendaklah dibuka kepada penggunaan semua ahli sukan dan orang
ramai bagi mempastikan penggunaan optimurn dan Sektor-sektor perdagangan dan
sukarela adalah diharapkan bagi melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan
kemudahan-kemudahan sukan. Pengswastaan kemudahan-kemudahan sukan adalah juga
digalakkan
FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


.7 AM
Cukai-cukai dan eksais yang ada sekarang atas alat-alat sukan hendaklah
dikurangkan supaya ianya boleh dibeli dengan harga yang lebih murah bagi
menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang sukan. Pengusaha-pengusaha
tempatan digalakkan mengeluarkan alat-alat sukan, bagi menyebarkan keseIahaman
antarabangsa, dan juga untuk Iaedah ahli -ahli sukan serta penggalakan pelancongan,
badan-badan pengawal sukan peringkat kebangsaan digalakkan menjadi tuan rumah
kepada pertandingan pertandingan antarabangsa. Penggalakan dan pendidikan (untuk
orang awam) dalam bidang sukan hendaklah diuruskan dengan kerjasama media massa
dan pelbagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan sukan supaya dapat
menanamkan sikap positiI terhadap sukan.
Sukan yang disiIatkan sebagai satu maniIestasi budaya rakyat hendaklah
diberikan status yang sarna seperti seni lukis, muzik, drama dan kesusasteraan yang
diiktiraI sebagai disiplin akademik di universiti. Dengan hal yang demikian, institusi-
institusi pengajian tinggi hendaklah memperuntukkan pengajian pendidikan jasmani yang
merangkumi sukan, sebagai satu disiplin akademik, Institut Sukan Negara yang sekarang
sedang dibina patutlah menjalankan penyelidikan sains yang ada hubungkait dengan
negara ini, memberi latihan kepada ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih, pentadbir-
pentadbir sukan dan lain-lain personel yang berkaitan serta berIungsi sebagai pusat
sumber sukan; dan Setengah -setengah sekolah akan ditauliahkan sebagai pusat
kecemerlangan untuk menggalakkan jenis-jenis sukan yang tertentu.


FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW


6.0KESIMPULAN
Nilai etika dan estitika yang terdapat dalam Dasar Sukan Negara sangat penting
kerana ianya membawa hala tuju kepada pembangunan sukan negara ke arah
pemupukan integrasi nasional melalui amalan gaya hidup aktiI dan sihat, pembinaan
kesejahteraan diri dan semangat kesukanan yang tulen. Selain itu,melalui nilai-nilai
yang ada memerlukan kerjasama bersepadu semua agensi Kerajaan dan bukan
Kerajaan, badan dan persatuan sukan, badan sukarela serta individu yang terlibat
dalam sukan. Matlamat utamanya nilai etika dan estiteka adalah untuk menjadikan
sukan sebagai satu budaya dalam kehidupan harian. ObjektiI dan strategi yang
dinyatakan dalam Dasar ini bertujuan untuk memastikan segala usaha













FALSAFAB, ETIKA BAN ESTETIKA KES0KANAN ( QK0 )

SYW



#&&
http://www.pdfking.net/pdf/dasar-sukan-negara.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Estetika
http://www.scribd.com/doc/8365104/PENGERTAN-ETKA

You might also like