You are on page 1of 40

SKPM1

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SEKOLAH)


PERNYATAAN STANDARD

JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TINGKAT 21-23, BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR 50604 KUALA LUMPUR
Tel : 03-20987410 Fax : 03-26937388, 03-26932192 E-mail : jns_stkp@jns.moe.gov.my

Daftar Kandungan Misi Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan Visi Dan Misi Jemaah Nazir Sekolah Hasrat Jemaah Nazir Sekolah Kata Alu-aluan Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Y.Bhg. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Bab I : Pengenalan Latar Belakang Pengolahan SKPM Pemakai SKPM Pengukuran Standard Bab II : Pernyataan Standard Elemen 1 : Elemen 2 : Elemen 3 : Elemen 4 : Elemen 5 : Elemen 6 : Elemen 7 : Elemen 8 : Visi dan Misi Kepimpinan Struktur Organisasi Perancangan Iklim Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Pengurusan Maklumat Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

i ii iii iv v vi vii viii ix 1 1 2 5 7 8 8 9 12 13 13 14 16 16 17 19 20 20 20 22 23 26 29 30

Elemen 9 : Pengajaran Dan Pembelajaran Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah 12.1 : Kemenjadian Murid Prasekolah 12.2 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah 12.3 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah Menengah Rujukan Proses Aliran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah Ahli Jawatankuasa Teknikal Penggubalan SKPM

ii

MISI PENDIDIKAN NEGARA1

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia

BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

ii

iii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN2

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. menyeluruh dan bersepadu untuk

Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur.

iii

iv

KURIKULUM KEBANGSAAN3

Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 3(1).

iv

VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Mengupayakan sekolah dan institusi pendidikan mencapai kecemerlangan serta standard kualiti pendidikan yang tinggi

MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Melakukan penaziran sekolah serta institusi pendidikan dengan cara yang cermat, teliti dan profesional bagi memastikan pendidikan yang diberikan mencapai standard kualiti yang tinggi

vi

HASRAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Menjayakan Rancangan Pembangunan Pendidikan Sepuluh Tahun (2001 2010) Menjayakan pelaksanaan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan

vi

vii Kata Alu-aluan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia

. Menteri Pendidikan Malaysia vii

viii Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia viii

ix Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah

. Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ix

SKPM

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB I : PENGENALAN 1. Latar Belakang 1.1 Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti pendidikan dinamakan di institusi pendidikan meningkat secara berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP. SPPSTKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a) Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an adequate standard of teaching is developed and maintained in educational institutions). 1.2 Bagi membantu sekolah dan institusi pendidikan

melaksanakan SPPSTKP, sebanyak tujuh dokumen telah diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seperti yang berikut: a) b) c) d) e) Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan; Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP); Penarafan Lembaran Kendiri Kerja Sekolah Berasaskan Kendiri Standard Sekolah Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP); Penarafan Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan; Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (IPPSTKP);

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

f)

Instalasi

Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan

Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman; dan g) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan Audit Kualiti Dalaman (Versi Yang

Pelaksanaan

Dipermudahkan). 1.3 Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada warga pendidik menerusi suatu siri promosi yang telah dijalankan oleh JNS dengan kerjasama pelbagai pihak khasnya Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafan kendiri berpandukan tatacara dan instrumen yang terkandung dalam dokumen PKSBSTKP. 1.4 Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sekolahsekolah menghadapi masalah melaksanakan SPPSTKP sepenuhnya.

2.

Pengolahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) [SKPM-Sekolah] 2.1 Maklum balas dan pandangan pelbagai pihak khasnya pengetua, guru besar dan guru-guru di sekolah sebagai pengguna dan pelaksana SPPSTKP jelas memperlihatkan keperluan sistem ini dikaji semula supaya mudah difahami dan lebih mesra pengguna. Menyedari hakikat tersebut dan selaras dengan prinsip penambahbaikan berterusan dalam sistem kualiti, maka JNS telah mengolah semula SPPSTKP. Hasil pengolahan semula ini ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) atau ringkasnya SKPMSekolah.

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

2.2

SKPM digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Jabatan yang dibuat Awam, di bawahnya, Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri, Surat Pekeliling Am Perkhidmatan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), Arahan Kerajaan (seperti Arahan Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain), Perintah Am, Surat-Surat Pekeliling (seperti Surat Pekeliling Pentadbiran, Perbendaharaan, Kewangan, Ikhtisas, dan suratsurat pekeliling lain) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Selain itu, dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah dirujuk.

2.3

Pelaksanaan dokumen iaitu: 2.3.1

SKPM-Sekolah

diperincikan

dalam

tiga

SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Pernyataan Standard

2.3.2

SKPM2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Instrumen Pemastian Standard (IPS)

2.3.3

SKPM3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

2.4

SKPM-Sekolah digubal dan diolah berlandaskan prinsipprinsip berikut: a) Keupayaan sekolah hendaklah dibangunkan ke tahap yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya;

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

b)

Sekolah

bertanggungjawab

merealisasikan

misi

Kementerian Pendidikan iaitu untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. Perkembangan potensi individu sepenuhnya yang termaktub dalam misi tersebut hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu seperti yang dizahirkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan; c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha meningkatkan standard kualiti pendidikan; d) Kemenjadian kokurikulum petunjuk murid dan utama dalam kepada bidang kejayaan akademik, adalah sekolah

pembangunan

sahsiah

menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi; e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan teori-teori

hendaklah ditadbir urus berpandukan pengurusan moden; f)

Proses mikro dalam pendidikan hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pengajaran terkini, dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan;

g)

Pendekatan membuat keputusan dan merancang program-program pendidikan hendaklah berasaskan maklumat dan fakta yang tepat;

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

5 h) Skop dalam standard seboleh-bolehnya bersifat tuntas (exhaustive) berpandukan dokumen autentik serta praktikal untuk dilaksanakan; i) Elemen-elemen difahami; dan j) Program-program kecemerlangan lain yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sesungguhnya merupakan usaha-usaha yang selari dengan hasrat SKPM. standard hendaklah diperihalkan

secara mesra pengguna, jelas, eksplisit dan mudah

3.

Pemakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 3.1 SKPM ini disediakan khusus untuk dilaksanakan di sekolahsekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan dan melaksanakan program pendidikan dari peringkat prasekolah hinggalah ke Tingkatan 6 sekolah menengah. 3.2 JNS akan menggunakan SKPM apabila melakukan

pemeriksaan di sekolah-sekolah. Agensi-agensi lain di bawah KPM seperti Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD boleh menggunakan SKPM ini sebagai panduan ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah. 3.3 SKPM diperihalkan dalam 12 elemen yang perlu berlaku dan diamalkan di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu murid.

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

3.4

Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat dimensi seperti yang berikut :

DIMENSI I Elemen 1 Elemen 2 DIMENSI II Elemen 3 Elemen 4 Elemen 5 Elemen 6 Elemen 7 DIMENSI III Elemen 8 Elemen 9 Elemen 10 Elemen 11 DIMENSI IV Elemen 12

: HALA TUJU KEPIMPINAN : Visi dan Misi : Kepimpinan : PENGURUSAN ORGANISASI : Struktur Organisasi : Perancangan : Iklim : Pengurusan dan Pembangunan Sumber : Pengurusan Maklumat : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid : Pengajaran dan Pembelajaran : Pembangunan Sahsiah Murid : Penilaian Pencapaian Murid : KEMENJADIAN MURID : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah

4.

Pengukuran Standard 4.1 Pencapaian sekolah dalam pelaksanaan SKPM diukur dengan menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS). 4.2 Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh tahap dan tujuh taraf seperti yang berikut:

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

7 Tahap 7 6 5 4 3 2 1 Taraf Gemilang Cemerlang Harapan Sederhana Lemah Sangat Lemah Lampau Lemah Pencapaian Sekolah (%) 90 100 80 89 70 79 50 69 35 49 25 34 0 24

4.3

Tatacara Standard.

penggunaan

instrumen

tersebut

diperjelaskan

secara berasingan dalam dokumen Instrumen Pemastian

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

BAB II: PERNYATAAN STANDARD Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang dikelompokkan kepada empat dimensi. Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen berikut diamalkan di sekolah:

DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN Elemen 1 : Visi Dan Misi Sekolah hendaklah mengadakan visi, iaitu pernyataan yang

menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan murid yang sempurna. Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau kaedah merealisasikan visi tersebut. 1.1 Penggubalan visi dan misi hendaklah: a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020 dan perkembangan semasa; b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, potensi murid, serta setempat; dan c. dibuat secara kolektif. keperluan sekolah dan komuniti

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

1.2

Visi dan misi yang digubal hendaklah: a. b. dihayati oleh warga sekolah; diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan kerja harian warga sekolah; c. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang munasabah; d. e. memberi impak kepada warga sekolah; dan dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan.

Elemen 2 : Kepimpinan 2.1 Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan cara: a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi; b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat); c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja secara sepasukan dengan semangat kekitaan;

PERNYATAAN STANDARD

SKPM

10

d.

mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik; dan

e.

menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di kalangan warga sekolah dengan menyediakan saluran pencetus minda di kalangan warga sekolah seperti kajian tindakan, pembentangan hasil kajian, perbincangan intelektual dan sebagainya.

2.2

Guru

Besar/Pengetua

hendaklah

mengamalkan

sistem

komunikasi yang berkesan dengan: a. b. mewujudkan suasana interaksi yang mesra; memberi peluang kepada warga sekolah untuk

mengemukakan pendapat; c. merangsang sekolah; dan d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif. percambahan fikiran di kalangan warga

2.3

Guru Besar/Pengetua hendaklah memberi motivasi dan dorongan yang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju warga sekolah secara berterusan dengan cara: a. b. c. memberi sokongan moral dan material; menghargai setiap sumbangan dan kejayaan; membuat penilaian secara adil;

PERNYATAAN STANDARD

10

SKPM

11

d.

menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan warga sekolah; dan

e.

memberi teguran dan nasihat membina.

2.4

Guru Besar/Pengetua hendaklah memainkan peranan yang berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan: a. mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang sedang berkuat kuasa; b. c. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3; memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran; d. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasajawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan e. memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.

2.5

Guru Besar/Pengetua hendaklah mengupayakan Guru-guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang), Ketua Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan dengan: a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;

1 2 3

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AG Grafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur. Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82), Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1987.

PERNYATAAN STANDARD

11

SKPM

12

b. c.

melatih dan memberi kepimpinan; menurunkan masing; kuasa untuk membuat keputusan dan

mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-

d.

memantau

dan

menilai

pelaksanaan

tugas

yang

dilaksanakan; dan e. memberi bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan.

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3 : Struktur Organisasi Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf sokongan dengan: a. b. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi; memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program pembangunan sekolah dan program pendidikan; c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.

PERNYATAAN STANDARD

12

SKPM

13

Elemen 4 : Perancangan Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum, kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira: a. b. c. visi dan misi sekolah; tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)]; peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment (OTI)]; d. e. f. g. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)]; strategi yang bersesuaian; implikasi sumber; dan kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang dilaksanakan.

Elemen 5 : Iklim Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan: a. b. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria; memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat, kondusif, dan harmoni;
PERNYATAAN STANDARD

13

SKPM

14

c.

mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

d.

mengadakan permuafakatan di kalangan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

e.

memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan etika perkhidmatan;

f. g.

memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan; memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga sekolah;

h.

memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran kepada warga sekolah; dan

i.

memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada kemajuan sekolah.

Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan keperluan asas4, kewangan, tenaga manusia dan bahan kurikulum5 dengan: a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;

Rujuk: Bil (50) dlm UPE (P) 34/1/7 Vol. IX, bertarikh 18 September 1995 : (UPE: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997

PERNYATAAN STANDARD

14

SKPM

15

b.

menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;

c. d. e.

menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum; merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa;

f. g.

memanfaatkan sumber kewangan secara optimum; menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan bagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;

h.

menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara optimum sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan, kemahiran, pengalaman, bakat dan minat;

i.

menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan kemajuan pendidikan;

j.

menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan

k.

menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan secara optimum.

PERNYATAAN STANDARD

15

SKPM

16

Elemen 7 : Pengurusan Maklumat Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan. maklumat hendaklah: a. b. diperoleh; disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang diberikan; c. d. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai; mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan tahap keselamatan; e. f. g. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan; dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan dikemas kini. Data dan

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan: a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat (kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;
PERNYATAAN STANDARD

16

SKPM

17

b.

merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan kumpulan sasaran;

c.

mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;

d. e. f.

melaksana program mengikut perancangan; memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan; menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan

g.

melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.

Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut: a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa;

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

PERNYATAAN STANDARD

17

SKPM

18

b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu; c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif; d. penghayatan ilmu; e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid; f. kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek; g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif; h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka; i. pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme; dan j. penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

PERNYATAAN STANDARD

18

SKPM

19

Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkaraperkara berikut: a. murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan potensinya; b. c. d. e. f. g. h. murid diberi peluang, latihan dan bimbingan; murid diberi motivasi dan galakan; murid ditunjukkan teladan; murid disediakan persekitaran dan kemudahan; pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa; hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan; murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang perlakuan yang negatif; dan i. murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan yang positif.

PERNYATAAN STANDARD

19

SKPM

20

Elemen 11 :

Penilaian Pencapaian Murid

Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian murid. Pencapaian hendaklah: a. b. dinilai secara formatif dan sumatif; dianalisis untuk mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah

kelemahan secara spesifik; c. d. e. direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif; digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak berkuasa yang berkaitan.

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah 12.1 Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah7, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;
7

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd. Selangor,

PERNYATAAN STANDARD

20

SKPM

21

b.

mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian (untuk murid beragama Islam);

c. d.

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; menggunakan berkomunikasi; bahasa Melayu kemahiran dengan baik dan untuk

memperkembangkan

berbahasa

e.

menggunakan bahasa Cina atau

bahasa Tamil dengan

betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar; f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah; h. i. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial; memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk

menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

PERNYATAAN STANDARD

21

SKPM

22

12.2

Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. b. c. menguasai bahasa Melayu; menguasai kemahiran asas berbahasa; menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil; d. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis; e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian; f. g. h. menguasai kemahiran belajar dan berfikir; menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan keyakinan diri; i. j. k. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia; menguasai kemahiran saintifik dan teknikal; memahami dan menghargai budaya;

EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

22

SKPM

23

l. m. n.

melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi; mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri; menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan produktiviti;

o.

memperoleh

kemahiran

membaca,

menghafal

dan

memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk murid beragama Islam); p. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan mengamalkan nilai-nilai murni; q. r. s. memupuk semangat patriotisme; membangunkan bakat dan kreativiti; dan membangunkan sikap positif.

12.3

Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris; b. membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;

EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

23

SKPM

24

c.

memperoleh

ilmu

pengetahuan

dan

membangunkan

penguasaan kemahiran; d. membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang ilmu dan kemajuan teknologi yang baru; e. memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan masyarakat; f. g. membangunkan keyakinan diri; memahami dan menghargai warisan sejarah dan

sosiobudaya setempat dalam negara; h. i. j. k. l. m. n. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik; membangunkan kesedaran terhadap persekitaran; memperlihatkan pemantapan nilai; membangunkan dan memajukan semangat patriotisme; memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan; berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga; memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan terhadap diri sendiri dan orang lain; o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap qadak dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar yang berterusan;

PERNYATAAN STANDARD

24

SKPM

25

p.

sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat dan agama; dan

q.

berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya dengan: i. ii. iii. iv. v. keluarga; persekitaran; alam fizikal; kejadian alam; dan Pencipta.

_________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________

PERNYATAAN STANDARD

25

SKPM

26

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Pembangunan Pendidikan 2001 2010, 2001, KPM Kuala Lumpur. Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan (BPPDP) (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur. Undang-Undang Malaysia (1996) , Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur. Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997, Percetakan Nasional Berhad. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, 2001, AG Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Biro Tatanegara, (1991), Wawasan 2020, 1993, Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur. Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82). EPRD MOE (2001), Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafic Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd, Ampang. International Law Book Services (2003), Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (hingga 15hb April 2003), 2003, United Print Process Sdn Bhd, Shah Alam. International Law Book Services (2003), Arahan Perkhidmatan Bab 1 Bab 8 (hingga 20hb Mac 2003), 2003, Direct Art Company, Kuala Lumpur. Bahagian Sekolah, (1978), Surat Pekeliling Ikhtisas 1969 - 1978, 1979 Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1983), Surat Pekeliling Ikhtisas 1979 - 1983, 1984, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1987), Surat Pekeliling Ikhtisas 1984 - 1987, 1988, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas 1988 - 1990, 1991, Kementerian Pendidkan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD

26

SKPM

27

Bahagian Sekolah, (1993), Surat Pekeliling Ikhtisas 1991 - 1993, 1994, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1997), Surat Pekeliling Ikhtisas 1994 - 1997, 1998, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (2000), Surat Pekeliling Ikhtisas 1998 2000, 2001 Kementerian Pendidkan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000, Percetakan DBP Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kepemimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penilaian Kendalian Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan pembelajaran, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Akses Kendiri, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Masteri, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Konstruktivisme, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Belajar Cara Belajar, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Kontekstual, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD

27

SKPM

28

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1998), Amalan Kebersihan Sekolah Panduan Aktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

28

PROSES ALIRAN KERJA PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH (PKS)


PROSES TEMPOH Okt-Dis 03 TINDAKAN JNS

1.

Sekolah menerima dokumen SKPM-Sekolah a. SKPM 1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) Pernyataan Dasar b. SKPM 2 : Standard Kualiti Malaysia (Sekolah) Instrumen Pemastian Standard (IPS) c. SKPM 3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) Sekolah mengkaji dan memahami ketiga-tiga dokumen SKPM1, SKPM2 dan SKPM3. Sekolah membentuk Jawatankuasa SKPM i. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar ii. Setiausaha : I GPK (Akademik) II GPK (Kokurikulum) III GPK (HEM) iii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia iv. Ketua-ketua Unit ( Kokurikulum) v. Ketua-ketua Unit (HEM) Sekolah melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah merumuskan keputusan PKS Sekolah memutuskan keputusan PKS Sekolah memaklumkan keputusan PKS kepada : a. JNS Negeri b. JPN c. PPD Sekolah mendokumentasikan keputusan PKS Penyimpanan Dokumen PKS Sekolah menyediakan RPS dan menubuhkan Pasukan AKD Sekolah melaksanakan RPS Sekolah memantau pelaksanaan RPS

2 3

2. 3.

Jan 04 Jan 04

Guru Besar/ Pengetua, GPK & Guru Guru Besar Pengetua Semua GPK Semua Ketua Bidang/ Ketua Unit/ Ketua Panitia AJK PKS

4
4.

5
6 7 8 9

5. 6. 7.

Jan-Feb 04 Feb 04 Feb 04 Feb 04

AJK PKS AJK PKS Guru Besar / Pengetua AJK PKS AJK PKS AJK RPS AJK RPS AJK RPS / PAKD Pasukan AKD AJK SKPM Guru Besar/ Pengetua

8. 9. 10. 11. 12.

Mac 04 Mac 04 Mac 04 Mac-Nov 04 AprNov 04 Nov 04 Nov o4 Apr-Nov 04

10
11 12 13 13a 14 15

13. Sekolah menilai pencapaian RPS 13a. Menilai keseluruhan pencapaian terkini sekolah dengan menentukan tahap prestasi terkini 14. 15. Sekolah melaksanakan penambahbaikan berterusan Tamat

29

SKPM
AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGGUBALAN SKPM-Sekolah Penasihat : Encik Rusli bin Rashikin, Ketua Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia Pengurus Projek : Tuan Hj Md. Shah bin Bachik, Ketua Nazir Negeri Sembilan Setiausaha : I. En. Shamsuri bin Sujak, JNS KPM Ahli : En. Kamaruddin bin Harun, KS PKIP JNS KPM Pn. Ashah bt Samah, KS PPemPP JNS KPM Pn. Fatimah bt Hj Uni, KS PPBK JNS KPM Tn Hj Mortadza bin Hj Alop, KNN Sarawak Tn Hj Ahmad Foaad bin Hashim, KNN Johor En. Yusoff bin Hasan, JNS Pahang Pn. Noor Filzah bt Kamaruddin, JNS WP KL En. Haron b. Amir, JNS Selangor Cik Wee Mek Giat, JNS KPM Pn. Hjh. Siti Zainon bt. Zainudin, JNS KPM Tn. Hj. Md. Tah b. Talib, JNS KPM En. Zakaria b. Mahzan, JNS KPM En. Wan Shuib b. Wan Mohamad, JNS KPM I I. Pn. Ee Hong, JNS KPM

30

Pn. Dr. Hjh Asmah bt Ahmad, KS PPPSM JNS KPM Pn. Azizah bt Hamzah, KS PPSS, JNS KPM Tn. Hj Kasim b. Dol, KS PPTV JNS KPM En. Mohamed Nor bin Abdul Samat, KNN Kelantan En Bahari bin Md Shah, KNN Sabah Tn. Hj, Mohd Zakaria bin Yusof, JNS Johor Pn. Ramani a/p Subramaniam, JNS Selangor Cik Shadhana a/p Popatlal, JNS KPM Pn. Noora bt Sidek, JNS KPM En. Abdullah b. Hassan, JNS KPM Tn. Hj. Mohd Adnan bin Hassan, JNS KPM Pn. Rusiah bt. Ibrahim, JNS KPM Pn. Hjh. Umi Kalthom bt Dato Hj. Lope Salleh, JNS KPM

En. Abdul Wahab bin Sungip, KS Pengurusan Akademik JPN Johor Tn. Hj Sobirin bin Hj Duli, KS Pengurusan Akademik JPN Pahang Pn. Hjh Fauziah bt. Hj Othman, KS Pembangunan Kemanusiaan JPN P.Pinang Tn. Hj Bajuri bin Hj Abdullah, PPD Kuala Selangor En. Rahim bin Awang, PPB Sandakan, Sabah En. Roseli bin Hasbullah, PPPD Kuala Krai/Gua Musang, Kelantan En. Abdul Rashid bin Abdul Rahman, PPPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah En. Ahmad Fuad bin Othman, Pegawai Sains dan Matematik, PPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah Pn. Normah bt Mohamed, Pengetua Kanan SMKSAAS Shah Alam (NYDP PKPSM) Pn. Hjh Latifah bt Mohd Rashid, Pengetua Kanan SMK Tunku Najihah Seremban, N. Sembilan En. Awi bin Abd. Jalil, Pengetua SMK Cheras, Kuala Lumpur Pn. Hjh Hamizah bt Mohd Salleh, Pengetua SMKA Maahad Muar, Johor Tn. Hj Ramli bin Harun, GPK SMT Pengkalan Chepa, Kelantan En. Saadun bin Kasim, Guru Besar SK Taman Seri Murni, Kuala Lumpur (TYDP MGB) Tn. Hj Azmi bin Hj Abd Ghani, Guru Besar SK Seri Biram, Pekan, Pahang En. Mokhtar bin Mat, Guru Besar, SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu En. Lim Sin Tian, Guru Besar SJKC Kg. Baharu Mahsan, Bahau, N.Sembilan En. Perumal a/l Solai, Guru Besar SJKT YMHA, Jalan Stesen Hulu, Taiping, Perak Pn. Chew Guat Bee, Guru Besar, SJKC Shih Chung (cawangan), Sg. Nibong, P.Pinang Pn. Shanpakavalli a/p Raman, Guru Besar, SJKT Pulau Sebang, Tampin, N.Sembilan En. Md. Sidek b. Jais, SMK Dato Hj. Talib Karim, Alor Gajah, Melaka Pn. Zaharah bt Mohd Salleh, GPK SK Seri Biram, Pekan, Pahang

AJK PENGGUBAL SKPM

30

You might also like